Share

Kelantan bakal dapat stadium baru!

Taniah Kelantan yang berjaya tundukkan Felda dengan 2-0. Heh, dah agak dah menang, maka dengan kekalahan selangor di petang tadi, kelantan meneraju balik Liga Super sekarang. Mantap kebaboww!!! Tahniah!!! Gomo kelate gomo!!


Felda United vs Kelantan
1 - 3

Harimau Muda vs Terengganu
1 - 2

Negeri Sembilan vs Johor FC
2 - 1

Pahang vs Kuala Lumpur
0 - 2

PBDKTT-Team vs Selangor
2 - 1

Perak vs Sabah
1 - 1

Kelantan dapat stadium baru?

Tadi, usha page TheRedWarrior di facebook, terjumpa info menarik mengenai stadium yang bakal dibina. Wah, stadium yang mampu memuatkan 40 000 ini bukan sahaja jadi stadium, tapi merupakan kompleks sukan yang pelbagai acara sukan lagi boleh dijalankan disana. Hebat hebat!!

Kat bawah ni kerja copy paste dari page sana

*******

Lakaran awal


Al-Hamdulillah, akhirnya..
stadium berkapasiti 40000 penonton, dilengkapi ruang solat yang lebih banyak dan selesa,.. insya Allah dapat memenuhi kehendak peminat sukan tanpa mengenepikan perintah Allah..

terima kasih kerajaanku..
-dipetik dari status Ustaz Ahmad Baihaki


Kenyataan Media YAB Tuan Guru Datuk Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya
peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini. Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium. Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri. Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti.

Cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.

Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah.

Sekian.

YAB TUAN GURU DATO BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 14 Jamadil Akhir 1432H / 18 Mei 2011M

*kenyataan ini dibaca semasa sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada 18 Mei 2011

********

Paling tertarik tempat untuk sembahyag akan berada di mana-mana. wahh, inilah baru betul. Harap dengan kemudahan seperti ini, industri sukan di Kelantan akan bertambah maju. Tak sabar nak tunggu stadium ni siap =)

pss : best bersukan ni

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

10 ulasan:

dak eina berkata...

jauhnya pasir puteh...

Daus berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
joegrimjow berkata...

@dak eina

xpe, jauh dari kesesakan

restu resort berkata...

tahniah kepada rakyat & pemerintah negeri Kelantan..
nikmat yang harus dipelihara..

Geng Borak berkata...

tahniah klate!! lain jugak design stadium tu eh..
250 Bloggers diperlukan Untuk HARI RAYA!

KuNanGKuNanG berkata...

isnin lepas sempat gak gi tengok bola kat kb...klate vs sgor.sy org sgor, tp pakai jersi klate...he3..jgn mrh ye..sy mmg penyokong klate tau...

joegrimjow berkata...

@restu resort

rakyat kena kekalkan

joegrimjow berkata...

@KiD

stylo kan?
hehe

joegrimjow berkata...

@KuNanGKuNanG

haha
ni xde semangat kenegerian ni
hehe

kueh bakar berkata...

joe...

trg 2 kelantan 0

hehehhe

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW