Haloyaaaa!!!
Blog dah lama tak berupdate. Nak buat macam mana, sibuk sangat dengan aktiviti kat Bangkok ni. Hari ni 7hb 5, besday mak aku pun baru tadi, pukul 10 malam wish. Haiishh, sangat bagus ini punya anak. Tapi takpe, doa anak ini untuk kesejahteraan dan kesihatan ibunya akan sampai walaupun beribu batu jauhnya. Dah 3 tahun tak sempat nak sambut besday dengan mak, takpelah, yang penting doa tu kan?
*******
kalau aku dilahirkan sebagai gadis
kalau aku dilahirkan perempuan
kalau aku dilahirkan sebagai wanita
dalam hidup aku, aku beruntung kerana dapat berkenalan dengan seorang gadis, perempuan dan juga wanita yang cukup sempurna di mataku. walaupun jarak membezakan kami, aku beruntung sebab hari-hariku dulu bahagia dengannya disisi.
ada orang cakap tido dengan perempuan untuk lelaki baligh hanya untuk isterinta yang sah. walaupun adik beradik tidak boleh. tetapi aku seumur 20 tahun, masih lagi tidur bersamanya. walupun tidak sekerap mana, malam ku bahagia dapat menerima kasih yang mencurah-curah. aku kan anak bongsu, manja itu aku ada
tentu susah. macam macam perkara kene aku buat. aku yang anak bongsu, sudah tentu akan menjadi anak bongsu dara kesayangan keluarga. sifat gedik sudah tentu akanku miliki. melaram, pakai gincu, beli maybeline, baju zara, n macam-macam lagi perkara si gadis akan buat. bf? sudah tentu dengan kecomelan (barangkali kalau jadi perempuan) boleh memikat lelaki kacak diluar sana. body macam arjun rampal, petik jari je!
tapi jadi anak gadis dalam suatu keluarga, sudah pasti bnyak kerja kene aku pelajari. jadi gadis muslimah, tanggungjawabnya banyak dan susah. takut tak tertunai.
nasib baik aku lelakikalau aku dilahirkan perempuan
waaah, sah sah aku kene belajar semua perkara yang kaum perempuan buat. basuh baju, lipat kain, jaga anak. dan yang paling sakit, lahir anak. aku dengar kalau lahir anak, setiap urat yang putus ketika lahirkan anak, setiap itulah dosa akan terampun. banyak betul dosa aku akan hampus nanti. senang la. tunggu suami balik kerja, cium sikit, satel sudah
tapi jadi perempuan ni kene tabah. kerenah suami bukannya sikit. nak itu nak ini. susah dan tak terjaga. kalau tak jaga elok-elok, di pasangnya satu lagi
nasib baik aku lelakikalau aku dilahirkan sebagai wanita
yang ni part paling aku suka. wanita bererti aku mempunyai keluarga yang luas. aku akan ada anak untuk dijaga, ada suami untuk dibelai. anak mestilah sayang aku lebih. sebab aku kan ibu mereka. yang buat susu, jaga makan minum mereka, bagi kasih sayang yang cukup
tapi wanita ada cabaran dia. proses menjadi wanita, amat susah. tekun, sabar dan pandai bagi kasih sayang.
nasib baik aku lelakidalam hidup aku, aku beruntung kerana dapat berkenalan dengan seorang gadis, perempuan dan juga wanita yang cukup sempurna di mataku. walaupun jarak membezakan kami, aku beruntung sebab hari-hariku dulu bahagia dengannya disisi.
ada orang cakap tido dengan perempuan untuk lelaki baligh hanya untuk isterinta yang sah. walaupun adik beradik tidak boleh. tetapi aku seumur 20 tahun, masih lagi tidur bersamanya. walupun tidak sekerap mana, malam ku bahagia dapat menerima kasih yang mencurah-curah. aku kan anak bongsu, manja itu aku ada
dia yang mengajar aku menjadi seorang lelaki. lelaki yang akan berbuat baik kepada wanita yang akan bergelar isteriku. dia mengajar aku erti kehidupan. pahit manis, pastikan jangan lupa agama kene didahulukan.
campak lah dimana pun, jangan lupa sembahyang, jangan lupa ingat DIA
aku ingat kata-kata itu dan aku pegang. dengan kata itu, hidup aku tidak terpesong. aku yakin kejayaanku yang aku nikmati sekarang adalah hasil dari doanya yang tidak putus-putus. terima kasih pada dia.
hari ni kelahirannya. bukannya aku menulis entry kali ini menanda aku sayang padanya hari ini sahaja, tetapi sempena kelahirannya yang ke 63, aku coretkan sesuatu yang istimewa. aku tahu dia tidak membaca entry ini, aku harap sayang aku padanya melalui penulisan ini, dapat sampai rohnya kepada si dia.
dialah bondaku
dialah mummyku
dialah ibuku
dialah yang aku tersangat sayang
dialah mummyku
dialah ibuku
dialah yang aku tersangat sayang
kasih sayang pada arwah ayahku, ku hantar doa supaya dia bersama dengan yang soleh
kasih sayang pada ibuku, akan ku bakti hidupku untuk kesenangannya nanti
kasih sayang pada ibuku, akan ku bakti hidupku untuk kesenangannya nanti
happy birthday selamat hari lahir
khadijah abdullah
dari: anak mu yang jauh di BANGKOK =)
khadijah abdullah
dari: anak mu yang jauh di BANGKOK =)
********
pss : Balik nanti akan bawak balik hadiah istimewa. menantu? wakakaka. jangan lupa join contest hari ibu ni okeh. Hadiah sehingga RM 500
12 ulasan:
Happy birthday makcik
Happy mother's day makcik
:)
eyh. Same besday as me.
so..
Happy besday mak cik. ^_^
happy birthday mak cik yang cute!
makcik jeh anak die tak.
wakakaka
semoga sentiasa di dalam rahmat Allah! :)
happy birthday makcik :)
banyak kalau nya..
hehe
selamat ulangtahun kelahiran dan selamat hari ibu buat ibu encik joe..^_^
comelnya abg joe dengan ibunya . :D
happy birthdah 'mek'
entry syahdu
selamat hari jadi makcik.. joe hensem tu bila nak kawin.. hehehe
JM BARIANI HOUSE PUTRAJAYA | Selamat Hari Ibu
Happy birthday buat Mak kamu Joe!
:)
selamat hari ibu joe.
Buatlah yang terbaik sementara mereka masih ada
Catat Ulasan