Share

Cara kerajaan tackle rakyat dengan kenaikan harga minyak

Harga minyak petrol bakal naik lagi? taraaaa

Kerajaan akan mengkaji semula semua harga produk petroleum termasuk petrol RON95 bulan depan bagi menentukan harga sedia ada akan kekal atau sebaliknya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.


Minyak Petrol ni memang satu benda yang cukup perit isunya. Naik je, mesti semua mengeluh. Sebabnya naik harga minyak petrol, AUTOMATIK harga barang lain akan naik sama. Walaupun dah beriya kerajaan duk promote jangan naikkan harga barang, barang kat pasaran still akan naik bila harga minyak baik. Kat kampunglah yang tak tahannya, habis semua kedai runcit naikkan harga. 

Isu harga petrol ni isu yang sangat besar. Tarikh PRU pun boleh berubah dengan harga petrol ni tau

Kerajaan kena pandai main isu ni kalau taknak kalah masa pilihan raya nanti. Sebabnya pembangkang mesti akan mainkan isu harga minyak ni kalau betul harga minyak petrol ni akan naik. Fuhh, memang sangat banyak ceramah-ceramah diwarnai dengan isu harga minyak ni akan timbul. Jadi, selaku kerajaan yang bijak, perlu tangani isu ni dengan penuh berhemah

Bagi alasan terbaik - kenapa harga minyak naik

Satu aku betul-betul tak paham, dan nak sangat dengar penjelasan dari mana-mana sajalah, kat Buletin Utama ke, kan sekarang ni banyak segmen khas, apa kata buat segmen khas kenapa harga minyak naik. Okeh, penjelasan yang aku nak dan memang kebanyakan rakyat nak tahu


Negara mempunyai sumber minyak sendiri
Negara kita memproses minyak sendiri - PETRONAS
Jadi kenapa bila harga minyak DUNIA naik - kita lebih terbeban. Bukan ke sepatutnya kita lebih untung?


Serius aku tak paham. Ada orang boleh jelaskan? Kalau kerajaan boleh jelaskan kenapa benda ni boleh berlaku, rasanya ramai hati rakyat macam aku yang guna minyak petrol RM 500-600 sebulan akan terubat. Tak banyak pun, sikit tu ada. Ni pening, pening takut duit tu pergi ke tangan gelap yang entah kemana.....

pss : Esok ada kenduri di shake di Kota Bharu, jom2 datang!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

QUOTE (tidak tau kebenarannya):

2008 – RON97 – Oil per barrel RM448 – RM2.70 per litter
2011 – RON97 – Oil per barrel RM310 – RM2.90 per litter



Malaysia
Harga Petrol: RM 2.90
Malaysia pengeluar ke-27 di dunia.

Qatar
Harga Petrol: RM 0.75
Qatar pengeluar ke-22 di dunia.

Oman
Harga Petrol: RM1.00
Oman pengeluar ke-28 di dunia.

Egypt @ Mesir
Harga Petrol: RM 1.06
Egypt pengeluar ke-29 di dunia.

Iran
Harga Petrol: RM 0.35
Iran pengeluar ke-8 di dunia



Paklah increase price to RM2.78 when oil prices at $135perbarrell…najib increase price to RM2.90 at $110perbarrell…Nice!!


//Kalau xsilap hari tu (beberapa minggu?) harga minyak dunia naik dan kesannya RON97 dinaikkan harga (dengan alasan harga minyak dunia naik). Beberapa minggu lepas tu pulak (sekarang) harga minyak dunia dah turun, tapi RON97 masih sama harganya. HEBAT!

joegrimjow berkata...

ada link?

Tanpa Nama berkata...

@joegrimjow

Ohh ini hasil pembacaan comment2 orang.

http://paultan.org/2011/05/16/dpm-we-cannot-sustain-subsidies-on-the-same-amount/

Lupa nak cakap, harga minyak murah kat negara2 atas tu maybe sebab low quality sikit.

joegrimjow berkata...

@Anonymous

okeh, thank u

kakzie berkata...

harga minyak naik tapi gaji aku tak naik2...camna nak idup????...itu yg bergaji....kalau orang kampung yg hidup pendapatan sendiri lagi kesian kan....ntahlah ada hasil minyak kat malaysia tapi .....

Megat Azfar berkata...

the one we should know, petrol is complementary goods. so, ikut law of supply, kalau petrol naik, barang lain turut naik

memang tak boleh nak elak. pasal negara kita pengeluar minyak tapi harga still mahal, itu aku setuju. Sampai sekarang tak dapat reason yang sepatutnya.

yang aku tak dapat kenal pasti, PETRONAS under government atau private?

Nasih berkata...

ini beberapa pendapat aku pasal isu minyak ni. sekadar pengetahuan aku yang cetek dan hasil pemerhatian dan kajian yang tak seberapa.

1. kalau nak buat perbandingan, kita perlu tengok kualiti minyak, bukan pada harga semasa je. dan perlu juga ambil kira KDNK negara.

2. aku pernah tanya di Twitter, kita import minyak dari mana; Eropah, Timur Tengah atau Amerika Selatan? tapi takde orang jawab. dan bila aku baca sana sini, kita sebenarnya import dari Timur Tengah (tak pasti betul ke tak)

jadi kalau ikutkan, kalau depa pakai minyak yang sama macam yang kita pakai, harga patut murah la sikit kat negara kita.

3. FYI, minyak kita tak digunakan utk dalam negara. minyak kita minyak kualiti tinggi jadi kita import keluar.kalau ikutkan, kita ikut Brent Oil. Brent Oil ni selalunya $10-$15 lagi tinggi dari WTI Oil yang diguna pakai Eropah. jadi sepatutnya keuntungan dari hasil import ni boleh digunakan untuk tanggung subsidi, even bila harga minyak mentah dunia naik.

nak naikkan, boleh tapi tidaklah sampai sekerap yang kita alami sekarang. it just doesn't make sense.

4. sebenarnya harga minyak mentah dunia pada masa RON97 dinaikkan baru-baru ni separas dengan harga pada Januari/Februari. tapi kerajaan tetap naikkan juga. mungkin kerajaan kata subsidi yg ditanggung kerajaan meningkat sebab kerajaan ada harga siling dia tersendiri.

p/s: aku pun mengharapkan kerajaan terangkan secara detail kita sebenarnya import minyak dari mana, apa mekanism yang dorang guna untuk tentukan harga minyak di negara kita dan juga perbandingan secara peratusan antara hasil import dan eksport kita.

Hassan berkata...

No, you cant say that minyak di negara luar (middle east) berkualiti rendah. Minyak tu berkualiti rendah apabila sampai di plant. Bila masuk plant, macam2 mana pun plant mesti menghasilkan minyak yang on spec. Apabila dikatakan crude oil tu berkualiti rendah, kerana ada banyak sulfur didalamnya. Refinery plant have to process it up to spec yang ditetapkan. If not, the petrol cannot be sold. Therefore, when we say that a petrol has low quality, it is because the RON is low. RON is obvious to us, depended on price. Hence, if RON 95 at arab countries should be the same as RON 95 in our country, unless they use Euro 3M spec, which is at higher quality with less sulfur content. This fact is based on my experience working in a Refinery Plant.

Hassan berkata...

One more thing, government should state the RON used in the countries they are comparing with Malaysia since different country sells different RON as their main petrol. http://en.wikipedia.org/wiki/Octane_rating

But,comparing the price without consireng the current exchanger and the value of money at the respective places compared is ridiculous feat enough.

Hassan berkata...

*considering

Tanpa Nama berkata...

@Hassan

"Therefore, when we say that a petrol has low quality, it is because the RON is low."

Exactly what i was talking about.

Hassan berkata...

The funny thing is, they also use RON 95.

Tanpa Nama berkata...

try dengar nie..
http://www.facebook.com/video/video.php?v=1402616004255&comments

Hassan berkata...

@Anonymous Pergh mantap. Thanks a lot bro

Nasih berkata...

thanks @Hassan for the correction.

btw, i have two links to be shared. hopefully they may help us to answer a few questions that me myself and other people, perhaps, have been thinking of.

the most important thing to be noted is, we are following WTI and not Brent Oil in which gives another good reason why oil price hike shouldn't happen.

www.epu.gov.my/.../Penjelasan%20Mengenai%20Subsidi%20Kerajaan.doc%20v6%20_PRINTING_.pdf

http://epu.gov.my/web/guest/17072010_hm_program

alien berkata...

kjaan suruh rakyat bersedia, tapi tak cakap sedia dari segi apa.. hehehe

tapi setahu aku, drg cakap ron97 akan mengimbangi subsidi bagi ron95..
skang apa jadi

Geng Borak berkata...

untuk turunkan harga minyak.. tak boleh gunapakai ke masa debat DSAI dgn shabery chik dulu?? Penat laaaa kalau RON95 naik nanti.. kete aku pernah kena curi minyak masa naik harga dulu.. orang bukak nat minyak pagi2 buta.. beban.. beban.. hmmmmm...

mrs eyza berkata...

lari topik jap...

saya yg col joe baru2 nie pasai herbalife..tapi tak sempat nak col balik sebab arini bizi. insyaAllah ada kelapangan saya col nt yer..maaf sangat2

baincardin berkata...

harga komoditi mmg akan sentiasa naik bro...:)

Unknown berkata...

setuju dgn cadangan supaya buat segmen khas menjawab smo yg ko musykilkan tu di buletin utama.

Wedelia Ryo berkata...

Ada tbaca somewhere dlm tenet. Nk dibandingkan dgn negara pengeluar utama minyak, memangla diorg jual murah, tp Msia bkn negara pengeluar utama..n Msia import minyak lebih dr export..n klu dbandingkan dgn negara lain, minyak kt Msia jauh lg murah..
ye,sy pun guna minyak gak, tp kerajaan kita ni baik la bg subsidi lagi kt rakyat,nk dibandingkan dgn negara lain..ada yg smpi RM7 seliter.. bsyukur la dgn apa yg ada..jgn asyik nk komplen je.jgn smpi Tuhan tarik nikmat yg ada sbb kita suma tak reti bsyukur n asyik komplen je [sorry, emo dgn kaki komplen kt Msia ni -_-]

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW