Ketika aku menulis entry ni, masih lagi tergelak sorang-sorang. hahaha. Baru habis baca semua entry yang join contest tu. hahaha. tengok, gelak lagi. hahaha. Memang yang masuk semua kreatif tahap gaban. hahaha. aiiishh, camne nak berhenti gelak ni? bahaya2. gelak kuat2 ni tak elok. Ok, kali ni je last.
hahahahahahahahahahaha
Pemilihan pemenang
Memang susah nak pilih. Juri sendiri tak dapat nak tentukan. Last dia bagi aku shortlist yang dirasakan menarik dan kalau ikut aku semua menarik kot. Nasib baik juri ni tolong, mudah sikit kerja aku nak pilih. Antara entry tertarik menarik adalah
- Cite BestFriend pencel ni memang idea menarik. Aku baca pun senyum je memanjang. kreatip!
- Cik jari yang cite pasal 'rupa' ni memang berlaku pon. i pernah rasa okeh!
- Sains fiksyen dari tengkorakemas, memang super tinggi imaginasi dia! Tau2 je kan grimjow jagarjek tu. hehe
- Gambar superhero kat atas ni campo dengan penulisan yang super lucu memang buat aku tergelak besar. kudos pada cik sofiey
- Tau2 je aku minat teddy bear, cite teddy bear ni mesti korang baca!
- Nak jadi megan fox bertudung. wahaaa, GUD LUCK. respek kat cik bf die. hehe
- Gambar aku yang banyak diphotoshop ni memang tak boleh blah. haha. cite yang best!
- Kisah adik yang dulu gemok jadi kurus pon ada
- Gambar dari entry sayaisya ni yang penuh dengan lawak, siap ada watak doraemon lagi memang terbaik. Terharu dengan kegigihan edit tu semua. idea mantap!
Yang lain pun sangat menarik. Cuma tak sempat nak ulas satu persatu. Memang terharu gila dengan sesiapa yang join. Kalaulah aku kaya, konpem sorang satu aku bagi kawan2 joana kat blogger yang masuk ni. wahaa. doa2lah ye. 6 tahun je lagi =)
SIAPAKAH PEMENANG????
Pemenangnya adalah...... aku pilih entry ni bukan saja sebab jalan cerita yang mearik, tapi buat aku terasa makan dalam (terasa bagai dicucuk2) Ya lah, macam nak capai benda yang aku buat tu sekarang ni dah tak lama dah masa yang tinggal. Cite ni memang paham cita2 yang aku ingin buat dalam tahun tahun yang mendatang. Walaupun agak poyo dan membodek tahap gaban - i likee!!! haha, Dan yang buat entry ni menang hadiah utama adalah sebab........... STARTING dan ENDING SUPER LOL. kah kah kah. marah kat cik tanah saya okeh! =)
Tahniah kepada cik farhana
Jam menunjukkan pukul 8.30 malam. Ani mencapai alat kawalan jauh Astro PVR di atas meja, lalu ditekan butang PLAY di atasnya. Rancangan yang dirakamkannya menggunakan Astro PVR setahun yang lalu terpasang di televisyen. Bibirnya menguntum senyum sambil tangannya mencapai sebiji buah epal hijau. Begitulah rutin malamnya, makan malamnya hanyalah buah ataupun salad buatan sendiri. Tak kiralah kita tua ke muda ke, kesihatan diri tetap kena jaga, itu pesan suaminya. Matanya kembali fokus pada rancangan di kaca televisyen.
* * * * * * * *
Lelaki itu. Antara yang terkaya di dunia, mengecap kekayaan di usia muda atas hasil usahanya sendiri, langsung terus berjaya memegang rekod lelaki termuda di dunia dalam senarai 10 Orang Terkaya Di Dunia. Malaysia tumpang bangga dengan kejayaan anak watan ini yang merupakan anak jati negeri Kelantan Darul Naim. Mari kita sama-sama soroti sejarah kehidupan insan yang bernama Datuk Dr. Faridzul Asyraf Mat Arifin.
Beliau dilahirkan pada 20 April 1988, merupakan anak bongsu daripada 7 adik beradik. Sejak dari kecil lagi, beliau merupakan seorang kanak-kanak yang punya tubuh badan yang comel dan montel yang amat menggemari Cheese Cake. Namun ianya tidak mendatangkan masalah buat dirinya, malah seringkali dipuji kerana kecomelannya. Beliau juga punya ramai peminat di kalangan makcik-makcik, semuanya dek kerana dirinya yang comel.
Badan yang comel ini menjadi semakin comel walaupun beliau sudah jejak usia 17 tahun. Walaupun begitu, beliau tetap merupakan pelajar cemerlang Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan dan mendapat A1 untuk kesemua mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia. Keputusan tersebut melayakkan beliau meneruskan pelajaran di Kolej Matrikulasi Melaka. Selepas itu beliau menuntut selama 2 bulan di UiTM Shah Alam sebelum mendapat tawaran dari Majlis Amanah Rakyat untuk menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan di University Of Sheffield. Pada usia awal 30an, beliau telah berjaya menamatkan program doktor falsafah dan mendapat gelaran Doktor.
Di kala usia mula menjengah kedewasaan, ramai yang takkan boleh lari dengan isu percintaan. Begitu juga dengan Datuk Dr. Faridzul Asyraf. Namun dek kerana fizikalnya, beliau sendiri mengaku sukar untuk mendapatkan pasangan yang mampu menerima diri beliau seadanya. Maka bercambahlah azam di dalam dirinya mahu menurunkan berat badan kerana beliau merasakan betapa pentingnya kesihatan tubuh badan di samping mahu membuktikan pada insan-insan di luar sana yang pernah mengejek beliau bahawasanya beliau juga mampu menjadi KURUS dan kacak sekacak Farid Kamil.
2008 menyaksikan perubahan besar pada diri dan hidup beliau. Selepas menggunakan produk kesihatan yang diperkenalkan oleh sahabatnya, beliau telah hilang 12kg dalam masa 3 bulan. Mulai saat dan tika itu, beliau telah menceburkan diri di dalam bidang perniagaan produk kesihatan tersebut dan dalam masa yang sama telah berjaya membantu ramai orang untuk menurunkan berat badan. Pada usia 25 tahun beliau telah berjaya membuka sebuah syarikat perniagaannya sendiri. Beliau melebarkan usahanya untuk mempromosikan kepentingan kesihatan sampai ke seluruh dunia melalui sebuah program realiti televisyen untuk membantu golongan-golongan comel menguruskan badan. Ianya dihoskan oleh pelakon wanita popular, Lisa Surihani dan diterbitkan oleh syarikat Datuk Dr. Faridzul Asyraf sendiri.
Nak Kurus Ingat Joegrimjow. Rancangan realiti televisyen yang mula bersiaran pada tahun 2017 dan berjaya memecahkan rekod sebagai rancangan realiti yang mempunyai paling banyak musim. Rancangan yang menjadi fenomena di Malaysia ini telah menamatkan siaran pada tahun 2027 itu bersiaran selama 10 musim dan idea program Nak Kurus Ingat Joegrimjow ini telah dibeli oleh beberapa buah syarikat televisyen luar negara. Secara tidak langsung, nama Datuk Dr. Faridzul Asyraf atau lebih popular dengan gelaran Joegrimjow kini makin mengembang ke seluruh dunia.
Selesai program realiti tersebut, Datuk Dr. Faridzul Asyraf dan sahabat blog beliau yang dikenali hampir 20 tahun, Doktor Farhana Cahaya Yang Riang Gembira, telah bergabung dan membuka sebuah pusat kesihatan yang pertama di Malaysia di mana ianya menawarkan perkhidmatan perubatan dan menguruskan tubuh badan, juga dilengkapi dengan Fitness Center. Sekarang mari kita lihat apa kata individu-individu ini tentang fenomena Nak Kurus Ingat Joegrimjow.
Assalamualaikum. Well hello there. One word from me, HE AND HIS SHOW IS INDEED A PHENOMENON.
-ANWAR HADI-
Menurut Kamuih Dewan Bahasa Dan Pustakaq, Kurus itu bermakna Ingat Joegrimjow!!!
-MAT LUTHFI90-
Nak Kurus Ingat Joegrimjow ternyata dah jadi satu fenomena seantero dunia, dah macam Usop Wilcha satu waktu dulu. Mungkin ramai tertanya, apa sebenarnya motif Datuk Dr. Faridzul Asyraf? Money or fame? Jom kita tengok apa kata beliau.
* * * * *
[JOEGRIMJOW] Money AND fame. Siapa setuju angkat tangan macam saya. Siapa tak setuju, Kita Bakor, Kita Bakor!! Gurau-gurau saja. Hee. Duit atau kemasyhuran? Semua orang nak duit, ya tak? Tapi dari mana kita dapat dan ke mana kita salurkan itu yang paling utama. Kemasyhuran kalau nak dapat pun senang, dengan muka kacak dan badan tough yang saya ada, saya dah boleh jadi hero Malaya kalau saya nak. Orang kata bukan saya kata. Ekeke. Duit dan kemasyhuran tak kekal lama dan tak boleh bawa ke mana. Kesihatan harta kita paling berharga. Kita selalu dengar, ada duit, tapi tak sihat buat apa? Tapi kalau kita sihat, baru kita boleh cari banyak duit. Betul sangat apa yang orang kata. Mak dan ayah saya pernah pesan, dalam apa jua perkara, nawaitu kita kena betul sebab ianya yang menentukan hala tuju kita samada berjaya atau lingkup. Nawaitu saya satu, untuk memperjuangkan kesihatan sebagai antara harta yang paling berharga buat kita. Sebab itu adanya macam-macam program yang saya anjurkan untuk tolong orang kuruskan badan.
Bukan kata orang gemuk tak sihat dan orang kurus confirm-confirm sihat tapi jika kita kurangkan berat badan kepada berat yang ideal, kita boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Bila kurus dan sihat, banyak aktiviti kita boleh buat tanpa kekangan.
* * * * *
Apa pesanan Joegrimjow untuk orang-orang di luar sana?
* * * * *
[JOEGRIMJOW] Kepada orang-orang yang berbadan comel, pertamanya, bina keyakinan diri. Jangan sebab bertubuh besar kita rasa rendah diri. Sayangi dulu diri anda baru orang akan sayang anda. Nak kurus ke apa ke, itu jatuh nombor dua. Bila kita yakin diri, kita sayang diri, automatik kita akan cuba jaga kesihatan diri kita. Cuma kita sendiri tahu apa yang kita perlu buat dan apa yang kita mampu buat.
Kepada orang-orang yang dah punya berat badan ideal, jangan ingat anda tak ada sakit. Kesihatan tetap perlu dijaga okay. Bagilah sokongan moral pada kawan-kawan yang berbadan besar, jangan pula hina dan caci maki mereka.
Akhir sekali untuk isteri saya di rumah. Ani, walau macam mana pun awak satu hari nanti di masa depan, saya tetap sayang awak macam mana awak dalam dia menyayangi saya masa saya montel dulu. Jangan ingat saya tak tahu. Jangan risau, saya akan jaga awak, awak jaga saya okay. Sampai kita tua, sampai nafas terakhir kita. Ecewah. Semoga kita sihat sampai ke tua. Memuahhh!!
Ani memandang kaca televisyen dengan senyuman meleret. Bangga dia dengan pencapaian suaminya dan khidmat yang suaminya telah berikan pada masyarakat. Tiba-tiba satu ciuman singgah di pipi. Kepalanya ditoleh dan dilihat suaminya tersengih sambil berdiri terpacak.
“Amboi, dah berapa banyak kali tengok dokumentari Joegrimjow ni? Rindu abang eh?” tanya suaminya.
Ani menjelir lidah sambil membuat muka comel. “Perasanlah abang!! Saja tengok, bosan-bosan..”
“Mana hadiah hari lahir abang, sayang? Mana mana mana?” tanya Joegrimjow manja.
“Ada dalam bilik tidur. Nak tengok tak?” Ani bertanya dengan gaya nada memancing.
“Jom!!” Lantas Joegrimjow menarik isterinya menuju ke bilik tidur sampaikan tak perasan terlanggar kalendar di tepi meja. Kalendar yang berlatar belakangkan gambar Ani di usia muda.
Menapak masuk ke dalam bilik. Tiba-tiba!! GELAP!!
“Selamat hari lahir Abang sayang, Faridzul Asyraf Mat Arifin. Saya pun sayang awak sampai bila-bila. Bukan Nak Kurus saja Ingat Joegrimjow okay, tapi setiap masa setiap detik saya ingat Joegrimjow.” bisik Ani dalam kegelapan.
Eh.. Usia Joegrimjow? 40.. Usia Ani? (Lisa SurihANI) 42.. Betul tak Joegrimjow? =p
- TAMAT -
Sekian coretan dari Cahaya Yang Riang Gembira. Semoga terhibur Joegrimjow. Ini hadiah dari anak murid anda buat anda ya Mr. Coach. Semoga hadiah ini boleh bikin anda tersenyum di hari lahir anda, ada beberapa jam saja lagi. Selamat hari lahir dan moga dikurniakan kesihatan yang bagus dan sentiasa dilimpahkan rezeki olehNYA. Mudah-mudahan. =)
Assalamualaikum.
pss : dulu pun dia dah menang dah, nampaknya cik farhana kena dikecualikan masuk contest aku dah ni. haha. sila bagi no akaun kat joegrimjow@gmail.com. Hasil dari contest ni, dapat 4 new custemer. Memang kena buat contest lagi cepat2 =) Nak gemok ingat joegrimjow pulak. amacam?
21 ulasan:
Perghhh.. Terbaik gila cerita dia.. Boleh wat novel kot!! Thumbs up cik farhana.
wah!! berjaya membaca sehingga habis....terbaiklah entry dia..memang layak dapat no satu....congrate untuk cik farhana...
New Entry: Assignment 2 UBM : Sunnah Nabi di dalam Hidup kita
@SofieyAzwa
novel kena saman dngn lisa nanti
hehe
@zahidah dihaz
ending terbaik kan
hoho
tahniah buat pmnang. xsmpat den nak mereka post pjg2 musim final. hu3
hehe. aku memang dah agak dia akan menang
@Nadhirah Ahmad
xpe, nanti akan dibagitau awal contest ni =)
@Jard The Great
selalu je jard dapat agak
hoho
thumbs up! Congrats kpd pemenang....
dpt hint mcmana kriteria pemenang dipilih....hehe
bole jadikan tips utk next contest :)
@Aku Ibu Muda
thx u ibu muda sebab join jugak
wah..ni memang betulbetul terbaik weh!congrats to her~
mmg deserve to win lar!!
congrats! :P
Lisa takkan nak saman kot!!! Ini satu kebanggaan buat Lisa.. Haha.. =p
Anyway.. Terima kasih semua.. :)
F
U
U
U
Y
O
O
O
cik FARHANA KITA TU MENANG lerr
@nurain
yup
congratez kat die
@b a m b a m ' s
cik bambam pon ok jugak
=)
@FarhanaDr
haha
sape tau?
hehe
@mr.syazwan
fuuyooooo
fuh salutela kesungguhan pemenang, tahniah buat cik Farhana :)
gd contest la bro...
tak sempat nak join...lambat pickup sket..
next time buat lagi..kasi hdiah juta2 lak..hehe
cik farhana mmg kreatif dan hebat... klu sy pn sy akan plih cik farhana jugak!!
Catat Ulasan