Share

Kenapa Pilihan Raya Sarawak esok Penting?

16 April - hari yang membuatkan sesiapa sahaja tak kira kerajaan ataupun pembangkang akan kecut perut. Heh, pilihanraya Sarawak akan diadakan esok! Kepada rakyat Sarawak, selamat menjalankan ibadah mengundi. Ibadah? ya, nak memilih pemimpin ni juga salah satu ibadah. Pilih yang terbaik, yang dapat membawa negeri anda ke satu peringkat yang maju serta dirahmati Allah paling penting


Kerajaan VS Pembangkang

Aku tertarik dengan satu komen kat entry ni mengenai situasi politik di Malaysia. Kita yang menonton sama dengan menonton perlawanan bola sepak, bergantung kepada pemain untuk bermain di atas padang (ahli politik) dan kalau di luar padang, siapalah yang tahu macam mana. Yang penting, cukup 90 minit, kita nak tahu, yang mana menang, yang mana akan sumbat gol dengan banyak


Pentingnya menang esok kepada Kerajaan



Sudah pasti, esok tarikh yang mesti ditempuhi kerajaan. Maklumlah, setelah 54 tahun memerintah Sarawak, tahun ini dilihat goyah dengan pembongkaran satu persatu kepimpinan Sarawak yang diketuai oleh Taib Mahmud. Begitu banyak kroni dan rasuahnya. Sebab itu, kali ini PM kita sendiri yang turun padang dengan menabur jutaan projek jika BN menang lagi. Sama macam Kelantan la. Ohh, takkan lupa kisah highway tak kesudahan =) Kemenangan esok akan membuktikan bahawa rakyat masih 'seronok' dengan kerajaan sekarang dan ini membolehkan Sarawak terus dibawah naungan BN



Pentingnya menang esok kepada Pembangkang



Aku rasa agak perit pembangkang nak menang esok di Sarawak. Tapi kalau melihat landskap politik sekarang, apa-apa pun boleh terjadi. Kemengan esok sudah pasti akan menjadikan batu loncatan kepada seluruh negeri di Malaysia lain yang sememangnya rakyat mahukan perubahan drastik dalam kepimpinan negara. Pembangkang menang esok, tak susah untuk menawan satu persatu negeri dibawah kerajaan kelak. Ya lah, Pilihan Raya Umum dah nak dekat, kuasa pemerintahan esok juga akan juga berlaku perubahan


Kemenangan kepada Rakyat

Dan aku percaya, walau siapa pun yang menang esok, rakyat yang akan menjadi juara sebenarnya. Sangat best masa pilihan raya ni, duit cukup senang nak dapat. Siap kalau balik untuk mengundi dapat duit lagi. heh, sound familiar? Jalankan tanggungjawab esok, dan semoga Sarawak menjadi terus maju dan maju dan maju. 


pss : tak pernah lagi ke Sarawak, bila lah agak2nya nak sampai ke sana

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

25 ulasan:

zahidah dihaz berkata...

semangat nak mengundi sudah berkobar2 ni....hehehe...


datang sarawak roger2lah....


New Entry: COUNTDOWN

www.dunialandax.com berkata...

aku harap sangat kerajaan taib mahmud tumbang! cukup lah dia makan duit rakyat!


http://www.dunialandax.com/

joegrimjow berkata...

@zahidah dihaz

ooh, duk sarawak ke?

joegrimjow berkata...

@encHIx laNDax

menarik baca fakta pasal die kan

Liyana berkata...

mcm gigi pelesu je.. lalala

joegrimjow berkata...

@liyana

erk
xtau yg tu

Tanpa Nama berkata...

Dia makan duit satu hal, tapi rasanya sebelum hangpa nak komen, buat research kenapa DBKU wujud walaupun dan ada MBKS, dan syarikat mana yang sumbang berbeliyun beliyun dekat Baitulmal =)

Unknown berkata...

dari orang srawak sendiri;

even if taib steps down (dalam paper ckp beberapa tahun lagi), kerajaan sekarang have good odds to stay governing.hahaha

Unknown berkata...

dari orang srawak sendiri;

even if taib steps down (dalam paper ckp beberapa tahun lagi), kerajaan sekarang have good odds to stay governing.hahaha

Myvitrd berkata...

apa pon keputusan esok akan terjawab.. menang atau kalah dah adat.. tapi diharap kebenaran dapat ditegakkan.. undi dengan terbaik

PeNgEmiS dUniA berkata...

Aku harap sangat boleh tuka kerajaan , tapi btl ckp kau , mmg perit kalau dpt pon sbb taktik2 ter'sembunyi' akan digunakan . paling kurang pon aku hrp dpt nafikan 2/3 majoriti , sbb mmg kerajaan hrpkn serawak selama ni

Marhaen Kacak berkata...

sapa2 menang pun tatap tu dalam lubang najis...huhu

Hikayat Lubang Najis: Orang Melayu Mesti Baca!!!!

joegrimjow berkata...

@Iriseoir
yg tu kena cari tu

joegrimjow berkata...

@Azam Shah

hehe, org sarawak kena ngundi esok okeh

joegrimjow berkata...

@Myvitrd

benar pasti menang

joegrimjow berkata...

@PeNgEmiS dUniA

lubuk kerajaan adalah di sarawak ye tak

joegrimjow berkata...

@Marhaen Kacak

erk?

hanis aleeya aka gadis sepi berkata...

paling penting sebab separuh kerusi parlimen ada di sarawak.

tapi..

ada sebabnya Taib dibiarkan memegang jawatan KM sampai 30 tahun.

Keterangan lanjut tak boleh tulis kat sini. Bahaya sikit isu ni sebenarnya.

amal berkata...

dari org sarawak jugak.
hehe...meh la datang sarawak abg joegrimjow..boleh cuba makanan baru kat sini.wahh..promote pulak.. :)))

Ma Gold Dor berkata...

Pembangkang mau menang di Sarawak???? hampeh ler... dgn rasuah politik, penipuan undi tahap gaban, peras ugut dll termasuk campur tangan Suruhanjaya Penipu Rakyat maka alamatnyer mimpi jer la...

Unknown berkata...

@joegrimjow blom brapa nak cukup umo -___- hahaha

eira berkata...

sgt bermakna esok ye..

wanifatin ヽ(^o^)ノ berkata...

sy pna ke srwk..msih lg sejuk ++ dingin..seronok~ tp itu mse 2006 la kn..=)

suffer8zine berkata...

agak payah juga pakatan nk menang, rakyat bila nmpk duit, projek itu ni makin suka la

Terkini Kucing Lahirkan Anak Anjing

NAZ berkata...

itu yang kadang kadang rakyat silap mengharapkan perubahan drastik. janji memang boleh di tabur kiri kanan. bila dah menang lepas tangan. apa pun sudah lumrah kita nak benda depan mata.

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW