Share

Jawapan Kepada Berita Harian : Belia kena sedar bahaya tukar Kerajaan

SHAH ALAM: Generasi muda dinasihatkan sentiasa membantu kerajaan mengekalkan kuasa politik sedia ada bagi memastikan kelangsungan pembangunan demi kesejahteraan masyarakat berbilang kaum.

Mereka juga diminta menggunakan liberalisasi maklumat sebaik mungkin agar tidak terperangkap dengan rancangan pihak tertentu yang bercita-cita untuk menghancurkan sistem pemerintahan yang sudah menabur bakti sejak 54 tahun lalu.

Prof Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Dr Ramlah Adam, berkata peralihan kuasa politik sangat berbahaya bagi rakyat Malaysia kerana kumpulan penentang kerajaan tidak mempunyai sejarah kepemimpinan yang jelas.

Gula-gula pilihanraya


Katanya, mereka menghasut generasi muda supaya membenci kerajaan kerana menyedari mereka kurang memahami sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan dan kesusahan pemimpin negara membangunkan Malaysia ke tahap sekarang.

Beliau berkata, kumpulan radikal itu juga menggunakan media baru seperti laman sesawang dengan memburuk-burukkan kerajaan bagi membangkitkan kemarahan rakyat bagi memudahkan mereka menggunakan saluran politik untuk menumbangkan kerajaan.

"Bagi mengelak daripada terjerumus dalam perangkap kumpulan politik berbahaya, generasi muda perlu memahami sejarah silam terutama perjuangan menentang komunis dan menuntut kemerdekaan," katanya dalam forum bertajuk `Perpaduan Negara Melalui Komunikasi dan Media' di UiTM, semalam.

Forum anjuran bersama Jabatan Penerangan, Berita Harian, Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM yang dikendalikan oleh Prof Dr Mokhtar Muhammad dari UiTM Shah Alam itu turut disertai Pensyarah Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Datuk Prof Dr Rosli Saludin.

Dr Ramlah juga mengingatkan generasi muda supaya terus mendokong perjuangan 1Malaysia diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana ia adalah kesinambungan perpaduan berbilang kaum diperjuangkan sejak 54

(Laporan berita harian)

******

Aku tak tahu pulak sekarang ni boleh berpolitik di Universiti. Bukan ke tak boleh dan memang dah termaktub yang instituisi Universiti tak boleh nak berpolitik? Haish, nampak sangat aku ketinggalan zaman ni! tu la, asyik berbisnes je!




Kalau korang malas nak baca artikel kat atas tu, rumusan forum Bahaya tukar Kerajaan adalah

  • Kumpulan penentang tidak memahami sejarah kepimpinan yang jelas
  • Menggunakan media baru - laman sesawang
  • Gunakan liberisasi maklumat sedia ada untuk mencari kebenaran


Point-point yang digunakan sangat lemah. haiish, kalau macam aku ni rakyat yang bertaraf pemerhati senang je nak bangkang idea-idea mereka ni. Okeh, ni entry kire back up kerajaan. Aku rasa entry ni boleh diguna pakai untuk tunjukkan kenapa Kerajaan sekarang adalah KERAJAAN TERBAIK


Statistik pembangunan vs rasuah negara 

Kerajaan perlu berani dalam mengeluarkan statistik pembangunan negara bagi membuktikan betapa bagusnya kerajaan yang ada sekarang. Oh, pembangunan ini mestilah selari dengan rasuah yang terkantoi. Maklumlah, rakyat sekarang dah sedia maklum setiap projek, mesti ada 'tangan' yang tak patut dapat akan dapat. Jadi kalau kerajaan dapat bagi 'ketelusan' mereka buat kerja, pasti pihak pembangkang akan ternganga je. Baru boleh yakinkan rakyat yang kalau bertukar kerajaan, pasti rakyat susah. ye tak?


Malaysia maju vs gejala sosial

Dalam membentuk sesebuah negara yang maju, banyak aspek yang perlu diambil kira. Yang paling penting adalah kemajuan rakyatnya. Dah 54 tahun lebih kerajaan memerintah, rakyat tahu yang Malaysia dah lebih maju berbanding 54 tahun lepas. Walaupun tak dapat top 20 kuala lumpur sebagai bandaraya hebat, tapi takpelah. Cuba bukak cerita gejala sosial pulak. Adakah gejala sosial di Malaysia sekarang ni dah berkurang ke macam mana, isu anak luar nikah menurun atau tidak, samun ini samun itu adakah dah kurang atau tidak dan kehidupan beragama adakah menjadi prioriti pada kerajaan, dapat tunjuk yang sosial masyarakat jugak meningkat, lagi sekali pihak pembangkang akan ternganga


Media prima vs laman sesawang

Perlu sedar yang sekarang ni dah ada stigma masyarakat yang 'media prima' adalah milik kerajaan. Bukan stigma kot, tapi hakikat. Mana taknya, asyik duk cerita pasal kebaikan kerajaan je kalau kat berita tu. sampai bini pemimpin bagi ucapan pun nak masuk berita. Hey, kalau orang duk cerita pasal kebaikan dia je memanjang, tak bosan ke? bosan okeh! media prima sepatutnya buat jugak liputan pasal pembangkang ni, ooh, ada tapi semua keburukan je. haha. sebab tu sekarang ni media sesawang dah jadi media prima pada rakyat. Kalau kerajaan dapat seimbangkan arus perdana ni, kembalikan 'kewibawaan' dalam menyampaikan maklumat, konfem pihak pembangkang akan ternganga sampai bungkus


wokey, itu sahaja. banyak lagi, tapi bagi sikit dulu. 


pss : Negara kita tidak pernah bertukar kerajaan 54 tahun!!! Sama ada kerajaan terlalu hebat, atau pembangkang terlalu lemah?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

30 comments:

missnanako said...

terbaik ah joW!!

Belalang Hijau said...

point yang baik dan boleh d guna pakai...hee

nas said...

54 tahun.. xde kot kerajaan lain kt dunia dapat kekal sampai sekarang kecuali negara beraja shj.. hu3.. lain2 no komen... :P

aleeya husnan said...

UiTM memang tempat kempen pun. Baru tau ke? Hehe..

suffer8zine said...

bagus entri ni

Terkini : Jom Kenali Cendawan Beracun

Amira Amair The Poyos said...

sape2 yg memerintah..
sama jek..
hahahahahahahaha...

gadisBunga said...

kerajaan hebat, pembangkang lemah, atau rakyat takut?

c.i.k.a.m.i.e.a said...

one thing for sure.. ideologi pembangkang hanya sekadar ideologi.. janji2 kosong, bukti depan mata.. saya ni pro-kerajaan atau anda sendiri melihat dari sisi lain? memang betul apa yang kerajaan usahakan ni dari duit rakyat tapi ia disalurkan untuk rakyat juga.. tak faham atau tak bersyukur ya? saya warga uitm. saya bangga saya warga uitm.. dengar dari semua pihak, jangan hanya menilai dari cakap2 orang..

jaya jr said...

najib dan rosmah takut nak berdepan PKR..DSAI,TGNA,lim guan eng..negeri yang ditadbir PKR,penang dan selangor negeri plaing ramai tarik pelabur asing..najib dan rosmah asyik habiskan duit rakyat..harge minyak asyik duk naek..dikate kerajaan selangor tak tunai janji,padahal rakyat selangor gembira dengan air percuma..najib dan rosmah guna media untuk halang kebenaran..langsung tak adil dalam satu sistem yangdipanggil demokrasi..bukan itu caranya yang betol sebagai pemimpin..

rakyat jadi takut,klo sokong pembangkang kene tukar kerja jauh2,kawasan pedalaman..rahim thamby chik edar video lucah rilek je senyum depan TV,wartawan..polis tak tangkap..siap ade backup lagi telindung dari tindkan undang2 kate menteri BN nazri aziz..ape kes?mane pergi ketelusan polis..adakan mereka dah jadi pencacai orang laen..

Rahwana said...

camna profesor doktor boleh ada idea macam tu?

slay said...

silap-silap pihak lain yang ternganga. :O
heheh.

pepatungbiru said...

pembangkang ni penting gak pa..ye la..lau takder pmbangkang mesti kerajaan tu senang wenang jerk buat apa dia suka tanpa fikir kemauhan rakyat dia..biasanya bl org dok bgkang br derank tersedar..tp aku ni bukan pd 2 2 pihak..maseh blurr dlm dunia politik nih..ahahaha..

dalam almari said...

politics amuses me. its like watching football. its up for the players how to bring it on-field. off-field? who knows. we can only yell like mad monkeys from the stands and hopes the ball enters the right net.

KiD said...

politik ni amat memualkan... masing2 dengan cara sendiri.. tapi Penangan Pilihanraya di Sarawak 2011 Streamyx Down... membuatkan aku lagi hangin!!

liyanaziz said...

x sabar nak tengok kalau satu hari nanti pembangkang pulak memerintah... nak tengok macam mana, siapa hebat.. pada masa tu aku nak duduk tepuk tangan kalau ada bangsa dan kaum aku yang merempat.. kejam kan?? realitinya politik busuk, org yg mempolitik kan segala benda jugak sangat busuk! keduanya sama... sebelum dapat, pelbagai benda nak canang, tapi bila dah dapat, senyap sunyi mungkin... dunia sekarang, nothing without "games"..

allia farhana said...

paling setuju dgn point negara maju vs gejala sosial..

APi said...

kerajaan dapat tackle pengundi kebanyakkannya dari rakyat yang hanya menonton berita di media prima..
kalau rakyat tu dapat mencari media lain seperti laman sesawang ni, aku rasa lebih celik mata daripada asyik terima sahaja bulat-bulat apa yang disampaikan oleh media..

Kamil Kahar said...

@liyanaziz aku setuju gler dowh...

dark said...

@c.i.k.a.m.i.e.a
hahahahahahahahahahahahahhaahahhaahahahahahahahhahahahaha...asal mane?JB?..hahahahahahhahahahahahahahahahahahahaha...blaja mane?UiTM?hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha....STANDARD la org cam mu..
two things for you:
1)layakkah isteri PM,membelanjakan duit kerajaan?pastu ade jabatan sendiri?
2)tolongla,ang pro-gomen kan?tolongla..suh dorang turunkn cukai kereta 300% tuh..plzzzzzzz!!

@liyanaziz
skang pn da leh bertepuk amai2,belalang kupu2,kaum /bangsa ko mmg sedang merempat pon..hahahahahahahahhaha..xyh tggu pembangkang...
skang pny "KETUANAN MELAYU" pn adalah lesen ORANG MELAYU BERPANGKAT TINGGI menindas orang melayu marhaen yg brda dbwh,pastu bangsa lain lak diperkotak-katikkan..sbb ape?..SAAATUUUUUUUUUUUUUUUU MELESIA!!..hahahahahahhahahahahahahhaha..xkn skdr jd penonton bertepuk tangan je???tu je ke mampu?..

@joe..
cam biasa,pemikiran ang..guwa respek!..=)

firuzLazuardi said...

@jaya jr yeke?

adilah said...

mmg dah blh politik kat universiti bro...stakat ceramah2 je...hr tu siap perkasa wat meeting dlm uitm lg...huhu

zida said...

pehh politik politik. tapi hidup bawah pembangkang best jugak (selangor) sebab rasa macam berbaloi sangat *ish taktau nak cakap apa sebab ada satu rasa yang sangat suka dalam diri ini, semuanya kerana agama* :)

i <3 selangor #tetibee

Fina Roslan said...

thumbs up Joe.
Anyway,sgt ketara bila buletin utama hanya melaporkan keburukan pembangkang? bukankah lebih baik nyatakan tentang misi2 kerajaan untuk menyelesaikan masalah2 yang bertimbun2?lebih bermanfaat.

shamizu said...

salam joe,
idea yang sinis dan pedih untuk ditelan. Tapi kena telan jugak.

54 tahun lama tu. Apa salah bagi bagi peluang dekat pembangkang pulak. Kalau diorang seleweng, rasuah apa ke kita tukar la pulak. Apa susah.
Kita nak ukur mampu ke tak mampu ke biarlah atas padang yang sama. Satu padang rumput. Satu padang batu mana aci.

Kerajaan perintah malaysia. Pembangkang perintah 2 3 negeri mana nak sama. Kerajaan ada agensi/kem. untuk buat apa-apa pembangunan, pembangkang mana ada kuasa di peringkat pusat macam tu.

sekian. tunggu point joe seterusnya. Main selamat nampaknya!

ahmad said...

panas telinga kalo dgr berita tv3 pkl 8. sume hak baek la kerajaan. negeri2 yg PR pegang sume nk kondem.

dey, gua selaku org pahang si adnan yakob tu trk oke. kawasan2 phg ni mana nk maju belah rompin. bekalan aer xfully cover.wakil rakya bertanding bukit ibam, to dy duk kuantan.ape cer..

misz beauty said...

tak de butang share kat sini.. tapi saya nak copy link masuk kat fb saya oke... ;-)

Nadzirah said...

bagi aku la kan, sape2 memerintah pun sama. cuma myb diorang akan gunakan pendekatan yg berbeza. yang diorang rase senang nak handle. kan? lagipun, skrg nh xd lg politik yg tulus nak tolong rakyat. semuanya tabur janji tipu. xkesahlah pembangkang ke kerajaan. huhu. semua pemimpin lebih pentingkan kuasa/nama berbanding kebajikan rakyat. ok. sekian !

hehe. jom pg belog : CIK DIREKTOR!

PeNgEmiS dUniA said...

mmg alasan yang BODOH , sangat2 xboleh tukar kerajaan . cmtu smp matila ko redha pemimpin telan duit rakyt

mauidzah said...

tahniah. inilah wawasan dan pemikiran org muda yang kita cari2 :D

topet said...

@ c.i.k.a.m.i.e.a wrote one thing for sure.. ideologi pembangkang hanya sekadar ideologi.. janji2 kosong, bukti depan mata.. saya ni pro-kerajaan atau anda sendiri melihat dari sisi lain? memang betul apa yang kerajaan usahakan ni dari duit rakyat tapi ia disalurkan untuk rakyat juga.. tak faham atau tak bersyukur ya? saya warga uitm. saya bangga saya warga uitm.. dengar dari semua pihak, jangan hanya menilai dari cakap2 orang..

dey anney tak bersyukur pala hotak lu...bodohnya...yang orang takmau sekarang ni puak-puak dungu mentekedarah duit rakyat yang mentadbir kerajaan..tau dak parti politik dengan kerajaan adalah entiti yang berbeza?patut la mampu dok uitm ja..ni mesti kalau toreh tangan darah kaler biru ni...

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW