Orang ni memang kurang ajar kan?
Masak guna kaki?
Gila la ko wehhhh, tak syukur dengan nikmat tangan yang tuhan bagi
Jijik la, ko bagi sape makan makanan tu? anak2 ko? bini ko? tak payah la masak guna kaki
JIJIK
Tengok tu, lap muka dengan kaki?
GUNA TANGAN WEEEIIII
hina orang islam je kejenya, ada ke amek air smayang sapu muka pakai kaki!!!
takde pale otak!!!
************
First Impression sangat penting. Orang akan menghakimi kita melalui pandangan pertamanya kepada kita. Kita buat kat orang pon sama jugaklah kan? Contoh biasa - orang berseluar pendek, singlet pagoda minum teh tarik kat kedai. Gaya macam orang miskin je. Tak lama lepas tu, dia keluar kunci dan tekan. Lampu Mercedez CLS menyala dan lelaki bersinglet tadi naik. Terlopong mata tengok kan?
Tu benda biasa. First Impression ni ada yang kena dan ada yang tak kena!
Kat bawah ni ada video sorang mat saleh ni pakai topeng dan keluar membeli belah. Tengok reaksi orang yang berhadapan dengan orang macam ni macam mana, macam2 ada! jom tengok
Tapi aku tak salahkan penonton, cuba kita berhadapan dengan situasi macam tu, memang lari jugaklah kan?
Dalam soal FISRT IMPRESSION ni, ada 2 yang terlibat. Satu si pelaku dan satu lagi yang menghakimi. Kalau kita si pelaku, memang kita kena berjaga-jaga agar tindak tanduk kita tu tak disalah paham oleh yang melihat. Tapi sebab mulut orang ni tak boleh nak jaga, layan je lah apa orang nak tuduh kita apa-apa pun. Yang penting kita buat benda yang betul
Lagi satu situasi ketika kita menghakimi. Dalam soal ni, kita tak payah lah nak bersungguh-sungguh jadi nujum pak belalang dengan buat kesimpulan sendiri. Tengok orang buat pelik sikit, terus kita fikir pelik. Kadang2 ada benda tersurat yang kita tak nampak. Jangan menyimpul terlalu cepat. Nanti timbul fitnah tak pasal2 dosa kering je dapat
Pasal gambar kat atas, tengok video bawah ni. tersentuh hati tengok ada orang macam ni....
Antara reaksi kawan twitter mengenai first impression
pss : ramai orang boleh bersabar tapi tak ramai orang yang sentiasa bersyukur
19 ulasan:
honestly.. first impression, aku expect dia kudung.. huhuhu.. (pas aku komen ni, baru aku tengok video)
Poco Poco Tak HARAM pulak?!
Kadang2 1stimpression boleh buat orang gila kan?
:(
Sama dgn KID, 1st impression igt dia kudung, tp sebenarnya apa eh joe? tak dpt tgok video pun :(
kudung2
mat saleh tu cuba buat kat malaysia macam tu, confem kena terajang
dah agah dah before tgk video tu... tersentuh bila tgk video kedua tu..
@KiD
eh eh
xmenjadi la ni
hehe
@LORD ZARA 札拉
terhadap lelaki?
@Aku Ibu Muda
memang kudung =)
@eton
hebat kan die tu
we only let people see what we want them to believe.
@geeds
sometimes didnt work
jadi kita yg sempurna kenapa ramai yg tak mahu bersyukur, suruh kerja pun malas....
@yatie Awang
suruh kerja malas, like
first impression tu penting juga tapi ada timenya kita tak boleh pntingkan sangat.kdg2 org mula2 tengok..kelakuan n everything semua ok..tup..tup..1 bulan,2 bulan..all d true colours coming out n alamk..".terukla org ni..,nyesal aku pecaya dia org baik2.."..itulah perkataan yg terkeluar dari mulut kita akhirnya..hmm...apa2 pun..nilai dengan akal..itu lebih penting. =)
what's the title of the show in the first video?
insap!!
did u guys know it take 4-5meeting to change someones 1st bad impression? thats why the study of communication is indeed important..
syahdunya tgk video lelaki tanpa tangan tue... betapa kuatnya dia mengharungi liku2x hidup.. andaikata kita diuji sebagaimana lelaki ini, mungkinkah kita juga mampu setabah dia??
Catat Ulasan