Share

3 orang kuat di belakang Justin Bieber

Video Justin Bieber di Malaysia

Beberapa hari lepas aku ada tengok cite Hollywood story : Justin Bieber kat Astro. Memang tahu yg budak ni datang dari youtube tapi kisah dia jadi popular tu tak tahu macam mana. Ragu-ragu jugak kan. sebab tu melekat kat tv tu. Heh, aku bukan peminat dia okeh. pernyataan awal tu. wohooo. Kesimpulan yang aku boleh buat, ada 3 orang yang dibelakang budak berumur 13 tahun ini (sekarang dah 16 eh?) yang membawa kepada famous dia sampai sekarang


1) Mak dia : Pattie Mellette


Memang hobi mak dia yang upload video anak dia (justin bieberlah) ke youtube. Tengah nyanyi ni upload, tengah nyayi tu upload. Sampailah JB dikenali begitu ramai di youtube hasil dari video yang diupload oleh mak dia. Kenapa mak dia orang kuat, normallah, anak katakan, usia pulak baru 13 tahun ketika tu, mesti puas hati kalau dia yang jaga sendiri. Sekarang ni pun mak dia masih jaga. Yang aku respek, mak dia ni takdelah jenis mata duitan sangat. Ada majalah playboy tawar mak dia untuk posing 'separuh bogel' di majalah pkayboy dengan bayaran 50 000 dia tolak bodoh je. kuat beragama sikit dan aku rasa sebab JB tak 'riak' lagi skrg ni hasil dari ajaran mak dia lah


2) Pengurus dia : Scooter



Setelah nampak kualiti dalam JB, orang pertama approach adalah lelaki bernama scooter. Bukan pertama jugaklah, ramai kot tapi yang diterima mak dia adalah lelaki ni - scooter. Tak sama dengan pengurus lain, scooter ni memang jalankan tugas dengan terbaik punya. Hasil kepala dia jugaklah yang dapat memasarkan JB ni kat pasaran Hollywood. Taktik scooter yang terbaik dalam memasarkan JB adalah dengan walaupun JB ni dah famous amous gitu, dia masih lagi upload video JB kat youtube. hasilnya orang akan rasa JB ni milik dieorang. fan JB lah. So bila fan rasa dihargai, maka album pun meletuplah. platinum kot!


3) Pengurus dia : Usher



Yang jadikan JB kebabow meletup adalah disebabkan Usher. Penyanyi rap kulit hitam. ada tak kenal ke? Dengan populariti Usher dan kualiti dari JB, maka meletup kebabow lah JB di industri Hollywood. Yang bestnya pasal Usher ni, dia nampak dirinya dalam JB. sebab dia pun glamer masa usia kecil jugak dan dia nampak ramai budak2 yg glamer ketika kecil jadi hanyut bila dah tua. Sebab tu dia jaga JB dengan ikhlas, bukan sebab duit semata-mata. ye ke tak tak tahulah, tapi sampai skrg kta tngok JB ni masih diterima umum dan semakin glamer dah, aku rasa ya lah tu.


**********

Siapa orang kuat kita?

Okeh, berhenti cakap pasal JB. cakap pasal diri sendiri. Heh. Korang rasa siapa orang kuat di belakang korang sehingga korang seperti korang sekarang. Takdelah famous amous macam JB, tapi kalau ada apa-apa benda yang hebat korang pernah kecapi, siapa agak2nya orang di belakang korang yang support? 


Bagi aku mak aku sendirilah

Dia yang tak bantah bila anak dia ni nak buat bisnes dengan tak kerja pakai degree yang ada. Dia jugak yang selalu support bila anak dia ni rasa macam lagho dalam hidup. Dia jugaklah yang bagi pinjaman bila anak dia perlukan (bayar terus okeh)

Ayah? walaupun ayah aku dah takde 6 tahun yang lepas, tapi memang aku rasa banyak kehidupan aku dipengaruhi oleh ayah aku. Hebatkan kuasa motivasi ni, walaupun dah takde tapi semangatnya masih ada. 

Ourselves

Orang kuat dibelakang kita sebenarnya adalah diri kita sendiri. Orang lain termasuk ibu bapa hanyalah pembantu untuk kejayaan kita. Mereka mesti suka tengok kejayaan anak dieorang, mestilah akan bantu kita sehabis baik. Tapi, yang menentukan kita boleh atau tidak, adalah diri kita. So dalam kes aku tu, hanya aku je lah yang dapat tentukannya. wahaa, 2 tahun lagi nak jadi jutawan ni. kena kerja kuat2 joe!


okeh, tamat bebel

aku pun tak tahu kenapa dari cite pasal JB ni cerita pasal diri sendiri pulak. keh keh keh. takpelah, korang kaitakan lah benda ni dengan diri korang. sebab ni blog aku, jadi aku citelah pasal diri aku sendiri je. haha. takkan nak cite pasal lisa surihani pulak kan? lalala


pss : your success only limited by your own imagination and your hardwork

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

18 ulasan:

Shazwan Azizan - wanblur berkata...

kepada Joe, teruskan berusaha untuk jd millionaire dunia dan akhirat :)

p/s : lepas nie ley la belanja makan. Org dah nak kaya.. hehe

pepatungbiru berkata...

yea!! ak syg mak pak ak..

Sesopie berkata...

JB dulu innocent gila.. Cute je.

Emm,goodluck jadi jutawan HerbalLife. ;)

wiraterbang berkata...

jb dah 17 la..bukan 16...dye lahir taun 1994 okeh...hehehe i like jb...oyeah!!!

Fiya Ahmad berkata...

a'ahh.. paling kuat adalah diri sendiri.. sbb apa2 pon berlaku, yg boleh merubahkan sesuatu hanyalah kita.. org len cume leh support je.. ye dok? :)

iman berkata...

:) I'm a BIG fan of this Bieber too start knowing him for Baby song. suara dia kebabow!

gud lak jadi millionaire! I will be one too.Amen

HAZRIL HAFIZ berkata...

acece joe..peminat bibir nampak..haha..baca sambungn disini

http://hazrilhafiz.blogspot.com/2011/04/sikap-keras-kepala-justin-bieber.html

KAMIHIDUP berkata...

kalau bukan usher mesti J timberlake.

joegrimjow berkata...

@akuwanblur90
lepas ni no problemo la

joegrimjow berkata...

@pepatungbiru

sayang mak jugak
hoho

joegrimjow berkata...

@SofieyAzwa

wuhuu
thank u

joegrimjow berkata...

@wan atikie

dah 17 eh?
haha

joegrimjow berkata...

@Fiya Ahmad

sangat yeeaa

joegrimjow berkata...

@iman

ameen

joegrimjow berkata...

@HafizRahman.com

ehem2
siapa yg minat lebih ni?
hehe

joegrimjow berkata...

@KAMIHIDUP

yup
tp jb pilih usher
huhu

suffer8zine berkata...

ooo usher rupenya pengurus die patut la :P

Terkini : Tutorial Lajukan Buffering Menonton Video Secara Online

ain fathihah fhm berkata...

tak minat bieber. tapi suka lagu2 dia. hehe

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW