Senarai 'Top Paid Salary CEO in Malaysia 2007' atau bahasa mudahnya, CEO kat Malaysia yang dibayar gaji paling tinggi pada tahun 2007 adalah. jeng jeng jeng
- Lim Kok Thay (Genting - RM 86.5 Juta)
- Datuk Nazir Razak (CIMB - RM 9.35 Juta)
- Teh Ah Lek (Public Bank – RM6.2 Juta)
- Rozali Ismail (Puncak Niaga – RM5.2 Juta)
- Ralph Marshall (Astro – RM3.4 Juta)
- Amirsham Abdul Aziz (Maybank – RM2.7 Juta)
- Ahamad Zubir Murshid (Sime Darby – RM2 Juta)
- Yusli Mohamed (Bursa Malaysia – RM1.97 Juta)
- Lodin Wok Kamaruddin (Bousted Holdings – RM1.85 Juta)
Yang aku nak cerita lebih pasal Tan Sri Lim Kok Thay - anak Lim Goh Tong, gajinya pada 2007 adalah RM 86.5 Juta atau 7.2 Juta sebulan atau RM 1.8 Juta seminggu atau RM 260,000 sehari. Haha, gaji sehari dia sama dengan gaji 6 tahun kebanyakan cikgu kat Malaysia ni. Kekeke, sangat banyak ok. Ni tahun 2007, tahun ni punya aku tak jumpa pulak google tadi.
Klik untuk baca selanjutnya
Klik untuk baca selanjutnya
Datuk Nazir Razak merupakan adik PM kesayangan kita (hihik) CIMB ni rasanya GLC kan, dah sebut GLC mesti ada link dengan kerajaan. Tapi jangan buruk sangka pulak, dia jadi CEO sebelum Najib jadi PM lagi, jadi orang kata takdelah PM yang appointed dia jadi CIMB punya company.
Apa yang kita boleh cakap?
Nak komen lebih, aku takde hak nak komen sebab semua nama kat atas tu takde kaitan pun dengan aku. Bisnes depa kan, ikut depalah nak pulun berapa pun. Yang boleh cakap lebih atau komen lebih adalah pekerja company tu. Contohnya pekerja jaga tiket sepenuh masa kat Genting Hotel, dia sepatutnya yang boleh cakap banyak sebab kenapa beza gaji dia 2000-3000 sebulan tetapi CEO gajinya beratus ribu sehari. wahaa
Orang yang kerja kat maybank, CIMB, ataupun kawan aku yang ada kerja kat Sime Darby boleh pertikai kenapa gaji CEO dieorang terlalu tinggi bezanya dengan gaji dieorang yang kerja dari pukul 8 sampai pukul 5 dan kadang2 buat ot sampai pukul 11 kalau akhir tahun. familiar? heh =)
Orang yang takde kaitan macam aku - tulis blog bagi kesedaran. kekeke
CEO - orang penting. Pekerja - orang penting juga apa!!
Kita tahulah yang CEO tu sangat penting bagi syarikat. Hala tuju syarikat, memang CEO adalah kepalanya. Berapa akan dapat, berapa bonus pekerja dapat, performance syarikat macam mana, semua tanggungjawab CEO. Tapi cakap pasal pekerja pula, mereka tak penting ke? ok ok. mungkin tanggungjawab pekerja tak berapa penting dari CEO. Sebab tulah walaupun dah bekerja berpenat lelah, gaji mereka dengan gaji seorang CEO ni MESTI BESAR jurangnya. kekeke, ye ke camtu?
Adat dunia atau macam mana?
Video pasti tengok kat atas ni merupakan kegiatan harian CEO satu syarikat penerbangan di Jepun. Macam video 9-to-5 aku punya kot. kekeke. Apa yang menarik pasal video ni, walaupun seorang CEO, dia naik bas ke tempat kerja - sayangi alam sekitar? makan di cafe bersama pekerja lain - jaga hati pekerja? dan gaji tahunannya hanyalah 90 000 USD. wahaa, beza gila tu! Eh, bukan syarikat penerbangan cikai ok, Top 10 lagi tu
Jadi, kalau kita nak cakap ni adat dunia, tak boleh sebab ada je yang tak macam tu. Malaysia je lain? tak jugak sebab kalau tengok kat US dan banyak lagi negara lain, sama jugak. Jadi kesimpulan kita boleh buat - ada negara CEO terlalu kaya dan ada negara CEO standard macam orang biasa? macam tu?
Pendapat aku?
CEO atau ketua sesebuah syarikat ni kenalah tunjuk contoh yang terbaik. Nak kaya pun, janganlah bedal sampai banyak sangat duit tu. kekeke. bagilah sikit kat orang bawah ye tak? macam CEO kat video atas tu, siap cut lagi gaji sendiri untuk keuntungan syarikat lebih. kita boleh buat sebab kita ketua. kita? wahaa!
CEO atau ketua sesebuah syarikat ni kenalah tunjuk contoh yang terbaik. Nak kaya pun, janganlah bedal sampai banyak sangat duit tu. kekeke. bagilah sikit kat orang bawah ye tak? macam CEO kat video atas tu, siap cut lagi gaji sendiri untuk keuntungan syarikat lebih. kita boleh buat sebab kita ketua. kita? wahaa!
Sebab tulah aku tak suka bekerja dengan orang. Dah graduate dari Uni luar negara ni memang orang kata senang nak dapat kerja, masa aku submit resume kat beberapa company dulu, memang ada yang suruh datang interview, tapo poyo tak pergi. kekeke, bukan poyo, tapi jenis aku macam tu. Jenis yang nak kebebasan. kah kah kah. Kalau kita kerja dengan orang, bilalah agak2nya nak dapat gaji yang kita idamkan. Contoh korang nak kerja dapat RM 10 ribu sebulan, at least 10-15 tahun bekerja baru boleh dapat gaji macam tu
Compare kalau korang kerja sendiri, boleh pilih nak gaji berapa. contohlah nak buat bisnes jual burger, nak dapat seribu 2 sebulan, bukaklah kedai burger tu 4-5 jam sehari. tapi kalau nak lebih, bukaklah gerai tu lebih. haaa, macam tu. sama jugak meniaga, nak lebih, kerjalah lebih, nak kurang, kerjalah kurang. hehe. simple ye tak?
TETAPI!!!
Kerja sendiri ni pun banyak halangan dia. Nak buat apa-apa bisnes pun banyak halangan dia. Standard la tu, sebab tu kalau nak buat bisnes apa-apa, pastikan jiwa korang kental. tak takut dengan risiko (berani ambil risiko kata lainnya) dan sikap korang perlulah 100% positif. Bukan bisnes Herbalife je, bisnes apa-apa pun!
Wokey, itu sahaja, selamat berhujung minggu =)
30 ulasan:
baca tulisan2 joe ni honestly memang memberikan motivasi yang tinggi :)
@Aku Ibu Muda
oho, thx u
memang tak adil!!!hehe
eh,anda buat anda dpt ma
ciayok2
dato' seri che khalib tak tersenarai eh?
hehe
@Peri PiA
TU KLU kerja sendiri
hehe
@syzwnsrwk
xjumpa yg terbaru, ni yg latest jumpa
kalau la cik ila yg buat entri ni,msti cik ila kutuk abis psl CEO tu.hahahaa...
6 daripadanya=Melayu. Hebat!!
berapa company la tokey Genting tu pegang ye..
haah, btol tu brder.
tetiba skg rasa nk tuka cecita plak.
lps grad nt nk sambung blaja smpai phd pastu apply jd CEO.
melampau x?
haha
@Cik Ila
kekeke
nape nak kutuk plak?
@blog-tips-kurus
yg pasti banyak
@LiLohOnEy
lol
boleh cube
hehe
1st : entry best
2nd : RM260,00 sehari? terlalu byk gaji beliau
3rd : rse cm x suke jgak kerja ngan orang, tp nak kerja sndri x mmpu lg rsenye.. :D
Sebab tu kalau company tu rasa kewangan dah teruk,kasi buang jer CEO,hahah
260k boleh bayar gaji untuk 1000 orang pekerja biasa,itu by month tu!
@SHM
tinggi risiko
@Izat Tarmizi
yup
sangat banyak
tapi kalau dah sampai 260k sehari dah kire tahap melampau lampaulampau dah tuh~
i heard about this few months before.but i strongly say Nazir Razak is highly charismatic guy. CIMB boost up its performance once he became the CEO. a nice guy too.
actually, if u dig further, their salary is actually determine by the borad of directors and normally they pay them base on percentage profit they made.
so the more money u make for the company, the more u will get.
n CEO is actually either appointed by board of directors to an outsiders, or inherited. or korean name it chaebol.
honestly, i dont feel its unfair they get 260x bigger amount than the co-workers, as a CEO actually managing MulTiPLe companies owned by the group they are working. they used their brain 260x more than a co worker did.
1cent-peace ;)
out of puluh2 juta rakyat msia, yg ni jer income byk gitu...realiti dunia
yg penting kerja mesti ikhlas...^_^
gile btol sehari 260+++. oihhhh ape yg die buat gaji mcm tu?
*tergamam+terkedu+terkejut berok*
saya sangat sokong cara kerja CEO japan tu. dah gaji banyak2 buat apa, baik sedekah balik kat kampeni yek.
ada menteri besar kat malaysia ni suka buat camtuh gak. eh org negeri ni mesti tau MB mana..hehe
thx 4 your information...
sgt2 berguna setelah saya di minta oleh my lec tu mengkaji 10 senarai terkaya di malaysia..:)
do follow me too..
For me, yes, they deserve those $$$$$$$.
@CiK niNiEy
ni ceo je
senarai terkaya ada lagi
@aNdi.Hanin::حنين نظوره
eherm2
mb mane tu?
hehe
duit byk2 tu diaorang wat apa ek
Macam mana nazir boleh naikkan CIMB .. kalau nak tau , banyak payment dipaksa buat melalui cimb .. cthny stesen PETRNAS.. dulu boleh bayar ke maybank , tapi ada arahan sekarang bayaran @masuk duit mesti melalui CIMB .. itu belum dikira projek2 berskala besar yg urusan kewangannya mesti melalui CIMB .. jadi fikir2lah , kalau ceo boleh arah syarikat guna banknya ..kan hebat tu
Sebab tu kalau company tu rasa kewangan dah teruk,kasi buang jer CEO,hahah 260k boleh bayar gaji untuk 1000 orang pekerja biasa,itu by month tu!
diorang CEO sebab diorang deserve.
Catat Ulasan