Share

Kahwin 3 tahun lagi?

Wah wah, malam-malam camni update blog pasal kahwin pulak kan? Dah la kahwin, lepas tu bagi time frame lagi pulak tu. Time frame pulak lagi 3 tahun, aigooo, lambatnya lagi! Tua kerepot la dulu aku camni jadinya!


Balik dari jumpa Susan Peterson

Ingat lagi entry ni? hehe, sebenarnya ni kes teruja jumpa dengan kekasih hati lama, susan peterson la ni. Seingat aku last jumpa dia masa di taiwan, tadi jumpa balik di JW Marriotte, perghhh, semakin lawa! Walaupun dah berusia 52 tahun, dia nampaknya semakin muda dan cantik, macam babydoll gitu!




Apa kaitan susan peterson dengan kahwin ni? aku nak kahwin dengan dia ke?  serius tak! walaupun dia cantik dan berharta, tetapi umur dia tu macam mak aku dah eh, tak sanggup i kahwin dengan umur sebaya mak i ni. heh. Jadi, kaitan dengan entry malam ini adalah - PLAN


Routine vs Plan

Aku saja buat gimik kahwin 3 tahun lagi tu, yang sebenar mana boleh cerita, 30 tahun lagi aku kahwin ke, 3 bulan je lagi ke ataupun 3 minggu lagi kahwin dan sangat memeranjatkan 3 hari dari sekarang aku akan kahwin??? mana boleh cerita dalam blog bila kahwin semua ni, bahaya-bahaya. Jadi gimik ini hanya berkaitan dengan sharing dari susan peterson iaitu PLAN

Perancangan atau bahasa mat salehnya PLAN ini memang sangat penting. Dari lah perancangan kita terhadap masa depan kita dari segi ekonomi, nak jadi kaya (berapa nilainya) dan nak bersara bila (umur bila nak bersara) perlulah kita rancang. Dari segi kesihatan pulak, perancangan untuk memiliki badan macam kat bawah ni bila agak-agaknya boleh kita dapat? (lelaki sahaja la ooohh)


wohooo!!


semuanya kena rancang. Nak itu nak ini bila, semua kena ada dalam kepala!


DREAM BIG

Segala perancangan yang kita buat, tak kira berapa tahun lagi yang kita mahu capaikan ia, mestilah disesuaikan dengan impian yang besar. Bila impian dah besar, perancangan untuk memiki impian kita tu akan automatik akan datang sendiri dan kita akan lebih fokus dengan segala kerja kita

Susan share dia punya ULTIMATE DREAM yang mana dia nak gaji sebulan sebanyak 5000 usd sebulan. Bagi dia, jumlah itu dah banyak dan dia tak dapat bayangkan kehidupan dia bila dah capai 5000 usd sebulan. Ya lah, memang satu nilai yang cukup banyak sebenarnya. Tetapi disebabkan PLANnya yang hebat dan dia buat apa yang dia rancangkan, nilai 5000 usd dia dapat dalam tempoh kurang 5 bulan dan sekarang ni gaji yang Herbalife bayar dia bulan-bulan lebih jutaan USD sebulan!

Sebab tu ngak ngorat susan ni, kekeke

Last sekali, TIME FRAME. Bila kita dah PLAN, dah DREAM, sudah pasti jangan lupa sekalikan BILA kita mahu kecapi apa yang kita impikan itu. Dia jugak bagitau, kalau cakap aku nak kaya, mungkin kita akan kaya tetapi pada usia 70 lebih! Tapi bila kita letak time frame, aku nak kaya dalam masa 3 tahun lagi, kita akan bekerja bagai nak rak untuk kecapi apa yang kita inginkan!


Habis-habis

Banyak lagi sebenarnya apa yang dia share tetapi dah lewat dah ni nak tulis lagi, kita sambung bila dah keadaan ok sikit. Aku ni excited sampai penat-penat balik (sampai rumah pukul 12malam) terus update blog nak share dengan korang. hehe. gigih tak? cakap la gigih ok =)

pss : 3 tahun? lama tuuuu, tak sanggup i

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

21 ulasan:

APi berkata...

kenapa nak mesti 3?
musykil plak tetibe..

Syafiq Rosli berkata...

haha..xlme lg dah bro..

joegrimjow berkata...

@APi

jeng jeng jeng

joegrimjow berkata...

@Syafiq Rosli

ahaaa
siapa lah tahu kan

antudegil berkata...

anggaran dan harapan dlm masa 3 tahun. silap2 jgn 3 bulan udah. :D

Entri Terkini : Perlu Sangat Ke Perfect English Dalam Bertutur?

joegrimjow berkata...

@antudegil

kot2 3 minggu?
wahaaa

shu berkata...

gigih gile ok.....;)

vip qualified dulu...pas2 baru pk pasal kawen

Azym Azizi berkata...

Huhu..rugi tak dapat datang... +_+

Geng Borak berkata...

selamat pengantin baru abe!! hehehee.. ucap in advance.. :p
Ini ShaKiddo ada ONG! | Pokok Duit-Duit Berbunga

joegrimjow berkata...

@KiD

ohooo
cepat sangat ni

joegrimjow berkata...

@MuhD NoR AzyM

org xumum lagi ni
ish

joegrimjow berkata...

@shu

haha, yang tu pasti

Azym Azizi berkata...

Joe, rugi tak dapat datang jumpa Susan Peterson tu la. Hehe. Kenduri ko, jangan lupa jemput. Aku nak datang. Buat shake sbg minuman utama tau. Hehe.

joegrimjow berkata...

@MuhD NoR AzyM

shake free akan diberi mungkin
=)

FazMelati berkata...

Wahhaa kawen! =)) Selamat pengantin baru in advance!


Untuk dia,..Maybe u tak ♥ i

tengku asmadi berkata...

ada rezeki tu datang nanti ..mana tau dalam 3 tahun dahj tertarik dan menarik dan ada jodoh terus aje :)

joegrimjow berkata...

@Melati

wahaa
sape2?
hehe

joegrimjow berkata...

@tengku asmadi

ni semua duk komen pasal kawen ni
hoho

Nizam berkata...

anggaran 3 tahun tapi tak semestinya 3 tahun... hehe
kurang kan jadi 2 tahun... :)

Jard The Great berkata...

bulan 4 kan???? =p

Tanpa Nama berkata...

ehem...sanggup ke 3 tahun lagi tu

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW