Nampak sangat aku ni terlampau sibuk kan, nak buat entry sempena perayaan krismas pun terpaksa lewat satu hari. Tak pe, itu semua tak penting. Bagi korang yang dah tahu tapi terlupa (ayat jaga maruah diri) perayaan krismas ini jatuh pada 25hb 12 setiap tahun oleh penganut kristian di seluruh dunia sempena meraikan kelahiran Jesus. Ok, sebenarnya tarikh 25 hb tu tak dapat dipastikan betul atau tidak Jesus di lahirkan masa tu, tapi diiktiraf juga oleh pengabut kristian untuk meraikan pada 25hb sebagai perayaan mengingati Jesus
Berkrismas di UK
Sangat rugi sekiranya berada disana tetapi tidak melihat sendiri bagaimana perayaan ini disambut. Seharusnya aku tengok sendiri. kalau kat rumah, asyik tengok cerita Home Alone je masa krismas, nak jugak tengok realiti sebenar perayaan ini macam mana. hehe. mesti best kan?
Permulaan Dicember
Saja gatal nak jalan-jalan di bandar sheffield, awal dicember memang sangat meriah dengan orang yang pelbagai gelagat menyambutnya. Ada yang berpakaian merah, tak lupa juga pokok-pokok krismas yang dipasang di kedai dan juga tempat2 utama, ada juga pasaraya yang memasang lagu krismas dan sudah pasti banyak kedai buat sale sempena krismas
Kalau di sana, pelajar Universiti akan cuti panjang semasa winter. Sebulan lebih dan bukak je cuti, terus exam. Haa, kira kalau kat Malaysia, study week la kononya, Ni bukan study week dah, Snow Week dah. Alhamdulillah, 2 tahun disana, 2 2 tahun salji adalah lebat dan kepuasan bermain salji sangat best. Krismas dan salji, sinonim kan?
Semasa Krismas
Sangat sedih sebenarnya, kerana semasa krismas, bandar Sheffield sangat lengang! Semua kedai tutup, perkhidmatan awam berhenti dan kalau korang kat city, boleh tidur atas jalan. Tak percaya? ni video aku rakam 2 tahun lepas.
Klik gambar untuk tengok video |
Amacam? kosong kan?
Sebenarnya kosong ini disebabkan oleh mereka pulang ke kampung masing-masing. Yang tinggal hanyalah student yang tiada tempat nak dikunjungi macam aku dan juga para homeless yang bersepah-sepah. Sebab tu bandar jadi kosong!
Sebab bosan pada hari krismas, buatlah plan untuk ke London, jaraknya lebih kurang 2 jam dengan menaiki keretapi laju
Di dalam keretapi
Ditegur oleh seorang mak cik yang agak berusia, dalam lingkungan 50-60 tahun, bertongkat dan berambut putih.
makcik : merry christmas love
aku : merry christmas (sambil tersenyum)
mak cik : where are u heading for? celebrate christmas?
aku : london. visit my friends there. how about u?
mak cik : ooh really? im going to london too (dah memang train tu ke london kot) visit my son and my grandchildren.
aku : ooh, why they dont going back and visit u?
mak cik tu dah muka masam. aku salah sebut ke apa? mungkin dia terasa apa aku pun tak tahu. nasib badanlah. mungkin dia tak paham dengan english aku kot. heh!
Satu lagi budaya yang agak pelik disini, tak semestinya anak yang akan melawat ibu bapa. Ibu bapa pergi ke rumah anak pun ada! pelik kan? tak hormat ke? aku rasa dah jadi budaya kat sana. ya lah, kalau kira dari segi cost effective, lagi senang yang sorang ni (ibu bapa) pergi ke tempat ramai (anak2) tiket train pun tak mahal kan? heh, cuba buat kat kita, nak mengamuk mak bapak kat kampung kan? hehe
Di london agak lewat
Tiba di London agak lewat malam. sebab musim winter, pukul 4 tu dah gelap dah. kalau sampai pukul 8 tu, fuhh, dah macam pukul 11 malam dah. Sebab orang yang membawa kiteorang pun student, jadi paham-paham je lah student macam mana, jalan kaki adalah transport utama. heh, london beb, bangga tiba-tiba. tapi jejak kaki di london tu di sambut dengan keadaan tak berapa best!
27/12/2008
kalau nak kira, memang 27hb tu sambutan krismas masih ada lah. sebab tu ada lagi mamat yang mabuk duk minum arak pakai pakaian merah duk sebut merry christmas-merry christmas ho-ho-ho. Apa pemandangan yang sedihnya, kelab-kelab yang bersepah dengan sangat ramai orang yang beratur nak tunggu masuk dan juga boleh dilihat LIVE VIDEO LUCAH di depan mata eh, bukan video, tapi aksi. dengan slumber badak duk 'main' kat jalan. lepas tu datanglah polis untuk tangkap. mabuk katakan. its a christmas dude!!
Paginya
Selepas bangun agak lewat disebabkan letih, misi memburu cinta di kota london berterusan. heh, apa lagi, shopping la. walaupun dah miss boxing day, tapi konfem masih ada yang saki-baki tinggal jualan. dan memang ada pun!
sebut pasal Boxing Day, kenapa boxing tu kawan aku kata hari itu adalah untuk bertinju. heh, tinju apa nya beb? tinju untuk dapatkan barangan yang kita mahukan! haaaa, sebabnya harga sangat murah-murah ok. pakaian branded boleh dapat dengan sangat murah pada hari tu dan christmas ni ada yang lebih tunggu boxing day dari perayaan tu sendiri.
Aku takdelah bertinju, orang melayu katakan, penuh sopan santun!
Bergambar di London |
Kesimpulan menyambut krismas bagi orang sini
Aku boleh buat kesimpulan, walaupun kat atas tu aku cakap awal-awal perayaan krismas tu untuk menyambut kelahiran jesus, tapi keadaan masyarakat tak sepertinya. Ia lebih disambut sebagai satu perayaan untu berseronok, bukan untuk mengingati Jesus itu sendiri. Antara lain perayaan krismas
- Untuk jumpa/kumpul dengan ahli keluarga lain
- Boxing day-membeli belah sampai pengsan
- parti-parti bagi golongan muda-mudi
Krismas dan Raya
Perayaan hari raya bagi kita lama kelamaan dan jadi macam sambutan krismas di sana dah. Maksud sama adalah disambut sebagai satu perayaan, bukan untuk muhasabah diri mendekatkan diri lebih dengan sang pencipta. Perasaan atau tidak, media yang memainkan instrumen penting dalam penyebaran maklumat menyogok kita penonton dengan pelbagai aktiviti perayaan yang 'ala-ala gembira' bukannya untuk lebih mengingatkan kita kepada agama. hurrm, sama je lah dengan orang sana kan?
bak kata sorang pemandu bas
'merry christmas and happy shopping'
pss : ada sesiapa boleh bagi link tentang hukum menyebut 'Merry Christmas' tak?
14 ulasan:
kat egypt, krismas, 4 ari bulan nanti. :D
Salam ziarah... kalu nk tahu pasal menyambut krismas saya ada satu link
http://lianazulak.blogspot.com/2010/12/hukum-sambutan-hari-krimas-oleh-umat.html
http://soaljawab.wordpress.com/2009/12/24/ijma-larangan-mengucapkan-tahniah-pada-perayaan-bukan-islam/
@adrinaqamarina
serius??
@Indra Putra Bin Asrar
ok, thank u
@zubaidah
dapat, akan baca!
http://drmaza.com/home/?p=1277
selamat membaca.. =)
@~cAhAyA kEmUL!aAn~
dah 3
thank u
=)
isk isk iskk.. kat jepun pun time lahir agama lain, time kawen agama lain... cristmas pun sambut gakk.. jap lagi mati baru balik ke agama asall.. hmmmmmmmmm
@*∽ IZAN ∽*
mati baru balik ke agama asal?
hum2
wah..bestnya .. bila aku nak sampai sana ni..huhu
@Tn.Punya
akan sampai suatu hari nanti
waha
@joegrimjow
betul apa yg dikatakn oleh adrinaqamarina
@ *∽ IZAN ∽* mati baru balik ke agama asal? hum2
Catat Ulasan