Share

Ketuanan Melayu - Tidak releven!

Salam sejahtera,

Sila baca dengan berhati-hati, setiap ayat perlu dibaca dan jangan 'main' klik komen dan terus hentam saya. Saya penulis bebas dan ini berdasarkan pemerhatian saya, seorang rakyat Malaysia yang sudah hidup di muka bumi Malaysia ini selama 22 tahun. Cacat cela, itu lumrah manusia dan saya berharap agar ada input yang boleh saya kongsikan dengan pembaca di blog saya


saya ahli pkr? oh no no. saya orang pembangkang, oh no no. cuma suka menulis blog sahaja =)


Agak menyampah sebenarnya menonton tv3 dan rancangan arus perdana lain yang tidak henti-henti mempersoalkan isu ketuanan melayu. Abang saya sehingga melabelkan PKR patut dibuang negeri kerana menolak menjadi melayu, tak bangga jadi melayu dan akan merosakkan melayu di bumi Malaysia ini. Ohh, saya bukan apa, sebab tiada internet di rumah, saya terus ke kedai mamak untuk membaca soal 'ketuanan melayu' ini

Saya rasa sangat elok untuk tuan puan baca di link ini daripada kita sombrono bercakap tanpa pengetahuan. Ini antara petikan awal


Ketuanan Melayu (Malay for Malay supremacy or Malay dominance) is the claim that the Malay people are the tuan (masters) of Malaysia.


Saya mahu cerita sedikit mengenai bangsa saya iaitu Melayu. Sekarang saya berada di kedai mamak presint 8, menghirup teh tarik yang dihidangkan oleh 'machaaa' yang berkulit gelap. Di tepi saya ada 4 orang lelaki yang saya yakin adalah melayu tengah hisap rokok sambil menunjukkan handphone masing-masing. Tak jauh depan saya, ada lagi 3 lelaki melayu dan seorang perempuan yang... saya tak pasti warga indon atau orang melayu kita tapi memang seronok tengok mereka rancak berbual sambil usap-usap tangan. Beranggapan baik, mungkin mereka adalah adik beradik....

Ini senario kecil, yang mata saya perhati. saya cuba google 'Melayu' di google dan... aduss, saya print screen dan letak disini walaupun gambar kesemuanya 'memalukan'


Belum search di Youtube lagi

Jadi macam mana, inikah Melayu yang kita agungkan?

ohh, walau apa orang kata perihal melayu, saya berbangga berbangsa Melayu dan akan cuba perbaiki bangsa saya semampu yang boleh. harap anda bersama dengan saya


Ketuanan Melayu

Sekarang ini, heboh pula dengan ketuanan melayu. Sejarah awal, ketuanan melayu ini mula dicanang sejak tahun 1940 lagi semasa zaman Malayan Union. Mahu memberitahu kepada rakyat bahawasanya Malaysia ini mempunyai tuan dan tuan itu adalah orang Melayu. Zaman Pak Lah pula, timbul satu lagi tambahan kepada Ketuanan Melayu yang membawa kepada masalah besar negara iaitu Ketuanan Melayu ini bertujuan untuk menyatu padukan orang Melayu supaya lebih berjaya di tanah sendiri. Katanya yang dipetik dari sini, tidak ada guna menjadi tuan tanah melayu jika kita sendiri mundur di negara sendiri.

“So when we talk about that (Malay supremacy), we mean we must be successful in many fields. It is never about ruling over others, or forcing our power upon them,”

Menyatupadukan orang Melayu dengan menggunakan istilah Ketuanan Melayu

Niat baik untuk satupadukan orang Melayu ini tidak disahut oleh kebanyakan ahli UMNO sendiri. Jika dapat sahutan, sudah pasti ekonomi orang Melayu akan bertambah maju, sudah pasti ahli politik yang berbangsa Melayu akan saling menolong dan kesannya, kita sebagai rakyat yang akan dapat limpahan ruahannya. Kesan ketuanan Melayu ini tidak menjadi? tengoklah pilihan raya 2008, berapa negeri mereka kalah!

Akhirnya, kesan itu dapat dilihat sekarang dengan isu Ketuanan Melayu ini sendiri menjadi duri dalam daging mereka dengan PKR yang merupakan parti pembangkang mempolitikkan isu ini seterusnya mereka (kerajaan) mula goyah dan terus goyah!



Kenapa Ketuanan Melayu tidak releven?

Adakah MELAYU akan terus terkubur jika ketuanan melayu dihapuskan? TIDAK!!! Malahan dengan senario ekonomi dan politik negara sekarang pun, cuba lihat melayu di mana? ekonomi melayu no berapa? sosial melayu raja di penjara! jadi, masihkah kita mahu agongkan ketuanan melayu ini?


Keris dan melayu

Konsep Islam adalah sama rata. Ya kita adalah tuan, tapi apabila kita selalu menyebut kita adalah tuan, dan itu hak kita dan ini hak kita, adakah yang bukan tuan ini akan selesa? Cuba letak kita di kaki mereka, selesakah kita? keberuntungan inilah yang membuatkan ramai orang kita (Melayu) leka dan seterusnya jadilah seperti situasi sekarang ini

Melihat kepada kekalahan di kebanyakan tempat pada PRU 2008, UMNO seharusnya lebih bijak dan tangani isu ini dengan lebih matang. Rakyat semakin lama semakin bijak, arus perdana bukan lagi sumber utama untuk rakyat menilai mana baik mana yang buruk, dan jika masih lagi bermain sentimen bangsa ini, terimalah padahnya pada PRU 2012 nanti!


pss : jangan ketat sangat muka tu baca. senyum sikit ok =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

66 ulasan:

Nur Suaidah Bachok berkata...

aku suka politik! yes :D

Anisa berkata...

me-layu
:)

mr.syazwan berkata...

betul ke tun M ada berkata melayu mudah lupa

sama ke dgn konsep ini??

tak tahu la di universiti lain

tapi di UITM sendiri sering di peringatkan mengenai KETUANAN MELAYU

insyALLAH malayu akan kukuh dan FUUYOOO

ahaks!

Nana Eddy berkata...

saya setuju yang menyebabkan Melayu hilang hak miliknya terhadap tanah sendiri adalah kerana sikap mereka sendiri.. SIKAP diorang ni lah yang menyebabkan kita kadang2 rasa malu. Tapi brat sepeti Joe jugak, masih bangga menjadi anak Melayu, atau lebih tepat, Anak Malaysia. :)

Satu teguran ingin saya higlightkan di sini. Konsep ISLAM bukanlah sama rata, tetapi ADIL. Untuk menjadi adil, kita tidak semestinya sama rata. Cuba bayangkan, sekiranya anda bekerja 1000x ganda lagi kuat dari saya di tempat yang sama, tetapi bila diberi gaji, saya dan anda mendapat jumlah yang sama kerana syarikat memeggang konsep "sama rata". bukankah anda akan merasa tidak adil? atau, anda merupakan pemilik kepada sesuatu syarikat, tetapi, pekerja anda mampu memakai kereta mewah dengan gaji yang anda beri, tetapi anda hanya mampu memakai motor kapcai. Adakah anda rasa adil?

Konsep adil itu (merujuk PAFA yang kite kena hafal masa sekolah rendah dulu) bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Kalau kita "meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya" itu bermaksud kita zalim. (maksud dari buku PAFA jugak hehe)

bab ketuanan melayu ni, brat ada mixed feeling. So sebagai seorang brat yang sentiasa "berpura2" ignorant, brat cuba elakkan utk berbincang pasal hal ni. Ada sorang pakcik pernah cakap kat brat, "Kalau tak nak bergaduh, jangan berbincang tentang hal agama dan politik" Brat setuju 100%. lols

nice post btw.

Unknown berkata...

haha. jom pertingkatkan ape yg kurang dekat melayu ni, kita kan generasi muda yg maju dan berpengetahuan luas...

kalau ini tanah kita, tak salah kata tuan tanah. kalau kita dekat tanah orang, kita kena sedar diri kita bukan tuan tanah. aku tak rasa tuan tanah sepatutnya dengan suka hati menidakkan ketuanan dia.

pada aku, sebenarnye ketuanan melayu isu yg di politikkan, isu yg patut kita semua lihat adalah betapa di takuk lamanya pimikiran melayu ni.

harap2 kita sama2 boleh majukan bangsa melayu atas tanah sendiri. nnt kalau dah jadi tanah orang lain takut tak termaju bangsa sendiri....

Jimie SC berkata...

mst rmi bloggers2 yg akn komen scara bhati2 nie..hahaha..

bg ak..ermmm...(fkr ayt selamat jap..haha)ketuanan melayu tidak ada mslh jika diterapkan sekali dgn nilai2 Islam.

Puting Beliung Di Depan Pantai UiTM Dungun, Terengganu

petite A berkata...

inilah bangsa melayu sekarang.bukan nk saling bersatu padu malah ada yang hina sesama bangsa.sungguh memalukan.bangsa lain hanya menepuk tangan kerana berjaya buat melayu bercakaran.apa sudah jadi?dimana kata-kata 'takkan melayu hilang didunia' kalau kita pun benda yang menjatuhkan martabat melayu?begini nescaya tak sampai 100 thun lagi, bye bye melayu.u're gone!hilang ditelan dek minda yang begitu mngejar kemodenan dunia.be pround la wei jadi melayu.!

*sorry kalau terlampau =.=' pndpt dr budak underage ^_^

Stalker00 berkata...

Jujurnya tak keterlaluan memang melayu sekarang memang dah same taraf dengan sampah tepi jalan...
disebabkan keghairahan dorang mengejar dunia..
tapi, bila diimbas balik masa zaman Malayan Union,
orang melayu yang beriya-iya mempertahankan tanah melayu dari dijajah secara boneka
bukan la nak kate bangsa laen tak menolak Malayan Union, tapi hanya segelintir,
tapi melayu begitu lantang mempertahankan tanah air mereka.
So aku rasa, Tak salah kalau mereka nak guna word "ketuanan melayu"
sebab bagi aku, mereka memang layak
btw, aku setuju ngan komen Nana Eddy
Tak perlu bincang agama dan politik kalau tanak gaduh
juga, sentimen perkauman aku rasa tak perlu usik
btw, nice post
:)

yang tersebot berkata...

ayat terakhir make me smile hihihihi =)

cube bayangkan betape keciwanye la
nenek moyang kite dulu bile tau bangse melayu sekarng mcam ni..
penat2 berjuang dulu..

sebagai anak melayu
jom kite jalankan tanggungjawab sendiri, jangan cemarkan imej melayu.. langkh pertame kite mulekan dengan jage diri sndri dulu.. jge dari seggale mcm bentok anasir yang mmpu merosakn imej melayu itu sndiri...

saye bangge jadi anak melayu!!

aurox_3d berkata...

salam saudara joe,

ulasan yg penuh maklumat dari saudara...tahniah dan terima kasih. Namun begitu, sy agak kurang bersetuju untuk beberapa perkara diatas.

1) xsalah sy rasa jika mengagongkan ketuanan melayu ni. Ketuanan melayu yg seperti saudara ulas adalah utk memberitahu rakyat bahawa Malaysia ni, ada tuannye, iaitu orang melayu. Tapi , maksud tersirat dari "Ketuanan Malayu" ni adalah untuk memastikan bahawa segala properties melayu ni di jaga dan terjamin, termasuklah kedudukan AGAMA ISLAM, bahasa melayu, dan hak istimewa orang melayu..salahkah jika kite nak mengagongkan kedudukan islam dan bahasa melayu sebagai agama dan bahasa rasmi negara?? Ketuanan Melayu ni juga sbnarnye adalah asas dan pendokong kepada perlembagaan negara seperti yang terdapat dalam perkara 153 perlembagaan malaysia.

2) jika ekonomi, politik, dan sosial orang melayu sudah begitu semasa adanya ketuanan melayu, bagaimana pula jika tiada???? jika sekarang di tahap 6 dari 10, sy rasa mungkin akan jatuh kepada -6 jika konsep ketuanan melayu dibuang. Atas dasar ape saya kata begitu?? ada fakta ke nak kukuhkan hujah tu? huhu...belum ada lagi...tapi, buka hati, tengok persekitaran sekarang...kalau bukan kita yg jaga anak bangsa kita, jgn harap bangsa lain nak jaga. Hakikatnya di Malaysia dan IPTA adalah begitu...tak boleh dinafikan.

4) suka saya petik kata2 Tunku Abdul Rahman di dalam blog Dr Ridhuan Tee Abdullah,

negara ini telah diakui oleh semua kaum lain yang tinggal di sini sebagai sebuah negara yang asalnya negara Melayu. Hakikat ini akan terus diakui melainkan orang Melayu sendiri mengambil keputusan untuk menunggang terbalikkannya dan menjadikannya sebagai sebuah neraka untuk kita semua. Tidak ada sesiapapun yang membangkang usaha-usaha kerajaan untuk menolong orang Melayu kerana semua orang yang siuman insaf bahawa dari zaman berzaman orang Melayu telah terbiar dalam negara mereka sendiri.

tapi, entry yg bagus dari saudara. hujah2 yang bernas, tetapi perlu ada check and balance mengikut keadaan semasa.

p/s: tiada no 3...saje je lompat ke no 4..

aurox_3d berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

perkara2 seperti ini selalu dibangkitkan oleh ahli politik dan mereka buat semua ni sbb nk dapatkan sokongan kaum lain.klw x salah dlm blog Dr.M (che det)ada kata klw kita nk tukar ketuanan melayu dan hak melayu dlm perlembagaan ini ambil masa yg sngt panjang utk diteliti. ia juga mungkin akan ditukar sekiranya kaum lain sudi balik ke negara asal mereka.

saya bkn bersikap racist, kwn baik saya juga org cina. setujukah kita hak ikuiti kita diusik?MELAYU juga perlu sedar kita diberi keistimewaan dlm 3 perkara SAHAJA pendidikan, sektor awan dan ekonomi (klw x salah). melayu bkn bermaksud LAYU.klw perkataan itu juga disalahkan maka salahlah datuk nenek kita dulu.-klw slh sila betulkan. thanx

Izzati Nur berkata...

segalanya kembali kpd Islam

didalamnya sudah ad hak2 utk stiap bangsa xkira melayu-Islam
or non-Muslim.dr segala sudut
dan aspek.

Islam is da only way of life

sy jgk bkn sokong mana2 phak tp berpihak pd yang benar dan btepatan dgn Islam..itu shj

jika UMNO-BN bbuat spt itu,sy rs sy jgk sokong mrka..tp skrg??hmmm..pkir2 & slmt b'amal:)

suffer8zine berkata...

huhu habis la bangsa dipolitikan, adakah ini gara2 politik yg guna label meleyu? kenapa bukan islam? bangsa ngn agama mana penting? :P

Terkini : Berani Mati

Pejuang Kesenian Extreme berkata...

Apa agaknya jadi Malaysia ni kalau tak ada kontrak sosial tentang Ketuanan melayu.

Jangan kita percayakan cakap orang yang sentiasa membelit..Bila didalam kerajaan,cakap akan mempertahankan ketuanan melayu ini bermatian-matian.Bila dah jadi pembangkang,berjanji akan menentang bemati-matian..Itukah orang yang patut kita percaya??

Shahiran berkata...

Kalau tiada ketuanan Melayu, UiTM mungkin takkan pernah wujud. Bandar-bandar besar dimonopoli dan Melayu kampung akan terus kekal di kampung. Azan mungkin disekat dari sesetengah taman perumahan yang majoriti bukan Islam tinggal. Mungkin isu judi takkan jadi isu seperti tahun lepas. Mungkin Malaysia akan jadi seperti Amerika ataupun Australia dimana penduduk Muslim mereka merasa tiada masa depan di negara kelahiran sendiri. Kenapa Melayu mahu hapuskan apa yang dah Melayu miliki? Jika kita ibaratkan bangsa Melayu sebagai Sebuah Keluarga, mesti kita akan faham apa itu Bangsa Melayu. Orang akan berjuang faham atas nama keluarga, menjaga segala dan ada yang sanggup bersusah payah demi memuliakan keluarga. Ketuanan Melayu bukan bererti kita Bos, tetapi bererti negara Malaysia mempunyai budaya asli, masyarakat Melayu sebagai penduduk native, dan ada budaya dan Islam agama rasmi. Tiada ketuanan Melayu bermaksud, jadi Dubai la kita, material semata-mata. Tu pun Dubai ada tuannya, Sheikh kaya berkuasa 100% tidak boleh dibangkan langsung.

iqbal berkata...

bila sebut melayu..terus teringat janji melayu, melayu itu dan ini..
bila sebut melayu.. byk yg buruk2 keluar..org Melayu Singapura pun taknak ngaku melayu...

itulah antara tugas besar kita..membaiki bangsa kita..dgn perkara2 yg dah digariskan ISLAM..cuba menanamkan 10 ciri muwasafat muslim dalam individu melayu ni..

amar haziq berkata...

aku naik meluat bila tengok berita tv3..

hari2 ada je point nak jatuhkan pembangkang..

kawan aku..(penyokong setia umno)sukalah tengok pembangkang kena kutuk..

tapi bukan nak salahkan dia..dia guna tak ada alternatif langsung nak baca media alternatif..100% percaya kepada berita media UMNO ni

aku plak bukan penyokong PKR mahupun PAS apa lagi UMNO..

AKU=Neutral

Mana yang baik..yang bagi kesejahteraan dan kemajuan kepada rakyat semua aku sokong..

=>

http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

aemin berkata...

aku sokong la entri ko ni joe. pandangan peribadi aku camni la. kita dari dulu dok cakap pasal ketuanan melayu ni. dah berpuluh tahun dah. tapi cuba kita lihat di mana kedudukan melayu sekarang ni?? kita tak mampu menyaingi bangsa lain yang menguasai ekonomi negara. adakah kita nak nafikan perkara tu? so ape yang kita nak banggakan dengan melaungkan slogan ketuanan melayu nih.

kerana terlalu dimanjakan dengan slogan ni la yang membuatkan bangsa kita ni menjadi semakin lemah. anak-anak kita semuanya leka dan menjadi malas kerana segala-galanya senang bagi kita.sekolah dapat bantuan penuh, biasiswa semua cukup tapi ramai yang mensia-siakannya.

memang tak dinafikan dulu selepas merdeka kita amat memerlukan tongkat ini untuk menaikkan bangsa kita yang dulunya terpinggir akibat dasar penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah.

tapi adakah relevan lagi untuk masa sekarang ini? tepuk dada dan fikirlah dengan mandalam.bangsa lain semuanya memandang kita dengan pandangan yang sangat sinis dengan mengatakan bangsa kita ni bangsa yang manja dan tidak berjaya walaupun telah diberikan begitu banyak keistimewaan. kita hilang sikap untuk survival.

bangsa lain begitu berjaya kerana mereka tahu jika mereka tidak berusaha bersungguh-sungguh maka mereka tidak akan dapat kemana-mana dengan ketiadaan keistimewaan seperti kita.

ni pendangan peribadi aku jek la. kalau nak cakap pasal mendaulatkan islam aku memang 100% sokong. tapi kalau nak terus mencanang pasal ketuanan melayu ni ntah la.. tengok anak-anak melayu sekarang ni pon dah tak macam melayu dah.. banyak sangat yang rosak akhlaknya dek leka dengan duniawi...

zOuL.MzMn berkata...

mmg betol ape yg saudara joe isukan tue.

sebab pembangkang nak jatuhkan kerajaan pun ade(yalh dah name tugas pembangkang kan?)..tau lah serba sedikit sebab aku kat ministry of finance so ape2 yg bos aku ceritakan tu dapat lah serba sedikit ape berlaku kat luar(dewan parlimen @ dewan rakyat)...hhehehehe...

kene tgk pada contoh pemimpin..tu jew...kalau pemimpin itu bagus ikutlah,yg so so tu pikir² dulu sebelom kite ikut sikap die..tu jew senang..melayu skunk nie nak senang tapi xnak berusaha..ini tanah kite,ini hak kite..tapi ape yg kite buat??..ZERO!

salam.

anyss berkata...

Salam,
Hu hu hu orang Melayu sangat berlemah lembut sebab sentiasa jaga HATI orang lain. Sebab itulah, mereka mula-mula hilang Tanah Melayu, lepas tu Bahasa Melayu (sampai sekarang tak tahulah apa kedudukannya, masih dilacurkan lagi ataupun dah kembali ke tempat asal...sekurang2nya berterima kasih kepada Dato; seri utama Rais Yatim), agama Islam apatah lagi...

Sekarang ni, secara beramai2 pula nak hapuskan Ketuanan Melayu. Semuanya Melayu yang buat. Bila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511 lampau, siapa yang buat onar? Bukankah Melayu jugak.

Pelik betullah bila Tuan Tanah sedekah tanpa pahala kepada orang lain tempat dia bercucuk tanam dan berladang sebab nak jaga hati kerana ketinggian nilai peribahasa melayu "kera di hutan di susukan, anak di rumah mati kelaparan"...

neard berkata...

"Hakikat ini akan terus diakui melainkan orang Melayu sendiri mengambil keputusan untuk menunggang terbalikkannya dan menjadikannya sebagai sebuah neraka untuk kita semua"

Memetik kata2 diatas. Sesungguhnya Malaysia dah menuju kearah neraka untuk semua. kebanyakan melayu hari ini(bukan dulu2) terkenal dengan semua masalah sosial.bangsa lain pula menghadapi restriction disebabkan nak jaga hak kita.

Ada yang cakap, berada dalam confort zone(konsep ketuanan) membuatkan kita lemah, Islam makin lama makin jauh.

Ada pula berpendapat, Islam kat malaysia sekarang ni masih terjaga sebab ada comfort zone(konsep ketuanan) ni.Kalau takde, dah lama barangkali semua murtad.(exaggeration disitu). Selemah itu kita mengakui bangsa Melayu kita ni? Itu je kepercayaan kepada bangsa melayu? Dugaan dan cabaran la yg akan menapis yg kuat dari yg lemah.Menjadikan yg lemah lebih kuat.

Hmm pernyataan mana berdasarkan pemerhatian yang lebih...diterima? Yang mana pula yang adil. Comfort zone perlu dibina, namun salah satu ciri nya, yang adil.

Kalau setakat berkata, "kalau takde comfort zone(ketuanan melayu) ni, takkan jadi macam tu takkan jadi macam ni,takkan ada yang tu, yang ni", siapa kita untuk berkata sedemikian?

Do whatever is right, not whatever u think is right.

Peringatan untuk diri-kita generasi melayu yg akan menggantikan mereka.cukuplah menganggap kita lemah.kita mampu.

Hazzy Ishak berkata...

jatuh bangun melayu ada pada orang melayu tu sendiri


paham ke?

faizalnizam berkata...

aku rasa kita patut berdiri atas nama Ketuanan Melayu dan dalam pada masa yg sama memperbaiki keadaan bangsa kita.

jika hilang langsung sendi Ketuanan Melayu itu.. takut makin teruk bangsa kita. Jadi kita tidak boleh memperlekehkan ketuanan itu.

Ketuanan itu kita pertahankan dan dalam pada masa yang sama usaha-usaha terus dibuat utk membaik pulih bangsa kita. kita melayu sendiri kena berubah atas kehendak diri sendiri.

daripada kita sibuk mempertikaikan samada perlu atau tak term "ketuanan melayu" tu, lagi baek kalau kita membantu sesama bangsa kita ni untuk memajukan dan mengelokkan bangsa kita kan?

jangan terus memperlekehkan bangsa sendiri.. tp kita kena bantu bangsa kita.. jadi mana yg kita nampak tak elok dgn bangsa kita, kita tegur dengan berhikmah dan elok2.

satu hari bangsa kita akan kuat dan elok2 semula.

Mrs. Q! berkata...

melayu oh melayu ...

Aslina berkata...

aduhhh... ko taip melayu saje pun cukup laa... bersepah2 suggestion bukan2 keluar...

gadisBunga™ berkata...

melayu dah hanyut terlalu jauh.

Dyna Yvonne berkata...

ketuanan melayu?mesti kite pertahankan.sbb kite adelah tuan tanah ni.klo tergadai tanah ni mne kite nk g.cume kite kne betulkan balik huru hara yg da jd pd melayu.cne kite nk betulkan?itu yg kite kne sme2 pikir...

Ayu Zan berkata...

ikut la pemahaman masing2..
sy pun ada pendapat sy sendiri..

aaROn berkata...

saya bukan melayu.
tapi izinkan saya meluahkan firasat saya.
ketuanan melayu? saya tidak menyetjui melayu menjadi master di malaysia padahal kita semua berkasta yang sama. still lahir di malaysia. tiada beza. tetap mempunyai kerakyatan Malaysia. tapi kenapa harus dibezakan oleh ketuanan melayu?

Nia berkata...

isu ketuanan Melayu macam menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jgn berselerak..ianya sgt complicated.

The Sharkox berkata...

@Nia Jangan sampai tergadai bro... tu je nak pesan

rAy jR...@...Aliff berkata...

politics....ouchhhh..~~

Lyla Ibrahim berkata...

there's a difference between melayu islam n melayu sahaja...
kita sepatutnya menjadi melayu islam n not just melayu...
nielah sbb byk melayu yg memalukan bangsa...
there's a reason why people needs religion in their lives...
just an opinion...

Tanpa Nama berkata...

ye mmg kita kene bersaing secara sihat..

tp still tidak setuju kalau dikatakan ketuanan melayu itu tidak relevan

skong dgn ada antara komen di atas..
jika begini sosial bangsa kita seperti begini

bagaimana jika sudah tiada lagi hak istimewa bangsa kita?adakah bertambah baik atau bertambah mundur?

jangan biarkan perisitwa 13 mei berulang

jika tidak berhati-hati benda ini boleh berlaku kembali.Jika berlaku baru sedar siapa kita

Farihah Ahmad berkata...

aku bangga jadi melayu. tapi memang ketuanan melayu aku tak berkenan nak agung-agung sgt. masa hijrah dulu, nabi s.a.w punya admin sama ja antara muhajirin and ansar, or even upon the non-muslim. islamic brotherhood, whatmore justice kepada semua regardless what color ur skin is, serve million times better.

just my personal thought :)

e e e n a n a berkata...

sejujurnya ketuanan melayu tidak lagi relevan utk dijadikan alat politik.

Tanpa Nama berkata...

Saya anak Melayu dan bangga jd bangsa Melayu (despite the dirty pictures shown on google image). Mungkin konsep ketuanan Melayu itu perlu diubah. Betul, semua orang perlu layanan sama rata tak kira di mana kita menetap. Rakyat Malaysia perlu layanan sama rata. Tetapi, kalau bangsa lain contohnya Cina masih berbangga dgn tanah air mereka di China kenapa kita tak boleh mengaku yang Malaysia ni tanah air kita dan bangga jadi "tuan" kepada Malaysia? Fikirkan. Jgn menang sorak kampung tergadai ya!

Tanpa Nama berkata...

Saya suka dan setuju dengan komen YobSumo!

Razis Hamit berkata...

sokong ko bro. melayu kena berusaha keras utk meningkatkan ketuanan melayu itu. bukan hendak berlaga sesama sendiri dan kononnya menegakkan ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu akan terbit dengan sendirinya jika Melayu menjadi bangsa tersohor dan berjaya. Selagi hasad dengki ada dalam masyarakat melayu maka, ketuanan melayu takkan wujud sampai bila2..

PutraRocker berkata...

@molmollaaku sokong Nik Aziz..hahaha

Izzat Aziz berkata...

Aku pernah dengar masa persidangan UMNO, dalam TV3 ada interview dengan seorang ahli UMNO aku ingat lagi ayat dia..

"UMNO ni pertahankan melayu, sokong melayu.. BA tak, PAS tak sokong melayu, PKR tak sokong melayu gak.. jadi sokonglah UMNO"

aku dengar pun naik benci dah.. aku tak sokong mana-mana pihak, tapi bila tak habis-habis nak guna melayu tak ke naik jemu.

Aku melayu, aku tak faham kenapa aku melayu.. aku Islam, dan aku tahu kenapa aku Islam, mak bapak aku Islam, pahtu dah besar aku sendiri yang Islamkan diri aku.. tapi melayu ni aku tak tahu kenapa aku melayu.. bila nak isi borang je kena tanda melayu.

Masa kecik dulu aku sampai penah tanya mak aku, Islam dengan Melayu ni lain ke.. kita agama apa? Mak aku jawab semua melayu, agama Islam. Tapi tengok sekarang ni aku tak rasa cam tu dah...

Baik pertahankan agama dulu, dari duk bergaduh hal ketuanan kaum. Islam dah makin hilang kuasa tak sedar, duk sibuk hal melayu.

sori tuan rumah, panjang lak..haha

Tanpa Nama berkata...

Joe,

Jika dilihat dari kupasan Joe tentang isu ketuanan melayu..jelas Joe spesis melayu mudah lupa..Joe belajar di UK bukankah atas dasar kerajaan tolong orang melayu..tidakkah Joe tahu dasar itu menyebabakan bangsa lain yang lebih pandai dari Joe terpaksa guna duit poket sendiri untuk belajar..adakah Joe mampu belajar dgn duit Herbalife...kalau mampu terbukti Joe menidakkan peluang melayu yang lain....Ketuanan Melayu bermaksud Raja Melayu adalah ketua bagi semua kaum di Malaysia..berapa juta orang melayu yg bekerja dgn bukan melayu sbg majikan mereka...siapa tuan mereka..kalau Joe bercakap atas dasar Islam..berlapang dada la wahai Joe..mana letakannya kedudukan Melayu Islam berbanding orang2 Islam yang lain kat UK tu...tulisan Joe dan aktiviti Joe di Galas jelas menunjukkan Joe seorang penyokong kerajaan Pakatan Rakyat..jangan membodohkan org lain dgn perkataan nonpartism..hak anda untuk menyokong sesiapa pun tapi bukan hak orang Islam untuk bercakap bohong.

Jef Hadi berkata...

wah joe. gila la lu. provoke habis(walaupun tak ada niat) haha,

okla. okla. gua pun gedik nak komen. haha.

gua rasa ketuanan melayu bagai ni ok. cuma bila sampai kat tangan ahli politik ni, jadi seleweng.

yela, kalau betul ketuanan melayu ni untuk kesejahteraan melayu, apesal melayu tang situuuu jugak.

kalau betul ketuanan melayu ni, untuk jaga martabat bahasa melayu. haktuih! maaf sangat, pi tanya pak menteri, dorang pakai apa hantar surat. bila bercakap pun lagi bangga pakai bi. putrajaya tu, apakobondo eh jang presint tu?

janganlah sentuh kaitannya dengan islam pula. haktuih lagi!

dan komen anon kat atas, abang/kakak. itu tanggungjawab kerajaan. wadehel la kaitannya dengan melayu.

ceh!


(peace. nak kondem gua sila, hahahaha)

maaf joe, emo pulak. oooppss!

Tuan Din berkata...

Tadi smasa di pameran MAHA aku terserempak dengan Tuan Guru Hj Hadi Awang sebagai VIP pameran Rodeo,

seorang Press tanya dia berkenaan pendirian PAS apabila PKR menolak Ketuanan Melayu.. dengan tenang dia menjawab
" Memang dasar Pas tidak memperjuangkan ketuanan Bangsa, Pas memperjuangkan ketuanan Islam maka sesiapa yang meletakkan memperjuangkan Islam kita akan tuankan dia..."

Lagi satu kejutan besar bagi aku yg lalang nie bila ketibaan Menteri Pertanian dianggap biasa oleh hadirin, sebaliknya semasa ketibaan Hj Hadi Awang bersama Nasaruddin Mat isa, Hadirin tertoleh2 & sebahagiannya berdiri malah ramai org berpusu2 nak ambil gambar beliau.

Semasa keberangkatan pulang pulak, Tram yg dinaiki oleh Hj Hadi dikerumuni oleh rakyat untuk bersalam & bergambar tetapi tidak terjadi pada Tram yang membawa Menteri Tadi, Merah padam muka menteri tersebut kelihatan beliau meenunjukkan muka ketidakpuasan hatinya. atau mungkin mmg muka menteri pertanian kita tidak Mesera Rakyat (ini mungkin)

ah.. dah macam entry aku pulak!! sorry Joe.. nnt aku tulis kat entry aku...

Z berkata...

adakah ko paham sebenarnya agenda politik yang menolak ketuanan melayu ni..?? paham ker apa maksud ketuanan melayu yang sebenarnya. ko baca petikan dari wikipedia jer kan.. kah kah kah.. kelakarlah ko ni..pastu ko citer lak pasal bangsa melayu yg sekarang ni duk bersumbang mahram, merempit, berlakon video lucah tajaan sendiri n berpicture yg gedik2 kat tenet.. pe kes ko ni..??

aku petik kata2 pembangkang dalam akhbar sinar ari ni, dia kata pemimpin melayu sendiri yang tidak mendaulatkan ketuanan melayu. contoh diberi, perubahan nama tanah melayu kepada malaysia.. kah kah kah.. lawak betul. malay tu bermaksud melayu. 'sia' itu pulak bermakna kawasan. malaysia tu maksudnya...??? pk sendirilah.

kurangnya pemahaman pasal ketuanan melayu ini disebabkan tidak paham sejarah. belajarlah sejarah. aku bagi ko link ni. bacalah yer. baca dalam buku teks sejarah je memang x cukup.
info lanjut mengenai bangsa melayu: mistisfiles.blogspot.com

Z berkata...

sastra boy..

yg memprjuangkan ketuanan rakyat tu sapa lak kalau bukan PKR, DAP dan PAS. aku rasa perjuangan PAS tu x salah.. mempertuankan mereka yang memperjuangkan Islam. aku pun nak begitu. kalau Tok gur jadi pemimpin memang aku x kisah tapi aku kisah kalau hak Melayu nak dirampok.. kedudukan istemewa org Melayu nak pertikai, raja-raja melayu nak digadai x bolehlah macam tu bai.

aku paling terasa bila sorang pembangkang tu petik tafsir quran konon2 nak sokong hujahnya tapi nampak sangat berniat kotor.. tafsir diseleweng ikut suka. ko sebagai org Islam rasa apa bai..???
ko suka ker..???

pembangkang tu team ngan sapa..? dengan PKR dan PAS.. dua parti ni cakap apa lak pasal hal ni..?

jangan jadi bangang di tanah air sendiri..

Khairi berkata...

Saya sekarang ni kesal tengok macam mana lagak melayu muda mudi kita sekarang
Melayu kita ni dari dulu lagi dimanjakan, sampailah ke sekarang
Sebab dimanjakan, yang senang itu dimita - minta
Susah sedikit merungut-rungut
Uitm tu susah - susah dikhaskan untuk kaum bumiputra
Yang kurang pencapaian masa spm pun diterima masuk
tapi bila dah masuk, menyusahkan mak bapak, malas ke kelas
ramai lagi golongan yang susah nak masuk universiti
tapi diorang sia -siakann macam tu

sekarang timbul isu macam ni
diorang marah - marah
bukan saya tak marah jugak, ada jugak
tapi diorang ni ibarat macam nak hidup senang sepanjang masa
sampai orang kata "spoil" lah
tapi nanti dah isu ni senyap
muda mudi kita macam tu jugak akhirnya
memalukan bangsa sendiri

kita cakap ni bukannya tak suka melayu atau tak sedar diri melayu, tapi hakikat senario hari ni

Z berkata...

khairi,

hakikat tersebut memang saya pun x nafikan. kemudahan dibagi banyak tapi anak2 Melayu memang mudah lupa diri. ini salah diri sendiri bagi aku..

Melayu kalau x ditekan memang akan jadi layulah mereka. saya sendiri x terkecuali. tapi yang hak tetap hak. mana boleh bagi camtu jer kat org len. dah itu hak Melayu, nak kata apa lagi. bukti..? Melayu adalh peribumi. penduduk asal di bumi Malaysia. peliharalah..

banayk lagi cara len boleh dilakukan supaya Melayu bangkit. korbankan hak sendiri bukan caranya...yg ini aku x kan tolerate.

bukan namanya melayu kalau x sedar asal usul diri.

Ampuan Awang berkata...

Ketuanan Melayu masih relevan :)

izinkan aku berkata sesuatu:

"benar tikam menikam sudah lama bermula
tikam-tikam sengketa sesama kita bersaudara
bilakah masa kita melihat kebersatuan Melayu itu agaknya?
...sebaik sahaja terngadah terhantuk bucu dinding itu
baharulah kita sedar akan kesilapan kita agaknya?"

Salam kenal dari aku yang tak terkenal...

Dipersilakan menatap entri di bawah ini sebagai balasan kepada entri menarik saudara...


http://puisikabur.blogspot.com/2010/11/et-tu-brutus-melayu-bunuh-melayu.html

Akram berkata...

Make sure kita bersatu dalam bidang apa pun sekali...

pdaus berkata...

i thing i respect malay is mantain their jumaat prayers,posa,raya,yasin khamis.....

other thing you guyz &^*))_((&&

no1. drug addicts= based on facts
no2.rapist = based on facts

the solution is,Remember your creator,follow quran and sunnah...

mana ada ketuanan melayu dalam quran dan sunnah

ckp negara islam dlm buku sejarah form1 sampai form5

tapi semua bull shit...tipu rakyat je....eg:PM wife,unsur riba kat bank....

fiD berkata...

@Akram RazaliMARUAH MELAYU lagi penting bro. he

Khairul berkata...

Aku sebenarnya tak tahu apa misi PKR di tubuhkan ye?

Asyraf Hamasaki berkata...

Joe grimjoe aku sokong coment anonymous 30hb nob 2010 3.47pm dan juga coment dari Z 30 november 2010 3.12pm..... maaf berkata tapi di situ adalah jelas dan nyata baca lah komen di atas dengan berjiwa islam bukan berjiwa di pengaruhi akhbar pros dan akhbar conts...

kita pernah berdebat isu akhbar arus perdana dan juga arus pembangkang kan? nampak nyer kau memetik sebelah pihak je?

bukan kah kedua dua nya menyebabkan kita taksub kepada kepartian samada pro atau kont jadi aku musykil dengan ayat kau tidak menyokong mana mana pihak snyum sorang2 ;-)

barakallah

Tanpa Nama berkata...

nyawa tak tertahan untuk mengomen di sini.

November 30, 2010 3:47 PM anonymous.

raja melayu ketua bagi semua kaum di malaysia?. what the hell with the other nonmalays?

n i dont think joe is melayu mudah lupa species. he is trying to remind others. akta *** cuma menjadikan melayu lebih lalai dan sentiasa dimakan suap. how come kaum2 yang dipanggil pendatang itu lebih berjaya dari "tuan" itu sendiri? (oh I.S.A, jangan kau tangkap aku pulak).. but its true, klcc atau I.S.A?

LoVe is CiNta berkata...

kita sbg tuan rumah...tp kita sndiri yg buat sepah...kena kmas rumah dulu baru la panggil pencacai tadi tolong sama

Tanpa Nama berkata...

salam..
saya sokong pendapat oleh Anonymous: November 30, 2010 3:47 PM

kepada aaron: adakah kamu berasa tertindas skrg dgn konsep itu? tahu x, bangsa lain di indonesia dan thailand hanyalah warganegara kelas kedua sahaja di negara itu? nama pun tukar jadi nama indon/siam (cth: taufik hidayat --> adalah org cina..dan mereka ini fasih dan bangga berbual dalam bahasa kebangsaan mereka..org cina dan india malaysia adakah akan berbual dalam bahasa melayu sekiranya bertemu sesama sendiri?)
fikir2kanlah..sedangkan ketuanan melayu ni ada pun, ramai yg x reti2 nak hormat..inikan pula xde...lagi kucar-kacir negara ni...
kesepaduan orang melayu, teras kekuatan negara...
lagi satu joe...wikipedia tu boleh diedit2 oleh org ramai kan?so, sumber tu x boleh dikesahkan lah ye joe~~cari sumber lain yg ada lebih berautoriti lepas ni...
ok la..mcm buat entri baru lak ni..hehe..peace (^^,)

Tanpa Nama berkata...

seyes mmg xphm nape PKR lg2 org yg slame ni sy tabik dengan pemikiran DATUK SRI ANWAR IBRAHIM....tp nape die nk hapuskan ketuanan melayu....

sy pon setuju untuk mereka ini buang negara....

* sy xmenyokong mane2 pihak.....

aaROn berkata...

dear anonymous December 1, 2010 11:07 PM,

saya, bukan melayu. tetapi bumiputera. even saya bumiputera bukan melayu, saya turut tertindas. sila kaji, sila buka mata, sila berfikiran terbuka, dan sila berada dalam kasut kami. apa ada pada bangsa? hak ketuanan tanah?

dan aku sokong joe.
anonymous, sila kaji 1malaysia konsep dengan malaysians malaysia. aku bukan mewakili mana-mana parti politik. tapi aku hanya memperjuangkan konsep sama rata.

aaROn berkata...

dan 1 lagi, anonymous, jangan jadi scaredy cat dengan berlindung dengan nama anonymous. lagi-lagi apabila kau rasa kau berada di pihak yang benar. ini kan negara demokrasi, jadi tak perlu bersembunyi menjadi "annoying-mouse" bukan?

may peace be with u.

firuzLazuardi berkata...

@aaROn

sorry r..ak mmg nak bg nama sebenar tp dah terlaju sgt tekan anonymous tu hari tu x sempat nak tukar..terus send je...ni real ak punya...sorry sikit..xde niat nk sembunyi eh..cuma kesilapan teknikaL...

apa maksud ko sama rata?ko nak samarata macam mana lagi?

firuzLazuardi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
firuzLazuardi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
firuzLazuardi berkata...

@aaROn
ni utk ko...baca buat pedoman...maksud ketuanan melayu...

http://zul4kulim.blogspot.com/2010/12/dinasti-anwar-ketuanan-3a.html

Shaffik berkata...

Usah di perdebatkan lagi soal ketuanan melayu. Malaysia memang milik orang melayu. Full Stop.
Soal keistimewaan orang melayu masih lagi menjadi perbualan hangat. Kita kena bangun untuk menjadi survivor. Bersedia untuk menjadi survivor. Usah lagi berharap dengan kerajaan. Usah lagi hanya berharap agar ketuanan melayu dan membantu kita. Enough. Berpijaklah di bumi yang nyata. Semakin lama semakin hebat cabarannya pada orang melayu. Jadi kita kena persiapkan diri untuk menjadi survivor. Jadi Melayu yang baru. Ketuanan melayu hanya pada Raja-saja dan Sultan. Itu sahaja yang boleh membantu orang melayu bernaung di bawah pemerintahan orang melayu. Aku tak nampak pada yang lain. Itu perlu di pertahankan. Soal keistimewaan, sila rujuk pada hujah aku kat atas. Sorry teremo sikit dengan komen ni.

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW