AC lagi ke? alaa, asyik AC je, bosan la ko ni. hehe. rilek-rilek, entry ni lagi best dari entry sebelumnya ok sebab aku hanya mahu buktikan apa yang si aidid tulis dalam blog dia tu (entry ini) betul ke tidak. ya lah, aidid ni bukan kawan aku dan sepatutnya jadi musuh aku sebab anti MLM kan, kenalah siasat sama ada apa yang dia persembahkan dalam blog dia tu betul-betul atau tidak. Manalah tahu dia pun tipu korang. ok, jom kita tengok sama ada entry yang mendakwa gelang ac ni harga dia rm 12.50 usd atau tidak
Hottime
Kalau korang nak beli gelang tungsten yang jauh lebih murah, aku syorkan beli kat sini. Hampir sama seperti apa yang AC jual dengan harga RM 1000 tu. Katanya, gelang AC tu hasil dari sinilah. Berapa harga sebenar? aku telah add orang hottime ni di skype dan berlakulah chating bersama gadis hottime =)
Kemudian dia send aku satu report mengenai gelang tungsten ni. masa ni aku dah rasa kesian pulak. ya la kan, bukannya nak beli betul, just nak check price je. huhu. last2, aku accept jugak file yang dia send tu
Bawah ni lah filenya. kat sini disertakan test gelang tungsten ni yang mana kandungan tungsten dalam gelang ni sebanyak 88.9 peratus. haha, serius aku tak tahu menahu pasal tungsten ni. Tapi dia bagitau, kalau kandungan tungsten tu rendah, harga pun akan rendah. kalau rendah sangat, tak elok untuk kulit. haa, dengar tu. tak elok untuk kulit ok!
Jadi aku pun berdiam diri. dah la masa tu tengah ym dengan melz pasal website baru ni, memang tak terlayan cik hottime ni. last last.......
Dia CALLLL. haha. memang terdesak gila kot. aku pun dah naik kesian dah. kemudian aku suruh dia email je detail, lagi senang nak buat order. kononnyalah nak buat order. kekeke
Ceit, siap nak p shopping lagi. haha. camne nak bisnes ni. hehe. ok, yang part best adalah email yang dia bagi kat aku mengenai senarai harga dan juga rupa gelang tungsten tu. sebijik macam yang AC jual rupa dia tu. Ok, yang ni yang ac jual yang berharga rm 1000, aku amek kat website dia (url pun ada skali tu)
Dan kat bawah ini adalah senarai harga yang dia proposed, kalau beli 100 utas terus, cuba teka dapat berapa????
12 usd ke 13 usd. wahaaaa!!! so memang betul la apa yang si aidid tulis kat blog dia tu. walaupun dia anti MLM, aku terpaksa akur dengan research yang dia buat. u win for this aidid....
aku tak kisah kalau ac beli gelang ni dan jual rm 1000 pun, dah dia orang bisneskan. tapi yang aku bengang, testimonial tu. aigooo, tak baik menipu ok. lagipun, rm40 ko jual rm 1000, sangat teruk la bro. untung skit2 sudahhhhh
*******
Jom belajar bisnes dengan joegrimjow
Kenapa produk MLM lebih murah?
Ok, apa yang aku akan bincangkan sini adalah realiti perniagaan. Fakta dan kesemua ini aku dapat hasil pembelajaran aku dengan syarikat no 1 Wellness Industry - Herbalife. Ilmu ini hasil kelas yang aku dah masuk iaitu 2008 di bangkok, 2009 di taiwan dan juga korea dan terbaru 2010 di Bali. Memang satu perjalanan ilmu yang mengkagumkan dan terima kasih pada Herbalife yang membuka mata aku tentang MLM ini
Aku ambil contoh kedai makan, Kalau aku nak bukak kedai makan dengan pekerja aku bayar dan tukang masak pun aku gaji orang. Katakan nasi goreng USA yang berharga RM 5 ke RM 6. Korang rasa berapa modal sebenar? nasi, daging merah, telur. berapa? Kalau tanya cik mat gebu, mesti dia tahu kot. tapi aku rasa tak lebih dari RM 1 ke rm 2. Ok, kos nak bagi gaji tukang masak dan juga pelayan, ada jugak dan selebihnya lebih kurang RM 2 aku dapat. selaku taukey, aku dapat RM 2 kalau korang makan nasi gorang aku. 100 datang sehari, dapatlah RM 200 bersih sehari. Sebulan kalau bukak 25 hari, dapatlah RM 5000. Banyak? bukaklah kedai makan ya =)
Kita ambil contoh produk kecantikan pula. Aku ada satu produk kecantikan dengan kilang memproses sendiri. Sekarang aku nak edarkan kepada orang ramai. Untuk apa-apa produk kecantikan, korang kena ingat rumusan 70/30. 30 untuk cost operation (termasuk keuntungan) dan 70 lagi untuk promosi. Korang tak caye boleh baca buku perniagaan sendiri. Kalau logik, memang logik sebab nak iklankan kat tv, ingatkan murah? nak masuk paper lagi, nak upah model lagi, kalau suruh lisa pakai, mesti lagi mahal kan? Cuba korang tengok lipstik, kalau harga sebenar lipstik tu adalah RM 15, aku kena naikkan 70 + 30 = 100 % untuk jual kat korang. berapa? jadi RM 150. Kejam ke untuk lipstik satu RM 150? tak, sebab itu adalah bisnes!
so kalau korang pakai lipstik harga RM 40, harga modal hanya RM 4 =)
Ok, dua contoh aku ambil kat atas adalah contoh conventional bisnes. Bisnes yang begitu banyak diluar sana. Kejam ke? TAK, ia adalah bisnes dan terimalah fakta ini. Korang rasa harga modal tv yang korang beli 42 inci LED tu berapa agak2nya? harga jualan RM 7 000 hingga RM 8 000, harga modal nak buat? haha. Mungkin bawah RM 1 ribu je. So sekarang ni, korang rasa tertipu tak? ooh laptop korang ni sekarang, berapa sebenarnya harga modal? macbookpro aku beli dengan harga RM 5 k lebih, aku rasa tak lebih dari RM 500 pun nak pasang semua =)
Jangan rasa tertipu
Sebab itu adalah normal kehidupan. Cuba bayangkan harga macbookpro dijual dengan harga modal, kat mana yang penat2 reka laptop ni nak cari makan? kat mana syarikat Swicth di The Mines nak bagi pekerja dia makan. so win-win situation la. korang beli dengan harga yang lagi mahal tu standard la tu
Tapi untuk produk selain kecantikan seperti pemprosesan, fasyen baju, dan lain-lain, bukan lagi 70/30, mungkin 40/60 atau 50/50.
Tapi untuk produk selain kecantikan seperti pemprosesan, fasyen baju, dan lain-lain, bukan lagi 70/30, mungkin 40/60 atau 50/50.
MLM Multibillion company
Sebab itu wujudnya multi-level-marketing ni. MLM bukan sistem piramid, bukan sistem cepat kaya, tetapi sistem yang wujud untuk kurangkan kos promosi dan kos operasi. Macam mana mereka kurangkan? Mereka tukar kos promosi yang banyak kepada keuntungan orang yang meniaga. Bagaimana? orang yang meniaga yang akan menjadi tukang promosi. jadi signboard yang bergerak. Sebab tu kalau nampak sistem MLM yang multibillion ni, sangat jarang ada iklan di tv semua. kan?
Berbalik pada persoalan, tang mana produk MLM boleh jadi lebih murah ni, senang saja, bila anda jadi ahli! Ada sesetengah MLM, nak jadi ahli kena bayar yuran keahlian setiap tahun dan wajib beli produk. produk tu akan jadi murah 25-50% cara ni aku tak berapa nak berkenan sebab kena beli produk jugak kan. Macam paksaan pulak kan. hehe. so, kita ambil contoh lipstik harga RM 150 tadi, dah jadi ahli, korang akan dapat diskaun jadi 75 ke 100 je yang harga asal RM 150 tadi.
Dapat tak??
Salah satu lagi kenapa MLM ni boleh pergi lebih jauh berbanding conventional bisnes lain adalah personal touch. Apa maksud personal touch ni? Kita amek lipstik lah, satu produk MLM dan satu lagi cara bisnes 70/30 biasa, kalau beli lipstik dari company yang guna cara bisnes biasa, korang beli lipstik yang harga RM 40, lepas tu jumpa jenama lain yang harga lebih kurang sama, bertukar pulak jenama sampailah korang tua. hehe. Dengan MLM pulak, bila korang beli lipstik RM 40, si penjual tadi mestilah duk puji korang berabuk punyalah, biarlah korang ni tak lawa pun dia akan kata lawa, sebab? nak suruh korang beli lagi la. hehe. tu personal touch dan mungkin korang akan beli dengan dia lagi. haa, nampak tak?
MLM - Orang atas akan sentiasa kaya dari bawah?
Kalau ada bisnes macam ni, memang ia akan jadi haram. Inilah sistem piramid yang dicipta oleh orang yahudi untuk mengkayakan mereka. Yang sedih, banyak pula orang melayu islam yang buta-buta ambil modul sistem piramid ini dan daftar dibawah nama MLM. Sebab tu aku tak marah kat aidid atau orang yang anti MLM, sebabnya memang banyak sangat produk2 kat luar sana yang entah pape. Meh aku tunjuk contoh terbaik MLM dan sudah pasti contoh tu adalah Herbalife =)
- Distributor (1-2k)
- Supervisor (1-4k)
- World Team (2-6k)
- Get Team (5-15k)
- Millionaire Team (15-60k)
- President Team (70-150k)
Ok, ni skala gelongsor dalam Herbalife. Sebut pasal gaji tu aku ada sediakan kat dalam bracket. Banyak? mestilah banyak, sebab tu orang buat MLM ni jadi gila =) Aku amek contoh aku. sekarang ni aku kat World team. Memang aku dapat RM 4 k pun bulan lepas. Alhamdulillah. upline aku si mira sekarang kat UK pon sama title dengan aku, World Team. upline Mira juga classmate aku, yana yang Get Team. Ok, aku nak cerita yang upline yana iaitu mak bapak dia yang aku panggil pak yang dan mak yang, Press team Melayu pertama di Malaysia. Bangga ok. Yang menarik pasal herbalife, upline pak yang dan mak yang, doktor khadijah iaitu baru Millionaire Team. Lagi menarik, upline doktor khatijah, tak ingat nama dia tapi aku panggil dia nany (chinese singapore) baru Get Team. Lihat, dalam herbalife, korang buat kerja, korang dapat lebih. adil la kan? sebab tu aku suka dengan herbalife ni, dia bukan satu sistem yang tindas orang bawahan, memang satu sistem yang sangat jujur
aku dengan mak yang @ korea
aku dengan doktor khadijah @ Bali
aku dengan nany @ korea
Ok lah, aku rasa panjang pulak entry ni. Nanti aku akan buat entry khusus pasal Herbalife dan kenapa boleh jadi leading company dalam wellness. Nestle pon kalah ok. Cuma, sekurang-kurangnya entry ni bagi nampak yang anti-MLM bahawa sistem MLM ni dicipta bukan untuk jadi cepat kaya, tindas orang bawah sampai jadi penyek, tapi salah satu cabang dalam bisnes.
pss : semput tak baca? haha, harap korang dapat ilmu. sebarang persoalan, kat komen ni atau email aku kat joegrimjow@gmail.com
53 ulasan:
JOE, syabas dan tahniah, kerana tetap berusaha utk sesuatu yang dipanggil fakta dan bukti.
bukan mencari salah sesiapa tetapi seuatu itu harus jelas dan nyata, lengkap bukti or statistik, dan bukan sekadar andaian semata-mata.
MLM tidak salah apa2, tetapi mengendalikannya dengan cara sendiri sehingga ke tahap menipu itu yg menjadi pertikaian.
Kita memang takleh paksa orang beli, tetapi jika kita berjaya yakinkan orang produk itu bagus dan tidak rugi, pasti akan ada yang akan beli..
Orang positif sentiasa akan berjaya.
Thanks, sharing is caring...!
aigooo :)
@azieazah
mekasih komen
=)
ku meniaga herbalife, tunjuk gambar je, nak beli, beli, xnak beli, cari org lain
simple
=)
zzzzzzzzzz
bro, nak tanye, kalau kita ada banyak downline. dekat seratus lah katakan. dan kita tak kenal pun downline ni. tak ke bermaksud kita dapat duit dari sumber yang kita tak tahu? ini kira haram kan?
adeyh..
biar betul????
penat baca.... :)
aku tak amik tahu duh pasal isu ni.
sebab pasal jual gelang je pun.
lain lah brg perempuan mcm kosmetik ke, dress ke memang menarik minat aku.
haha~
@Dean winchester II
tu kena tanya yang lagi pakar
dalam herbalife kalau tak buat kerja, xkan dapat duit dari downline =)
dapat duit tu kena faham jugak istilah. kalau dapat duit secara auto, memang lah haram. tapi kalau dapat duit dari segi royalti ke ape, tu kire haram ke? kalau royalti haram, oohhh, lingkupla artis buat album penat2
@Azrul Hisham
baca sampai kaki sembuh/ hoho
@Amoi
lol, cube tanya spupu2 kot ada yg terbeli, baru riuh kan? hehe.
panjang sangat smpai sendat otak ni terima ilmu. ehehe. kalo joe bagi lecture macam ni. confirm saya la yang terlena dulu. ehehe. thanks for sharing tau.
woaaa~ panjang lebar penerangan..! maceh kongsii..
wohho panjang tapi habis gak baca hehe
thanks for the info joe!
lepas nie....sure amoi hottime tue tanya bile nak beli gelang die... hik3x...
MLM jenis baru2 yang bercambah2 sekarang ni bukan gune system mcm herbalife ni...
salam ..
brape modal u masuk mnde ny ??
ataupun imbuhan yg u kne byar la ...
yg psl kos sbenar nan market kos yg u crite kt ats tu not bad ..
mmg btol ..
n yg mnariknye, bsnes u ni bleyh klahkn nestle? meyh la share cket ..
sbb, i mmg flow nestle ni ..
RM40...jual RM1000, memang riba!
bayangkan,kos dia hanya bape sangat...gi tempah cop pun bape je...huhuh...
mudah2an xramai lagi yg tertipu
@0sh!Nz d' sen0r!ta
klu lecturer kita selit dengan lawak
hehe
@☺[ai][sUmi]☺Chan
sama2
@syarifah radiah ibrahim
thanks baca sampai habis
@hazman aka species1980
alamatnya duk diam jelah
huhu
@Cik Agogo
ada istilah apa yg dieorng guna tu, xingat dah istilah ape
@ladyship
dalam wellness memang herbalife no 1
bleh check kat internet
=)
tumpang baca..thanks for the info..
menarik..=)
keja la mana2 pun kena rajin..kalau pemalas mmg la susah..gud info
Terbaeklah Joe...
Pasal AC tu, aku mmg takleh terima hakikat yg org ambik untung beratus kali ganda.. (tak mcm menipu ker tu?)
Pasal MLM tu aku akui mmg cara & teknik pemasaran dia bagus & dapat memberi untung... cuma terkadang ramai org tak tahan kena kejar dengan kawan2 or sedara mara dari MLM yg Cekal & tabah memujuk... kadang2 rimas... Sorry that my point of view..
Thanks for the info bro! Thumbs up! :D
aku mmg minat gk belajar cara2 berniaga camni,dan seblom ni ade sorang macik ni offer aku masuk herbalife ni,dia kata untung besra dan aku pon tgk dia mmg gigh berniaga,tapi aku pon tak tau nk mula dri mana,yelah aku berniaga dn kurang masa nk join benda2 camni...:))
btw bagus penerangan tu,terang skit otak aku ni sbb seblom ni tak tau sgt sistem mlm ni,yg tau kebanyakannya kuat menipu....
@Zie
sama2
@Tuan Din
haha, lari je ada org memujuk2 ni
=)
@Epul Azimi
bleh start anytime herbalife ni. pergi event dia nampak clear picture
caya la joe
huhuu
kdai makan 2 hinggit?? kat kola kdh ada satu!
bagus entri ko ni jo... aku sebagai orang bisnes (bkn MLM tau) tak heran pun pasal kos dan margin berlipat ganda ni...
kalau korang tak berkesempatan untuk ke china korang bukak je alibaba.com n tenguk segala macam harga barang kat situ.. n korang akan terkejut...
tu baru kat alibaba.com... belum lagi korang amik direct kat china... sama jugak mcm penapis bio aura tu...harga nya dalam 40usd jer seunit...
mesin pengurut mata permata hijrah pun just kos dia RM 10 termasuk kos shipping ke malaysia...!!! kat sini permata hijrah jual barang tu RM 129!
aku ada buat artikel pasal permata hijrah ni, sama kontex dengan kes ACK gak... tapi yang aku concern adalah testimoni dan khasiat yang sengaja diperbesarkan... tu la isu yang sebenarnya...
isu harga tu bukannye ape, bak penerangan joe kat atas, untuk menampung pelbagai kos untuk keuntungan maksimum.... kalau korang terlibat denga bisnes mesti faham...
Sudah-Sudahlah Permata Hijrah Trading : Jangan Menipu Umat Islam Lagi
thanks joe! aku dapat banyak ilmu baca entry ko nih!
@FaizalSulaiman
sama2
sharing is caring gitu
@FaizalSulaiman
sama2
sharing is caring gitu
@Marhaen Kacak
permata hijrah ada campo tangan politik yg nyata
heh, marah org politik kat blog ni nanti/ hehe
@Siti Mashitah Saidin
gambo amek dari kosmo
lame tak singgah sini ;) anyway teringat rasa soy shake herbalife yg sgt hampeh ;( T______T
lebih2 di AC tu ambil untung..haha
joe dah kayalah ni..
RM4k sebulan.
perghh..
macam terbuka mata bila baca entry ini pasal MLM.
Thanks joe sebab dah berjaay ubah persepsi negatif terhadap bisnes MLM ni.
keep it up bro!
terbaik la bro ^_^v
semput sikit baca hehehe
aduh..senak biji mata baca..terima kasih ats info ni..
giler mendalam :)
tahniah joe, n thanks for the info! :)
p/s~selama ni silent reader ajer :p
mak aih pnjg gile ok.. tapi bace smp abes.. aa penat2.. tade air free ke kalo singgah sini? :D
Cuba korang tengok lipstik, kalau harga sebenar lipstik tu adalah RM 15, aku kena naikkan 70 + 30 = 100 % untuk jual kat korang. berapa? jadi RM 150.
Sori bro, maybe ada miscalculation kat sini. RM15 kalau naikkan 100% is RM30 je.. Kalau jadi RM150 tu dah style AC Mizal dah tu.
penat je benda ni .
ko dah tgk ac mizal punye jawapan , masuk metro .
even ramai org bawah... org atas still kene bekerja sama-sama... betul kan joe kan?? ;-)
sorry ada banyak typo error. so i type again
jangan cakap sebab awak bdk EE awak boleh yakin state modal pasang apple is rm500... tau tak setiap part dalam apple adalah diproduce oleh BEBERAPA negara yang berlainan? tujuan untuk menjana ekonomi dunia secara global.. tapi pemasangan semua sekali (assembling parts) di buat di US. and jangan lupa software pulak.. internet security semua.. that one yang cost more than the reassembling cost of the laptop itself. and the material for the apple make the price high rockets.. yeah, its stainless steal. im not just giving a random opinion. i got the facts from a recent talk i attended here about economy by gordon brown.. he mentioned about apple and why the price is high, yet people still opting for apple product.
sorry tau bukan nak slash awak. just nak share knowledge.
overall your entry about this AC mizal thingy is AWESOME! jahat betol menipu orang kan.. tak berkat rezeki.
Catat Ulasan