Share

Patutkah Rumah Pemimpin Bernilai Jutaan Ringgit?


Tak Patut!!

Sebenarnya entry ini mahu mengulas sedikit mengenai satu berita dalam harakahdaily versi english. Boleh baca disini untuk selanjutnya dan di bawah aku bagi sedikit sedutan utama


Bukit Bendera member of parliament Liew Chin Tong, fresh from exposing mistakes and misinformation in the just-tabled 2011 budget, has questioned the colossal allocation of RM65 million to renovate the Prime Minister’s official residence in Putrajaya.


Seri Perdana


Rumah kediaman Perdana Menteri ini merupakan hasil dari idea PM yang ke4 iaitu Dr Mahathir Mohammad. Setiap tahun, akan ada 'renovation' yang akan dibuat oleh perdana menteri malaysia yang baru. Sebagai contoh, zaman pak lah renovate berharga 20 juta lebih dan zaman najib pula seperti diatas, RM 65 Juta!! 3 kali ganda peningkatan. ooh, harga barang dah naik katakan


Pembaziran yang nyata


Bagi aku memang tak salah untuk menyediakan rumah yang besar kepada para pemimpin terutamanya pemimpin no 1 negara. Memang kerja untuk meningkatkat martabat nama Malaysia ini bukan kerja mudah, hanya yang bertanggungjawab sahaja yang tahu. Tapi bila dilihat balik angka yang sungguh mengejutkan itu, ia adalah pembaziran yang nyata! Lagipun, untuk membina rumah dan juga proses selenggara itu dilakukan menggunakan duit rakyat, duit rakyat yang membayar cukai!


Presint 11


Rumah kakak aku di Presint 11. Bagi yang berada di sana, jika dari Kuala lumpur menggunakan jalan susur ke presint 10, pasti akan nampak Seri Perdana ini ketika mahu buat u-turn. Memang akan nampak! Pernah juga jumpa dengan beberapa buah lori yang membawa pokok yang besar-besar untuk digantikan dengan pokok yang lama. Rasa sedih bila terkenangkan duit rakyat habis untuk mencantikkan rumah pemimpin semata-mata.


Kepimpinan melalui tauladan


Gambar diambil semasa berjumpa dengan Haji Hadi


Ingat lagi kisah aku pergi ke rumah Haji Hadi (link) dulu, yang mana hanya dihidangkan karipap dengan sedikit koropok. duduk bersila di atas lantai sambil mendengar tazkirah yang sangat jujur dari mulutnya. Bukan mahu membandingkan antara PAS dengan UMNO, tetapi harus diingatkan kepada kesemua yang memimpin, terutama yang memimpin negara supaya menunjuk cotoh tauladan yang terbaik kepada rakyat. 'renovate' sampai berjuta ni, memang 'nonsense' Jika mahu menjaga hati rakyat, ia bermula dengan penonjolan aktiviti harian, jika rumah pun berharga jutaan ringgit, hati rakyat mana tidak terguris?


Tidak aku nafikan memang Seri Perdana perlu diwujudkan, selain kediaman rasmi PM, ia juga boleh digunakan untuk PM bersosial dengan masyarakat, tapi untuk proses renovate yang memakan duit sehingga jutaan ringgit, ia memang tidak boleh diterima akal


Atas seri perdana, bawah rumah Tuan Guru Nik Aziz



Kenapa perlu berbelanja lebih?

Memang sangat banyak pembaziran sekarang yang sudah berlangsung. Apa yang aku gusarkan, untuk renovate rumah ini, ada 'saku' lain yang dapat lebih. Mintak jauh dari amalan rasuah, kerana itu musuh utama negara! eh, tak rasuah, beli sebatang pokok pun cecah ribuan ok! kalau pokok tu boleh bagi rakyat miskin sebuah rumah, apa salahnya didahulukan duit itu kepada orang memerlukan, itukan nama pemimpin yang bagus!


pss : kecewa jugak sebab tak dapat invitation dinner bersama Najib 5hb 11 ni. tak kira, nak pergi jugak!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

25 ulasan:

Ieqa Swetluv berkata...

hurmm.. sama-samalah kita fikirkan =)

Khairul berkata...

pemimpin ni bila dah duduk atas kadang2 tu susah nak pikir macam mana orang di bawah pikir. sebenarnya tak perlu nak up to standard pemimpin mesti kete mewah, kaya etc, nabi pon pemimipin, tapi hidup sederhana, sahabat yang kaya dan pemimpin pon hidup biasa jer.

ni la mentaliti orang sekarang.

ah Gee.!! berkata...

skanglahh mase diorg nak enjoy duit2 tuh seme..

sbb mereka dah tahu... mati nanti,kubur sorg pemimpin digaLi lebih daLam dr org biase..

dila berkata...

mungkin mereka perlu membaca sejarah Saidina Umar ibni al-Khattab :)

nadey berkata...

hahahhaha same la .....dulu pon sejak tgk umah nik aziz terkejut....lg2 terkejut bil tgk ustaz mkn kt kedai biase je....kenapa perlu belanja lebih???

Alia Ramley berkata...

mmg la membazir.. kerajaan skarng nie mmg ske kan membazir.. ishk3x..

Ann berkata...

betul tu...
sedangkan pemimpin umar al-khattab sekalipun, akan tutup lampu bila bbincang bukan hal negara dngn anak beliau..

raja fiqri berkata...

anda mampu mengubahnya!!!

Pojiepooh Abdullah berkata...

Penat rakyat cakap sana sini, bukan dengar pun. Tgok jela...

Love,
PojiePooh Abdullah

SyerAgh berkata...

kak mah yang nak.. dia kan suka cantik2.. abg jib mne mmpu tolak

Fadzrul Hisyam berkata...

Bukan nak backup sesape...cume nak ingatkan:
1. dah baca dari 1 pihak,
2. baca sumber (teks ucapan pembentangan belanjawan 2011 - ada 45 muka surat semuanya dengan 43 perkara utama)
3. Pertimbangkan maklumat kedua-dua sumber.
4. Buat rumusan.

Setelah dikaji semula teks pembentangan, tak ada makluman tentang sejumlah RM65 juta diperuntukkan untuk baik pulih atau renovation Seri Perdana.

Ikut perbandingan, dengan RM65 boleh digunakan untuk:
1. Membuat sebuah sekolah 4 blok 3 tingkat.
2. Membeli sebuah jet pejuang jenis tempur dari China atau jenis pemintas dari Russia.
3. Memberikan biasiswa MARA & JPA kepada lebih 200 pelajar ke luar negara.
4. Boleh membina sebuah jambatan panjangnya sehingga 600m.
5. Membina lebih banyak surau2 yg boleh memuatkan 200 jemaah setiap satu.
6. Membangunkan kemudahan perubatan dan pakar dalam negara.
7. banyak lagi...

Takkanlah sejumlah rm65 juta diperuntukkan semata-mata untuk sebuah rumah yang jarang diduduki setiap masa?

Sama-sama kita fikirkan.

PutraRocker berkata...

@ieQa sWetLuvrasuah bermaharajalela...wth

[z@ck] berkata...

bazir duit kerajaan ja..baik gunakan untuk sedekahkan kat rumah anak yatim.

SHM berkata...

RM 65 juta utk renovation? mmg nonsense. byk lagi boleh dibuat dgn duit sbnyk tu seperti mengagihkan kpd yg tidak berkemampuan...

HAZRIL HAFIZ berkata...

malas nak komen apa2 sebab memang dah faham dah...joe..aku sambung enrty ko sikit kat blog aku'
'

http://hazrilhafiz.blogspot.com/2010/10/entry-idea-dari-joegrimjoepemimpin.html

joegrimjow berkata...

@H-n-f

bila tak follow, macam tulah jadinya

joegrimjow berkata...

@mR Gee.!!

kalau gali dengan lebih dalam, dapat selamat ke?

joegrimjow berkata...

@dila

buku fardhu ain kalau khatam pun xkan jadi macam ni

joegrimjow berkata...

@Ann

beza sangat jauh ann

joegrimjow berkata...

@raja fiqri

kita =)

joegrimjow berkata...

@Fadzrul Hisyam

if u live ingovernment sector, mix with them, u will know how corrupted our leader is!

yang ni sebab dah reveal dalam paper dan tiada tindak balas, yang paling terang lagi bersuluh, sebab tu ku komen.

kes lain, biarlah satel di akhirat

nerves berkata...

najib2...macam tatau je zaman ko nak jatuh da dekat(harap2 la)
sebab tu membazir gilebabeng..
ntah ape lagi ko nak ubah umah tu..
macam taktau erti bersyukur
ayat je manis..
hampeh

Lyla Ibrahim berkata...

mmg xpatot...
kerajaan mmg suker bazirkan duit rakyat...
haish...

penyamun berkata...

kalu utk meraka boleh plk
kalau utk rakyat?
ank2 yatim?
nk roboh esk lusa tu xde plk nk amik tahu

Sheherazade berkata...

lagi satu kan

http://cursingmalay.blogspot.com/2010/10/10-perangai-pemandu-malaysia-yang.html

no.10

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW