Share

My Raya Moments Contest - Pengalaman beraya di bumi UK

Entry ini diubah untuk masuk contest Bro GTO. Boleh klik sini untuk ke contest yang sangat menarik. Sertakan sekali ayat ini, My Raya Moments Contest adalah anjuran bersama MySuperkids , Viruspadu, LittleKidsPhotography, Fitrihadi dan Special Additional Sponsor by Redmummy.Com (RM150) and Denaihati (RM200)

Gambar yang aku pertaruhkan adalah gambar bawah ni


Kenangan raya 2009

Gambar atas ni diambil masa raya 2009. Heh, raya tahun lepas sebab hampir kesemua ahli keluarga dapat berkumpul. Tahun ni tak semua dapat berkumpul, sebab tu gambar jadi tak lengkap. Jadi, gambar tahun lepas je lah. Walaupun gambar yang diletak adalah gambar beraya dengan keluarga, tapi cerita adalah berkaitan dengan pengalaman raya di UK. layan je lah


Ok, kali ni nak cerita sikit pasal Pengalaman manis beraya di Bumi UK. haha. manis la sangat encik joe. Suka duka jejak je kaki di bumi sheffield pada waktu raya, memang sangat mencabar minda. Untung yang fly tahun ni dan tahun-tahun mendatang sebabnya sempat beraya kat Malaysia dulu.Ya lah, kan raya sekarang dah semakin lama semakin awal. Ok, pengalaman ni berlaku pada tahun 2008, 2 tahun lepas


Berangkat ke UK



Memang cukup sadis bila MARA bagitau yang flight jatuh pada hari ke 23 Puasa. Maknanya apa tu? Maknanya beraya kat sana lah! Aku ingat lagi masa tu kak moh la yang paling sedih, ye lah, dah 20 tahun beraya dengan aku tiba-tiba aku takde kan beraya sekali. hehe. tapi takpe, perjuangan untuk belajar kena diteruskan. aceceeeh! jadi berangkatlah kami 30 orang ke Bumi Uk yang bernama Sheffield


Cabaran Puasa


Sebab tak pernah hayat nak berpuasa selama 17 jam (peredaran masa dalam kapal terbang) memang agak mencabar untuk meneruskan puasa. Fikir banyak kali jugak nak puasa ke tidak nak puasa ke tidak. last last.... hehe, tak leh bagitau. biarlah simpanan memori sendiri. huhu. Tapi yang best, sampai je ke sana, terus senior bawak ke satu majlis buka puasa anjuran postgrade. makan tu memang mewah la dan rasa serba salah pulak sebab tak... opsss. haha


Pagi raya 2008


Ada kelas dan slumber badak je ponteng. ahhh, peduli apa kan? raya setahun sekali je. mat saleh sini bukannya nak paham! maka pontenglah beramai-ramai. Sebab majlis jamuan hari raya start pukul 9 macam tu, jadi selaku junior yang baik-baik, tunggulah senior untuk bawa kami kesana. excited la jugak walaupun malam tu dah puas nanges dah call rumah. nanges??? tak tak, berair air mata je :( sempat juga breakfast telur....

ambik telur
masukkan dalam microwave
tunggu 5 minit
minit ke2

GEDEBUNGGG!!!!


Tak pasal-pasal microwave rumah aku rosak dek masak telur dalam tu. haiishh, memang jahiliyah betul rebus telur dalam microwave. tapi sebab 1st year katakan, boleh dimaafkan. boleh?


8 lebih camtu, terus bergerak ke rumah senior dan terus bergerak ke PMC. Nama tempat yang kiteorg sambut Hari raya. sementara tu, posing dulu 2-3 keping gambar


posing mengancam skit


Pabila sampai disana.....


'Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar'


pergh, mana hati ini tidak sayu mendengar alunan macam tu dipagi raya ni. Dengan keluarga semua jauh di Malaysia, jarak 13 ribu km lebih, memang nak balik. Hampir menitiskan air mata, tiba-tiba datang seorang budak tarik samping aku. cet budak ni, kacau feeling betul! Gambar dulu



budak yang mengacau mood feeling pagi raya



Ok, memang sambutan pun biasa-biasa je lah. Bumi Sheffield ni untung sebab ramai Malaysia yang Muslim. 200 ke 300 jugak jumlahnya. Memang sangat ramai kan? sebab tu rasa tak sunyi sangat. Sambutan pun dah dibuat macam kat Malaysia, ada khutbah, ada takbir, ada sembahyang raya dan yang paling best, ada makanan sama dengan Malaysia! wah wah, memang rasa tak kat UK dah, macam kat kampung parit buntar je!


Bersama Keluarga angkat



abang zack dengan familynya


Ohh, yang part ni best ni. dieorang ada buat penyerahan anak angkat masa raya. haha, keluarga angkat? kebetulan aku dapat Postgrade yang agak muda, memang tak panggil ayah angkat la, panggil abang je. Tak pasal-pasal dapat ramai anak sdare masa hari raya. nasib baik anak-anak sdare yang baru ni tak mintak duit raya kan? bangkrupt papa joe. ekeke.


Makan-makan, gambar-gambar


Macam biasalah, orang melayu ni kalau majlis macam ni, tak lepas dari makan-makan dan tangkap gambar. Jadi, kita layan je dulu beberapa gambar kenangan raya 2008. walaupun dah 2 tahun, cukup best untuk dikenang sebabnya 1st time beraya di over the river katakan



Bergambar selepas solat raya



sedih dalam gembira



peace peace peace



Ok

Sampai situ sajalah sedikit coretan memori. Jangan salah paham pulak, entry ni tak mengajak korang untuk menyambut syawal terlalu awal sebabnya sangat rugi kita fikir syawal yang bakal menjelang tiba ni terlalu awal sebabnya pahala berganda ganda di bulan Ramadhan ni akan kita lupa nak tingkatkan amal ibadah, fokus sangat syawal. Kita kejar sangat syawal dan ramadhan entah kemana, memang sangat rugi kan? yup, sangat rugi! jadi, jom kita manfaatkan 6 hari terakhir ni dengan sebaik-baiknya


oh lupa, lepas raya, aku sibuk shopping microwave yang rosak tu. ishh!


pss : jom dapatkan kad raya

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

52 ulasan:

Hizami Li berkata...

pengalaman yg x boleh dilupakan.
:)

Just.wanie berkata...

o0o0oo tak puasa ek ?
eh jap , td ada ckp kg. parit buntar kan ? hahaha i stay there . terasa famous ! =P

joegrimjow berkata...

@Just.wanie

erk, x x, saja sebut kg tu macam best =)

liyanaziz berkata...

ohhh abg joe x poseee ek??????
bestnya, merasa beraya kat tempat org ark?? =)

joegrimjow berkata...

@liyana aziz

mana ada mana ada

eqa berkata...

wahh, bestt nye tp mstie lg rindu kt family kn??

APi berkata...

sedih dalam gembira..
taun ni da ser0n0k b0leh beraya kat m'sia kan..

selamat beraya j0e..

Mama Zharfan berkata...

me raya kat UK masa thn 2007..and thn ni kira kali ke 2 raya kat UK, tp now with hubby & kids. thn 2007 tu me sorang2 tau, hubby&my boy kat Msia..so memang tak leh citer lah berepa gelen air mata yg tumpah hehehe

aminatulmimi ismail berkata...

conclusion

joe suka gileerrrrr ambek gambar!

Hami Asraff berkata...

Joe!!!

Aku terkezut?

Siapakah Abang Zack?

Itu Encik Zack a.k.a lecture aku a.k.a member aku.

Minggu lepas baru jumpa dia.

Haish haish haish!

Why this dunia so kecik??

Unknown berkata...

yaALLAH..bijaknya la awak ni rebus telur blm microwave..haha..x pernah pergi dapur ni..haha =)

*tahun ni zura raya di KL sedih..x balik kampung.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

hehehe~

Hami Asraff dah jumpa kawan dia dah~

kih3~

tapi nak cakap gak, baju raya kamu cantik!

=)

Izul berkata...

selamat Hari Raya... :)

This year last raya kt Sydney, next yer raya Malaysia! XDDD

opss. peace~ hehe

diya jamal berkata...

eid mubarak joe =)

joegrimjow berkata...

@eqa

sangat
huhu

joegrimjow berkata...

@mama zharfan

xpe, taun depan dah balik kan?
hehe

joegrimjow berkata...

@Hami Asraff هامي أشرف ™

ye ke?
haha
dia kat uitm shah alam skrg kan?

joegrimjow berkata...

@Izul

hoho, gud2. slamat beraya di sydney

atok berkata...

rmbut flat top ke yg gambar first tu? haha

Tanpa Nama berkata...

yeah memang sedih raye di perantauan, mcm saye jgk, taun lepas lg seminggu jek nk beraye dh kena berangkat ke egypt..kadang2 rase pihak agen tu mcm zalim pulak!! hehehe..
tp Alhamdulillah,kire taun ni balas balik, dpt raye sini.. ;))

joegrimjow berkata...

@atok
nak fly kena skima2

Nur Suaidah Bachok berkata...

sangat kurus lah kau joe dalam gambar ni :D hahaha. btw, masak telur dalam microwave. aku nak test ah :D hehe

Tanpa Nama berkata...

@Hami Asraff هامي أشرف ™

to joe,
joe, ni kali ke 3 aku raya kat Sheffield..>.<
Rindunya kat Kak Zah, Nida' sume tuuuuuuuuuu..

hami,
aah dia mmg lecturer pon..Sheff graduate tu..nnt kirimkan salam2 org Sheffield kat dia satu keluarga ye..
Baik2 lah dgn Abg Zack..Dia sangat2 baik..Banyak ilmu agama pulak tu..
=)

joegrimjow berkata...

@molmolla

jangan. meletup susah nak beli

joegrimjow berkata...

@adikeica

mmg legend 3 kali
hoho

cikNiarun berkata...

adoyai..nak kne balik cti ray lambat pon hati xkeruan, kalo x pat balik aku tatau la..ko sngt tabah hoo!

KHAIRUL berkata...

pergh.. 1st time raya kat sana , smgt pakai baju raya kat dalam lecture ! .. haha.. 2nd year dah malas.. selamatlah iecha yg raya disana lagi .. =) joe.. xde la raya disana lagi kan..

Tanpa Nama berkata...

rindula waktu ber"ramadan" bersama kawan-kawan eh...

Johari Hamzah berkata...

huhu.. bestnya ada pengalaman... =)

joegrimjow berkata...

@Mohd Khairul Anam
mana tau kot2 honeymoon. hehe

joegrimjow berkata...

@ku_Merpati

ramadhan yg panjang waktunya disana

*∽ IZAN ∽* berkata...

aha ha.. memang sadis beraya kat perantauan. Ponteng kelas pagi masa raya tu memang dah tahap 'standard' tiap tiap tahun dahh..

samalaa.. pagi raya, 1st class CONFIRM ponteng, pastu 2nd class mesti slumber je pakai baju kurung raya masuk kelas.. ha ha

Eh tahun ni raya mana..?

ms hanashi berkata...

teringin sgt nk try beraya kt ovc..
tp xtau la bila ada peluangnya..

huhuu T_T

Mimi Saidi berkata...

spoil ah..dah ensem2 pkai bju melayu, ade pulak sarung sweater.keh2..aku tau sna sejuk yg amat~

azalia hjsalleh berkata...

ada yg bujang x ?
nak nak =)

lepas nie leyh la buat gathering bersama anak yatim
mesti event lg best !

AJ berkata...

teringat zaman belajar dan berpuasa di UK..memang pengalaman yang sukar untuk dilupakan...berbuka puasa ketika kelas,masak sendiri,dan byk lagi...

Tanpa Nama berkata...

salam ramadhan dan selamat hari raya joe

Hami Asraff berkata...

Untuk Adik Eica dan Joe :

Encik Zack tu dah terlebeh kenal okey! Dah macam member-member. Yup now kat UiTM Shah Alam. Aduyai ~ Eh sikalang beliau Dr. Zack. Nanti aku jumpa dia aku tanya kenal korang tak. Tak kenal siap! Hahahaha!

Faizalpj berkata...

Eh napa kg parit buntar plak..
kg aku tu...yoyo jer

Chaon Cornerz berkata...

kesian.. pagi raya pun ade class jugak.. time tue memang ramai ponteng la.. nak tunggu lagi.. raya dah la setahun sekali..

blog-tips-kurus berkata...

sebagai musafir, dibolehkan buke puase..x larat sgt ke uncle Joe oit? hehee.. - KBS world lover juga!

tuntung berkata...

pergh.skali gua nampak muka senior gua la dalam pic.khirul izuan aka jerung..1 batch ke?

joegrimjow berkata...

@tuntung

ye ke? staun lg tua

joegrimjow berkata...

@blog-tips-kurus

bukan xlarat, cam boleh mudharat
aceceeh

joegrimjow berkata...

@azaliahjsalleh

dan azaliah yg kena jadi penggerak utama. bleh?

joegrimjow berkata...

@*∽ IZAN ∽*

taun ni kat klantan
=)

tuntung berkata...

@joegrimjow

aq form 1 dy form 5..prefect ganas dy tu..hahha

Fuz berkata...

Joe, gambar bawah sekali tu.
budak baju hitam tu nama ape ye?
dulu dia ada masuk matrik KMPP x?

joegrimjow berkata...

@Peminat Katie Holmes
shafique hasan
xpasti die mtx mana

rhapsody LiN berkata...

hehee..sweet kan memory tu ;p

Cik Pulau berkata...

sy kenal si baju merah dalam gmba itu..saufi zaini..kan2?? hehe..

AJ berkata...

thanks bro join..dah uploadkan di FB...

P/s :jika menang lagi jgn lupa claim semua gto pointz..hak3...

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW