Ops Sikap hari ke5 mencatat kematian 17 orang. Paling ramai setakat ini sepanjang kempen dijalankan. Memang kalau tengok dari statistik ini, pihak polis traffic tak menjalankan tugas! Semua ops ops tak menjadi. Jadi entry ini aku mahu cadangkan dan aku yakin kalau kesemua langkah ini dijalankan, mesti kemalangan sifar dapat diperolehi!
1 - Sediakan lebuh raya 8 lane sepanjang jalan
Kalau aku jadi menteri pengankutan, tak payah nak peningkan kepala nak kurangkan kemalangan ni. Besarkan semua jalan! Kalau dari Kuala lumpur, semua jalan ke Kelantan, Johor, Perlis kita semua bagi 8 lane. heh, manifesto ni takde pun parti lain buat, kenapa? mustahil ke? Brazil dieorg punya highway 8 lane kot!
2-Bagi makanan di setiap 10 km agar sentiasa segar
Tadi polis traffic di Kuala Krai ada buat benda ni. Sediakan makanan kepada pemandu jalan raya. Tujuan utama nak bagi pemandu berehat sebelum teruskan perjalanan. Memang idea superb. Jadi, untuk jadikan tiada kemalangan tahun depan, kita laksanakan secara drastik, setiap 10 km sediakan pondok bagi makanan ni. amacam? ok kan?
3-Masukkan silibus baru 'kemalangan' dalam SPM
Walaupun ini ambil masa yang lama, lebih baik kita mulakan sekarang. Menteri pelajaran dari nak bincang perlukah mansuh pmr dan upsr, baik tambah satu mata pelajaran baru iaitu subjek 'kemalangan' dalam SPM. Huh, setiap pelajar wajib lulus subjek ni dan jadikan ia satu syarat ke U. OK? Baru nampak kesungguhan kita nak sifarkan kemalangan!
4-Sediakan signboard lucu disepanjang jalan
Signboard yg ada sekarang memang tak best! Contoh nak balik ke Kuala Lumpur dari Ipoh, mesti setiap signboar tulis '20km lagi ke Kuala Lumpr' takpun 'susur keluar ke Kuala Lumpur 500 meter lagi' bosan kan? sebab tu eksiden selalu berlaku. cuba naikkan signboard yang lucu-lucu di sepanjang jalan, bagi cerah sikit mata pemandu tu. barulah kemalangan sifar boleh dicapai. setuju?
Ok
itu saja pandangan aku terhadap cara nak sifarkan kemalangan ni. Memang tak mustahil untuk capai misi ni selagi cara aku bagitau ni dibuat. Buatlah, mesti sifar punya tahun depan!
Entry ni lucu?
hey brother, kematian sebab kemalangan tu tak lucu ok!
pss : selalu salahkan pihak berwajib, maklumlah, kita kan hebat, mana pernah buat salah!
34 ulasan:
ohoho...
sume cdgn tu,agak menarik..
yg 8 lane tu,kalo tanah kt meysia ni msh byk,blehla kan..huhu..
subjek utk masuk silibus pun ok gak..hee...
salam lebaran,
berhati2 selalu walau di mana berada.
:)
sokong kalo wat silibus baru tu, baru bdk2 taw bahaya nye kemalangan sume uhu.
Salam lebaran ea bro =)
yg buat subjek kemalangan tu applicable kot.tak pun masukkn soalan pasal kemalangan je dlm subjek BM ke..InsyaAllah boleh dapat kemalangan sifar
wah setuju cdgn bagi makanan setiap 10 km tu.. xyah nk benti rnr lagi dh ...'
Tradisi Balik Kampung Berterusan
leh buat subjek baru ni..
ok juga..
takde la nanti mat rempit sumer tu.
buh video yg ngeri2 akibat dr kemalangan..
mesti diaorg fikir byk kali sblm merempit
@velasrizal
jangan lupa puasa
=)
@NuR
amai yg stuju pasal subjek ni, apa lagi, laksanakan!
komen utk setiap cadangan (lebih kpd kritikan, hehe) :
8 lane? kereta bawak lagi laju bro. lepas tu yg drive kat line paling kanan sekali, tibe2 break mengejut, beramai2 raya kat hospital kot. hehe.
bagi makanan setiap 10 km. makin segar ke, makin ngantuk? perot kenyang, mata mengantuk, ye tak? fuhh semakin sihat2 la rakyat malaysia macam ni. :P
dulu masa belajar memandu, perlu memandu dengan berhemah (pakai safebelt, pandu ikut had kelajuan). tapi berapa lama yg ikut lepas dapat lesen?
cadangan yg baik utk signboard lucu tu. tapi jangan sampai khayal tengok signboard tu dan gelak lebih2 sampai sondol kereta depan tu dah la. :P
ni cuma pendapat peribadi je bro. jangan terasa eh. hehe.
eh, takde video pengumuman raya pulak ke kali ni? :)
susah bro.. kalau ko nak jadi menteri pengangkutan sebab ..........
tapi takpe kalau ko jadi Perdana Menteri mungkin boleh kot..
aku setuju tang lebuhraya 8 lane tu tapi belum nampak kemampuannya.. ada byk aspek kena ambil tau .. bukan main buat je..
ngantuk la malas nak ulas panjang2 hahaha
Bab berenti makan tu agak menarik..alang2 PETRONAS pun duk wat kempen minum kopi free kan? Ape kata PLUS yang duk kutip tol berbilion2 tiap2 tahun buat camtu gak? Ngeh3
Pemerhatian Seorang Insan Menjelang Akhir Ramadhan
cdgn yg sgt bernas!tp hi-wah 8 lane tu ..msia mana ada duit byk2 nak buat hi-way gitu :p
mknn tu praktikal gak, sylabus pun bagus gak idea tu...sila fwdkan idea anda kpd menteri yg berkenaan
note : me dh dpt kad raya+ ole2 bali yg joe pos. TQ!!!
@zool
haha
ngantuk pun mahu ulas
terharu
heee
@Zinedine Zaiddin
tadi tengok berita polis kuala krai dah buat
@mama zharfan
seyes?
wahh
dah sampai
gud2
=)
hahhahaa...
makanan di setiap 10 km
makin ngantok laa nanti diorang yang bawak kete
asik kenyang je
best gak kalau signboard lucu2
tapi takot asik sgt baca ti terbabas lak
hehehehhee
suka2 entry ini
@Ezniey
hehe
thx u
terbaik la bro...
bermula dgn sikap sendiri
selamat hr raya :)
joe, part msukkan sillabus kmlangan dlm SPM tu manis leh tolong. undi manis pegang portfolio kementrian pndidikan cepat. haha :P
hehe.. ape lagi joe, pi usulkan yang 8 lane highway tuh.. tapi kalau banyak lane, risau pulak makin laju orang bawak kereta.. hehe
yang last skali tu, wat sign borad lucu, tp cmne board tu la yg ley wat kan xcident berlaku, ye la kan diver asyik duk tgk2 n gelak2 kat board tu smpai x fokus drive..kui3..
cool... heheheh slamat hari raya joe.. :D tahun nie tak kelik kelate.. mak mentua nak raya kl saja... emmm.. :D tak merasa la kesesakan lalulintas cam enchek ben rasa.. hehehee
@green
yupaa
bermula dengan kita
@~cik manis~
wahh, bile nak bertanding?
hehe
@miMiE aZiMaSK ^V^
ahaa, rugi2. kesesakan tu yg best
ek
best ke?
ambo stuju hok 8 lane tuh.kapa trebe pom muat.hahaha.btw,slmt hr raya joe.
haa..menarik2! satu lagi, kete lori bas tu patut buat yg limit dia 100km/h je. padan muka GB. huuu~
signboard tu memang menarik, makan dalam.
@are-bue
huhu
makan dalam ye
lebuh raya 8 lane tu okey gak.tapi nanti, takut ada yang racing kaw2 plak guna 8 lane kan..
paling terbaik bagi makanan free..hehehe..sbb aku suke makan!
1 lagi..
letak gambar-gambar putus anggota badan di jalan raya..
http://cikguaziz.blogspot.com/
bijak betul idea tu..8 lane ye..tapi kereta makin bnyk la..org malaysia kan kaya2..
bab nk bagi makan ni rasanya lagi buat org ngantuk kot..
menarik..thanks for sharing.. ;)
haha.. good one! =)
Catat Ulasan