Salam,
Menung-menung kenang nasib ni kadang-kadang buat rasa diri ni syukur Dia jadikan aku dengan keadaan sekarang ni. Ye lah, hidup yang dilimpahi dengan makanan yang pelbagai. heh, untung dan memang sangat untung! dari satu lauk ke satu lauk, semua ada. Yang paling best, semua tu dibuat oleh orang yang kita kenal. fuhh, lagi best!
ok, sebenarnya malam-malam camni aku nak cite satu kisah yang memang dah lapuk sangat dah. Cuma nak jugak cite sebab macam best je ni. Kisah kena bakar? no no, yang tu biarlah polis satelkan. kalau bakar datuk tu sampai jadi abu best jugak. slumber badak bakar2 orang, ingatkan boleh makan ke? heh, bodo punya datuk! eh, nak cakap pasal ape ek tadi, haaa, nak cakap pasal gotong royong
Aku ingatlah kan, dulu-dulu masa kecik, ada je kenduri, mesti sibuk satu kampung. Contoh masa aku form 3.. ke form 2, dah xingat, masa tu kenduri kawen abang sulong aku, memang sangat meriah! maklumlah, mungkin anak sulong katakan, mesti meriah sikit kot. tapi meriah tu ditambah lagi dengan suasana orang kampung yang datang berduyun-duyun, nak makan? takkk, nak tolong!
Tolong menolong dulu ni tak perlu nak diajak bagai. mak pergi surau je mintak jemaah surau datang sambil-sambil suruh dieorang ajak jiran lain-lain datang sekali. masa hari kejadian, penuh yang datang! sekarang ni tak boleh, kena pergi ketuk pintu ajak sorang-sorang, tak ajak sendiri tak kan jadi. ishh, beza sangat! tu baru jarak 7 ke 8 tahun tu, entah-entah 10 tahun akan datang ni, jiran sendiri pun tak kenal kot!
Gotong royong sudah ditinggalkan?
Mmm, pendapat peribadi aku, memang dah tak se'kuat' dulu. Kita masing-masing sibuk dan sudah banyak kenduri kendara semua ni kita minta tolong catering yang uruskan. Ada yang bagi alasa, kalau gotong royong, takde masa nak melayan tetamu la, penat la nanti tapi bagi aku selagi roh gotong royong itu semua orang nak, semua kerja jadi beres. Entahla labu, peredaran masa ni satu benda yang kita tak boleh ubah
Cucu-cicit @ Gathering Keluarga
Alhamdulillah, akhirnya berlaku juga gathering besar2an yang dirancang sejak 4 bulan lalu. Yang ketuanya adalah pak su aku. Memang gathering keluarga ni cukup unik sebab mengumpulkan kesemua spupu spapat dari 4 generasi. Aku generasi ke3, tengah-tengah. Apa yang aku nak cerita bukannya pasal gathering ni sebab korang boleh tengok video yang aku dah buat ni, tapi pasal gotong-royong
Seekor rusa dan beberapa ekor kambing (tak pasti berapa, 2 ke 3 ekor) berjaya ditumbangkan. Apa yang unik majlis ini selain berkumpul semua spupu spapat, segala penyediaan dibuat melalui gotong royong! ahaa, memang sangat suka dengan suasana macam ni. Ada orang kampung aku yang memang femes dengan masakan dia pun ada jugak datang. Selalu jugak usik-usik dia dan tak sangka boleh jumpa lagi. jom tengok gambar
Masa kawen nanti, nak jemput blogger datang bergotong royong untuk aku. boleh?
=)
17 ulasan:
masa kawen nk jmput blogger gotong royong?dh nk kawen ke?
ad bau2 nasi minyak lah :)
bergotong royong mengabiskan lauk masa kenduri kawen nanti ke? bolehhhh!
wah
boleh kot
berduyun2 blogger datang
mesti seronok gile
tp bilakah??
dtg tlg mkn ajer :P
oh boleh je nak suruh blogger2 dtg. dtg tolong habsikan sume lauk pauk.
tetiba terbau nasi minyak. haha.
Gotong royong adalah silaturrahim.
Datang tolong buat kerja, sama-sama membantai...
Sambil masak sambil borak, sembang, gurau usik, cucuk latah, lompat.. gelak menyakat.
Di mana lagi dapat dilihat? Samada rela atau tidak, gotong royong memang penat, tapi meriah itu buatkan penat itu suatu nikmat.
hehehe...
selamat bergotong royong...
kalau gotong royong, payah nak tengok orang muda...
alahai..
=((
heeeeeeee~
klu nk pgl xde hal pnye bro!hehehe..
erk.aku cm ade bau2 nsi myk jek nie?hahaha
tahun ni berlaku jugak gotong royong kecil-kecilan di rumah aku...
gotong-royong aku dan member2 memasak dodol.
@plumpy.tootsie
wot2
baru nak jemput kot
@gadisBunga
eh eh
tolong masak2 la
hehe
@En iLham
hari ahad
tapi xtau ahad bile
hehe
@azieazah
penat itu satu nikmat
suka2
@Nabiel
kan raya, mmg banyak nasi minyak baunya
@paan
masak dodol pon dikira gtg royong
ok lah tu
hee.tak nak datang.larii.haha.
@ akufobia
xpe, baru sorang yang lari ni
Catat Ulasan