Share

Tazkirah Ramadhan : Salleh Gregor Samsa

Salam,

Syukur kerana masih berada di dalam hidayah Allah. Dikekalkan dengan nikmat yang berganda, Thank u Allah. Tak boleh nak bayangkan jika sang pencipta memesongkan akal fikiran kita untuk bertindak mengikut hawa nafsu, tanpa berpegang kepada paksi yang nyata, bolehkah kita hidup di syurganya nanti


Klik untuk lebih besar


Screen shot kat atas ku ambil dari cilipedas. Terbaca di facebook akan si lelaki ini yang jelas boleh menaikkan kemarahan kepada sesiapa yang bergelar islam. Mungkin untuk menghadapi masalah ini, ketepikan emosi dan biarlah hikmah jalankan tugasnya


Sebab tak boleh nak cari nama itu di Facebook, aku terus ke blognya dan meninggalkan no telefon disana. Harap ada balasan dari dia. Melalui pembacaan sedikit sebanyak di Blognya, dia bukanlah atheist, percaya tuhan itu ada tetapi konfius siapakah tuhan dia sebenarnya. Berbangsa melayu tidak bermakna dia islam dan bencikan title islam yang dia ada di kad pengenalan. what a pity.


Islam pada IC


Aku bawakan kisah berhadapan dengan golongan atheist di UK. Disana sifat keterbukaan mereka sehinggakan membenarkan mana-mana kelab untuk berdaftar dengan Studet Union. Semasa aku ingin daftarkan (renew) SMSA dulu, ternyata Kelab Atheist sudah daftarkan mereka! Kelab yang aktif ini selalu merekrut orang baru dan entah kenapa bilangan mereka tidak bertambah, tetapi hanya statik. Banyak yang masuk, tetapi banyak juga yang keluar. Aktiviti yang selalu dilakukan iaitu berbincang dan sesekali ada juga terdengar perbualan yang mereka debatkan. Ternyata mereka ini masih percayakan tuhan walaupun tak yakin dengan kepercayaan mereka itu. Perlukan bukti!


Perlukan Bukti?


Berhadapan dengan golongan kuat 'berfikir' ini tidak guna jika menggunakan hujah yang tertulis. Mereka sukakan bukti dan hanya bukti yang nyata boleh menundukkan mereka. Kalau belum cukup ilmu, biarlah yang pakar membuat kerjanya dan janganlah kita mencaci mereka sebaliknya terus berdoa diberi hidayah kepada mereka supaya jumpa hidayang yang benar


Berbalik pada kisah si Salleh ni


Dia antara kes terpencil yang wujud di Malaysia. Masih banyak lagi golongan-golongan seperti mana dia ini di Malaysia. Kawan aku ada ceritakan golongan pemikir pelik ini sudah banyak dan pendekatan yang mereka gunakan adalah logik akal. Bagi yang bodoh jahil (mungkin kita termasuk sama? nauzubillah) yang tidak mempunyai dalil untuk menangkis, akhirnya akan termasuk sama. Mencari kebebasan untuk berfikir dengan logik akal. Sayang sebab mereka tidak jumpa logik akal dalam Islam. takpe bro, cari lagi ya


Nasihat aku, tak payah nak peluk islam jika tidak mahu. Islam tidak memaksa orang untuk memeluknya (la ikraha fiddin ila akhir ayat) Tapi bila sudah bergelar islam, wajib melaksanakan perintah dan meninggalkan larangannya. Contoh analogi mudah, si Salleh mahu masuk ke rumah joegrimjow 12 tingkat yang sungguh mewah, boleh jika mahu masuk atau tidak mahu masuk pun tak mengapa, tapi jejak je kaki di rumah joegrimjow, kenalah follow apa yang tuan rumah suruh. Jangan jadikan rumah tu anda yang punya!


Kajilah dengan fakta. Masalah dia memang tidak jumpa dengan tuhan dan aku yakin jika dia buat kajian melalui bacaan, dialog dengan agamawan, pasti dia akan jumpa dengan tuhan. Doa dalam hati walaupun tak tahu siapa tuhan enko supaya jumpa dengan tuhan yang betul. Aku bersetuju yang suasana di Malaysia belum mencapai tahap untuk mudah mencari ilmu ini, itu cabaran enko dan pandai-pandailah mencarinya.


Yang mengutuk mengkeji


Tak payah nak teruskan kejian kepada golongan sebegini. Ucaplah syukur sentiasa kerana Allah tidak pesongkan akidah kita walhal jika Dia mahu, sekelip mata sahaja boleh! Teruskan berdoa agar kemenangan islam itu datang semasa hayat kita. Teruskan berdoa golongan seumpama ini jumpa dengan cahaya hidayah. Teruskan berdoa supaya kita sentiasa hidup aman dan damai


pss : malam ni bertolak ke seremban. esok buka puasa ramai-ramai =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

34 ulasan:

tengkorakemas berkata...

aku tak tau nak cakap ape..pengalaman kurg berdepan dgn orang macam ni,

mybe ko boleh buat sesuatu dgn hikmah, ideologi dia nampak bahaya, aku yg jenis kadang memberontak ni takla sampai pikir mcm tu..

tengkorakemas berkata...

aku ada tgk blog dia..kaki muzik rupanye..aku ada gak berdepan kwn2 dulu yg muzik indie..ada yg pikir terkongkong dgn agama..ini tak boleh, tu tak boleh..

memang dorg takkan terima hujah ayat2 sume

aizatshafiq berkata...

biasa la tu joe...
dah ramai sangat jenisjenis macam nie..
aku dah tgk jugak blog dia...
aku rasa macam tak ada pendidikan agama ataupun terlalu moden...
tapi tu semua dah menjadi tanda-tanda akhir zaman...
betul tak?..

Nour Eyza berkata...

saya dah baca dah pasal salleh ni semalam..
dan sangat terkejut dengan kenyataan beliau..
secara terang2an dia menghina bulan puasa dan Islam..
klau dia xmahu berpuasa itu dia pny pasal sbb dosa dia tanggung ini tak..
boleh kutuk, hina pula..
dia ni org apa??
semoga dia mendapat hidayah utk bertaubat...hukhuk

Faizal Sulaiman berkata...

syukur Alhamdulillah. Allah tak pesongkan aqidah kita.

z berkata...

YA ALLAH..jangan kau pesongkan hati kami setelah kau memberi nikmat petunjuk ke dalam jiwa2 kami YA ALLAH...untuk si Salleh, kita doakan dia menjumpai 'jalan' yang selama ni dicari tapi masih belum ditemui....wallahualam...

devoted lily♥ berkata...

cukuplah dosa tak puasa yang dia dah buat ni ditambah pulak dengan menghina suruhan Allah..

Saleh2,
Allah Maha Pengampun,
bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka..

SweetyMui2 berkata...

yaAllah,bukakanlah pintu hati mereka-mereka ini.amin.

noorafzan.blogspot.com berkata...

bagi dorang baca buku Syahadah Gadis Athies by Amran Haaz..
Persoalan dia pasal tuhan sebenar akan terjawab.
=)

Joe, dah ada update gambar buka puasa nuffnang.
check here.

Buka Puasa with Nuffnang : Berjumpa Blogger

Hidayah Ismawi berkata...

so sad.. how can someone grow up surrounded by Muslims and be so angry and hateful .. where were his parents, his teachers, his friends and his neighbours? Did he not have any good role models in his life?

Proof that 'hidayah' only comes from Allah, He can give it to anyone he wants and take it away any time He wants...

MY LATEST ENTRY: Tagged- I am a Muslim!

eNaSaN berkata...

salam Joe,


baru juga singgah & mungkin pernah singgah sebelum nie ke blog dia..sebab xtahu nk kata apa..& mungkin xkuat untuk berhujah pd dia..

moga dia diberi hIdayaH ..aMeeN

Unknown berkata...

wa..asal dia kuang ajar sgt? bole mau share ka? saya kasi kreadit sama kamu ya!

Unknown berkata...

wa..asal dia kuang ajar sgt? bole mau share ka? saya kasi kreadit sama kamu ya!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

ku tengok kat fan pages syahirul malam tadi~

malas nak komen apa2 sebab aku geram. entahlah. bagaimana nak bagi orang sedar kalau dia sendiri terang2 tak nak berubah?

ZACK ENTRY berkata...

memang sengaja nak porak peranda kan keadaan..





latest entry Ekspedisi Jelajah Gua - Episod 2 (Gua Angin)

Ibu Ammar berkata...

aku tidak langsung nak hukum dia apa2. sebab aku tak kenal dia, tak tahu asal life dia macam mana. tapi melalui blog dia. dia seorang pemikir, dan dia seperti banyak keliru. tapi dia ada ideologi sendiri. itu pilihan dia, untuk setakat ini.

akan datang, doakan yg baik2 saja untuk dia. aku rasa dia bukannya degil, tapi mungkin egois, muga satu hari dia dapat hidayah, Amin.

kita yang bukan seperti dia, harus banyak bersyukur, jangan mudah mengecam orang.

Allah Maha Tahu.

Amoi berkata...

aku ada kawan yang layan lagu punk ni.dia pun macam salleh. bukan tak percaya langsung Tuhan tu wujud just dia konfius. kalau tak percaya langsung Tuhan tu wujud dah lama dia g bunuh orang kan. hoho.

kawan aku tu skg dah kembali kepada jalan benar. dah taubat. :DD

actually benda2 macam ni tak pyh nasihat pun tak pe. makin nasihat makin menjadi-jadi ideologi dorang. just duduk diam je dan percaya lah akan tiba masanya seseorang itu akan menyesal dengan perbuataannya :DD

dan kita tak payah lah maki budak nama salleh ni. bertambah dosa plak kan. ingat senang nak ubah pemikiran orang dengan hanya memaki hamum seseorang itu? :DD

Tanpa Nama berkata...

Amiable brief and this enter helped me alot in my college assignement. Thanks you as your information.

Wan Gerrard berkata...

giler la ada gak orang ekstrem camni, orang Islam gak tu..
takot lak bila akidah kita terpesong, minta jangan dipesongkan akidah kita

Syima Syaz berkata...

thanks joe sbb buat entry ni.

Jard The Great berkata...

hurmmm........

Rahsia Biasiswa berkata...

ish... apa nak jadi ngan budak2 zaman skrg nih.. itulah, org suh mengaji tak nak.. kalau takdak duit nak ngaji... hah, apply lah biasiswa.. pergi blog saya ada koleksi 40 biasiswa boleh mintak kat msia nih... biar ramai org masuk u, baru cerdik sket rakyat malaysia neh..

Neyra Shazeyra berkata...

ideologi .

brenn berkata...

amacam? mesti dah terang sebab apa jumlah kes murtad lagi banyak dari kes cerai (statement aku ambil dari ceramah masjid airport subang)

Nazz berkata...

Nauzubillah... semoga kita sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah dari yang Maha Esa...

Amiinnn...

ir_nauf berkata...

salam. joe.. lama x dgr kaba.. aq junior nko kt sbpi dlu.. ada beberapa perkara nk comment;

ayat al-quran terbahagi kepada 2. ayat muhkamat dan ayat mutasyabihat. rasanya saudara jo faham bab ini.

berkenaan dgn surah al-baqarah, 2:256; laa ikraha fiddiin..
ayat tersebut merupakan salah satu ayat muhkamat (hukum-jelas).
PERLU diingatkan disini.. yg melibatkan hukum dlm ayat itu (tiada paksaan) hanyalah sebelum seseorang itu memeluk agama islam.
NAMUN, hukumnya tidak bersifat "vice-versa", atau dgn kata lain, tidak terhukum kpd org dilahirkan dlm keluarga islam (Sudah mumayyiz) ATAU selepas memeluk agama islam.

PENJELASAN:
memang tiada paksaan dlm agama ISLAM (sebelum seseorang itu muslim). namun, SALAH JIKA kita menyatakan tiada paksaan bg mereka yg beragama islam (muslim) utk MENINGGALKAN solat/puasa/zakat/haji dan lain2 sesuka hati.

INGAT; soal HUKUM jgn pandai2 tafsir ikut logik aqal. ayat itu ialah kalamullah. MASAKAN logik akal manusia yg lemah, boleh tafsir mengikut logik semata-mata? sebab itulah perlu rujuk kepada golongan ulamak muktabar dan hadith2 nabi serta sirah baginda.

hanya sebagai teguran/sharing. tulisan saudara jo boleh menimbulkan kekeliruan dlm kalangan org yg kurang memahami islam. wallahualam

Azuan berkata...

orang sekarang ramai tinggalkan Al-Quran..sedangkan itu penunjuk kepada umat Islam..

arrizz berkata...

smoga si salleh nie broleh hidayah Allah..

intanurulfateha berkata...

pnjangnye print screen
pening bce @.@!

Cik Buya berkata...

setuju sangat dengan entry anda ni.
even kalau dia terpaksa nak puasa pon tak payah la sampai nak hina agama...

Semoga cepat-cepat la saleh ni sedar diri skit..
dari asek dok layan gig je merata-rata mana la tak terpesong.

subhanallah, wallahualam.

MASA berkata...

tumpang lalu nak bagi pendapat gila dan sesat kat sini..

orang murtad ibarat virus jika tidak dikuarantin akan membiak dengan banyak.

cuba baca sejarah selepas Nabi Muhammad wafat, tiba2 ada perempuan mengaku dia Nabi selepas Muhammad. apa jadi pada perempuan ini? korang carilah balik kisah ni, tanya ustaz/ustazah..InsyaAllah korang akan diberi petunjuk olehNya.

Taufik Jusoh berkata...

doakan lah semoga beliau di beri pengajaran setimpal dan berbalik kepada ajaran yang sebenar.

Jalan Allah jalang yang sebenar benar jalan. InsyaAllah..

Like & Share button facebook tutorial.. ;)

mukasurat17 berkata...

speechless lepas baca fb tu...

nauzubillah.
jauhkanlah dariku dan keluargaku dan semua org islam yg syg islam...

aminn...

smoga beliau dikurniakan hidayah...

aminnn

LydSunshine berkata...

Saudara Joe, mohon kebenaran utk share image ini di Salida Di Alam Maya. Thanks.

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW