Ini entry recyle. Baru sampaike seremban. Tengahari skit bergerak ke putrajaya, bagi produk dan lepas tu ke The Mines amek muffin dan terus ke TS untuk berbuka puasa dengan beberapa blogger. Siapa? nanti-nanti akan ketahui juga =)
*****
jarak kubur dengan rumahku takde lah jauh sangat, hanya 400 ke 500 meter dan sememangnya kubur adalah tempat kami bermain. bukan apa, memiki kawasan lapang membuat hati bertambah girang untuk habiskan masa disana
meningkat usia
peranan kubur menjadi lain. dah mula rasa takut untuk ke kubur. takut akan hantu! kalau mahu ke rumah atukku, mesti melalui kawasan kubur dahulu, barulah sampai. masa bulan puasa, kalau berbuka di rumah atukku, mesti semasa nak balik rumah, jadi kecut perut lalu kawasan itu
mana taknya, kawasan kubur katakan. berhantu. walaupun ku tak pernah lihat pun hantu di kawasan perkuburan itu, tapi dengar perkataan kubur buatku takut. alah, kamu pun sama jugak kan?
belasan umur
atuk dan nenekku meninggal ketika ku tingkatan 2, memang sedih sebab tiada lagi teman se lawak dengan mereka. atukku memang jenis suka melawak, tu pasal semua cucunya ok dengannya. perginya atuk dan nenekku memang beri impak kepada ku
setiap hari jumaat, ayahku mesti mengajakku untuk keluar di awal pagi. pagi jumaat jangan tidur! selepas je sembahyang subuh, buat apa yang patut, dalam pukul 7 stengah pagi, kami akan ke kubur untuk ziarah kubur atuk dan nenek. sedekahkan yasin dan berbual pendek
aku : takde la dah tok ayah...
ayah: semua hidup akan mati
aku : betul.. tu pasal kena selalu ingat mati
ayah: haa, sebab tu la ayah ajak joe ke kubur. ingat mati
aku : hurm..
ayah: kena selalu melawat kubur ni. tok ayah takde harta, ilmu pun tak banyak, jadi anak la yang tinggal.
aku : tak paham...
ayah: nanti, masa kita meninggal. ada 3 amalan yang takkan putus rezekinya
aku : apa dia?
ayah: sedekah yang dijalan allah, sedekah duit buat masjid ke, wakaf sesuatu untuk kegunaan orang ramai
aku : ooh. lagi?
ayah: ilmu yang bermanfaat. jadi cikgu, ajar orang ilmu berguna. tak jadi cikgu pun, apa jenis ilmu yang kita ajar kat orang lain, ilmu tu buat bekalan kita masuk kubur
aku : macam ayah ok la kan? ayah cikgu dah
ayah: iye. tu pasal jadi cikgu ni kerja mulia.
aku : lagi satu?
ayah: doa anak yang soleh. tu pasal kena jaga dan ajar anak kita elok-elok. tok ayah dah ajar ayah tentang ziarah ni dulu2. sekarang ni ayah pulak ajar joe. macam tu la
aku : ooo
ayah: nanti ayah mati, jangan lupa ziarah kubur ayah. sedekah yasin hari-hari. tak mampu hari-hari, malam jumaat pun ok. asalkan jangan lupa akan ayah walaupun ayah mati
aku : ishhh. ayah mati lambat lagi.
ayah: mati siapa yang tahu? tangan allah semua tu
aku : joe ingat pesanan tu.
ayah: bagus
tak sampai 2 tahun lepas tu, ayahku meninggal.ikut jejak atuk dan nenekku. kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi, buah pinggan, last sekali... strok
walaupun 2 tahun diajar dengan ziarah ini, bagiku dah cukup. cukup buatku praktikkan kepadanya pulak
tak sempat
bagi kemewahan kepadanya sebab umurku setahun jagung lagi
bagi ilmu kepadanya sebab ilmuku memang budak mentah lagi
cuma sekarang ni, hanya boleh jadi anak soleh...
bagi yang masih ada mak ayah, berbaktilah pada mereka selagi boleh. tunaikan permintaan mereka selagi boleh. sebab apa? sebab meraka adalah mak ayah kita sendiri.
kalau kita tak mampu buat?
anak kita nanti pun takkan mampu tolong kita juga
ziarah mereka
bagi sedikit kemewahan
dan apa lagi yang patut
ku bukan berlagak nak jadi ayah ke apa
cuma rasa RUGI
tak sempat buat perkara itu kepada ayahku..
32 ulasan:
al fatihah... semoga rohnya di rahmati Allah... untung awrah ayah awk ada ank cam ni./..
al-fatihah. aku pun sekarang tgh berbakti dekat mak ayah aku. mungkin sikit tapi sekurang-kurangnya aku mcuba sementara masa masih ada. sebab dulu sebelum kahwin aku selalu tak lekat dekat rumah dan tak berapa nak rapat dengan keluarga.
entry ni buat sy menginsafi diri..Alfatihah utk arwah tok & ayah joe..semoga roh mereka dicucuri rahmat..
al-fatihah buat hj mat ariffin...
semoga arwah berada dalam golongan yg diberi rahmahNya, amin.
rumah nenek sy pun dkt kubur jg.ada saja jenazah lalu.erm..menimbulkan rasa takut n kesedrn trhdp ajal makin dekt..
betul..setuju..
ku juga tak sempat berbakti pd ayah ku..
tapi selalu sedekahkah al-fatihah dan bc yasin untuk dia..
=)
al fatihah-
setiap yang hidup pasti akan pergi
al-fatihah.
mati itu mmg dekat dengan kita.
:)
mg bahagia dia di sana..punya anak soleh..yg sentiasa mendoakan dia..
al fatihah to arwah~
kdg2 kite ingt ape yg abah kite ckp tu maen2..tp benda tu jd..hu
like my dad.die kate bile die pergi,xmo susah kan anak2,xmo sakit lame2.mmg jadi..al-fatihah 4 ur dad n mine
tapi ayah beauty tak ingat pun kat anak2 dier.... sedey nye...=(
doa untuk mummy akan berterusan dari dulu sampai bila2... insyaAllah...
betul tu, banyak penyakit hati bleh di ubat dengan mengingat mati....
Sejak datuk saya meninggal masa sy darjah 4(mati pagi raya).....raya memang dah tak meriah. Anak-anak pun jarang balik raya. Susah nak jumpa pak cik2.
Masing-masing sibuk dengan urusan kerja. Raya pun kerja.
Syukur ayah sy jenis ada kesedaran, selalu bawak saya ngan adik beradik lain pergi kubur datuk...baca yasin dan apa2 yang patut.
Alhamdulillah Abah n Mak ku masih sihat walaulpun kadang2 mak sakit sbb buatan org, aku redha n pasrah.
Berubat?...da mcm2 care n aku pasrah je skunk ni~
Al-fatihah buat ayahmu~
moga dia tenang disana~
moga yg terbaik jadi miliknya~
al fatihah
aku ingin merasa pengajaran kubur~
tapi xdpt...
belum dpt feel lg.. haih!~
perkara paling aku kesalkan dlm idup...x sempat hepikan ayah aku dgn apa yg aku ada skrg.... Al-Fatihah...
zikrul maut itu penting
bagos entry ni..
mengingatkan orang sekeliling..
kalau ayah kamu baca entry ni..
mesti dia tarik nafas lega..
sebab anak die nak jadi anak soleh..
bukan senang nak jmpe orang bercita-cita begitu..
paling tidak pon hanya bercita-cita untuk menjadi doktor mahupun pengurus besar..
aku bangga dengan kau..
selamat berkenalan..
nice blog..
teruskan menulis kay..=)
ok
bila dh pergi..mmg sgt terasa...mcm lagu mother sami yusuf tu..huu..syahduuu
al-fatihah..semoga ditempatkan bersama orang yg soleh..
-perjalanan makluk Allah
Rest In Peace....
al-fatihah...
he did left a memories to be cherish....
insyaallah.. doa.. itu lah senjata utama.. alfatihah..
al fatihah
al fatihah
al-fatihah...
moga ayah kamu ditempatkan dikalangan org2 beriman dan beramal soleh..
xpew la joe,even kamo x smpat buat itu sumew utk ayah kamu..
sentiasalah mndoakan die n mnziarahi dia ya..
itu lbih bermakna..
waa3x...
xpnh dpt kasih syg atuk n nenek..
sumenyer dh mninggal dunia time sy kcik2 lg..
T.T
Alfatihah.smg allahyarham bersemadi dgn tenang dn ditempatkan dlm kalangan org2 beriman..amin~
alfatihah.
alhamdulillah sampai sekarang ilmu arwah ayah joe tak putus.
Catat Ulasan