Share

Menghabiskan usia di Hospital

Salam,


Tengah hari tadi Kak Moh, penjaga aku sejak dari kecil lagi masuk ke wad untuk menjalani pembedahan mata. Ada masalah di matanya dan memang sebelum ini pembedahan di mata kanannya dilakukan semasa aku tidak balik lagi. Kali ini mata kirinya pula kena bedah dan sebab aku dah ada di Kelantan sekarang, kenalah aku tunggu sepanjang pembedahan itu berlaku


4 jam memang satu masa yang cukup lama. Pelbagai kerenah di hospital aku tengok. Sebab aku berada di kawasan pembedahan, macam-macam jenis pembedahan yang boleh aku nampak. Yang sama macam aku iaitu sebagai peneman, tak banyak aktiviti untuk habiskan masa dapat dibuat selain berbual kosong


Tak mahu di berada di hospital!


Ayah aku dulu meninggal di hospital USM kerana strok. Sebelum strok, dah pelbagai penyakit dia kena. kencing manis, darah tinggi buah pinggan dan jantung. Habis semua arwah ayah aku rasa. Kesan merokok yang kuat dan tabiat pemakanan yang tidak berapa sihat. Apa yang hebat mengenai arwah ayah aku, dia berhenti merokok di usia 30 tahun sebab usia itu dia dah kena serangan jantung dan tidak ada seorang pun dalam ahli keluarga aku yang merokok. Memang kalau tahunya abang aku merokok, heh, nahas dibuatnya!


Orang kata genetik kencing manis dan penyakit-penyakit lain tu aku ada. sebab itulah nak tak nak sebab aku tahu betapa peritnya berada di hospital ni, aku jaga juga pemakanan aku. Walaupun orang kata tak enjoy, hidup muda nilah kena try semua, aku lebih suka menikmati semua makanan tu ketika tua nanti. Tak mau den duduk di hospital sebab makanan! erkk, sebut pasal makanan, untuk pengatahuan semua, Malaysia mempunyai 30% rakyatnya yang obesiti dan 30% lagi adalah overweight. anda berada di dalam statistik itu? hehe


Bedah mata


Berbalik pada kisah kak moh tadi, matanya semakin kabur. sebab itu dilakukan pembedahan mata. masa aku balik hari tu, nampak dia pakai spek mata. heh, cute pulak dia pakai spek mata ni. hehe. Tadi sempat aku ambil gambar dia masa dia separa sedar, kononnya nak tunjuk kat si afiq tu yang tok moh dia sedang sakit di hospital dan bolehlah dia tak nakal sangat!




Sambil menunjukkan gambar di atas kepad anak saudara aku


Aku : momok masuk hospital
Afiq : momok...


Aku : pik kenolah juruh, baru momok sembuh
Afiq : momok...


Aku : kalu pik juruh, momok boleh balik rumoh
Afiq : momok...


heh, budak pun boleh faham kesakitan orang lain. Tambah pula yang sakit tu orang yang kita sayang..


pss : esok lusa dah start ramadhan!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

17 ulasan:

A wisher berkata...

crious weyh.sapesape sakit pon budak kecik macam senang kesian.

azlina aziz berkata...

mencegah lebih baik daripada mengubati ;p

joegrimjow berkata...

@missnanako

klu org dia sayang lagi lagi la

rhapsody LiN berkata...

pernah rsa operation.. huhu.. fobia

joegrimjow berkata...

@rhapsody LiN

bro dlu masa umur 4 tahun
telinga

hanis aleeya aka gadis sepi berkata...

oh, saya underweight.. hahaha...

joegrimjow berkata...

@lya

gud2
;)

Syima Syaz berkata...

tetiba rasa sebak...

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Afiq sedih ye.. Semoga momok cepat discharge.. Afiq pon jangan nenakal mcm uncle joe dia.. Heehee..

joegrimjow berkata...

@FarhanaDr

papa joe mana dew nakal

nurayunni berkata...

semoga momok kembali chat...

enyheartsdiamond berkata...

semoga momok cepat pulih.. amin~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

moga dia cepat sembuh~

sebab tu aku jaga apa aku makan gak~

ada simptom2 penyakit genetik gak kat family aku~

joegrimjow berkata...

@LORD ZARA 札拉

kena jaga betol2 ya zara

Mama Zharfan berkata...

arwah ayah joe sama penyakit dgn arwah mak mertua akak., pun meninggal sbb strok kat HUSM jugak.and my hubby is a diabetic sbb genetic..memang dependant dgn ubat pun now

pemakanan memang jaga, yet still sbb genetic memang akan dpt penyakit tu..

joegrimjow berkata...

@mama zharfan

bleh je kak jaga
yg pentg betol2 jaga n kena caranya

dayah berkata...

hrp momok cpat sihat. dah nk puasa jg diri elok2 :)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW