Share

Kisah pendek cinta serunding daging










Malam ini aku akan ke seremban. Plannya untuk berbuka puasa dengan teman yang lain. Sebab kakak aku di putrajaya perlukan keretanya, tiada kereta untuk digunakan sebagai kemudahan aku disana nanti. Susah mahu bergerak! Jadi, nak tak nak terpaksa gunakan kemudahan kedua - ambil kereta di Seremban!


Walaupun leceh, tapi itulah terbaik. Telefon abang aku di sana


Aku : joe nak ke seremban malam ni
Abang : boleh aje. nak kereta?

Aku : haah. ada?
Abang : ada ada. ambik je la

Aku : oo, cun!
Abang : jangan lupa beli serunding daging


Serunding daging? jam ketika itu sudah menunjukkan 4.30 petang dan waktu berbuka tinggal beberapa jam lagi. Mana nak cari? Takpe, demi tidak mengecewakan hasrat abang aku, ku redah juga bandar Kota Bharu untuk membelinya.


Di depan Billion, ada satu lorong kecil yang terpapar ‘kawasan menjual serunding daging’ terus bagi signal ke kiri dan mencari-cari serunding daging untuk abang aku. Satu persatu kedai telah aku jajah dan ternyata mengecewakan. Semua sudah habis! Tidak berputus asa, cari-cari akhirnya ketemu satu rumah yang tertera signboard ‘pembekal serunding daging’ Ya, dah jumpa!


Cuba call nombor yang tertera, malas nak ketuk pintu rumah nanti kang takde pula serundingnya. En Salleh, terus ku dail. 012-98xxxxxx


Aku : assalamualaikum
Dia : wsalam. siapa ni?


Suara perempuan. ayu, lunak, lembut!


Aku : saya joe, nak beli serunding daging. ada?
Dia : ada ada

Aku : saya dah kat depan rumah ni
Dia : oo ye ke? kejap ek


Salleh orang perempuan? ooh. lantaklah. Mungkin isteri dia. Tapi suara orang muda. ooh. lantaklah. Yang penting hajat untuk membeli serunding daging tercapai!


Aku : ........(diam membisu)
Dia : Masuklah, boleh pilih


Wow! Seorang anak gadis berusia 20-an yang sungguh ayu. Wajahnya ada iras-iras fasha sandal versi yang sudah insaf. Tudung digayakan begitu kena dengan bentuk mukanya! Sempat aku usha ada sticker ‘Universiti Teknologi Petronas’ di keretaya. mungkin juga masih belajar? Suruh masuk rumah? Biar betul budak ni, kan tak pasal-pasal jadi apa kan, siapa yang susah? dah la bulan puasa sekarang ni!





Aku : erk...
Dia : masuk je, mak ada kat dalam


oooh. ada mak rupa2nya kat dalam. Patutlah berani semacam je ajak orang tak kenal masuk rumah. Ok, aku melangkah dengan penuh gaya romeo ke rumahnya. Emaknya sudah berada di dalam rumah, senyum. ku balas senyuman itu


aku : ada serunding daging mak?
emak mertua: mak?


Ok ok, terover pula. dialog kat atas bukan sebenarnya, begini sebenarnya


Aku : ada serunding daging mak cik?
emak : Ada ada

aku : jual macam mana ya?
emak : paket paket. suku kilo harga dia rm 11

aku : ooh, yang setengah-setengah kilo ada?
emak : takde. ambil 2 suku kilo, jadilah setengah kilo kan?

aku : hoho. betul jugak tu makcik


Sambil mata aku menjeling ke arah anaknya, emaknya begitu pandai menggunakan anaknya untuk menackle aku!


emak : zah, ambil plastik kat abang ni ya


zah? ooh, nama dia zah. Izzah? Hafizah? zahirah? zahim? entah zah apa lagi aku cuba berteka-teki. Tatkala zah datang memberikan plastik kepada emaknya, dia pandang aku dengan muka yang pelik. Lantas dia pun ke ruang tamu membuka laptopnya


aik, something wrong ke muka aku ni?


aku : bagi 4 paket ya mak cik
emak : 4 ya. ok ok. ni dia. 4 paket, rm 44


aku : saya bagi rm 50 ya
emak : ooh. ok. zah, ambikkan duit kecik zah.


aku : (senyum girang)


seketika kemudian


zah : awak ni... joegrimjow kan?
aku : erkk?


zah : saya selalu baca blog awak! tak sangka boleh jumpa kat dalam rumah saya. tadi saya perasan, siapalah awak ni, muka macam cam tapi tak ingat kat mana. Tadi buka balik blog awak. haa, memang tepat!
aku : oo ye? tak tak, saya takde blog pon


zah : aik? biar betul?
aku : iye. blog tu orang menulis diari tu kan? isshh, mana lah saya ada masa nak tulis-tulis benda tu semua. perempuan je suka tulis blog ni


zah : ye ke? salah orang la ni. sorry ya...
aku : takpe, manusia selalu melakukan kesilapan. itu lumrah kehidupan


mak : pandai bersastera pulak ya?
aku : hehe. ok makcik, saya balik dulu ya. selamat berbuka. zah pun sama, selamat berbuka


balik sahaja, hati aku berbunga riang. siapa cakap blogger takleh jadi femes?


pss : Hasil karya dalam bas semalam. cerita rekaan semata-mata. tiada kena mengena dengan hidup atau mati. waka waka eh eh =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

18 ulasan:

afiq aiman berkata...

aku tertipu...igt betul dah

fahmi ibrahim berkata...

keh keh keh.... tak habis2 dengan gadis2 mu itu..

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Ish3.. Gatai sunggoh.. Pastu boleh plak kate pompuan jek suke tulis blog.. Isk3.. :p

Syima Syaz berkata...

wahahahaha...igtkan btl...ish ish ish

Nadiene berkata...

joe, aku rase ko perlukan awek nie, heee...

Jemputan kontest:
kontest contact lens hari raya

cheqna berkata...

salam
dang lagi tu
ingatkan hok betul benar sakni
huhuhuhuhu
salam ziarah =)

mieza_zains berkata...

haha..terkena d ctu
tp cm real jek cter

AiNiey Bariyyah berkata...

huh..
buat penat orang je..
ingat kan betul..

tengkorakemas berkata...

ha?rekaan je ke huhu baru nak tumpang gembira haha

zahidah dihaz berkata...

alahai...ingatkan betul2 tadi...excited je rasa baca...

Tanpa Nama berkata...

ingatkan betul la td..tu yg pelik dari kota bhr nak ke sermbn memkn ms bp jam ye?haha

ENCIK TIKUS berkata...

brrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....














































kene tipuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu





















































menci-menci !








































....

Adziim berkata...

Keh keh~
joe bulan puasa ni ..jgn duk reka2 cerita. haha

Mimie.Candy Cane berkata...

walaupun rekaan semata2,tetap sweet...heehhe

noorafzan.blogspot.com berkata...

tak percaya..
ini mesti betul2 terjadi ni.
haha~

tetap tak percaya.
arrhh..nape ku tak percaya ni?
entahlah..
tapi mmg tak percaya.

Izul berkata...

cool blog... :D

ishiko berkata...

poyo!!! en.joe tanak mengaku ...
erkk.. sebenarnya atau rekaan semata??? leee~

QeeS berkata...

adoiiit...joe nie kn makin pandai kenakan org..dh berapa kali dh tertipu..ayoyoyo..amma..appa..

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW