Seorang lelaki yang baru pulang dari kerja singgah sebentar di sebuah restorang untuk menikmati minuman petang. Balik kerumah bukan ada apa yang boleh dibuat pun, jadi dia akan lepak di restoran ini sampailah maghrib baru pulang kerumah. Masuk ke dalam restoran yang serba mewah itu, terus memesan minuman
Lelaki : teh tarik satu!
Tak sampai 10 saat, sudah siap. Memang cepat kerja yang dibuat oleh pekerja restoran itu. efisyen inilah yang menjadikan dia terlekat untuk sentiasa berada di restoran itu! Tiba-tiba handphone berbunyi
'sayang?'
Ada perkataan sayang tertera di handphone itu, ni mesti sayang yang call ni. Nak angka ke tidak, nak angkat ke tidak. Akhirnya dia beranikan diri untuk angkat
Lelaki : hello
Perempuan : hello. abang kat mana ni?
Lelaki : kat restoran, tengah minum-minum
Perempuan : apsal suara berubah?
Lelaki : tak sihat skit. ya ada apa?
Perempuan : ni ha, sayang tengok ada tawaran istimewa untuk handphone ni.
Lelaki : erkk. berapa ringgit?
Perempuan : 3 ribu je
Lelaki : 3 ribuuu?
Perempuan : iye. ala, sayang guna kredit card abang bagi tu ek. boleh? plizzz
Lelaki : oooh. gunalah gunalah
Perempuan : thank u abang! love u!
Perghh, Handphone pun 3 ribu? Memang sangat mahal. gaji sebulan tu dia kata dalam hatinya. tak sampai seminit ada call lagi diterima. juga dari sayang
Lelaki : yaaa, ada apa lagi?
Perempuan : sorry bang. ni ha, sayang ada tengok kereta bmw 5 series yang baru. lawa sangat!
Lelaki : what??? mahal kot. berapa?
Perempuan : 500 ribu je. abang bayarlah pakai cheque. kan banyak duit dalam bank tu
Lelaki : alahai. ok lah ok lah. tulis je berapa, abang bagi. abang nak minum air ni
Perempuan : ok. love love love u so much abang!
Mak oi minah ni, 500 ribu slumber badak je nak ambik. Aku kerja bertahun baru dapat nilai tu tau. hampagas betul! tak sampai seminit, handphone berbunyi lagi. ya, juga dari sayang
Lelaki : adohaiii. apa lagi??
Perempuan : last bang last. lepas ni tak mintak dah
Lelaki : ya ada apa?
Perempuan : rumah bang rumah. cantik. 3 tingkat. lawa sangat
Lelaki : berapa?
Perempuan : 3 juta. boleh la bang. pliz plizzzz. last, lepas ni dah tak mintak
Lelaki : ok, sayang guna semua kad kredit abang, semua buku cheque abang, nanti abang sain
Perempuan : yahuuu, sayang abang
perghhh, memang kalau dapat perempuan macam ni, sengkek habis aku!
Lepas sahaja teguk minuman terakhir, dia pun pergi membayar di kaunter.
Lelaki : berapa ringgit kak?
Cashier : singgit lapan. macam biasa
Lelaki : ok, ni dia
Cashier : bakinya ya cik
Lelaki : ni ha kak, saya ada jumpa handphone kat atas meja tu. tak tahu siapa punya. akak simpan la ya, kot-kot tuan dia ambil nanti
Cashier : ok
Lelaki tadi terus melangkah keluar. Nasib baik bukan sayang dia, ada sayang macam ni, memang tak cukup tanah nak bergadai!
Moral : jangan tinggal handphone merata tempat!
*****
Kreatif jugak budak-budak UiTM buat video ni. hehe, kalau ada hasil camni, memang baguslah. penonton yang tengok pun ada persepsi yang berbeza. kalau cerita melayu biasanya, kita boleh agak ending dia macam mana, tapi yang ni, aku masa tengok video kat atas ni, ingatkan ada orang salah nmbor ke apa, tengok tengok bukan handphone die. haha. thanks pada ohmedia upload kat facebook
erk, sebut pasal UiTM, shah alam, esok dah bergathering =)
Jom Jom Jom kita berbuka puasa sama-sama jooom
43 ulasan:
adeiii...hp 3 ribu? baik bayar downpayment keta tuk raya ni joe...hehe
@eqbalzack
hehe, kena tengok video tu
dgn penuh kekecewaan..
x dpt pegi gath tu encek joe..
T_T
klu dpt pegi dh lama isi borang tuh..
:(
haha..ada tengok pagi tadi..video lakonan tu ka..hikhik.ada unsur pengajaran yg tersirat..kekekekeke
@SweetyMui2
jangan tinggal hp
hehe
cheh..skali tertipu daa..mcm2..
hahaha..lawak..selambe badak je mamat tu layan..hak3..
bahaya owh tinggal hp merata..tu nasib tolong jawab kol je..buatnye kalo dlm hp tu ade gmbr ke vid ke yg bukan2..jumpe kat org x btggjwb..nahas je kan?
creative dorg ni..^_^
haha habis naya tuan punya hp
hahaha! kata yang bukan-bukan kang kurus pulak pahala puasa...huh. lu pikir la sendiri! :p
aku x dpt tgok video tu. hee. ofis blok.
tp nasib baik ko ltak dialog tu. baru aku paham. hee.
kalu tgok video lg best agaknye kan.
:)
ahhahaha,,,klaka giler,,,:P
p/s:JANGAN TINGGAL HP MERATA2,,,
abesla suami perempuan tu bankrap sikit lagi.
sebelum baca dalam email jer, tapi tak sangka lak siap ada klip video. hahahaha, kreatif tul la
haha
agaknya datuk mane lah tertinggal handphone kat restoran tu
hehe
memang dasar perempuan betulla. asal dapat beli je mesti terus sayang.
informative.n klaka.hehee..jom lawat blog saya jom
http://sachiasukaii.blogspot.com/2010/08/mana-bulu-mata-kau-jatuh.html
hahhahaa... telipon org rupenya..
me dh pernah baca citer ni..dlm forwarded email :)
ini lawak cedok la joe..
pergh..kalau dapat perempuan macam tu.kau kerja cop duit kat bank negara pun bankrupt.tah paper
keh keh keh..pelakon perlu dilembutkan sedikit karakter dia..keras sgt..haha
tp menarik! gila kalau dpt bini mcm ni
girl yang berlakon dalam vidoe atas tu, dah jadi lecture kat uitm kedah da. lecturer grafik.hhehe.memang nasib la sape punya tuan phone tuh.
@Ckin Kembaq
tapi kreatif kan?
@tengkorakemas
tu pasal jangan tgal hp merata
hehe
@KERAK NASI
balik rumah kena tengok
best2
@En iLham
klu datuk ok lagi, takut balak baru makan gaji
huhu
@mama zharfan
oooh, jadi ni bukan idea dieorg la ni?
huhu
@za|d
tu la, org kata ni lawak yg ada dalam email. tapo kalau idea ni idea dieorg, mmg mantap la
@Nik Nur Izzati
biar betul?
hahaha.. cerita ni dah lama sebenarnya.. cuma pertama kali nampak ada orang buat video ni..
UiTM di Hatiku!
hhahha..layan jer
kreatip!
demm..
botak la 'abang' sayang tu nanti.
haha~
haha...mcm2 la....
hahahahaha..ni lecture kotowg y blakon 2...awek cun..
rase cam dlu dh penah ade citer ni.. cume skang siap ngan video plak.. ^_^
@the inner monster...
tu la, ada org ckp pompuan tu dah jadi lecturer
Aku ingat dia saja tinggalkan phone tu, mls nk lyn ppuan tu.
layan la video klip nih..hahaha..klaka....
la ingat kan dah nk gaduh dah laki tu dgn sayang die..haha..rupanya bkn hp die..mmg sengal la citer ni..different.
*tq kreditkan UiTM Shah Alam.bangga jap.selamat bergathering =)
la ingat kan dah nk gaduh dah laki tu dgn sayang die..haha..rupanya bkn hp die..mmg sengal la citer ni..different.
*tq kreditkan UiTM Shah Alam.bangga jap.selamat bergathering =)
betul la joe. lecturer grafik tu kat uitm kedah. cun gler la..haha
lecturer saya juga!!!
=))
Catat Ulasan