Share

tutorial blog : menjana traffic dengan 'link'

hari ini tidak banyak blog sempat aku lawati. selain blog wajib dan balas balik kunjungan orang yang mengomen di entry sebelum ini, tidak banyak blog lain yang aku lawati. sebab utama? masa. hari ini perlu menyiapkan nomination untuk SMSA sempena malam ala ala anugerah popular gitu. doa doa la nomination yang dihantar itu diterima dan ada yang sangkut. aminnnn


magisnya alam maya


google alam maya, keluar benda ni


hehe, dah lama aku nak tulis benda ni, simpan untuk masa yang sesuai dan sekarang rasanya masa yang sangat sesuai. nak ceritakan pasal hubungan antara blogger. sememangnya alam maya ini pelik. macam macam boleh terjadi. antaranya adalah boleh menjalinkan perkenalan antara 2 orang yang sebelum ini tidak kenal pun, tapi boleh jadi rapat. haa, pelik kan? itulah alam maya



siapakah jard (nak panggil jard ya kali ni akak jard)



terpanggil untuk menulis pasal benda ini setelah membaca entry jard disini. haha, gelak sampai tak ingat dunia dia buat entry tu. so kali ni, giliran aku cerita pasal dia pulak. erkk, sebelum tu, nak share sikit macam mana untuk naikkan traffic di blog anda tetapi keberkesanannya hanya dapat dilihat dalam jangka masa yang panjang.



1) linkkan blog orang


sekarang ini encik ben membuat segmen terjah terjah. dulu cg GTO popular dengan gelaran 'gila terjah orang' kali ini encik ben pula yang otai menerjah blog orang. bagi yang baru berblog, boleh ke blog encik ben untuk diterjahnya. hehe. kesan meletakkan link orang lain ke blog kita adalah tidak lain dan tidak bukan adalah... traffic!



kesan jangka panjang



pelik kan, macam mana letakkan link blog orang ke blog kita kita pula dapat traffic? ok, kalau tak percaya, tengok blog encik ben (ben lagi, haha) macam mana dia telah dapat traffic yang mencecah 1000 uniq visitor dengan segmen terjah terjah dia tu. untuk mencapai 1000 uv ni bukan senang. kalau bukan artis atau orang glamer, sudah pasti sukar nak cecah, tapi macam mana encik ben dapat 1000 uv ini? tidak lain tidak bukan, dari segmen terjah terjah dia tu



orang linkkan balik



sebab kita linkkan blog orang, sudah pasti atau kemungkinan besar orang akan linkkan kepada kita balik. easy kan? itu formula mudah dan ternyata berkesan. tak berkesan macam mana sebab dah terbukti ni. apa lagi, linkkan la blog orang kepada kita



teknik berkongsi reader



mungkin ada yang tak berapa gemar dengan terjah menerjah ni. ada juga tak berapa gemar linkkan blog orang dalam blog sebab bajet blog linkkan blog orang ni hanyalah blog murahan dan mencari publisiti je. tapi jangan terkejut, salah satu faktor membuat kenny sia glamer adalah dengan linkkan blog orang juga. tapi dia lagi otai sebab dia 'bekerjasama' dengan letakkan link blogger otai juga dalam blognya, cheeserland. jadi, antara kenny sia dan cheeserland, dieorang berdua berkongsi reader yang sama dan menaikkan traffic antara satu sama lain. haa, untung kan? credit to kenwooi for sharing



jangan kedekut linkkan blog orang



bagi yang baru 2 3 bulan berblog dan mahu jadikan blog ini sebagai sumber rezeki, jangan kedekut untuk meletakkan link orang di dalam blog kita. tapi janganlah harap letak link blog hanis zalikha, mahu hanis zalikha letak link blog kita balik. bak kata orang tua tua, sedarlah kemampuan masing masing ;-)




beralih kepada jard



jard merupakan seorang gadis yang pernah menaiki kereta bersama denganku. haha, konpem cik abang jard marah dengan skandal ini. hehe. sebenarnya dia dengan kawan dia (siapa ek jard nama akak tu?) tumpang kereta aku masa nak ke gathering blogger bukak puasa. dalam kereta dieorang berdua tak habis habis perli aku layan lagu jiwang. haha, kenangan yang akan aku ingat sampai sekarang.



hasil dari link mengelink



dulu masa aku mula berblog, dialah antara yang suka linkkan blog aku yang tak femes ini ke dalam blog dia. masa tu memang aku tak tahu apa apa. tetapi terima kasih kepada blog dia, sebab dialah banyak reader yang sekarang ini setia dengan blog ini hasil dari blog dia. hehe thx ya jard



benda baik selain dari traffic



inilah sebenarnya benda baik yang kita dapat dari link blog orang ke blog kita. persahabatan. susah dan mahal benda baik ni untuk dapat. event kat dunia realiti pun susah. bunyi agak cliche, tapi aku sendiri sudah mengalaminya. anda, bila lagi? link link kan lah blog yang anda rasa bagus dan sesuai dengan jiwa anda dalam blog masing masing. berkongsi blog yang kita suka dengan orang lain. lagipun, tak rugi apa apa letak link dalam blog sendiri. kan???




nota kaki : apakah kenikmatan berblog kepada anda? haha, now i can tell u what is the super duper best about blogging. erkk, lain kali cite. bila dah ready. esok nak umumkan contest. nantikannn!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

33 ulasan:

Cahaya Yang Riang Gembira berkata...

Hahahahaha.. Tau dah kenikmatan berblogging untuk joe ape.. Hehe.. ;p

Bagiku, nikmatnya berblog bila kita dihargai, menghargai.. Heehee.. Macam wonder pet, ape yg penting kerjasama.. Ngeee.. :)

Tanpa Nama berkata...

joe, aku tahu jugak!
hahahahahaha
(best gila buli kowang)

ardinihumaira berkata...

wahhh teknik yang bagus.. alangkah bestnya kalau dni dapat buat cemtu.. huhu...ini tenet dok lembap. kalo wat segmen terjah, konfem orang tertunggu2 setahun dua..

joegrimjow berkata...

Farhana, bila dihargai dengan ikhlas, sangt nukmat kan

eica, ape ni? Haishh

joe

Ibu Ammar berkata...

misi berblog hampir sempurna kah joe? hikik

aku baru belajar letak link orang tahun ini.... ekekeke

.::WaNiE::. berkata...

saya suke berblogging sebab rasa ramai kawan, yang support suka & duka kita ;)

Jard The Great berkata...

ahaha.. aku kenal blog mu mase tuh followers baru 30 lebih kot... =p

skang dah cecah ribu

Unknown berkata...

ohhohh.jangan kedek kalau masih kat bawah.

Tanpa Nama berkata...

take note "jangan kedekut linkkan blog org"

betul3

dayah berkata...

asyyyyyyyyyum selsema virus kat kamu! jo. aku tak reti letak link lagi T__T
nikmat berbelog rasa macamm nak bercerita kat shume org yg idup kat dunia yg boleh membaca D:

IRAH HAJERAH AZMAN berkata...

just wondering kan.letak link bleh buat load lambat x? skang I i tgh nak kurangkan beban speed my page.... macam2 i buang da T_T.....

Munsyi berkata...

Kenikmatan bila orang baca entry yg ditulis dan faham. share readers? sharing is indeed caring.

contest apakah?senang2 sket la kali ni. hehe

joegrimjow berkata...

Xlambat kot loading page klu letak link, bukan berat sangat pon rasanya

berblog untk share dengan org :)

jard, 30 je ek? Ku pun da xingat

joegrimjow berkata...

Munsyi, contest plg senang abad ini, hehe

Syima Syaz berkata...

yelah..tp kdg2 org follow kita, bila tak follow balik diorang remove...wajib follow balik ke?

Hizami Li berkata...

ahha.
great tips.
;D
eh, cik syima.
betol jugak tu.
;D

joegrimjow berkata...

hehe
follow follow ni bab lain plak
cam ikhlas je klu gaya yg cik syima gtau tu

Hasrol Nizam berkata...

link ni maksudnya link kan dekat dalam post ke @ letak link dekat sidebar tu? kompius jap..

fikah © berkata...

lpeas kite link kan bloggers, perlu x kita inform bloggers tersebut yang kita nak/dah link kan diorang??

Unknown berkata...

nikmatnya bila kita dikenali, dihargai dan diingati.. just like u and me.. wahahahaha.. sempat ag..

Just like me n sc n kodok n mijah n meor n mf n hanis n elis n ca n gt n ... n... n.. banyak lagilah..

hahaha.. mentang2 nama aku ann aku tulislah banyak2 n. XD

nuranuraniku.blogspot.com berkata...

salam sobat
wao keren sekali ,,magisnya alam maya
buat sendiri kah?
semoga makin sukses,,,

SH berkata...

link2..erm thnk ah sharing info nih..klo gitu jom xchange link..

http://thebudakskema.blogspot.com

Ariff Shah berkata...

sedikit cadangan.
boleh try guna tags h2 untuk subtopik dalam entri. camtu lagi efektif dan menarik

joegrimjow berkata...

hasrol, link dalam entry, kat luar pun apa salahnya ;)

fis, kalau yg tak check kat analytic, mmg dieorg tak tahulah yg kite linkkan kat dieorng, so, better bgtau

ann, kekeke

joegrimjow berkata...

nura, buat sendiri? tak paham

bdk_skema, nanti ku jenguk2 ;)

arif, tags h2 tu ape ek?

iidyll iceness berkata...

huhu
xde ms nk terjah mnerjah..2 r mslhnyer...ades..

Hami Asraff berkata...

Link blog aku cepat! Hahaha!

Ben Ashaari berkata...

joe ...menjawab pada persoalan ... tkde .. hehe .. menterjah blog bukan konsep aku .. konsep aku menjelajah .. masuk blog dan bagi ulasan pada blogger dan pembaca ...

sebenarnya konsep aku ni bertukar tukar pembaca .. contoh .. aku ada 10 ... joe ada 10 ... aku bagi 10 aku ni pada joe .. joe bagi 10 pada aku .. total ..ada 20 dah skang ... kalau 100 orang join sekali ... bayangkan berapa bayang newbie boleh dapat pembaca baru .. jgn fikirkan trafik ... kalau fikir trafik , blog takkan naik .. fikirkan pembaca .. bagaimana nak kekal pembaca tu pada hari ini , esok dan seterusnya ...

Azizuan berkata...

thanks for the tips

joegrimjow berkata...

hami, haha, nanti ada org jeles plak. hehe

ben, ooh, xde ek? urmm, tak berkesan la ni. ooh so yang part bawah tu betol la kan? share readers ;)

Jef Hadi berkata...

kepada ben,cewah!skema gila,haha!.

Macam mana nak tukar pembaca tu?Dengan tukar-tukar link ke??

Jef Hadi berkata...

kepada ben,cewah!skema gila,haha!.

Macam mana nak tukar pembaca tu?Dengan tukar-tukar link ke??

Jef Hadi berkata...

kepada ben,cewah!skema gila,haha!.

Macam mana nak tukar pembaca tu?Dengan tukar-tukar link ke??

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW