Share

joegrimjow ke galaxy yang lain

masa belajar sains dulu, ada belajar tentang planet planet. bumi merupakan salah satu planet yang berada di dalam sistem suria. besar atau tidak sistem suria ini, jarak antara bumi dengan musytari pun mengambil masa 3 tahun perjalanan cahaya. kalau dengan pluto yang lagi jauh tu? ishh, jauh jauh. dalam alam ini, beberapa ribu sistem suria akan membentuk galaxy. galaxy yang kita berada sekarang ini dinamakan bima sakti. 4 galaxy yang dipercayai ada sekarang ini dinamakan, alam semesta. perghhh, besarkan alam ini? inilah keagungan maha pencipta yang selalu kita lupai....





~~~~~


joegrimjow telah berjaya dengan mencipta satu mesin yang dapat menukar jasad jasad manusia kepada bentuk jirim yang paling kecil. mesin ini tidak lagi disahkan kesesuaiannya tetapi dia yakin yang mesin ini sememangnya menjadi. kelebihan mesin ini, sesudah menukar jasad manusia kepada jirim terkecil (baca atom) senanglah untuk memecut kesemua jirim ini ke sesuatu tempat. contohnya dari uk ke kelantan, hanya mengambil masa 0.000002 saat sahaja


cubaan ke galaxy lain


hari ini dia akan meneroka galaxy! ya, galaxy yang belum pernah sampai oleh manusia sejagat. jadi dia memulakan eksperimen kepada dirinya sendiri. setelah siap semuanya,dia pun tekan suis on dan..... dia berada di galaxy yang lain dalam masa satu hari sahaja!


galaxy chipendale


sign board menunjukkan galaxy yang baru dia sampai ini adalah galaxy chipendale. terdapat begitu banyak barang barang yang cukup pelik dijual. oo, rupa rupanya pasar yang dia sampai sekarang. dia menghampiri kedai2 disana


'ziogiste riyukab binyuhu lo?'
- di bercakap dalam bahasa sana-

'cakap melayu je la, mak cik paham'



'ohh, ingatkan tak guna bahasa melayu'

'bahasa melayu kan lingua franca, kalau bukan melayu guna bahasa melayu, sape lagi nak guna? Pupus macam tu je la'



'ok ok, yg ni berapa ek?'

'4 togago'



'saya guna duit rm boleh'

'pound pun tak laku, ni kan pula rm!'



'ok lah, saya pergi tukar dulu'




Joegrimjow terus berjalan dan menuju ke currency exchange. Disebabkan terlalu lapar, kedai yang menjual makanan di tepi jalan itu menarik minatnya untuk membeli. Dia masih ada duit gopalogo, mata wang yang diguna pakai di seluruh galaxy, mgkin ini boleh digunakan


'neslo kurang manis dengan roti canai satu'

'siap, erkk, ada duit ke bang?'



'saya ada duit matawang gopalogo, bolehkan?'

'Tak boleh, kat sini hanya gunakan matawang togago saja'



'aiyokk, lapar sangat ni... Boleh lah...'

'boleh... Boleh blah! Kekeke, depan tu je money changer, p la tukar, lepas tu datang balik'



Joegrimjow terpaksa mengalah, dia terus ke money changer untuk menukar duitnya. Di tanganya ada 50 keping duit gopalogo yg bersamaan dengan rm 20 000 dan dengan duit ini dia yakin boleh menjadi kaya di planet ini!



'bang, nak tukar duit bang'

'ooh, bape ya bro nak tukar?'



'50 gopalogo kepada matawang sini'

'ooh, kat sini tak pakai duit tu bro untuk ditukar'



'aikkk, peliknya! Dah tu pakai apa?'

'SoZaP'



'ape ke bendanya tu jang?'

'solat, zakat dan puasa. Semakin banyak ibadah, semakin kaya la bro kat planet ni'


~~~~~


Kat sana nanti, adakah amalan kita sudah mencukupi untuk kita menjadi kaya?

Sibuk mengejar kekayaan dunia, kekayaan disana tak nak kumpul?

Pesanan ini untul diri sendiri dan pembaca sekalian :-)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

28 ulasan:

zai berkata...

wahwahh pandai create cerita..

ne boleh cerita kat budak2, takde la dorang bosan..

erk ada kah matawang SoZAP? bile implement

Nur Suaidah Bachok berkata...

subhanallah! ada pesanan di balik cerita. terima kasih bro.

diakhir baru perasan :)

Hizami Li berkata...

hehe.
ingatkan cerita sains fiksyen mana pulak td.
hohO~
menarik~
;D

geeds berkata...

nicely done!
hehe.
:)

skY berkata...

salam..

i like!!! yeh..

noorafzan.blogspot.com berkata...

insaflah..=)

Azuan berkata...

bagus kalau planet nie macam tue~

IRAH HAJERAH AZMAN berkata...

thumb up!

fikah © berkata...

LIKE!!
trimas kerana mengingatkan.

vidadarisakura berkata...

lorrrr.

hasni berkata...

imaginasi tnggi
n pngjaran y bernilai
terima kasih sbb mngingatkan pembaca:-)

Adziim berkata...

Cerita memang kreatif tpi mcm biasa la, tergantung......Joegrimjow dapat makan ke tidak ni?

syazwa berkata...

sozap. aisyh

tebaik punye

Ibu Ammar berkata...

good!

Kun berkata...

suke suke suke ;p

nnti buat lagi ek.

aku suka bc cerpen yg ada nama pelik2 tahpape. cam ko pun ak da suka. joegrimjow. tahpape muahehe..

1 gopalogo = rm 400? aku kaya

p i j a h berkata...

suke suke suke ;p

nnti buat lagi ek.

aku suka bc cerpen yg ada nama pelik2 tahpape. cam ko pun ak da suka. joegrimjow. tahpape muahehe..

1 gopalogo = rm 400? aku kaya

Syima Syaz berkata...

menarik...tahniah!

rhapsody LiN berkata...

hehe..
kretif!

soZap. i like ur style.

luvly mya berkata...

nice one..suka ah entry camgini..ingat psal sains ke ape tadi ;)

nora berkata...

lama nyah tak komen di daerah ni tapi disebabkan entry malam ni sangat la best dan terjangka nyah komen jugak...


~kadang2 kita selalu lupa untuk bekalan kita di alam lain,asyik pk bekalan hari tua je ( terasa nyee..)


sama2 saling ingat mengingati..

=)

hans berkata...

tahniah
menarik

diya jamal berkata...

wow... terbaik dari ladang!

bolehlah bukak kelas belajar bahasa planet ni nanti.

gopalogo, togago, agogo.. haha..

Tanpa Nama berkata...

"Sibuk mengejar kekayaan dunia, kekayaan disana tak nak kumpul?"

kena hayati ni dulu.. :)
"If your only goal is to become rich, you will never achieve it." -Rockefeller, John D.

dayah berkata...

mmula baca tapaham. togago ngan gopalago. mana dapat idea camnilaa jo. thanks for the sher story :)

Jard The Great berkata...

satu hari lagi......... =)

Invince_Z berkata...

heh...
cte pusing2...
penig aku bce...
part last...
je faham...

next time...
bley la wat...
entry psl...
camne nk daptkn...
SoZaP...
yg diterima...
ye tak??...

Tanpa Nama berkata...

mashaAllah... :)
itulah syurga...
nicely done =)

-tanah-

Caroline berkata...

GOSH! i tot its real then found out its a joke with moral lesson! nice one! :D

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW