hizman seorang pendakwah. dia kelulusan sekolah pondok dan tidak lagi menyambung pelajarannya ke peringkat lebih tinggi disebabkan kekangan kewangan. ibu bapanya sudah tiada dari kecil dan di kampung, dia adalah sekantang kera (betol ke sekantang ni? ke segantang? konpiusss)
haji leman adalah penghulu kampung. walaupun haji, dia cukup fobia dengan istilah dakwah. dia pergi haji pun disebabkan mahu mendapat title penghulu. setiap penghulu kampung kena pergi haji dahulu baru boleh jadi penghulu. itu pasal dia pergi haji. tapi agama?? sangat kurang
hizman mendapati untuk mendakwah di kampungnya, dia perlukan pengaruh haji leman. nak tak nak, dia pasti kena mendakwah haji leman dahulu. jadi dia mulakan perancangannya untuk kegiatan dakwah
hari 1
hizman : salam lebai
hj leman : wsalam. nak adu pasal masalah apa2 ke?
hizman : hehe. takde takde. saja nak cakap-cakap
hj leman : cakap apa?
hizman : gini. saya nak anjurkan kegiatan dakwah kat kg kita ni. tengok anak....
hj leman : dah dah dah. tak mahu. aku banyak kije!
hizman : eh, tapi ni wajib ni buat dakwah
hj leman : sorang buat dah la. tak payah ramai2
hizman : mmm... boley la. kita bincang dulu ek
hj leman : takde takde. aku sibuk. kau balik!
hizman : jangan la gini...
hj leman : aku kata balik!!!
hari 2
hizman : salam
hj leman : aku takde....
hizman : dah takde sapa yang menyahut?
hj leman : takde takde. balik!!
hari 3
kedegilan haji leman membuat hizman mahu berputus asa. disebabkan dakwah itu wajib dan haji leman merupakan orang terbaik untuk di dekati. dia masih mencuba. dia terpandang pokok nangka di tepi rumah haji leman. idea muncul ;-)
hizman : salam....
hj leman : balikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
hizman : haji, saya nak beli buah nangka ni la. jual ke?
(turun dari rumah)
hj leman : yang mana? tu ke?
hizman : haah. yang tu
hj leman : loorh. kecik lagi tu. kamu datang lagi lain kali. dah besar baru boleh jual.
hizman : ok ok
hj leman : jumpa minggu depan
minggu pertama
hizman : salam...
hj leman : iyee. buah nangka tak besar lagi tu...
hizman : mmm, ye ke. penat je saya datang...
hj leman : tak pe takpe. kamu masuk la dulu dalam rumah
hizman : ok ;-)
hj leman : sengeh jeee!
hizman : senyum kan sedekah
hj leman : ooo. ye ke? patut la kat mekah dulu ramai yang senyum-senyum.. tak tahu plak senyum sedekah
hizman : islam tu agama terbaik. sampai benda kecik pun islam ajar tau
hj leman : ye ke... kamu ni... nak berdakwah kat haji ke?
hizman : haha. takde la. nak bual2 je. dah minum dah ni. minggu depan saya datang lg
hj leman : ok
minggu 2
hizman : salam...
hj leman : haa kamu. jemput masuk.
hizman : nangka?
hj leman : tengok la sendiri. kecik lagi. sian datang dari jauh. meh haji buatkan air
hizman : ok ok ;-)
hj leman : ambik air ni
hizman : ooo. sedap... syukur kepada allah
hj leman : mmm...
hizman : haji tau tak yang kita kena selalu ucap syukur kat allah?
hj leman : tahu.. tapi tak tahu kenapa
hizman : haaa. sebab mahu dekatkan diri kita dengan DIA. allah begitu pemurah dan penyayang. tu pasal sebagai hamba, kita kena selalu bersyukur haji
hj leman : oo, ye ke
hizman : iye ;-)
hj leman : pandai ya kamu ni
hizman : pandai apa haji, dakwah ni kena selalu buat
hj leman : aikkk. kamu ni sedang berdakwah ke ni?
hizman : haha. haji ni saya tengok fobia sangat dengan istilah dakwah
hj leman : ye la. dakwah ni BESAAARRR tanggungjawab dia. mana mampu nak pikul
hizman : sebab besar la kita kena pegang sama-sama. baru jadi ringan
hj leman : mmmm...
hizman : takpe la haji. saya balik dulu ya. minggu depan datang lagi
hj leman : tak payah minggu depan la. esok datang jumpa haji. kita bincang pasal apa plan kamu nak buat kat kampung ni
hizman : ok
hj leman : ;-)
3 tahun kemudian
cara hidup islam mula tertonjol di kampungnya. sekarang orang sudah tidak fobia akan istilah dakwah. sebenarnya dakwah itu mengajak orang mengingati allah je. buat perkara disuruh, tinggal apa dilarang.... susah ke?
dan pokok nangka itu terus hidup subur. sesubur ajaran dakwah di kampungnya
nota kaki : sedang mengunyah karipap kecik ni (nota kaki pon ada gambar!)
Terpaksa turun berat dalam 30 hari sebab anak menangis...
Sebulan yang lalu
26 ulasan:
perghhh
sedap sedap karipap ituu
nice story,
tertarik ah ngan story sebegini..
thanks joe;
Joe,
sekangkang kera bukan sekantang kera..hhehe. sebab kangkang kera kecil jer pasal tu perumpamaan itu timbul..heheh
anyway memang bijak strategi Hizman. mendakwah memang perlukan masa, kesabaran dan kreativiti.
senyum haji leman tu..
;-)
karipap kecik tu sangat best okay.
inti ada serunding!
sekarang ni mcm2 cara orang berdakwah..kdg2 ada yg berdakwah tapi ilmu sangat cetek..boleh ke camtu...hurm..
ngeeh:)
lol pom terasa didakwah nih. ekeke.
so, ramai2 kt senyummmmmmmmmmmmmmmmmmmm.
yang dimaksudkan tu, sebatang kara kan??
bagus cter ni..aku suka!
ku paling suka gambar bawah tu~
sangat simbolik~
hendak seribu daya tak hendak seribu dalih kan... bgs betul saiko org nak wta dakwah tu... perlu dicontohi..;-)
huhu...
"sebatang kara" la bro....
bila ku dapat makan lagi karipap tu.keke.
igtkan gambar nangka goreng tadi..karipap rupanya..ahahaha
ckap la guna istilah lain..bual agama ke..ehehehe
nak memujuk org kena ada cara kan joe...
good2!
best gile cerita ni. suke suke.
bukan senang nk berdakwah.
perlukan kesabaran dan cara yg menarik.
mcm yg hizman buat.
:)
bijak juga si leman tu yer...
dan lagi satu
karipap tu nampak sedap tapi sy tau mst dah abis masuk dalam perut enchek joe ekekeke...
memang senang jek dakwah. tapi orang kita jek malas. yang penting karipap tu nmpk sedap
bgus hizman tu..anak sape? nk masuk minang die..^^
:D
sebatang kera kot..ke ak lg jauh menyimpang haha.nway,nice story..
kegiatan dakwah dah kurang kt cni...berganting pada siaran media je..kat surau live pn susah org nk g..hurmm
...eh, bukan sekangkang kera ker...
...salah, sorry ler...=)
...yeker nak jd ketua kmpung kene ada haji...
gud story..tp gud lagi karipap mini tuh ..mintak ar skit.
haaaa xpose mkn karipap ^^<
sekangkang kera tu untuk tanah. tapi untuk hidup sorang diri, sebatang kara...
nak berdakwah kene kretif.lagi2 zaman skarang ni.
Catat Ulasan