setakat mana pentingnya komen dalam hidupku?
sebagaimana pentingnya aku kena kahwin!!
ayat jujur
mungkin sesetengah orang anggap komen tu tak penting, tapi bagi aku komen tu penting. takyah bgtau, memang penting. tengok quote kat atas ponn tau.
ni bukan pasal nak tengok blog trafic ke tak
-sebab bleh tengok kat nuffnang trafic tu-
ni bukan pasal nak kumpul komen ke tak
-buat apa nak kumpul komen? ingat ni myspace???-
tapi komen korang buat hariku bahagia ;-)
terutama yang lucu
terutama yang bagi semangat
~~~~~~~
hamdi menaiki kapal terbang untuk pulang. tahun ni merupakan tahun pertama dia di univeristi di france sana dan berkesempatan untuk pulang ke kampung. rindu akan mak dan ayahnya. sesiapa yang tak tahu, hamdi adalah anak sulong keluarga belalang yang baru sahaja menyambung pelajaran ke france sana
di dalam kapal terbang, dia perasan ada sorang perempuan melayu yang agak pelik. tingkah lakunya cukup mencurigakan. dalam fikirannya hanya teringatkan abah, ibu, hamdan, halimah, dan pasangan kembar yang cute, hartini dan haikal sahaja, jadi dia buat-buat tidak hiraukan perempuan itu
tapi
perempuan itu datang kepadanya. seat di tepinya kosong, dan dengan slumber dia duduk di tepi hamdi
'hai love'
'hai...'
hamdi hanya jawab basi basian
'u r amarican right?'
' no, im malaysian. u malaysian too right?'
'ahh, im amarican u know. im asking u again, u amarican right?'
'no... malaysian
'amarican... yes, u are amarican!'
'no no no, im malaysian'
dialog itu mula meninggi, dan hamdi perasan ada beberapa pasang anak mata yang memandang mereka. akhirnya dia mengalah, tak nak layan perempuan itu
'u r amarican!'
'ok fine, im amarican!'
'yeahh, i know. but u look totally malaysian!'
~blurrrr~
~~~~~
aku sekarang banyak dapat email-email cerita lucu begini. tak kurangnya juga email yang memberi semangat. semua tu boleh je aku nak copy paste masuk, tapi kan, aku kan lebih suka menulis, jadi aku tulis dengan caraku sendiri.
bukan hak aku
macam cerita atas, dialog tu dari email yang ku dapat, tapi dalam english. ubah la jadi bahasa melayu. mula-mula aku fikir jugak, kenapa cerita ni termasuk dalam kategori lucu. baca 2 kali, baru paham dan aku pun gelak besar... gelak kat diri sendiri sebab lambat paham
hahaha
hari ni hari jumaat, bagi aku sendiri, aku memang jadikan hari ini untuk check balik amalan yang aku buat. mak aku pesan, at least, setiap minggu kena check diri sendiri!so aku ambik yang at least. hehe.
ni antara yang makku pesan
mengaji cukup ke x?
sembahyang awal waktu ke x?
masjid berapa kali pergi dalam seminggu?
jangan lupa bawak menantu yang comel nanti
(ok, yang ni tipu)
hanya nak berkongsi
sebab rata-rata reader aku adalah pelajar, cuba jadikan satu hari dalam seminggu untuk cek balik amalan yang kita buat. kita yang belajar jauh dari mak bapak ni, dah takde sapa yang nak cek kita, cuma kita sendiri aje. dosa, kita sendiri yang tanggung, pahala, ganjarannya kita yang dapat
boleh kan?
dan pesan mak aku lagi,
'pastikan minggu ini lebih baik dari minggu lepas. kalau tak, tergolong golongan rugi gila gila!'
aku dah takde ayah dah
mak je la yang boleh didengar nasihatnya
terima kasih sekali lagi kepada voiptstunt kerana menyediakan perkhidmatan call ke rumah secara percuma ;-)
nota kaki : tangan terketar-ketar menaip...kesejukan..climate change climate change
Terpaksa turun berat dalam 30 hari sebab anak menangis...
Sebulan yang lalu
44 ulasan:
baiklah..muga komen dr aku dapat wat ko bahagia..huahua..
hari jumaat, penghulu segala hari..
bagus nasihat dr ur mom..
n bagus kongsi nasihat pada readers blog..=)
keep on sharing!
haha...memang tergelak besar ni baca tu.. "u're american but look malaysian." hikhik..
bijak sungguh kamu ni joe..
aku suka komen haha
hoho... aku blom bole fhm citer lawak tu.. nnt aku reread balik..
nways.. best ade mak mcm ko.. ehehe.. tak putus2 nasihat die..
and winter is just around the corner.. da beli baju tebal blom neh? =)
eh..takde comment moderation. ahaha
Salamelekom,wbt adikku Joe yg memang handsome dan macho.
Saja berziarah ke cni sesambil mbaca n3 lucu. tersenyum bila abg mbacanya tadi.
Oklah, bebaik di negara org tu. Jangan lupa pesan mak untuk bawa menantu yang comel. Opsss... ini pun tipu juga.
nk komen tajuk tu...
>>rmai org ckap sal plagiat skrg ek..hee;))
ok..komen entry plak..
>>yg last tu bguih la..tenkiu2..xpenah amalkn pon..hihi..tenkiu ye..
bagus amalan kamu check balik benda2 yang bagus macam tu..org ckp muhasabah diri la kan..saya setiap kali sblm tidur saya muhasabah diri juga, apa yang dah saya buat hari tu..of cos kita nak kita semakin baik kan dari hari ke hari..
suke gak org tinggal komen kat blog. hehe
bahagia sebab joe bahagia.. hehehe.. ayat tak boleh blah..
selamat berbahagia joe.. ;p
salam.
hope truskan blogging selagi terdaya.
i'm reading =)
even jrg2 nak komen.
nasihat cmtu tok ana
slalu kasi
time mula2
msok skola asrama
nie
:))
(ta suke tok bletiaq !)
nak muhasabah jgk la every friday..trima kasih pada mak ko yerk :)
sowy joe klu eazy x slalu kumen2
hehe
bukan apa
weekdays tenet x de
weekend je la harap ade
;D
terketar2 itu pki bj tbal2
=P
xD
seronknya winter
lalala
sila ikut cakap mak..
kerana mak begitu berharga :)
ermm... d harapkan komen aleen nih bole buatkan joe tsenyum n hepi+bahgia melimpah ruah...huhuhu..
honestly aleen still xphm lagik citer amarican-malaysian tuh w/pon da 3x bace..how come huh!!!?
mak joe mang best sbb slalu pesan cm tuh...bagus jgk joe slalu ingt pesan mak joe tuh...moga2 ank yg dgr & ikot pesan mak cm joe ni dpt d pertemukan dgn chenta ati secepat mgkin...huhu..amin sesame...
hoho...
i'm amarican tOOOOOOO
part bwk blk menantu comel tu xleh blah...hehe..
sib bek tipu...
muhasabah setiap hari,sebelum tidur,supaya esok tak buat benda yang sama lagi,silap sama lagi.kalau buat gak,check la apa yang kurang sebenarnya kita ni.hoo.diri kita yang semakin baik setiap hari,jom usahakan bersama.gogogo.
lambat faham eh lawak tu..haha..
at least faham..
ada one of my friends ni buatlah lawak mana pun totally blurr..
nway tq 4 da reminder upon reflecting ourselves..huhu..
@7207990314655608426.0
ok
no hal ;-)
@6888230872261171841.0
kat internet
email
;-)
@2200081729720930174.0
aku lagi2 la suke
@862065411855898909.0
saya suke sangat2
@8832654962423440374.0
sama2
kite go go
tok ak tegur ak td..
"jgn pakai seluaq pendek kat umah.aurat tu. kesian kat mak bapak ang kt dlm kubur tu. kna tnggung dosa ang"
terus aku jd insaf.tukar seluar pnjng.. Tsk.
anak mak ni.....
boleh buat menantu ni.... hehehe
betul2!
aku rasa komen tu sebagai bentuk penghargaan~
sebab tu aku banyak menulis di blog BM sekarang ni sebab readers aku ramai yang mahu aku tulis BM. komen yang aku terima buat aku suka menulis lagi dan aku kadang2 kurang enak kalau aku constantly komen blog orang, orang tu langsung tak jenguk blog aku. bila aku berhenti komen, pandai pula tanya~ hahahaha~
nak komen apa yeh??
owh... dh jumpa ke bakal menantu mak kamu??? huhuuh
Malam ni aku tak nak komen apa2. Cuma nak tinggalkan jejak. Tak tahu entah bila akan ke sini lagi.
tulis sendiri lagi bagus..lagi puas...hehehe
setuju...semoga terus berjaya..
menulis itu satu kepuasan..aku suke cte katak artu bro
same!
mak abah call.
soklan yg same ditanya..
sgt bersyukur sbb masih lagi ada yg nak tegur..
=)
hoohoo.
joe kita sama.
dah takde ayah.
mak la segala ;)
bagusnya mak ko bole bg nasihat kata2 kiasan mcm tu...
klu mak aku... hehehe
tp ape2pn, tabahkan hati ye.. bekukan hati sbgimana bekunye kamu dlm seminggu tak pun 2 minggu lg..hahha
hamdi nama uncle sy.heheh
semoga hepi sokmo
baca tajuk,aku ingat ada orang plagiat ke hape ke..
bagus weyh mak ko.and anak dia lagi bagus,duduk jauh tapi masih ingat pesanan mak. #kagum
komen??
sy dh fobia ngan word ni..
komen, bleh wt kita gmbira + bhagia..
tp kdg2, komen jgaklah yg akn mnyebabkn sebuah p'hubungan itu terputus..
cmne tu??
agak complicated kn??
bahasa inggeris selalu lawak dia tak menjadi..
maybe tak kena dengan cara lawak orang melayu, tapi aku tak gelak pun..heh
btw, tangkap iklan kau
tunggu jumaat lagi 1...... dah terlambat nak check.hehehehe
kite pown suke tengok comment kat blog kite gak... kadang2 berulang2 if comment best... tapi comment kite tak manyak cam awk sebab kite tak glamour...=(
Catat Ulasan