Share

contest untuk jard : sahur dalam bas

minggu lepas kali pertama ku pergi balik hari ke kl. bertolak dengan bas pada hari jumaat malam, sampai pagi sabtu dan terus balik ke kelantan malam sabtu tu. sebab kerja hanya ada pagi sabtu, dan kesihatan mak macam tak berapa nak sihat, terpaksa kejadian macam tu berlaku.


bersahur dalam bas


hanya ini yang ku mahu cerita kali ni. pengalaman bersahur di dalam bas. oooh, bas pukul 9 setengah di jalan hamzah dan tiba di putra pukul 6 pagi. memang bersahur dalam bas la jawabnya. takpe, itu pengalaman yang best mahu dikongsi dengan pembaca!


~~~~


setelah sampai masa, ku naik dalam bas seperti diminta. agak awal naik dalam bas, dan mata ku sempat memandang hanya beberapa penumpang sahaja yang ada. selepas beberapa ketika, naiklah beberapa orang. seorang demi seorang. mata ku terus memandang tanpa jemu, mengharapkan seat di tepiku diisi oleh seorang yang rupawan.


yaa, nampaknya berkat doa bulan puasa, datanglah seorang rupawan duduk di sisiku. nafasku mula sesak, mana taknya, dia begitu comel. memang ku jenis alah dengan perempuan comel ni, geram sangat. dan perempuan ini boleh dikategorikan grade A++ kecomelan dia. waahhh, memang untung ke kl malam ni, kata hatiku meruntum gembira


senyum malu


ku hanya sempat memberikannya senyuman jejaka malaya terakhir kepadanya, nak tahu macam mana, bibir di gerak ke kanan sedikit, dan kening diangkat. memang jejaka macho sahaja boleh senyum gaya itu. ku yang tak macho belajar senyuman ini di e-book yang boleh di dapatkan di internet. waahhh, dia membalasnya. dan senyumannya memang tersangat comel!


ku gagah kan diri untuk menyapa. memulakan perbualan. agak rugi kalau tidak dapatkan nombor telefonnya. gersangku di malam hari akan terubat dengan suaranya. oooh, ku mahu mendengar suaranya. sudah pasti comel macam tuannya juga. akhirnya ku bersuara


aku : hai...
dia : haiiii

aku : sorang je? ke kl ek?
dia : takdelah. ni mak ayah satu family ikut. bas ni kan ke langkawi, so nak ke langkawi la.


ternyata ku terkejut keberukan, lebih tepat lagi kecipanzian. bodoh betul soalan. dah tahu dia naik sorang, mesti la sorang je pergi. dan bas ni memang ke kl, tanya lagi nak ke kl. cheese dale betul. terkena! dan dia tidak bagi peluang kepadaku untuk mengcover malupun!


aku : hehee. pandai buat lawak
dia : haha, dah gaharu cendana pula.


aku : balak hantar ke tadi?
dia : takde la, jati


apa punya jawapan laa, getus hatiku. ku memang lelaki gelojoh. tak sabar, mesti nak tahu samada dia dah berpunya atau tidak. last-last, aku sendiri yang terkena. dah dua kali aku dikenakannya.


aku : balak tu boyfriend la.
dia : tahu tahu, saja melawak. takde la, abang ipar yang hantar


aku : oooh. saya akak yang hantar
dia : tak tanyaaa pooooonnnn


malas nak komen..... dah kali ketiga ku dikenakannya


aku : alaa, selalu je saya yang kena ni. pandai ya awak
dia : haha. saya memang suka kenakan orang


aku : jangan la selalu. bahayaaa. nama sapa?
dia : awak la dulu. napa sapa?


aku : saya joegrimjow
dia : mak oi nama. orang yugoslavia ke apa?


aku : tu nama samaran laa. awak?
dia : saya jard the great


aku : muahahaha. macam pernah dengar nama ni.
dia : hehe. ye ke? kat mana ek?


ku berfikir sejenak. dimana sebenarnya ku pernah jumpa akan nama ni. macam familiar. oooh, tiba tiba saraf di serebrum ku menghantar impuls ke medula oblongata untuk mentafsir yang nama itu adalah seorang blogger. yaa, tepat sekali


aku : tu nama seorang blogger tu
dia : iye, suka saya ambik nama tu.


aku : waaah, nanti plagiarism
dia : hehe, takpe dia tak tahu. dia kan buat contest sekarang


aku : haa, betul betul. susah la nak masuk...
dia : napa pulak?


aku : dia suruh ceritakan pengalaman di bulan puasa ni. saya mana ada pengalaman yang best-best untuk diceritakan..
dia : alaa, letak je gambar, pastu tulis sikit2 sudah. support dia punya contest


aku : kena ambik gambar ke?
dia : yup. apa kata awak ambik je gambar saya


aku : haaa? boleh ke?
dia : boleh-boleh. sila sila


tanpa sempat otakku mentafsir apa-apa, terus tanganku mengagar gagar (bahasa kelantan ok=meraba2) poket seluar. dicakap handphone ku lantas ku ambil gambarnya. peluang terbaik. boleh la ku jadikan gambarnya kenangan terindah waktu malam ku


ini lah dia yang comel itu
comel kan? untung-untung



aku : ok dah. comel la awak ni....
dia : hik hik hik (sambil menutup mulut) terima kasih


aku : tengok tu, bertambah comel!
dia : hikhikhik


malam itu terus berlalu dengan pantas. ku rasa sungguh cepat waktu berlalu. bas mutiara meluncur laju, selaju papan luncur yang dibawa oleh peluncur profesional. akhirnya sudah sampai ku mula bicara pasal hati dengan dia...


aku : awak rasa ni jodoh tak?
dia : jodoh?


aku : ye la, di malam bulan ramadhan ini kita bertemu. berbicara pasal hati budi masing2. saya rasa ini jodoh.
dia : haha. apa2 je la


aku : dan satu lagi saya rasa... cukup sesuai kalau kita berkahwin
dia : haaa?? napa?


aku : nanti dalam kad undangan, kita akan tulis, jemputan ke majlis kahwin, joegrimjow dengan jard the great
dia : haha. jauhnya fikir


aku : saya serius ni...
dia : hahah. dik oi, akak ni dah 28 tahun dah, mana layak dengan kamu yang baru 21 ni. ishhh, budak2 i tak main u


aku : haa. awak dah 28 tahun ke?
dia : mesti laaaa


aku : ooh, kecewanya saya...
dia : meh akak nak bagi nasihat meh pasal jodoh ni


aku : ok, saya terima dengan telinga terbuka
dia : gini dik, jodoh ni allah dah tetap dah kat kita. cuma tunggu masa sahaja. tapi jangan duk tungguh jodoh menjemput kita. sebabnya kita tak tahu sapa jocoh kita kan. so, kita kena la cari jodoh kita sendiri


aku : ok, saya akan mula mencari....
dia : satu lagi, kalau nak dapat isteri yang solehah, diri sendiri kena jadi soleh jugak. u perangai macam setan, dapat bini macam setan la dik oi. so, start sekarang, adik kena jadi budak yang bagus, jaga agama, jaga peribadi. insyallah akan dapat la isteri yang seBULU dengan adik..




~~~~~




perkataan bulu membuatku terjaga dari tidur (cesss, cite melayu memang tak habis-habis dengan mimpi penghujungnya... kan kan?) ku toleh kiri dan kanan. wahhh, dah pukul 4. ku rasa waktu sesuai untuk bersahur. sebelum itu snap satu gambar dulu.



bulat biru - plastik mengandungi kurma
bulat hijau - shake herbalife (kenyang dan sedap ;-) )
edit pakai paint, dah xde software dah dalam laptop ni
gambar ini dalam bas ok!



ok gambar ini untuk contest cik jard (<---klik sana) ok. dia buat contest, pakat2 la meriahkannya. hehe. tak payah dah beli butang baju melayu dah lepas ni. kekeke! ni gambar ku ambil dalam bas, sebelum sahur pikir, buat la entry sahur dalam bas ni. ni kira pengalaman ramadhan yang terbaik la. sebab sambil tunggu bersahur sambil fikir nak buat entry apa la untuk contest. haha. sampai terbawak dalam mimpi ;-)



cerita sebenar?


aku duk single seat
sekali lagi ulang, single seat
duduk je aku terus ambik gambar
lepas tu duk pk nak buat cerita kat atas
sampai la tertidur
pukul 1 bas berhenti
aku turun beli burger
pukul 4 aku bangun untuk sahur
makan burger plus kurma plus shake herbalife
pukul 6 sampai la ke putra



buhsan kan? kalau hantar entry gini, konpem la kalah. kekeke! so buat la entry kat atas tu. tapi tu cerita betul ok, ku memang duk pk dalam bas pasal nak buat entry macam ni. so boleh dikatakan pengalaman bersahur dalam bas yang best la. fikir untuk buat entry. fikir pun kira pengalaman la kan? hehe


ok cik jard, ku dah masuk. hehehe, selamat memilih la yek.


nota kaki : ku pun buat contest, nantikannnnnn

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

54 ulasan:

Jard The Great berkata...

ahaha....... aku first ke???

ok.. nk gi keje.. penat aku tunggu entri nie pukul 7 pagi.. cett!

joegrimjow berkata...

@7610418925962207051.0
mmg first
haha

AiNeRzA berkata...

teringat ice blended..tetiba jer kasi komen pasal ice blended...hihihihi...

shiya berkata...

dh 2 kali pngalamn shur dlm bs..
mkn roti jer..
huhuuuu...

thun ni pon sme gak..
blik sehari sblom rya..
so,nek bs mlm n mmg sah2 la shur dlm bs lg...
dh 3 kali rmdhan..
berturut2 plak tu...
waaa3x..

tket bs klntan naik harga x???
t'pksa bli tket bs tmbhan sbb tket bs dh abz..
T.T

Tanpa Nama berkata...

hehehehe...muka pon dah mcm tak semangat je nak senyum~

joegrimjow berkata...

@5329927471784044173.0
mahal dah
40 ringgit
bek nek kapal terbang

{lumut} berkata...

tersenyum-senyum aku bace citer ko kat ats tuh..
dlam hati aku ckp...
gile gantleman joe neh...
hehe...

tp rekaan rupenye..aisshhh..

atiQah adNan berkata...

kalau berimaginasi bagi kat joegrimjow yee..
dia mmg terror bab tu.. heee~

Hazzy Ishak berkata...

tersenyum sampai ke telinga...

Tanpa Nama berkata...

salam en.joe>>
rq dah letak ur link n follow ur blog lama before..
hope u can do the same..hehehehhehe..

selalu ikut ur blog tp blum smpt ngomen itu ini..

hari ni baru smpt..coz tk busy sgt..pepun...mmg best beb sahur dlm bas....

itu pun satu pngalamn apa..

ok...chow

ZARA 札拉 berkata...

best ke shake nya?

wah2~

mimpi siap tu~

joegrimjow berkata...

@6651991891067427095.0
mungkin gatal lebeh sesuai
hehe

joegrimjow berkata...

@2303350375170949053.0
best+sedap+kenyang+bertenaga+happy

Mish Hawtchocolate berkata...

haha,rekaan semata rupenye.

rm40 jer?
i nyer tiket mlaka - klntan = rm 59.90

haha.
arap2 lam bus nnt ade jejaka kacak juga mnemani.
wakaakak..

misz beauty berkata...

hahah sengal!!! kenekan org pepagi... adoi...;-p

Nazra~ berkata...

waduh penat daku scroll ke bwh..nasib baik tak habis lemak2 mkanan dlm badan...

asalkan sahur ye tak..

^_^

en_me berkata...

good luck bro.. ehehe, salam ramadhan

eazy berkata...

veh.
ingatkan betul tadi
mimpi rupenye.
chayok2 for joe!

al-Wann berkata...

bro ko cite cm btol jer..
kalau ko xmgaku td, ak dah percaya dah..he3..
bestnye sahur dlm bas..

muhdzahari berkata...

ha ha..lawok cerito demo.

shinawawa eyenie berkata...

edit guna photoscape...leh tulis2 n edit..huhu
nk installer k?

UglyPooh berkata...

khuyu' baca ingatkn btul jumpe awek kt sebelah. huhu

farah berkata...

tak pernah2 ada pengalaman sahur dalam bas.

shake herbalife tu yg penting.

:P

joegrimjow berkata...

@4642978886287564206.0
caiyok caiyook

joegrimjow berkata...

@7880546976501711098.0
masalahnye xde plak kat laptop ni

Anis Mohd berkata...

tgk gmbr awek comel tu trs dpt agak, sure2 rekaan.
hahaahaa

Koyuki berkata...

saport joe...contest tu ade undian sms ke? bleh tlg undi...hihi~

green berkata...

bln puase cm ni jgn bnyak berangan..
nway, cerita yang bagus untuk contest..
all da besh~

Cik Angah berkata...

joe ni..bikin panas je tghhr suam sejuk ni..hehe..dah agak dah mesti rekaan..btw,jauh gak imaginasi awk yer..hehehe

nursarah87 berkata...

comel betul pempuan tu...kahkahkah

geeds berkata...

haha.
rekaan semata-mata rupanya.
kalo btol2 mmg xkew malu dlm bus tuh.
haha.

lemangcute@chah berkata...

Baru mula baca perkataan "Minggu".. dah tahu dahhh mesti ini ceritaan kelakor ngeri nihh..hehehehe

Firol berkata...

kalu jard tak pilih ko tak taulah....

HEMY berkata...

aku selaku salah sorg competitior kata ta setuju..tiada pglmn yg berkaitan..ahahhhahaha

jangan marah...asalkan masing2 dapt butang baju raya pn cun dahhhh

et berkata...

huhuuu..hampir separuh kepercayaan da bg td..sian kne kelentong cket..

fafaz berkata...

haha..
ingatkan btol2 jumpe kak jard.
mmg jodoh lah tuh an..
rupanya tak.

hehe..
;DD

i'm_siCK_n_tiReD berkata...

hehehe..ingatkan betol tapi bez bace..hehehe..

kalo awek tu betol2 ade mesti beliau sorg yg cyinical tap baek hati..hehehe..

nURmALa mAZLan berkata...

amboi...
penuh imaginasi
ahahahahaha~

Hayatito berkata...

joe2
crita rekaan ni mmg best.
aku pn nak jumpa guy hensem dok sebelah
aku masa aku naik bus.
ha ha

gamaknya lelaki hensem xnaik bus kot
diorg naik kete je.
sebab tu aku xpernah jumpa
ha ha

joegrimjow berkata...

@339320751737613027.0
ada je lelaki hensem naik
bas
kekeke

joegrimjow berkata...

@9007609746026714550.0
xpe
esok jumpe
hehee

joegrimjow berkata...

@8283076059059407386.0
negeri kelantan ye?
hehe

joegrimjow berkata...

@2344281809650696396.0
xde masalahnye
huuu
mecey2

eira berkata...

eira minum air mineral je..adess

lea berkata...

hehehe..
pandai gadis tu kenakan ko..hik3

sharamli berkata...

mintak2 menang...

ha3

Fahim 'n Alin berkata...

hak3.. gle ah.. kalo pakcik ni pempuan musti tepikat dengan name joebrinjal 2..upss..hik3

piNky LuCiA berkata...

aku nak masuk jugak.. hehe.. tapi aku tak reti.. waa.. sengal..

SuFy berkata...

hurm...wah!!leh menang ni..caiyok2 joeee...huhu

aty berkata...

ceh..haha..
mmg da ingt awk playboy harapan negara td..
gatai gila..haha..
great story!
=p

Cik Peanut berkata...

hohohoho..
tak leh blah tu rekaan cerita tu semata2x...
kalau peanut lah..
kalau jejaka kacak macam incik jos kat sebelah..
mesti klu lidah ku untuk berkata2..
hik2...
nak tidur pun kontrol..
hehehe..


n cerita sebenar incik joe..
sama ngan cerita peanut sahur dalam bas..
kul 1 beli burger
kul 4 makan...
hhehehe
adakah ini dinamakan jodoh?
hik2...

pu+Er! maMa berkata...

mmmm..realy nice story..kalo jadik tol2 r..nway..imgnsi u mmg tggi..

Mr PenyuBiru berkata...

kalu ko tak menang adiah utama, dpt menang hatinya dah kira orait dah.hehe

Yunus Badawi berkata...

Kali ini single seat tapi lain kali seat yg dua org tulah pulak. Ko ajaklah Jard balik kg ko hehehe

Nak ngam lagi ko pakai baju Melayu yg gunakan butang baju Melayu dari Jard hikks

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW