Share

4 sebab umur 25 tapi pendapatan masih dibawah RM 5000

Assalamualaikum.

Amacam malam tadi? seronok bernisfu syaban? Alhamdulillah, Allah masih beri kita tenaga untuk tempuhi hari yang mendatang. Kuasa Dia boleh je tarik nikmat kesihatan, nikmat masa yang kita ada tapi still Dia masih bagi kita semuanya walaupun kita ni tak selalu ingatkan dia. kan? tak kata oranglah, aku sendiri!

Ok, dapat idea nak tulis entry ni bila aku baca blogpost johnchow, kenalan di twitter yang bertajuk '4 Reasons Why Your Blog Doesn’t Make At Least $1,000 Monthly'  Jadi, aku ubah sikit tajuk sesuai dengan pengalaman aku yang agak banyak bergaul dengan manusia ni

Bagi yang lahir pada tahun 1988 keatas, WAJIB BACA!

Berapa ramai kat sini yang berumur 25 tahun dan keatas dan korang masih belum dapat income RM 5000 dan keatas? Angkat tangan!! ok.... wah, banyak! Jadi insyaAllah, dengan sedikit perkongsian dari aku, korang mungkin akan tergerak untuk berubah. Aku doakan diakhir entry ni, kita buat sedikit perubahan untuk diri kita. 

Aku doakan tu!

Kenapa RM 5000 joe, 25 tahun joe, banyak sangat tu!

Ada sebab kenapa aku pilih dua angka tu. Pertama kenapa RM 5000, aku rasa nak hidup 'selesa sikit' kat Malaysia ni tu adalah angka yang munasabah. Nak bayar itu ini, oklah tu dengan RM 5000. Kurang sikit, memang aku rasa agak singkat nafas ni. Kenapa 25? Sebab sekarang ni umur aku 24 dan tahun depan dah masuk 25, jadi entry ni pun nak bagi kesedaran kat diri sendiri jugaklah. Lagi pun macam best je kan 25 - 5000 - 25 - 5000. masuk gitu!

Jom kita tengok, 4 sebab umur 25 tapi gaji masih dibawah RM 5000


1) Tiada impian yang realistik



Pernah tak mak bapak korang ajar korang mengenai buat goal dalam hidup? masa korang habis SPM, dia ajar korang nanti kena amek course ni sebab kena ni, nanti kena kerja ni sebab dapat ini dah umur 25 30 nanti kena ada ni kena ada tu. pernah? Sorry, mak bapak aku tak pernah. Walaupun tak pernah, jangan salahkan mereka, sebabnya nenek atuk kita tak ajar kat dieorang. jangan salahkan nenek atuk sebab moyang moyang kita tak ajar kat dieorang. Syukur jelah mereka dah besarkan kita dan bagi kita yang dah ada ilmu mengenai ini, kitalah yang akan mulakan untuk ajar anak kita nanti


Masa korang 1st year belajar degree mahupun diploma? apa goal korang? kebanyakan impian hanyalah nak habiskan cepat-cepat belajar dan pergi kerja. kerja dapat duit. kawin. 

Tapi jarang antara kita yang spesifik goal kita - nak habis belajar dengan dean list sekurang2nya, nak kerja dengan company yang hebat, nak kawin umur 24 dengan tak mahu ganggu duit mak. Inilah yang aku kata tiada goal yang realistik. 


2) Terlalu selesa dengan keadaan yang tidak selesa

Ramai diantara kita ni selesa dengan keadaan yang tidak selesa. Hey, aku bagitau korang, dengan gaji RM 3000 korang cukup ke hidup di bandar-bandar besar seperti KL? Duit minyak kereta, duit kereta, duit sewa rumah, duit telephone - serius tak cukup! Tapi kenapa ramai yang tak nak keluar dari zon selesa? dah tahu tak selesa kenapa masih OK?



Jawapannya taknak berada di keadaan yang selesa. Yelah, rumusnya mudah, nak dapat lebih, kenalah kerja lebih. Bila sebut kerja lebih, semua pakat duk buat tak tahu tak nak cuba. Ramai yang nak jadi sekaya Syed Bukhari tapi tak ramai yang nak tempuhi kesusahan dia sebelum ni. Setuju?


Bagi yang makan gaji terutamanya

Sanggup korang keluar malam untuk buat part time meniaga ke, jual barang ke dan korang akan dapat extra RM 500-1000? Dengar dapat extra RM 1000 memang berduyun yang nak kan? Tapi bila korang dah start meniaga, jual barang - PERGHH SUSAHNYA, terus korang give up dan rasa benda ni PAYAH. Tu lah yang aku kata, langsung taknak keluar dari zon selesa. selesa dengan keadaan yang ridak selesa


3) Tak tahu sumber - gunakan tenaga dan masa berbanding strategi



Aku ada kawan, dia kerja akauntan. Gaji RM 2100 sebulan. Tahu tak cukup, dia meniaga burger pada waktu malam kat wakaf che yeh ni. Dapat extra RM 500 lepas tolak sewa tapak modal semua. Tak cukup dengan tu, dia jugak ada buat bisnes kecil-kecilan, jual top up, jual kain batik. Dapatlah extra RM 400-800. Tak menentu, kalau ada ramai yang beli, dapatlah untung lebih.

Dia kerja lebih dari 14 jam sehari dan total yang dia dapat RM 3000 lebih macam tu. Umur dia sekarang 26


Aku ada kawan, nama dia Basir. Baru habis belajar diploma kat masterskill amek jurusan fisioterapi. Mak dia consumer Herbalife dengan aku dan sebab aku asyik cerita benda positif je kat mak dia, mak dia suruh dia pun join Herbalife. Baru bulan 11 tahun lepas jadi supervisor last month dapat RM 51++

Aku bukan nak promote korang buat Herbalife, tapi korang boleh tengok sendiri. Cuba cermin sendiri adakah korang berada di golongan yang pertama tu atau tidak? Kerja bagai nak rak tapi berapa yang korang dapat? Ramai sangat yang aku tengok kerja lebih masa tapi tak dapat apa yang sepatutnya dia dapat. Kenapa? Sebab tak tahu terokai sumber!


4) Takut untuk mencuba 

Tuhan jadikan kita ni sama. Sangat bersyukur sebab kita ada tangan, kaki, mata, hidung - semua sama antara satu sama lain. Tapi kenapa kawan kita tu umur sebaya tapi income dah lebih 3 ke 4 kali ganda lebih banyak dari kita? Kenapa kita tak dapat apa yang dia dapat?



Kita tak sedar yang dalam badan kita ni sebenarnya ada satu kemampuan yang kita sendiri pun tak tahu. Terlalu TAKUT untuk ambil RISIKO walhal dalam diri ni meronta-ronta mahu lakukannya. Bermain dengan perasaan takut - jawapannya takkan kemana.


Contoh kawan ajak kita buat bisnes jual selipar dan tali pinggan yang diimport dari China - modal kena ada RM 20 000. Kita awal-awal lagi dah tolak mentah-mentah sebab takut rugi. Masa kita tolak - dah 100% kita akan gagal. Berbanding kawan kita tu, dia proceed jugak buat tanpa kita. peratusan kejayaan? 50% gagal 50% berjaya. Last-last tahun depan kita dengar kawan kita tu dah boleh buat kilang sendiri produce barangan ke China pulak. Yang bestnya, gagal atau tidak tu kita yang tentukan!


Penyelesaian?
  • Cuba atasi kesemua 4 sebab ni. Plan umur 30 nanti bagaimana gaya hidup korang!
  • Banyakkan membaca buku motivasi, hadiri kursus motivasi - berbayar kalau boleh sebab free ni tak berapa nak UMPHH
  • Berkawan dengan orang yang dah berjaya. Bergaul dengan mereka kalau boleh tiap2 hari!
  • Buat bisnes. bisnes apa-apa jelah. nak buat bisnes Herbalife - contact aku - for serious people only 0169640972. Bisnes lain tanya orang yang pakar dalam bidang tu lah
semoga bermanfaat. sharelah dengan insan tersayang

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

4 comments:

Zaira Fadzil said...

untunglah... :P

Outbound di malang said...

salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !

Mohd Faridzul Asyraf Mat Arifin said...

@Zaira Fadzil

:)

Izzi MyaZaRa said...

Btolla fakta ni....stuju2....ni wat semgat lebih ni...huhuhu

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW