Share

Tips perniagaan dari orang cina yang jarang diketahui melayu

Bunyi cina, melayu, nak racist je kan? hehe, bukan-bukan. Memang entah tinggal ceruk mana kat Malaysialah kalau tak tahu hakikat kebanyakan orang cina di Malaysia lebih 'handal' berbisnes dari orang melayu sendiri. Buktinya tengok sajalah ekonomi di Malaysia ni, berapa banyak bangsa cina pegang. Compare dengan Melayu, sangat ciput.

Aku beruntung sebab usia muda lagi aku dah involve dalam bisnes. Eh, bukan muda lah, budak kot. Masa aku berusia 12 tahun aku dah buat bisnes GameBoy. haha, stylo kan? Cikgu yang paling hebat adalah pengalaman kita. kan kan? Seingat aku, umur 21 tahun macam tu sejak aku join Herbalife, barulah aku sempat melihat bagaimana bangsa cina ni buat bisnes dieorang. Memang sangat lain dari orang Melayu

Ohhh, ini bukan entry mengangkat-ngangkat okeh, tapi satu realiti di depan mata

Kita kena sedar yang sememangnya kita jauh terkebelakang dalam soal bisnes ni. Sebab tu ekonomi bukan bangsa melayu yang pegang. Jadi, mesti macam kena electrostatic kat otak tu, kat bahagian medula oblongata, bagaimana orang cina ni menjadi lebih berjaya dari orang Melayu. So, entry ni akan hurai sedikit sebanyak pengalaman aku bergaul dengan bangsa cina ni tentang amalan bisnes mereka

here we go!!!


1) Amalan kerut kening



Sangat tabah aku tangkap gambar dah upload gambar tu untuk dimasukkan dalam entry ni. Heh, amalan kerut kening! Ada macam berkerut kerut kat bahagian tengah antara kening tu namanya kerut kening. Ada kawan cina aku cakap, kat tengah tu macam pintu rezeki dieorang, jadi kalau kita buat kerut macam tu, seolah tutup pintu rezeki sendiri.

Entah ini tahyul ke apa, tapi ada kebenarannya!!

Logik kan, kalau kita jumpa orang tapi selalu buat macam tu je, orang yang memandang menganggap kita macam 'marah' kepada dieorang. Macam mana nak approach kalau dah orang yang kita nak approach tu dah buat 1st impression yang buruk? Alamatnya custemer lari. Satu lagi, buat kerut kening macam tu, keayuan dan kehandoseman akan hilang. hoho. kan? Jadi jangan buat okeh!


2) Tak mandi waktu pagi

Mandi manda

Haaa, yang ni aku dapat dari kawan aku jugak. Dia just spray spray je badan tanpa mandi pun. Berbeza dengan amalan kita orang Melayu, memang kena mandi pagi. nanti busuk. Kata kawan aku tu, dia tak mandi pagi sebab waktu pagi adalah waktu yang sangat bertuah. bila dah mandi, tuah tu akan hilang bersama dengan air mandian

tapi serius aku cakap die tu macam kencing aku je. haha, jangan pakai okeh sebab tak jumpa logiknya!



3) Jangan rasa selesa walaupun dah selesa



Ni satu lagi sikap yang sangat baik. Pernah tak korang jumpa taukey2 (bangsa cina) yang pakai seluar pendek dan baju yang biasa biasa je. Minum air di kedai kopi macam biasa je. Tapi kalau tengok kereta, wow, kalau bukan merc, bmw. haha. Tak macam kebanyakan kita, dah bergelar bisnesman skit, minum tak nak dah kat kedai-kedai mamak ni, no class. nak minum starbuck je. Biarlah bisnes baru ciput pun.

Mereka ni bangsa cina boleh tengok, walaupun dah kaya raya dah, tapi still gigih bekerja macam tak cukup makan je. Lagi kaya, lagi kuat kerja. Sebab tu mereka semakin kaya dan semakin kaya. Tak pernah nak rasa selesa dengan kemewahan yang mereka ada. Fuhh, memang kita kena tiru okeh



4) Tolong menolong sesama bangsa



Dari sekecik-kecik hinggalah sebesar-besar bisnes, mereka memang bersatu padu sesama bangsa mereka. Kalau kat Kelantan ni korang bleh tengok bangunan bukan main besar lagi - sumber dari bisnesman2 cina jugak. Nak tolong supaya bangsa mereka yang masih mentah supaya kaya sama. Tu sikap yang memang patut kita contohi

Terbalik 720 darjah dengan kita, fitnah, menipu, fitnah, menipu. Baru kawan ni nak bangkit, terpaksa lingkup sebab ada kawan lain yang dengki dan fitnah macam-macam. Tak paham betul, mungkin pengaruh drama-drama melayu kot. heh, tu la banyak sangat buat drama macam ni


******

Sebenarnya tips-tips ni ada banyak. Ala, bangsa kita pun banyak je yang berjaya dan masing-masing ada tips sendiri. Yang menjadi masalahnya, banyak tips tapi tak buat. heh, macam mana tu? Kalau korang tanya aku, apa yang aku buat, simple-simple je. Eh eh, sebelum tu kena declare dulu, aku tak kaya pun, tapi tengah bersiap sedia untuk jadi orang kaya. hehe. YOUR SUCCESS ONLY LIMITED BY YOUR OWN IMAGINATION AND YOUR HARDWORK. imaginasi dah tinggi dah, hardwork je kena lebih. Benda yang aku buat

Hehe, simple je kan? Banyak sangat tak buat tak guna jugak kan? So korang yang dah join pape bisnes tu, ada pape tips tak korang buat? share-share lah sikit


pss : tak jadi balik kelantan, ada hal PENTING esok =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

26 comments:

Peri PiA said...

xblh tgk org lebih dari dia,dengki :(

MuhD NoR AzyM said...

Point no.4 tu la masalah utama bangsa kita. Pantang tgk org sebelah nak berjaya, terus hantar saka la, itu la ini la..huhu..sedih2..

Aku takde tips berbisnes sbb baru nak mula berbisnes.. :p

EG said...

best2..

Ini Kisah Tia said...

ada lagi . orang Cina ni memang berkira . kalau orang kita "ala, bagi sedekah ajelah.."

bukan apa , kalau selalu amal sedekah bila berniaga susah sikit . contohlah orang tu jual kuih . suatu hari kuih dia tak habis so dia sedekah dekat kita .

for sure esok hari kita tunggu lagi jualan dia tak habis sebab dia baik hati akan bagi sedekah lagi ..

kalau macam tu , tak payahlah jual . sedekah aje hari2 . huhu ..

Susahnya Si Kacak dan Cantik

daylachan said...

melayu ni mmg suka saling dengki mendengki...sebab tula dr nenek moyang ada hantar2 jinla apela..PHD btol
lg 1 melayu ni kdg2 determination tuh xtinggi mana,cepat ptus asa,nak cepat naik,nak cepat kaya,hehe just my own view

joegrimjow said...

@Peri PiA

sangat dengki2 kan

joegrimjow said...

@MuhD NoR AzyM

xpe, absorb dulu =)

joegrimjow said...

@EG

sangat best kan

joegrimjow said...

@Ini Kisah Tia

haah, style camtu pon ada gak
lebh baik buang dari bagi - cam dominos

joegrimjow said...

@daylachan
phd
perasaan hasad dengki

phoenixstudio said...

santau - menyantau...
duhh

Sarah Khan said...

salam ;)

org cina memang sangat rajin and kuat bekerja, yg tuh tak di nafikan lah.

Mr Syafiq said...

point no 2 memang tak boleh di guna pakai. haha

joegrimjow said...

@phoenixstudio

sangat popular kan

joegrimjow said...

@Sarah Khan

selain rajin, tips ni meraka buat, kecuali no 2
hehe

joegrimjow said...

@Mr Syafiq

erk
xde kaitan?
haha

dks said...

Lepas subuh tak tdo,rezeki pagi2..
Pastu rajin2 bersedekah or berzakat..:) the more we give the more we get..hehe

rubi @ cawan2 said...

setuju part tolong sesama diorang tu.

ada sekali pi lowyat, kedai dia xde jual hardisk. then, dia siap tunjuk kedai mana yang ada.

kalau kita? jangan haraplah nak tunjuk kedai lain.

hazman aka species1980 said...

yeah... dan orang cina nie suka cari rezeki dengan berniaga...tak suka makan gaji...

Ummi Hanie said...

ni mesti ank mak ni ... (tgk tips last tu :p) bagus laaa...hasben sy pun ank mak..dan alhmdllh mmg berkat idup insyaallah

Norfa arisha said...

xretilah berniaga ni..

Mira R. said...

patut aa org cina maju dlm berniaga. org melayu pn blh maju, tapi cuba buang PHD tu, baru boleh berjaya.

*PHD- perasaan hasad dengki

:D

Iliana said...

Tips owner Genting Highland (Lim Goh Thong):

"Saya tak pernah menepati waktu. Tapi saya selalu lebih awal dari waktu"

Janji Melayu,

Pukul 10 meeting, pukul 11 baru penuh bilik.

tieha ismail said...

point no 2 tu mmg dah jd kepercayan diorang...tieha perhati org cina selalunya akan mandi mcm lewat mlm then bila pagi diorang just gosok gigi, basuh muka then, tros g class....bila kat class mulalah kita bau semacam je and kita akan dapat detect yg dorang mmg x mandi coz sgt serabai...

Wan Gerrard said...

elok gak ikut mna yg baik..tp busu kkwo x mandi pagi :P

Zala Wajik said...

sebab tu lah kita kena doakan untuk bangsa kita ,

bangsa Melayu ni jadi bangsa yang tak suka memfitnah orang dan tak suka menjatuhkan orang. :)

huhuhuh

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW