Share

Komen aku @najibrazak cakap Kelantan negeri termiskin

Yosh, minit-minit terakhir sebelum nak pergi solat Jumaat. Terbaca status @najibrazak yang hari ni dia berada di Kelantan. Tengok banyak pulak yang komen, saje gatal tangan pergi klik read more dan bacalah komen-komen disana. apa yang menarik, ramai yang mempersoalkan yang PM kita cakap Kelantan negeri termiskin



Serius aku tak tahu yang PM pernah cakap benda ni, so aku google - ceh, dah masuk berita dah pun! cuba tengok video kat bawah ni


Selaku rakyat Kelantan yang dengar, memang naik jugaklah perasaan amarah tu. siapa yang tak marah kan kalau orang no 1 negara kita kata macam tu kat negeri kita. huh, marah dong!


Komentar aku

Tapi kalau fikir balik, buat apa nak marah-marah. macam budak kecik pulak kalau berlagak macam tu. Aku rasa, sebab utama PM cakap macam tu adalah untuk kepentingan politik. Biasalah tu, ahli politik will always be politician. ye tak? Tapi, seharusnya PM kita ni kena peka sikitlah dengan hal macam ni. Rakyat kita sekarang ni dah bijak pandai, takde main somborono je terima. Mereka akan cari. Dan kalau korang caripun, takde fakta yang mengatakan Kelantan negeri termiskin melainkan pada tahun 2010 bank dunia bagitau Sabah negeri termiskin. tu adalah!


Hakikat sebenar

Aku tak tahu darimana PM kita dapat fakta tu, tapi kalau betul lah kata Kelantan negeri termiskin, aku rasa macam tak logik. Korang setuju? Nantilah, kot-kot lepas ni aku terjumpa fakta, nanti aku ulas balik. Apa-apa pun, miskin ke tidak, aku still bangga jadi rakyat Kelantan. weeehaaa!


pss : sek sek kito rasa guano? du' wa dop?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

22 comments:

Kella said...

yezzzzzzaaaa... ku juga bangga!! =D

Ayuni said...

helah politik...

CiK FizA said...

Politik, politik, politik~
Well.. normal la tu. Hurmm.. Heee

Yup! Setju! Ada dengar jugak yg Sabah ngeri t'miskin. Huu. Kelantan tak tau pulak. >.<

joegrimjow said...

@Kella

kelate jugok?

joegrimjow said...

@Ayuni

politik oh politik

joegrimjow said...

@CiK FizA

yg tu tahun 2010

Anonymous said...

termiskin atau tak aku tak tau,but as for me yang asal terengganu ni,kelantan laaagi maju than trg.Nuffsaid

man yusoef said...

ni semua propaganda jek...kat berita buletin utama tuh, kalau aduan rakyat mesti kat negeri pembangkang banyk masalah..macam something wrong jek

Izzat Aziz said...

Tak tahulah dari segi apa dia nak kata termiskin, adakah dari segi poverty rate dalam negeri, ataupun kekayaan negeri sendiri, banyak samar-samar.

Selagi tak keluar actual fact, dengar jelah, nak marah-marah, kalau betul nanti senyap plak.

Tapi dari pandangan aku, memang kat Kelantan ada keluarga yang miskin, tapi sama juga kat Sabah, sama juga kat KL.

Sesuatu perlu dilakukan.

anyss said...

Assalamualaikum,
Ayoooooo ore hok maroh berapi2 ari tu sejok dok maroh baru la hero kelate kito ni tahu. Bakpo la lagu tuh?

Jak zaman Tok Janggut lagi pun orang dok kata kelate miskin, bukan kali ni je...apa2 hal pun, rakyat kelate lagi tahu gapo dia fakta gapo auta

azri johan said...

ritu ada buat post pasal ni, cubalah baca:

http://www.azrijohan.com/2012/02/bukti-kukuh-kelantan-negeri-paling-kaya.html

thanks..

Aku Ibu Muda said...

du'wa moleppp...sseghooo maceyyy.....haisshhh...dop leh luoh :p

Akulah Pak Lan said...

Bila bercakap tanpa bagi fakta sapa nak percaya. Tambah2 kalau pemimpin no 1 negara yg bercakap. Atleast bentang audit bagi bukti kat rakyat yb celik intelek untuk percaya

EG said...

propaganda.

♛ Nazirah a.k.a Naz ♛ said...

emm,kt pernah pegi kelantan & skrg tgh belajar kat terengganu..ape yg kt tgk la kan,2 negeri nih la yg rmai org melayu berniaga & pkai kereta import & kedai2 emas byk org melayu yg jadi tokei..org miskin tu tetap ada,kat negeri mana2 pon ada org miskin..tpi kalo nak kata termiskin tu xla kot..

cume maybe sumber air je yg tgk cam susah..

ahsfantasy24 said...

duwa kakloh..
kecek srupo ngn budop tadika jah..

::ienafazlyna:: said...

yang miskin tu negeri ....bukan penduduk2 nye..hehehehe..

Anonymous said...

yang btulnya..

kerajaan kelantan miskin.
orang kelantan tidak miskin.

masa aku belajar kat kelantan dulu, memang shock mandi air dari dalam tanah...mula2 air kuning dan berbau..lama-lama makin jernih dan hilang bau oleh teknologi pam air..

tetiba sampai upm (ketika masih di bawah bn) terlalu banyak hari tak mandi gi kuliah. air tak ada.hahaha.

media akan sentiasa berpilih.

kuehbakar

HasrulHassan [HH] said...

As-Salam.
Joe... ini komen aku berdasarkan logik akal.

Sila sudi baca atau boleh kongsikan ...

http://www.hasrulhassan.com/2012/02/8-fakta-logik-akal-kelantan-negeri.html

LynN LoLa~~ said...

seriusly. bile sentuh bab politik, yg fakta pon boleh jadi auta. bro, sy stdy dekat kubang kerian. pembangunan depan mate! mule2 masok study sini, mydin naik. lepas mydin, ade plak bangunan apartmen ke ape tah tepi kiri kanan nih. secret recipe da bukak. some more, kuasa membeli rakyat kelantan ni sgt besar okeh! tesco, kbmall, mydin kat kelantan nih. tak penah aku tgok kosong. ramai gilos manusie ade lah.

alien said...

ntahlah, pada aku sabah n sarawak tu byk hasil dan ada potensi utk maju.. tapi still camtu gak. Hasil masuk ke poket drg..

oPiE iSa said...

Satu2 negeri yang boleh bayar hutang, KELANTAN!!

saya bangga ada negeri kelantan dalam Malaysia..

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW