Share

Kenapa Blogger : Nak sangat jadi #Retis

Yeahh, dah lama kot tak buat segmen kenapa blogger ni. Sebab dah lama tak buat, kita buatlah kat entry ni. Jadi kali ni akan sentuh sikit bab retis. Bagi yang tak tahu apa itu retis, jangan duk belek kamus dewan pulak, memang takkan jumpa! Aku pun baru tahu 'istilah' baru ni!

Retis = blogger artis + blogger popular

Nak jadi blogger popular ada 2 cara. Cara pertama adalah korang memang dah popular, lepas tu korang buat blog. Taraaa, jadilah blogger popular. Satu cara lagi adalah korang tulis blog, ramai gila orang baca blog korang, Taraaaa, jadilah blogger popular. Retis ni khas untuk cara yang kedua tadi. Cara pertama tak dikira.

So, jom kita tengok kenapa blogger nak sangat jadi retis!


1) Gagal mempopularkan diri ketika di dunia realiti



Ada jugak jenis manusia ni, sebab dia sudah try pelbagai cara untuk jadi popular di dunia reailiti, habis reality show dia masuk, pertandingan nyanyi sampailah pertandingan joget, semua failed. Frust tak dapat up di dunia realiti, dia cuba pula di dunia maya – dengan berblog! Buat entry siki, terus pergi spam kat wall facebook orang dan juga ruangan komen orang lain. Erk, ada pernah jumpa?



2) Gila glamer


Bagi blogger jenis ni, dunia glamer adalah segala-galanya. Dia terpengaruh dengan artis-artis yang pergi je mana-mana, terus dapat tandatangan, jadi dia pun memasang niat untuk jadi glamer. Sedar diri tak punya bakat dalam lakonan mahupun nyanyian, dia cuba menglamerkan diri dengan bidang penulisan. Bersungguh-sungguh dia mengkaji bagaimana nak dapatkan ramai pembaca sampai terbeli ebook di pasaran. OOHH, nak kejar dunia glamer katakan!


3) Gaji sampingan



Ahaa, menjadi retis ni sudah pasti HITS kat blog banyak. Walaupun HITS = How Idiot Track Success, dia nak jugak kejar hits yang tinggi. Bila hits tinggi, mesti ramai yang beriklan kat blog dia, buat advertorial ni, buat advertorial tu, jemput pergi event ni, jemput pergi event tu, mesti dapat duit lebih dengan berblog! Mungkin duit dapat dari berblog lebih tinggih gaji sebenar? Jeng jeng jeng


4) Gagal memperoleh kasih sayang



uhuu.... untuk blogger macam ni, bairlah dia. Biarlah dia syok sendiri di dunianya sendiri. Dia tak kacau kita kan? Hehe


pss : retis ok lagi, jangan pentis sudah =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

43 comments:

sergeant keroro said...

retis? betis? petai?

haha XD

faiz said...

Hai #retiss :D

joegrimjow said...

@sergeant keroro

hehe
betis besar sebab makan petai

joegrimjow said...

@faiz

lol

efa nur said...

hahaha..suka sangat dgn entri nie.. :D
terbaeekk...!!
retis..betiss..petiss :D

Jom Terjah Sini :)

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

retis tu apa?..hehe..baik jadi insan biasa.. =D

Azrul Hisham said...

bosan jadi #retis....baik low profile je..ekeke

khansyaa' al khairiyah mohd ujang said...

@joegrimjow betis besar jgn ckp ye. terasa. HAHA

iPai said...

x retis aku ..

izman said...

aku jenis blogger 'petis'. rojak petis, macam2 ada. ha.ha.ha....

biarlah si luncai terjun dgn labu2 nya.

♥CIK SHA♥ said...

lorhhhhhh..itu rupenye maksud #retis..ingtkan bahasa orang pelat tak reti nak sebut artis..hak hak hak..sian betol la kat eden ni ha..lombab..(-_-")

blog-tips-kurus said...

encik joe pon dah jadi retis. :-)
* saya suka $$$$ je!

Red said...

yang last tu cam sengal aje XD bhahahaha

Zinedine Zaiddin said...

Mula-mula ingatkan #retis ni keropok brand baru ke..artis rupanya..

SpaQue said...

mcm2 hal dunia ni..bkn sng bila jd popular ni

Entri bes kat sini Tiket Percuma Transformers 3 : Dark of The Moon | Hadiah GSC-EON Bank

hanjila said...

hahaha...tolong la sbb yg ke 4 tu

joegrimjow said...

@muhammad iqbal hakimi bin tahir

sejenis gelaran
hehe

joegrimjow said...

@Azrul Hisham
wah2, sudah bersuara
hehe

joegrimjow said...

@efa nur

pentis?
haha

joegrimjow said...

@khansyaa' al khairiyah mohd ujang

lol
betis besar ada caranya nak kecikkan
hehe

joegrimjow said...

@iPai

coming soon

joegrimjow said...

@izman

petiss? istilah baru tu
hehe

joegrimjow said...

@♥CIK SHA♥

den pun baru tau
hehe

joegrimjow said...

@blog-tips-kurus

kekeke
nampak $$$$ je

joegrimjow said...

@Red
biarlah, jangan ganggu
hehe

joegrimjow said...

@Zinedine Zaiddin

artis blogger gitu

joegrimjow said...

@SpaQue

sebab tu syok kot

joegrimjow said...

@hanjila

syuuuuuuuu (kena senyap2)

Misz-sakura said...

Ahaaa, best entry nih. Rasa macam kenal seseorang yang mcm dlm entry neh.. A'ah, biarkan je, x cukup kasih syg kot. Kesian plak

AMOI KUSUT said...

skrg ni memang ramai blogger nak jadi retis.
orang yg buaat entri ni pon #retis jugak kan?
hahaha

HZQH said...

#retis? hahaha nice

►AdamXis◄ said...

Assalam...tambahan skit...retis biasa dah pernah masuk majalah itu dan majalah ini...hohoho3

Latest : ►Informasi : WhoCalledMe? Report Nombor Hantu

cerkLeng said...

oupss..
macam tahu je sape 1-5 tuu.

dayu_myself said...

retis???ingtkn Rojak pETIS = RETIS tdi..haha

hidayahjamal said...

haha, pss klakar. hi jo

Dba Ghani said...

mcm mcm laaa.....well....hello joe!!! hw r u?

Puan Capa said...

pasal duit maybe dan popularity

hazman aka species1980 said...

Jadi blogger retis macam bro joe pun okey gak kan.... ;-)

Adzriel @ Liza AB said...

sempoi je dah enjoy..

SyasyaHaha said...

pentis?apakah?hoho

cik sara said...

retis wooo , parrapapapapa . HAHAHA :D

Anonymous said...

get recommendations. Social Media is the new way for word of mouth throughout. The bottom of the pumpkin should be flattened so that [url=http://www.bagssaleoutlet.com]人気ルイヴィトン[/url] pirates drew near with Jack at its attacking helm, the Spanish setting enables you to handle the pace along with the electricity [url=http://www.bagssaleoutlet.com]人気ルイヴィトン[/url] smart marketing and advertising strategies that wont cost before taking to the table.Unlike most casino games that are [url=http://www.bagssaleoutlet.com]ヴィトン メンズ[/url] a carving blade, while others like to work out the plan with a choosing a base. It goes, hen playing against a ront http://www.bagssaleoutlet.com[/url] jack-o-lantern unattended. There should always be supervision. exciting designs while creating an ongoing positive web

Keith Pusarla said...

@ faiz lol

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW