Share

Surat untuk joegrimjow : Mempolitikkan agama





Kepada zack,

Sebenarnya ku lebih tertarik soalan last tu. Hehe, mestilah jual lagi. Baca sini untuk lanjut eh =)

Ok, macam ni, MEMPOLITIKKAN AGAMA ni ku pun tak tahu dari mana asal usul benda ni datang. Mungkin dalam paper banyak duk cerita mempolitikkan agama mempolitikkan agama sampaikan kita pun main pakat taram je dengan menerima istilah tu.
Meh nak share sikit, aku tak caye sangat paper ke apa ni, tapi melalui pengamatan aku dengan dengar ceramah ahli politik ni, tak kira UMNO ke PAS ke, 2 benda ketara boleh dilihat. UMNO duk sibuk juangkan bangsa Melayu dan PAS duk laung nak daulatkan agama Islam. Benda ni bukan kat paper ko tau, tapi kena dengar + jumpa dengan wakil-wakil politik ni, barulah feel dia lebih.


Baca sini lagi

Tak pernah pulak kita dengar orang cakap UMNO ni 'MEMPOLITIKKAN BANGSA' kekeke


"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhan (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."
Surah al-Baqarah : 208


Haa, tu quran yang cakap tu. Politik salah satu cabang kecil dalam Islam. Siasah nama dalam bahasa arabnya. Nabi guna kuasa politik untuk bertoleransi dengan yahudi masa kat madinah dulu. jadi, tak salah kalau PAS nak daulatkan Islam dengan menggunakan politik - ko taulah yang politik ni cukup berkuasa sekarang ni kat Malaysia kan? sama jugak nak makan, nak buat kerja lain, mesti kerana Allah, kerana Islam.

Kalau ko tengok wakil rakyat PAS duk pakai kopiah, serban, ilmu agama tinggi dan mereka join parti politik, terus kita dabel standard dieorang MEMPOLITIKKAN AGAMA - tak betullah sebabnya sememangnya itu satu tanggungjawab. Kita pun kena dahulukan agama dalam apa jua bidang pun. Promosi agama kita, ramai yang duk anggap agama islam ni kat atas tikar sembahyang je padahal agama kita ni merupakan 'way of life'


Nak pangkah sape?

Hehe, ikutlah nak pangkah sape pun. Orang muda macam ko dah semangat nak pangkah parti mana ni pun dah kira sangat jarang boleh jumpa dah. semua benci dengan politik dan akhirnya masa hari mengundi tak keluar mengundi pun. Nasihat aku, pangkahlah parti yang ko rasa boleh mendekatkan diri dengan nilai Islam. UMNO ke PAS, buatlah kajian sendiri. Kalau ko tanya aku, baik aku buat parti politik sendiri dan suruh ko pangkah aku je. Bleh jadi wakil rakyat. kekeke

Satu lagi, aku bukan orang PAS, tak daftar pun lagi. Tapi aku pernah daftar jadi ahli kelab UMNO Luar Negara, sepatutnya ko cakap aku ni orang UMNO lah bukan orang PAS =)


pss : segmen ini dibawa khas oleh facebook. Gunalah ruangan inbox dengan sebaik-baiknya

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

14 comments:

zahidah dihaz said...

macam2 istilah


New Entry: Sarawak Bloggers: 1st Anniversary Gathering


Jom join contest mudah Miss Zahidah 4in1 Lucky Draw. Closing date: 14 Mac 2011, 11.59pm

Muhamad said...

en joe..
ntri nih mnrik, tp deme amek pndekatan berhati2... bg kawe la, sistem politik di malaysia nih masih xmenampakkan kemtangan..bnyak mnyerang isu peribadi..adun tu gini la,adun tu gtu la,mcm2..bnyk serang perbdi dpd mncanangkan apa kite akan sumbngkan kpd rkyat,ngara,bgsa dan agama...msing2 sama saje..tp hak kite sbg pmilih kta kna memilih..itu tgjwab n hak kite..ye dak..?
jdi dlm konteks spt nih, pmbngunan pun kite perlu, xkire batiniah ataupun scra zahirnya..nilai2 moral, dgn isu moral yang berkecamuk skrng nie, aku rase sgt ptt bg ahli2 politik xhanya mendedahkan salah laku moral ahli politik len jer...sesungguhnya,jaga lah aib saudara kita, sesungghnya aib kita pun terjaga skali...lbh baek ahli2 politik nih, xkire Pakatan Rakyat Mahupun BN sekalipun bersama2 bekerjasama bagaimana utk menaikkan imej islam, imej malaysia,imej bangsa kite..atasi mslah sosial,mslh eknomi...xhnya memekik d jlnan,sket2 demonstrasi..
ni pndgn peribadi k..dont make it any issues..hehe

p/s joe...lu dah daftr SPR blum..?haha..umr lu n gua sama jer..haha...

joegrimjow said...

@zahidah dihaz

istilah sangat banyak

joegrimjow said...

@Muhamad

kalau semua ahli politik kat Malaysia sikap macam tu, aman damai malaysia =)

APi said...

aku suka kau tulis pasal politik joe..

refer to ayat al-Quran tu, memang politik merupakan salah satu cabang dalam Islam..
begitu juga ekonomi dan sebagainya..

kalau kita baca balik sejarah, zaman khalifah uthmaniah, umat Islam berada di puncak kemajuaan di mana mendahului negara2 lain..
jadi adakah politik dalam Islam tak menaikkan ekonomi negara itu sendiri?

pandangan personali...

da[Y]un said...

kpd insan yg bertanya tu..
tengoklah dasar perjuangan setiap parti tu,dua2 mungkin parti melayu dan islam, tp sejauh mana dasar yg dibawa tu selari dgn syariat kehidupan. n then yg mana ko rasa betul ko pangkah je la.


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

bebellagi: sy pun lum daftar ngundi lg,hehe

joegrimjow said...

@APi

pandangan dihargai

joegrimjow said...

@da[Y]un

cepat2 daftar =)

Jejaka Terhangat said...

thumbs up utk entri ni..memang ramai yg tak dapat kaitkan politik dengan Islam..Islam dan politik sbrnya sangat berkait rapat..

dan jugak, ramai yg percaya 100% pada media elektonik..jelas2 nampak berat sebelahnya politik negara kita skrg..

mujur dah ada internet, suara kedua2 belah pihak dapat kita dgr dan nilai sendiri..

tp malangnya, masih ramai takde internet..bulat2 percaya tv. hasilnya bila pilihanraya. diorg masih menang. grrr...

Gimi said...

=)

Tak cukup umur lagi...

joegrimjow said...

@Jejaka Terhangat

internet pun kena tapis jugak

joegrimjow said...

@Gimi

tunggu cukup umo okeh

oPiE iSa said...

entri yang sangat baik..
Suka... :)

http://sophieisa.blogspot.com/2011/02/siapa-jadi-imam-jenazah-kau-kelak.html

Puan Capa said...

jgn undi rosak sudah

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW