Share

Diari orang bujang - FACIAL PARTY

Assalamualaikum,

Pagi ahad ni, duduk termenung membaca sesuatu. Fikir dan berasa sangat kesian dengan beberapa orang kita yang terlalu riak dan sombong dengan diri sendiri. Memandang rendah akan orang lain seolah dialah yang paling hebat. Ya Allah, kau buangkanlah sifat itu jauh-jauh kedalam hati aku dan pembaca blog ini...

Plan tergendala

Sepatutnya hari ni aku pergi ke STS di Times Square, tapi sebab ada beberapa masalah, tengahari nanti baru bertolak ke Kuala Lumpur. Memang rugi tak dapat berjumpa dengan orang hebat disana - satu motivasi yang aku sangat-sangat perlu pada bulan ni, tetapi perancangan kita walaupun dirasakan sangat hebat, ada lagi perancangan yang lagi hebat dari Dia, kerana Dia yang tahu akan segala-galanya




Pagi tadi awal-awal lagi dah ke kubur. Walaupun dah pergi pada Jumaat lepas, tetapi tadi pergi lagi sekali, nak cari kekuatan. Ada seorang penceramah agama yang pernah aku dengar, dia ada bagitau - kalau berasa mahu futur dalam perjuangan, pergilah ke kubur. Ia satu motivasi yang terbaik! Memang betul, selain mengingati mati, hati jadi tenteram kalau berada disana. Apatah lagi apabila melihat kubur dihadapan adalah milik seorang yang kita cintai - ayah aku


Ke Kuala Lumpur

Tengahari nanti aku akan ke Kuala Lumpur. Ingat lagi pasal Nokia E7 dari Maxis? Harap esok boleh nak pick up walaupun hari Selasa tarikh sebenar untuk ambil hp tu. Ke Kuala Lumpur dengan menaiki joana bersama adik beradik yang lain dan harap perjalanan selamat sampai ke destinasi

Esok pada hari isnin, dah buat 4 appointment di berlainan tempat. Ada di UIA Gombak, Shah Alam, Kajang dan Ampang. Fuh, maraton habis lah. Nak buat macam mana, dah kerja kan. Yang best, semua orang yang nak jumpa ni dah dapat result. Kita sebagai coach ni tumpang happy dengan pencapaian mereka. Berapa KG entah esok ni total yang turun. nanti aku update =)

Selasa - pagi-pagi lagi dah bertolak balik ke Kelantan. Agak hampes Air Asia ni, aku tengok flight pukul 7 petang semalam, murah lagi. Tangguh kejap. Malam tu aku check balik, dah jadi seratus lebih. haiish, dah terdesak sebab petang Selasa ada hal penting kena beli jugak. Jadi, sehari je lah ni aku ke KL, nak buat appointment baik buat cepat2. hehe

Petang Selasa - Facial Party

Yeahh, ini event yang dinanti-nantikan oleh aku sebenarnya. FACIAL PARTY. Apa ke bendanya facial party ni? ok, facial party ni adalah salah satu method Herbalife untuk perkenalkan produk kepada custemer. Kat Facial Party ni, semua yang datang boleh try produk Herbalife. Boleh pakai mask (wahaa) boleh try gel-gel untuk sapu ke tangan (wohoo) dan macam-macam lagilah. Semua boleh try. Jadi, dah berminat, boleh la terus beli ataupun macam tak suka, tak payah la beli =)




Sebab tu nak tak nak kena balik jugak pagi selasa tu. Komitmen katakan. Jom orang Kota Bharu kita sama-sama try produk yang best ni. Eh, tak semesti pompuan je tau, yang laki pun boleh. Ingat orang lelaki tak pandai jaga muka ke? 


Saya suka facial, saya ok =)


pss : pernah tak crush dengan blogger

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

22 comments:

XIX Dragunov said...

"ada lagi perancangan yang lagi hebat dari Dia"

i think this is a mistake typo..
pls betulkan

Mimie.Candy Cane said...

@XIX Dragunov bukan typo kot..cuba bace betol2...dah betul tu..

joegrimjow said...

@XIX Dragunov

yang tu saja mmg salah, tapi kena baca ayat sebelum tu sekali

joegrimjow said...

@Mimie.Candy Cane

=)

XIX Dragunov said...

@Mimie.Candy Cane

asal :
tetapi perancangan kita walaupun dirasakan sangat hebat, ada lagi perancangan yang lagi hebat dari Dia, kerana Dia yang tahu akan segala-galanya

er, bukan sepatutnya bunyi camni ke?

"tetapi perancangan kita walaupun dirasakan sangat hebat, ada lagi perancangan yang lagi hebat dari kita, kerana Dia yang tahu akan segala-galanya"

Dia tukar jadi kita... =.='

joegrimjow said...

@XIX Dragunov

belajar bahasa pulak hari ni =)

Syazwana said...

lama tak komen kat sini.
hehehehe

:)

XIX Dragunov said...

@joegrimjow

sebab aku tak paham~hahahaha~ takut salah paham payah jugak... lagi2 jap lagi ade anon~haha

joegrimjow said...

@Syazwana

waha
mekasih singgah

joegrimjow said...

@XIX Dragunov

hehe, np.

Atirah said...

Ahaha soalan last tu best kot.. kalau tanya female readers mesti diorang jawab "pernah" ekekek

Wan Gerrard said...

wah parti sambil mencantikkan muka :P

KiD said...

waaahhh.. abe joe ambik E7 lak yea.. singgah2 laa putrajaya.. heheh
Kenapa Trafik Blog Makin Slow?!

lieyyy said...

bestnya muda2 dah dapat buat bisnes kan. teringin juga ni sebenarnya.

APi said...

joe..
futur tu ape?

joegrimjow said...

@Atirah

laki pon pernah gak kot
=)

joegrimjow said...

@Wan Gerrard

jom2

joegrimjow said...

@KiD

ku mmg kat putrajaya skrg
huhu

joegrimjow said...

@lieyyy

muda2 start timba pengalaman

joegrimjow said...

@APi

tarik diri macam tu

Qaseh dalia adelia said...

wah facial ...suka2 hehe jeteh ngan kb oo jauh2

Puan Capa said...

lama x facial

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW