Salam,
Selepas video Khusyuk dalam solat ini, tergerak sekali lagi mahu buat sati video sempena bulan Ramadhan ini. Bukan apa, waktu pagi ni selepas 'dating' dengan Dia, kita buatlah video daripada tidur je kan? At least dapat ingatkan diri sendiri. Maka, terhasilah video di atas
Penyebaran Hadith Palsu Kelebihan semasa Terawikh
Setelah ditag di dalam facebook mengenai penyebaran hadith palsu ini, tertarik pula untuk buat kajian serba sedikit memandangkan aku sendiri melalui pengalaman sudah banyak terjumpa risalah-risalah kehebatan terawikh ini. Selepas pertanyaan dengan ustaz dan juga pencarian di internet, memang hadith ini tidak wujud pun!
Jom kita tengok apa yang ditulisnya
Sayidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Rasulullah s.a.w, iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam pada bulan Ramadhan.Baginda bersabda bahawa:Malam ke 1Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.Malam ke 2Diampunkan dosa orang-orang yang beiiman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu bapanya.Malam ke 3Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malarnmalam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.Malam ke 4Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al- Quran.Malam ke 5Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang- orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.Malam ke 6Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.Malam ke 7Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.Malam ke 8Allah SWT mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.Malam ke 9Allah SWT akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.Malam ke 10Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.Malam ke 11la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.Malam ke 12la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.Malam ke 13la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.Malam ke 14Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah SWT. tidak akan menyesatkan mereka.Malam ke 15Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.Malam ke 16Allah SWT menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.Malam ke 17Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.Malam ke 18Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).Malam ke 19Allah SWT akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.Malam ke 20Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.Malam ke 21Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.Malam ke 22la akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman daripada sebarang huru-hara pada hari tersebut.Malam ke 23Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.Malam ke 24Allah SWT akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.Malam ke 25Allah SWT akan mengangkat seksa kubur darinya.Malam ke 26Allah SWT akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.Malam ke 27Allah SWT akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.Malam ke 28Allah SWT akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.Malam ke 29Allah SWT akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.Malam ke 30Allah SWT akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumiah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
Bunyi macam hebatkan?
Sememangnya dosa besar dengan mengadakan hadith seumpama ini walaupun niat untuk suruh orang bertarawikh. Sepeti dalam video atas, aku ada sertakan sabda nabi yang mana baginda melarang orang menokok tambah atau menggunakan namanya untuk menjadikan ia hadith.
Kita ketahui bahawasanya dengan bersolat terawikh dan pelbagai lagi amal ibadah di bulan puasa ini termasuklah bersedekah, baca alquran, tadarus, menolong orang dan pelbagai perbuatan baik lagi akan digandakan oleh Allah pahalanya. Cukup kita ketahui akan rugi jika kita tidak gandakan amal ibadah kita. Perumpaan seperti di atas ini hanyalah akan menjadi duri dalam daging kita!
Sempena Ramadhan
Marilah kita sebar-sebarkan ilmu yang betul. kena sangat berhati hati terutamanya bab-bab hadith ini kerana takut salah kita share dengan masyarakat, beban besar kita tanggung nanti. Buka dulu hadith 40 dan disitu semuanya sahih belaka. Jangan persiakan usaha orang terdahulu mengumpul hadith, kita dengan senangnya menyebarkan ilmu yang salah. Dah terlajak tu, undurlah balik selagi boleh undur
baca sini untuk lebih
20 ulasan:
Thanks sharing the great ILMU. Moga ada manfaat bersama :)
JOE, KENAPE SUARA KAT SINI LAIN ?
hahaha.
pe pun, nice infO :)
@miss lolly a.k.a luvfareda
lepas sahur katakan
;)
Joe!
Terima kasih berkongsi.
:)
pening, pening, pening..
cakap siapa aku nak dengar ni?
aih..
dasyat betul 'orang' seperti mereka menyebarkan fadilat palsu macam ni walaupun niat utk mengajak org mengerjakan solat terawih.
ilmu yang memang patut kita berkongsi ;)
Ada gaya Baba Ali =)
Moral of the story,check status sesuatu statement yg dikatakan hadis.
Tambah sikit,jangan asyik bergaduh pasal fadilat sampai tak solat terawih.
=)..
jom kejar fadilat terawikh..
joe,
bln pose ni jgn update gamba makanan yerk..=p
alhamdulillah.. nk pertingktkan lg la solat terawih untuk Ramadhan kali ni
Selmat Berpuasa Ya =)
this is my new blogspot
farhanasshi.blogspot.com
byk ilmu n pahala ko bro..
thx cz share same2 kite.
baru tau...sebb mang der bc sal pahal2 ni sume..huhuhu..maceh..sebb share2...WOW!! heheheh
Thanks for sharing :)
Kadang2 org mmg terlupa nak pastikan yg mana yg sahih dulu..
Yg penting lakukan ibadah dgn niat yg betul :)
MY LATEST ENTRY: Ramadhan Kareem! Allahu Akram
salam...aku nak share kat sini la..
dl masa kecik2 (ms sek ren), pernah baca benda ni..kelebihan2 sumer..kan first day punya tu kelbihannya "Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan."
aku pun pikirlah kalau cmtu senang lah..kalo buat dosa, nnt terawih mlm pertama dh d ampunkan dosa!!
huhu, apa pny pemikiranlah dl..thx for sharing yg benda ni x btol.. =)
thanks for sharing joe..
joe, hadith lemah adalah hadith daif, hadith maudu' adalah hadith palsu,
aku terpanggil utk buat entri pasal hadith palsu ni, sila lihat ye..
selamat berbuka dan bertarawih!:D
Serba sedikit mengenai hadith palsu
jangan nanti iklan nuffnang kuar iklan joe dan video videonya sudah=p
@devoted lily♥
lol, mungkin ke ni?
huhu
kalau ade janggut. dan serban.. da cam penceramah bebas da.. ehehehe
salam..terima kasih atas maklumat hadis palsu ni.Tak sangka ada juga benda macam ni.
Selamat menyambut ramadhan al-mubarak
selama ni tak tahu pun pasal ni.. terima kasih atas perkongsian ini..
selamat menjalani ibadah puasa.. (^__^)
Catat Ulasan