Share

Penulis jemputan : Dialog bersama bakal ayah mertua

Iklan!

Walaupun encik tifinbiru glamer dengan bidang masakan sampai masuk dalam paper, ku cabar encik untuk masak dengan kuantiti yang banyak! huh, masih tak puas hati kenapa majalah jelita tidak menemurah aku sebaliknya memilih encik tifinbiru yang ditemuramah! aigoo


Apa-apa, gambar ini tidak lain dan tidak bukan kepada bakal ayah mertua. Jangan risau kalau mahu buat kenduri, menantumu boleh masak dengan kuantiti yang banyak!


ekeke
gambar panas dari ladang!

******

Mereka, lelaki dan perempuan yang begitu komited dan taat dengan agama. Melalui ta’aruf yang singkat dan berkat, mereka memutuskan untuk melanjutkannya menuju khitbah [lamaran] setelah masa diambil untuk istikharah dan istisharah.


Si lelaki, sendiri, harus maju menghadap seorang lelaki lain: ayah si perempuan. Dan ini adalah cabaran yang sebenarnya. Ia telah melepasi deru pertempuran semasa menjadi pimpinan di kampus, tetapi kini merupakan pertempuran yang sangat berbeza. Si perempuan, tentu sahaja siap membantunya. Ikhlas dalam langkah mereka menyempurnakan separuh dari agama.


Maka, di suatu pagi, di sebuah rumah, spesifiknya di sebuah ruang tamu, seorang lelaki muda menghadapi seorang lelaki setengah abad untuk ‘merebut’ sang perempuan muda, dari sisinya.


“Oh, jadi engkau yang akan melamar itu?” tanya si setengah baya.
“Iya, Pak Cik,” jawab si muda.
“Jadi engkau telah mengenalnya dalam-dalam? ” tanya si setengah baya sambil menunjuk si perempuan.
“Ya Pak Cik, insyaAllah betul-betul mengenalnya, kami pernah belajar di Negara yang sama, Ireland” jawab si muda, mencuba meyakinkan si setengah abad.


“Lamaranmu kutolak. Bererti engkau telah menjadi kekasihnyanya? Tidak boleh. Aku tidak boleh mengizinkan pernikahan yang diawali dengan cara seperti itu!” balas si ayah.
Si pemuda terkedu, terasa bahawa jawapannya silap, dia menyambung
“Tidak Pak Cik, sebenarnya saya hanya kenal sekadarnya sahaja, pertama sekali saya mengenalinya, melalui taaruf ringkas, baru sebulan.”


“Lamaranmu kutolak. Itu seperti ‘membeli kucing dalam sangkar’ kan, aku tak mahu kau akan semudahnya menceraikannya kerana kau tak mengenalnya betul-betul. Jangan-jangan, aku ini pun kau tak tahu siapa?” balas lelaki separuh umur itu,keras.


Ini situasi yang sukar. Si lelaki sudah tidak senang duduk. Cuba menenangkan diri agar masih nampak tenang. Si perempuan muda memahami situasi itu, lalu dicuba seadanya membantu si lelaki muda. Bisiknya pada ayahnya tersayang, “Ayah, dia dulu seorang aktivis.”
“Kamu dulu aktivis ya?” tanya si ayah.
“Ya Pak Cik, saya dulu pemimpin pelajar di Ireland, pernah memimpin demonstrasi anti Zionis di Kampus,” jawab si pemuda, percaya diri.


“Lamaranmu kutolak. Nanti bila kamu kecewa dan marah dengan isterimu, kamu bakal mengerahkan rombongan teman-temanmu untuk berdemo rumahku ini kan?”


“Aduh Pak Cik, takkanlah. Dulu demonya juga cuma kecil-kecilan. Banyak yang tak datang pun masa saya suruh pergi, masing-masing takut dikenakan tindakan katanya.”


“Lamaranmu kutolak. Mengatur kawan-kawanmu sahaja tak boleh, bagaimana akan kau atur keluargamu?”


Si perempuan membisik lagi, membantu, “Ayah, dia ini pelajar cemerlang.”
“Kamu lulusan mana?”
“Saya lulusan Royal College of Surgeons Ireland, Pak Cik. RCSI itu salah satu universiti berprestij di Ireland, Pak Cik.”


“Lamaranmu kutolak. Kamu sedang menghina saya yang cuma lulusan MCE? Cuma sekolah melayu. Menganggap saya bodoh kan?”
“Err. Bukanlah Pak Cik. Saya bukannya bagus sangat, Pak Cik. Saya pernah gagal subjek. Markah saya pun banyak yang sekadar lulus. Tapi Alhamdulillah, Berjaya juga saya grad, Pak Cik.”


“La, lamaranmu kutolak. Kamu tidak serius belajar, sekadar lulus cukup makan. Bagaimana kamu mahu mendidik anak-anakmu kelak?”
Bisikan sisi datang lagi, “Ayah dia sudah bekerja.”
“Jadi kamu sudah bekerja?”
“Ya Pak Cik. Saya bekerja sebagai doktor di Hospital Besar Johor Bahru. Sekarang saya intern disitu, menjadi doktor pelatih lebih kurang 2 tahun.”


“Lamaranmu kutolak. Kamu mesti akan sangat sibuk dalam 2 tahun ini. Selepas itu, entah lagi sibuk. Kamu perlu kerja keras untuk naik pangkat. Kemudian perlu sambung pakar kan? Aku takut dalam kesibukana kamu abaikan keluargamu.”
“Er, entahlah Pak Cik. Saya ini kurang mampu bersaing, kawan-kawan saya yang bukan melayu semuanya ‘top scorer’. Agak susah bagi saya menyambung pakar. Kerajaan pun terlalu selektif, susah juga sebenarnya nak dapat sambung”


“Lamaranmu tetap kutolak. Kamu nak bagi makan pakai yang seadanya saja buat anak isterimu? Takkan cukup sekadar menjadi doktor biasa dalam dalam dunia globalisasi ni. Minyak naik, inflasi meningkat tiap tahun. Kamu ini tiada added value!”


Semakin cemas, Si Perempuan kembali berbisik, “Ayah, yang penting kan dia boleh membayar maharnya. Itu telah cukup buat aku.”
“Apa mahar yang kamu rancang untuk anakku?”
“Insya Allah, sepersalinan lengkap alat solat dan senaskah Quran, Pak Cik.”


“Lamaranmu kutolak. Kami sudah ada banyak. Maaf.”
“Tapi saya siapkan juga sebentuk cincin, seutas rantai dan wang tunai RM 10 000, Pak Cik.”


“Lamaranmu kutolak. Kau pikir aku ini materialistik? Nak menukar anakku dengan wang dan emas, begitu? Maaf anak muda, itu bukan caraku.” Geram seorang ayah, raut wajahnya berubah, cuba ditenangkan puterinya.


“Dia celik komputer ayah.”
“Kamu tahu guna internet?”
“Oh iya Pak Cik. Sudah menjadi rutin harian saya pakai internet, hampir setiap masa saya online.”


“Lamaranmu kutolak. Nanti kamu cuma tahu ber’internet’ je setiap masa. Menghabiskan masa di internet dan tak terurus anak isterimu di dunia nyata.”
“Tapi saya ber’internet’ untuk check email sahaja, Pak Cik. Tidaklah sampai lupa akan tanggungjawab.”


“Lamaranmu kutolak. Jadi kamu tak ber’Facebook, ber’blog, Twitter, Youtube? Aku tak mahu ada menantu yang tidak tahu isu semasa, tak tahu cara berkomunikasi.” Si pemuda semakin hilang punca, sudah tentu dia menggunakan semua itu. Tapi bagaimana harus dinyatakan semuanya?


Terdengar suara bisikan dari sisi, “Tapi Ayah…”


“Kamu datang kesini naik apa?” “Kereta, Pak Cik.”
Menjenguk lelaki separuh abad itu keluar jendela, “Lamaranmu kutolak. Kamu nak tunjukkan yang kamu ini kaya. Bawa BMW. Itu namanya riya’. Nanti hidupmu juga bakal boros. Baru grad sudah pakai kereta mahal”


“Eh, saya cuma pinjam kereta kawan, kebetulan dia tahu saya ingin berjumpa Pak Cik jadi dia berkeras untuk hantar saya. Saya ini belum mampu beli kereta secara tunai.” Lirih lelaki muda itu pasrah, dia tahu hukum riba’ yang dijauhinya dalam pembelian kereta secara ansuran. Dia sabar menunggu reaksi lelaki dihadapannya itu.


“Lamaranmu kutolak. Nanti pun kau akan dihantar dan dijemput oleh isterimu juga? Ini namanya payah. Sememangnya anakku driver?” Semakin keras.
Si perempuan muda kembali berbisik “Ayahh..”


“Kamu rasa cukup tampan bergaya?” “Tidak Pak Cik. Biasa-biasa sahaja”


“Lamaranmu kutolak. Cermin dulu dirimu sebelum melamar anakku yang cantik ini.”
“Tapi pak cik, di kampung, sebenarnya banyak gadis yang menaruh minat dengan saya.”


“Lamaranmu kutolak. Kamu berpotensi jadi playboy. Nanti kau curang pada anakku!”


Mata si perempuan sudah mula berkaca, hampir menitis. “Ayah, tak bolehkah engkau tanyakan perihal agamanya, selain harta, pangkat dan kehebatan dirinya?” Si setengah abad menatap wajah si anak, dan berganti menatap wajah si muda yang sudah menyerah pasrah. Seakan-akan dunia akan kiamat dalam sedikit masa.


“Nak, apa adakah yang engkau hafal dari Al Qur’an dan Hadith?” Kali ini si pemuda telah benar-benar berputus asa, tidak lagi merasa mempunyai sesuatu yang berharga untuk dibanggakan. Pada soalan ini ia akan menyerah, dia benar-benar malu.


Jawabnya, “Pak Cik, dari 30 juzu’ saya cuma hafal juzuk ke-30, itupun surah lazim yang pendek-pendek sahaja. Hadith pun cuma dari Hadith Arba’in yang terpendek pula.”


Kali ini, lelaki setengah umur itu tersenyum, “Lamaranmu kuterima anak muda. Itu cukup. Kau lebih hebat dariku. Agar kau tahu sahaja, membaca Al-Quran pun, aku masih bertatih, berterabur mahraj dan tajwid.”


Mata si pemuda ikut berkaca-kaca. Allah, inilah hari yang paling bermakna buat dirinya!


p/s: bukankah semua akan indah jika berakhir happy ending? Alam tidak membenarkan semuanya =P

*****

Penulis jemputan : Ferdaus Tahar

Tak pernah jumpa secara personal (ada masa nanti kita duduk sembang-sembang dengan bal skali) dan hanya kawan di facebook semata-mata. Menuntut di Ireland dan sebab itulah dialog kat atas ini macam pengalaman peribadi je? hehe. Apa-apa pun, teruskan berblog dan sebar-sebarkanlah ilmu yang bermanfaat kepada orang ramai.


Mahu jadi penulis jemputan joegrimjow seperti akmal, adibah dah juga entry di atas ini? boleh klik sini untuk ketahuinya!


pss : mee goreng mamak, malam ini pesta kalori!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

24 comments:

et said...

kita pulak yang berdebar bace.asyik kena tolak je.betol lah kan.nak pilih jodoh, first tengok agama dia.

nice entry.suka.^^

joegrimjow said...

@et

entry best ku share
=)

bukan penggoda said...

hahahaha. mmg byk songeh btol pak mentua mcm ni.

tp, sume ayah mst nk yg trbaik kan utk anak dia.

bdw, nice entry! :)

joegrimjow said...

@bukan penggoda

mcm kite nanti lah mahukan terbaik utuk anak kite

nursarah said...

mantap flow cerita/dialog nih..

SUNGGUH! I Loike!

penulis jemputan yang hebat

Mat Gebu said...

Erkk...pstt saya ada "anak dara" sorang..amacam?..ada brann?...

joegrimjow said...

@nursarah

best kan cite ni
=)

joegrimjow said...

@Mat Gebu

haha, tu dia, datang pun. anak dara? ermm, boleh2, ekeke

Hariz said...

SubhanaAllah saya sgt kagum dengan penulisan ini.
sehinggakan menitis airmata saya
pemuda itu sangat hebat.

Tahniah. Tahniah.

New Entry Prof-Hariz
Hampa Ingat Depa Tu Hamba ka?

ishiko said...

panas dr ladang atau dari dapor......

Miss Lemonade said...

hehe
tak sangka
rakan se-PLKN Pagoh dlu.
ada bakat menulis cerita cmni

well done ferdaus~

Miss Lemonade said...
This comment has been removed by the author.
joegrimjow said...

@ishiko

dari dapo kot

bukan penggoda said...

mcm kite nanti lah mahukan terbaik utuk anak kite

KITE mahukn yg trbaik utk anak KITE? keh keh keh.

baiklah awk. ngee~

darkbatman said...

waa.. mantap ko skg tokey.. bile laa ak leh jd penulis jemputan.hehee

mama zharfan said...

hebat dan panjang lebar penulis entry ni :) berpinar2 mata me membacanya sampai ke hujung ;)

[z@ck] said...

weyh..ku tertarik dgn gmbr tu...boleh bt laki dah ko ni..jom kapel.muahahaha

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

hebat...wah rajinnyer masak...mesti sedap punyer ni...panjang tol entry jenuh nak ngabiskannye

joegrimjow said...

@bukan penggoda

erk??

joegrimjow said...

@♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥

worth baca x?

anDi said...

hekek.comel betul bapak metua camneh XD

Syiqin said...

terseksa benar..berapa kali nak kna tolak daa..
nasib happy ending^^

Anonymous said...

Entry membosankan...

hanishafizah said...

such a nice story,,nak share ekk..?? :)

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW