Share

Jom ke Gathering GengBlogger

Sticky mode
Gathering GengBlogger 2010
10hb Julai 2010


setakat ini sudah ada 65 blogger
dan juga 73 tetamu yang akan hadir!


Ada perubahan tempat disebabkan masalah teknikal
Gathering ini akan diadakan di Putrajaya Challenge Park!



Walaupun video ni banyak basikal, kita bukan nak main basikal kat sana. hehe



boleh klik bawah ni untuk download info pack




*******

Pendahuluan

Alam maya atau internet yang memberikan satu dimensi baru kepada dunia tanpa sempadan ini boleh memberi kesan positif jika diimplementasikan menggunakan platform yang betul. Bersosial di pentas realiti dari alam maya merupakan misi GengBlogger Gathering yang ingin melahirkan lebih ramai blogger yang peka dengan isu semasa dan berblog dengan cara yang betul dan sistematik.


Objektif :

1)Mengumpulkan blogger di seluruh Malaysia untuk berkumpul di dalam satu acara
2)Bersosial antara satu sama lain untuk mewujudkan masyarakat blogger sihat
3)Memberi pendedahan tentang kesan baik dan buruk platform blog kepada masyarakat
4)Menyedarkan blogger perihal kepentingan menyampaikan sesuatu informasi dengan tepat kepada masyarakat


Senarai AJK

Pengarah program
Mohd Faridzul Asyraf B Mat Arifin
Http://joegrimjow.blogspot.com

Unit diplomatik
Azhari B Azmi
http://a-y-i-e-sharing.blogspot.com

Unit pendaftaran
Saiful Adzlin B A Jalil

Unit promosi dan aktiviti
Mohd Syahirul Azfar
http://www.syahirul.com

Unit media
Azrul Hisham Mohammad
http://azrulhisham.blogspot.com

Unit sponsor
Norashikin Bt Johar
http://asfiedaimpiana.blogspot.com

Unit pengankutan
Muhammad Nor Azim B. Nor Azizi
http://azymechanical.blogspot.com



Latar belakang

'GengBlogger Gathering' merupakan satu inisiatif program yang diadakan oleh blogger-blogger di seluruh Malaysia yang berdaftar di laman web sosial gengblogger.com. Gengblogger.com merupakan satu laman web sosial yang mengumpulkan seluruh blogger di Malaysia untuk berkongsi idea dan pandangan mengenai isu-isu semasa. Ahli yang berdaftar di laman web sosial ini telah mencecah 5000 ribu dan jumlah pelawat sudah mencecah 10 000 sehari. 'GengBlogger Gathering' ini merupakan satu lagi langkah kehadapan untuk memantapkan instituisi blogger di Malaysia



Aktiviti

Nama : GengBlogger Gathering
Tarikh : 10 July 2010
Tempat : Putrajaya Challenge Park, Presint 5, Putrajaya (Rujuk lampiran 1 untuk peta)
Masa : 9 am hingga 5 pm
Tentatif :
9.00-10.00 am : Pendaftaran peserta
10.00-1.00 pm : Aktiviti luar Blogger
1.00-3.00 pm : Rehat, makan dan solat
3.00-4.00 pm : Perkongsian dari senior blogger
4.00-5.00 pm : Sesi bergambar
(Rujuk lampiran 2 untuk senarai penuh)


Peluang sponsor

Disebabkan acara ini adalah non-profit, kami mengalu-alukan kepada mana-mana pihak untuk menjadi sponsor kepada acara yang julung-julung kalinya ini. Sudah pasti pihak yang menjadi sponsor ini akan mendapat iklan percuma dari blogger blogger yang datang ke perjumpaan ini. Kami membuka kepada mana mana individu, kumpulan, syarikat swasta atau badan kerajaan untuk menjadi sponsor kepada acara ini tidak kira apa jua bentuk, makanan, material atau wang. Untuk mengetahui peluang sponsor lebih lanjut, boleh hubungi di talian 0169640972


Penutup

Diharapkan agar acara ini dapat dijalankan dengan jayanya hasil kerjasama dari pelbagai pihak.



Lampiran 1 - Peta ke Lokasi Gathering GengBlogger

1)Bagi yang menaiki kereta, boleh menggunakan peta dibawah ini (dari Putrajaya International Convention Center (PICC), boleh ikut laluan ini)




2)Jika menggunakan kemudahan awam dari Kuala Lumpur
Bas - Menaiki bas rapid KL (rujuk sini) ke Putrajaya sentral
ERL - Menaiki ERL di KL Sentral ke Putrajaya Central. RM 18 return
Di putrajaya central, akan ada perkhidmatan yang akan mengambil anda untuk ke tempat program. Sila telefon/msg ke no ini 0169640972 selewat-lewatnya pukul 11.59 malam pada 9hb 7 2010 jika mahu menggunakan perkhidmatan ini.




Lampiran 2 - Tentatif program

9.00-10.00 am :
Pendaftaran peserta
Semua peserta termasuk tetamu yang hadir dikehendaki mendaftar nama untuk tujuan dokumentasi di tempat yang akan disediakan disana. Bagi yang telah menempah dan membayar baju, boleh menuntut baju anda di meja pendaftaran dan kepada yang ingin membeli baju (1st come 1st serve), juga boleh membelinya disana.


10.00-1.00 pm :
Aktiviti luar Blogger
Blogger-blogger akan berkumpul di suatu tempat untuk tujuan ice-breaking dalam satu kumpulan besar. Selepas itu semua peserta akan membentuk 3 kumpulan kecil untuk memulakan aktiviti dalam sukaneka. Sukaneka ini sesuai untuk semua lapisan umur bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara blogger-blogger. (tiada lari-lari, tiada tension-tension, hanya FUN)


1.00-3.00 pm :
Rehat, makan dan solat
Untuk makanan, Gathering GengBlogger kali ini hanya menyediakan minuman percuma (terhad) dan sedikit makanan ringan. Untuk makanan berat, boleh membawa sendiri makanan dari rumah (pot luck) dan ada juga jualan di cafe PCP (duit sendiri). Pihak kami sangat mengalu-alukan untuk setiap blogger membawa makanan sendiri agar kemesraan lebih terasa. Ruang solat disediakan dan kain sembahyang bagi perempuan adalah tanggungjawab masing-masing.


3.00-4.00 pm :
Perkongsian dari senior blogger
Gathering GengBlogger kali ini menjemput penulis di kujie2.com (kak jie) untuk menyampaikan perkongsian bagaimana mahu berjaya di bidang blog. Perkongsian berbentuk 'sempoi' ini dilakukan secara informal dan mana-mana blogger yang ingin berkongsi, boleh gunakan kesempatan sesi ini untuk berkongsi. Akan ada juga sesi soal jawab mengenai alexa dan pagerank dari Ariffshah.com (ariff shah).


4.00-5.00 pm :
Sesi bergambar
Semua blogger akan berkumpul dan mengambil gambar kenang-kenangan.


Lampiran 3 – No untuk dihubungi

Jika berlaku sebarang masalah atau sebarang pertanyaan, boleh hubungi

joe – joegrimjow@gmail.com (0169640972)


*******
Tema sebenarnya ku ambil dari program SMSA dulu
haha, implemen kat gathering ni, mesti jadi punya!


Disini akan diupdate blogger yang telah membuat promosi di blog masing masing
ada lagi yang tertinggal? jangan lupa tinggal link di ruangan komen


http://www.ieyra.com/2010/07/kad-jemputan-ke-gathering-gengblogger.html

http://www.broframestone.com/2010/07/gathering-geng-blogger-2010-putrajaya/

http://syahirul.com/jemputan-ke-gathering-gb/

http://lapinkyery.blogspot.com/2010/07/gatheting-gengblogger-2010-di-putrajaya.html

http://hazzysuperb.blogspot.com/2010/07/sesiapa-nak-join-gathering-gengblogger.html


http://azrulhisham.blogspot.com/2010/07/mari-berjimba-jimba-dekat-gathering.html

http://quirkybutterfly.blogspot.com/2010/07/gathering-geng-blogger.html


http://raafixaziz.blogspot.com/2010/07/gathering-gengblogger-are-you-going.html


http://www.kakinakl.com/2010/07/jomlah-join-gathering-geng-blogger.html

http://mohdsukuribrahim.blogspot.com/2010/07/promosi-gathering-gengblogger-di.html

http://nurhidayahyahya.blogspot.com/2010/07/gathering-geng-blogger.html


http://www.kujie2.com/blogger/gengblogger-gathering-face-my-fears.html

http://www.khaizarien.com/2010/07/gathering-geng-blogger/



ada lagi?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

64 ulasan:

Farah berkata...

Okay , bunyi macam seronok sangat ! :)

Tapi , sayangnya , macam tak boleh pergi je . Ada class petang . Lagipun , tak tahu la tempat tu kat mana . Kalau suruh ayah hantar , mesti ayah bising sikit sebab ayah saya pun tak tahu tempat tu kat mana .

Ada perkongsian dari senior blogger lagi . Dengan Kak Jie pulak tu . Seronoknya . Dah tu , ada Arifffshah lagi .

Memang tak de rezeki betul la -___-

joegrimjow berkata...

hoho, rugi2
;)

Farah berkata...

Memang rugi la kot . Ye , sangat rugi T___T

Tapi kan , bila tengok balik peta tu , dah tahu la temapt tu kat mana . Pernah lalu kot .

Unknown berkata...

salam joe..oooo camtu kena tukar tak banner tu..ataupun mskkan N3 ni ajer

fahmi ibrahim berkata...

Ah!.. Dunia memang tak adil... tak leh join pulak...

ISZA berkata...

salam joe,
best jer rasanya.. sayang akak tak dapat join.. dtg seorang tapi berdua.. :)

semoga happy kat sana nanti..

Unknown berkata...

ok dah promo
heeehe

http://lapinkyery.blogspot.com/2010/07/gatheting-gengblogger-2010-di-putrajaya.html

Ummi Aini berkata...

mcm best jer..jauh nk p putrajya dr jhr...pa2 good luck semua...

Usagi berkata...

Saya nak join.
Tapi saya baru je join GB.
Boleh lagi ke?

Kujie berkata...

alamak Joe... dah keluar nama kak jie

rasa mcm nak naik ERL je..sebab tak pernah naik pun sebelum ni

farhanaDr berkata...

Haih.. Apa boleh kate.. Rugi sape tak join.. *dituju untuk diri sndiri*

Tanpa Nama berkata...

sume2 owg bley join ke joe???

Tanpa Nama berkata...

sume2 owg bley join ke joe???

rhapsody LiN berkata...

semangat nk g tp tgh pening xde org nk teman g sana nnti.. huhu. tket ke kl smua dh beli. -_-"

joegrimjow berkata...

hehe, kak jie kena pegi jugak ni, dah terpaksa, huhu

joegrimjow berkata...

lin, ramai je yg akan datang, dapat kawan ramai r pasni ;)

joegrimjow berkata...

usagi, boleh2, datang je

Tanpa Nama berkata...

errmmm...

luth textile berkata...

sapa senior blogger tu? kau ke?

joegrimjow berkata...

nape farra?

syahirul berkata...

faham... erm tukar tempat lak eh... hope aku taw la tempat tu kt mana :P

joegrimjow berkata...

ada kat atas tu, kak jie

Atika Ramlan berkata...

mula2 dah register nak gi masa 17hb. suddenly tukar pulak tarikh...hmmm..sbb dkt je dgn my puchong hse.10hb wedding sis,so xdapek la nak gi

Hazzy Ishak berkata...

dah promote kat blog about this gathering.

http://hazzysuperb.blogspot.com/2010/07/sesiapa-nak-join-gathering-gengblogger.html

attyfir berkata...

alor kty tak dpt nak join ..sbb aritu kty pegi melaka ..kalau tak ..mesti kty dah join ..huhuhuuh..

Azrul Hisham berkata...

bro..dah promote kat blog aku pasal gathering ni..

http://azrulhisham.blogspot.com/2010/07/mari-berjimba-jimba-dekat-gathering.html

Shahada Fauzi berkata...

macam best je eh??tapi ku tak dapat pergi..jauh la sangat2 tu..ku di penang ni ha..huk3..lagipun masa tu my sis nak bersalin..memang la tak dpat pergi..owh..takde rezeki nampaknye nak berkenal kenalan secara temu muka dengan geng2 blogger yang lain dr GB..

FeezMior berkata...

I dah confirmkn kehadiran.. tp kalau kena balik awl boleh ke? actually hr tu kena kerja laa T__T so, kalau tak msuk pagi, kena msuk petang.. hmmm

joegrimjow berkata...

feez, ok je, yg pentg bleh jumpa
;)
tp sayang r sbb sesi petang ada sesi sharing from blogger

RaafikJahat berkata...

tak lari kot Joe, sebab semua sayang Batman. hahaha.

Mah@mahu berkata...

i salah seorang blogger yg akan ada sana bersama kawn so nak sgt jumpa pengurus gengblogger ni ok..

kella berkata...

nak pergi.. tapi segan dan malu..

velasrizal berkata...

wow.. slalu ke korg wat gathering ni..

Jom Berkelah Di Teluk Cempedak

joegrimjow berkata...

hehe, jgn malu2, jumpa sana semuaa
;)

FeeQ berkata...

Nak Ikut...but got wedding need attend kat bangi... *cry*

noorafzan.blogspot.com berkata...

aduh..
2 hari lepas mmmg semangat nak update pasal gathering ni.
Tapi bila jadi something semalam dah saya luahkan di blog ini
http://noorafzan.wordpress.com/2010/07/07/sometimes-i-feel-so-depress/

saya kena pikir 18 kali pula.
huhu~

etomyam berkata...

menarik tu, tapi rasa macam ada program la pulak, dari pagi membawa ke malam huhu

nosembilanbelas berkata...

syok nya..tapi tak pasti lak..mak dah kuar wad ke belum masa tue

Rina Lia (◕‿◕)✿ berkata...

em..rina kan..isi borang tapi belum tntu lagi ni nak g ke tak..

sebab takde teman lagi

so kalau rina tak pegi, sori tau

^^

joegrimjow berkata...

klu sempat, datang
;)

noorafzan.blogspot.com berkata...

baikkk=)

Mohd Sukur Ibrahim berkata...

http://mohdsukuribrahim.blogspot.com/

~(*v*)~ily~(^v^)~ berkata...

if bukan gengblogger cmne?bole intai2 ke? :)

Unknown berkata...

akak dah buat N3 dah yer hari ni

http://www.kakinakl.com/2010/07/jomlah-join-gathering-geng-blogger.html

Sharinginfoz berkata...

selamat bergathering ya.......

Iron Baby

Unknown berkata...

uish,
kalau dekat nak jugak join,
tapi apakan daya,
saya jauh diperantauan,
huk huk huk

"Selamat Bergathering"

ainhany berkata...

salam..mcm best jeee
tapi syg tak dapat join pulak...ada kematian di kmpng....semuga input dan hasil perjumpaan dapat dikongsikan lagi....selamr hendaknya!!!

Kujie berkata...

http://www.kujie2.com/blogger/gengblogger-gathering-face-my-fears.html

Joe. ini entri kak jie, harap2 blogger yg pergi nanti faham situasi tahap kesihatan kak jie..jgn lepas tu balik keluar post entri cakap sombong pula..:p

Khairunnisa' berkata...

You guys have fun, ya! =)

http://ohmonstar.blogspot.com

pilotHans berkata...

hi.br jer join a few days ago..mcm menarik..masih open ke? ada ape2 syarat ke..

Khaizarien berkata...

link dr blog atie ..... hope esok boleh mengeratkan lagi hubungan alam maya nie ;D

http://www.khaizarien.com/2010/07/gathering-geng-blogger/

Khaizarien @ atie Blog

Unknown berkata...

Wah! Best sungguh.. Tapi tak berkesempatan untuk mengikuti. Ikut dari alam maya je lah. :)

Hassanah R.A.S.A. berkata...

wah basikal!
dh lame tak naik basikal
hehe

faizalnizam berkata...

hajat di hati nak pergi jugak.. tp macam2 plak aral melintang.. selamat bergembira kepada blogger2 yang akan hadiri gathering tu.

CIKGU NAMAN berkata...

joe..kawe esok kena gi sekolah..tengahari baru habis..

boleh join untuk tengahari ko?

Munsyi berkata...

sori joe. xdpt nk join. ada kenduri sok ngan report xsiap lg. semoga semua bjalan lancar. =)

Unknown berkata...

hanya mampu melihat.. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa menci!
Joe, jangan lupa kim salam sayang untuk semua yg kenal aku.. lalala bajet dikenali jap.. klu dapat peluk cium pun ok. didahului dengan ahli ajk tu. hurm hurrm.. haha

intanurulfateha berkata...

.joe, i nk g lahh
.last minute planning
.tp cmne ek?
.nk kene bwk pape ke?

chapter 18 berkata...

fuhh, best gilaa tp kaki tk sampai nak pi tempat jauh

Unknown berkata...

aduhla...bestnyer kalau dpt join...tp apakan daya...

nabilpotter berkata...

http://nabil-potter.blogspot.com/2010/07/gathering-geng-blogger-2010-update.html

joe, baju ak nanti ada org amikkan..

Ruzana Shaliza Shashah berkata...

ary tuh xdpt pegi . sbb ade hal sgt2 . exam . nxt tyme ade lg x gthering ni ?

Admin berkata...

dapat tahu acara nipun dah lambat. lagi sehari nak mula, baru dapat tahu. Jadual keje pula penuh. Klu x blh setting awal2... lepas dah mcm tu, terus je daftar GB. Lain kali blh dpt tahu apa2 cerita... :-)

@taufiqhelios berkata...

alaaaaa..nak pegi sangat...uma dekat je dgn tempat tuh..tapi tataw....hmmm..next gathering bila plak??nk pegi..hehe

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW