Share

Memori buah katak puru

tadi sempat berbual dengan spupu aku yang nak kawen tu. ya, dia masih 'botol' seperti dulu. walaupun dah pukul 1 pagi aku call (pukul 9 waktu malaysia) tapi masih lagi mampu ketawa terdekah dekah


'samekoooooom'

'waalaikumussalam, sapo ni?'



'joe. hehe'

'ooh, ore jauh call kito ni'



'na, bakpo nok nikoh tok tunggu joe kelik dulu?'

'cik abe tok tehe doh'



'cik abe tok tehe ko, na tok tehe?'

'ermm, duo duo kot'



'haha, gelenya!'

'aloh joe, kito bukenyo mudo doh. keno nikoh cepak cepak'



'hishh, mudo lagi la 22 ni'

'takpo la, nikoh awal awal, sedak sikit'


'sedak ko nikoh awal?'

'mesti la, lonih pun duk bedeba ni'



'bedeba bakpo?'

'male ni la. bedeba duk sbilik dengan cik abe. hakhakhak'



tehe=tahan
sedak=sedap
bedeba=berdebar, gugup


memang kalau berbual dengan spupu aku sorang ni, entah merapu meraban perbualannya. banyak lagi perbualan cencored. tak boleh cerita.
aku nak tanya, orang nak kawin ni kan, memang percakapan dieorang agak 'lusyah' ek?


~~~~~


tadi masa main PES 2010, entah macam mana terlintas dengan buah katak pughu. ok ok, sebenarnya aku tak tahu nama bukunya apa, cuma aku panggil dengan gelaran katok pughu. terus aku tanya housemate aku pasal buah ni. dia cakap tak pernah tahu dan dengar pun. jadi apa lagi, terus google. dan inilah hasilnya


buah karak puru : ihsan google



dulu ada pokok buah ni dibelakang rumah aku. memang agak lama jugak. buah katak puru ini sebenarnya memang sedap. rasanya yang agak kelat kelat manis begitu memang sesuai untuk dibuat jeruk. dulu memang kebiasaan kak moh membuat jeruk buah kata puru


hodoh namanya?


entah, aku pun rasa hodoh jugak nama tu. haha. tapi sebab dah berzaman di panggil dan aku pun tidak tahu asalnya dari mana, mungkin permukaan kulitnya yang seakan katak (apakah??) membuat orang panggilnya buah katak puru


memori katak puru


kami 7 beradik memang suka bermain di bawah pokok ni. aku ingat lagi, usia aku ketika itu baru cecah 5-6 tahun, memang kalau nak bermesra mesra dengan adik beradik yang lain, bawah pokok inilah kami main bersama. ye, hubungan kami bertujuh agak rapat walaupun jarak antara sulong dengan aku cecah 14 tahun


pernah satu ketika, ketika kami bermaian main di bawah pokok ini, ada satu ejekan dari abangku yang membuat aku merajuk. maklumlah, anak bongsu, merajuk adalah sifat yang tidak dapat dielakkan (hehe) jadi, selesai bermain main, terus aku panjat pokok itu dan stay kat atas pokok itu untuk satu jangka masa yang lama


abang aku yang perhatikan perubahan aku itu, tanpa memujuk terus berkata


'ore duk atah pokok katok pughu ni, kalu duk lamo lamo, dio akan jadi katok pughu. onggg onggg'
(orang yang panjat pokok katak puru ni, kalau panjat lama2, dia akan jadi seekor katak puru, ongg ongg')


terus dia naik atas rumah
aku yang jahil 5 tahun
bertahan untuk tidak pedulikan kata katanya
sungguh egokan?



10 minit kemudian


aku lihat ada seekor katak di bawah pokok itu
adakah benar apa yang abang aku cakapkan?
terus aku turun sebab takut



sampai sekarang....
adakah benar apa yang abng aku cakap tu?
adakah ia hanyalah satu kebetulan....?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

35 comments:

Nur Su'aidah Bachok said...

hahahahaha !! gurauan abg2 kepada adiknya je tuh.... ;D

wah! directnya sepupu hang.. mak eh, aku yg malooo bacenye.. ishh ! >_<

AtIrAh said...

frog puru-puru fruit.. :)

joegrimjow said...

serius ada ke?
huhu

SwEetForEst said...

hehe..

xpnah plak tau pasal buah nieyh..

^___^

joegrimjow said...

skrg da tau kan?
heheee

Nur Su'aidah Bachok said...

serius xde !! kebetulan katak tu muncul kt bwh tu.. hahaha

wanie_cmi said...

buah nanam kot....
tu pun kalau tak salah la..

dulu masa kecik2 suka gi main kat hutan belakang umah jiran..ada pokok nanam tu..kitorang selalu la curik2 makan..huhu..
tapi tak le besar2 tu buahnyer..
kecik2..kemot pekpot..

ehheehee...

jom tukar2 citer dengan xchange link..

http://dalia2cute.blogspot.com/

Frodo Baggins said...

wooohooo
seyes aku x pnh jmpa natang ni!
hahahahha ...
kalau stay lama
wa rasa mmg cnfrm jadi katak!



hail raja katak!!



kazen lu cool ...

ezzati said...

sukeee katak puru tu sedaplaa mkn colekk...

22 dh x muda???haha..aku ni apa kalo gitu..

laila said...

mcm pnh tgk ja buah ni

laila said...

joe, aku dah lupa la cemana nk letak view tu
tp aku cr kt tmpt tutorial ja

putra said...

kakak aku sangat suka buah ini..setiap kali kitaorg balik kampung kt kelantan mesti kakak aku akan amik dan makan ngn garam..best..ada nama lain dalam bahasa melayu tapi aku lupa..

zaiMi said...

woh kecek lucoh. wahaha
buoh katok puru adolah buoh hk paling sedak di dunio. kalu cicoh colek gak brenjo la air liur jawabnyo. haha

hasni said...

saya pernah duk kelantn dua thn
memg suka buah katak puru ni
wlaau pon mukanya hdih
tp rsnya umphhh!

joegrimjow said...

mmg sedap kan?
TERINGAT lagi kesedapan die
hehe

.:fifi:. said...

weyh..buah nie mmg sedap..
huhu
terliur doe

cik EPAL said...

gurauan yang kegaruan. tak tahu la sebanarnya gurau ke tak :D

alvin takda rumah harga 8juta story.... said...

weyhh...
ini buah kegemaran frodo..


gua rasa lucah tak kira masa..

hans said...

buah apa nih?
adoi
hilang selera makan aku

azlina aziz said...

kalau tak buat entri ni, confirm sy dah lupakan buah ni.

ingat2 lupa nama buah ni. nam2 ke nanam ke ntah apa ek.

tapi siyes sedapppp gilerrrr. ada rasa masam, ada rasa manis. cecah plak ngan garam....fuhhhh!!!!! kecur air liur.

cikgu isza said...

lor.. pertama kali nengok buah tu.. naseb baik akak x ngidam dik.. kena sumpah erk!! tapi.. rasanya kan mungkin nama buah tu asalnya dari katak puru yang suka duduk kat pokok tu.. tu pasalnya joe nampak katak d cni.. naseb baik tak masuk baju :D

Kamsiah said...

kakakaka..katok puru mmg huduh...tp buah katok puru mmg sedap..hak masak kuning tu

Syima Boyd said...

tak benar tu joe...

well, btl tau...org yg nak kawin selalu ckp cam lunc..skit.heheh tp lelaki lah..pompuan malu2 skit...

LIEZ. said...

hahahaha..
lawak jgk abg kamuu 2..
buley wat cite d0ngeng kart tv3..

sedap tak buah 2?
buah 2 xde jual p0wn kart sini..

Mimpi said...

Saje abang nak perli kau tu.

Nak claim hadiah tpi time ym on, joe plak tak on.
aiyo~

enyheartsdiamond said...

kalau buah tu ditukarkan kepada nama lain, eny pasti suka! :)

hahaha..gurauan abg u lawak lah! :D

y@n@ M!B said...

hehe kazen jo gurau2 cemtu sbb nk ks ilang debar kut..;p

joegrimjow said...

kawin mesti bedebar kan?
hehe
bagus2

MyaFiza said...

dah lama x makan buah katak puru. dari kecik mmg panggil buah ni dgn nama katak puru.hehe.. ada ke nama komersial yg lain?

Lifesaver said...

tgk buah tu macam geli je

aBoi said...

first tengok dan dengar...

aku dari dunia mana nih??

hati - ema said...

ni buah NAM - NAM laaaa.
Sedap..masam2 manis

Qieyld {taken by} aQeem said...

hak3...
buah katak puru yew..
ummpp... lau tmpt ktorg.. pgil buah nam nam...
x tau la napew name dia nam nam bkn tujuh tujuh kew lapan lapan...
qill x bpew suke sb rse dia kelat + masam.. huhu.. dh lme x jmpe dh buah nie...

oRKeD uNGu said...

yup2 nie buah namnam.. buah ni kat umah nenek je dpt jumpe.. ntah ade lg ntah idak.. rse die blh la.. if cicah ngn gula+kicap lg best!

Jαnnαhツ said...

wah, buah katak puru. memang sedap. lama da x jumpa. wuhu...

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW