Share

kotex dan tidur selepas subuh


5.19 pagi


apakah??? ni kali pertama aku menaip entry seawal pagi macam ni. buat apa? tak tidurkah? tidak tidak. sudah tidurinnya. cuma sudah terjaga. subuh pun sudah solat. cuma kali ni nak bincang tidur selepas subuh, adakah masih tidak relevan? nanti kita sama sama bincang kan.


sebenarnya tadi tidur kat masjid, sebab tu boleh bangun berjemaah subuh walaupun angkat takbir pukul 4.41 pagi. semalam ada program anjuran satu jemaah. menarik. tak sangka ada lagi jemaah islam yang perjuangkan bangsa antara sebagai medium yang dirasakan berkesan. dengan mengaitkan pemikiran hasan albanna, rasanya ustaz dari cairo tu menyampaikan dengan berkesan


pendapat peribadi?


memang aku tak nampak akan releven perjuangkan islam melalui nusa dan bangsa. hehe. rilex rilex. itu pendapat peribadi. kenapa? hampir 53 tahun kita merdeka, aku rasa bangsa melayu sendiri lebih berat kepada 'layu' dari 'kuat' nak kata kerajaan tak bangunkan islam, dengan perkenalan konsep islam hadhari, islam ni islam tu, ada la kan? last last, bangsa kita sendiri jauh dengan agamanya. sebab tu rasa perjuangan bangsa untuk memartabatkan bangsa ni dah kisah lama dan kita perlu cari formula lain untuk menjadikannya lebih berkesan



ustaz tu pun sampaikan pemikiran hasan albanna terlalu kecik skopnya. errk, sebab aku ni ada hampir hampir khatam (tak sempat khatam buku dah hilang, macam mana tu?) satu buku mengenai hidup hasan albanna, konsep bangsa takde pulak ditekankan sangat. jadi kurang 'manis' kalau kita ambil yang sedikit dan jadikan dia besar sebagai dalil perjuangan kita. macam mana pula dengan konsep penekanan akidah? ibadah? politik? tsaqofah? keperibadian hassan albanna sendiri. haha, banyak banyak. macam lah aku ni otai sangat!


semua negatif je, mana positif? hehe. banyak. biasalah, nak perbaiki diri, kena cite yang negatif je kan? ok, sebut pasal satu positif ni, ustaz tu ada bagi pembentangan pasal semangat nasionalisme atas dasar akidah. ermm. ok. setuju sebab ada akidah. kalau kita perjuangkan bangsa sebab agama, insyaAllah, ada kuasa besar yang menolong!


ada point menarik yang disampaikan, macam mana islam masuk di melaka. memang tidak dinafikan melalui pedagang. tapi ustaz tu tak cite pulak melalui perkahwinan sultan melaka. yang buatkan islam diterima di melaka disebabkan sultan memeluk islam. bila sultan (analogi kepada pemerintah) peluk islam, banyak penduduk lain yang peluk islam sama. sebab tu nak tak nak, kuasa pemerintah kita kena ada



tidak bersetujukah?


siapa aku untuk tidak bersetuju. tu hanya pendapat semata mata. tidak bersetuju takpe, jangan duk bergaduh tegakkan aku betul ko salah. kalau bergaduh, sampai bila bilalah islam akan terus mundur dinegara kita. apa apa pun, terima kasih kat ustaz yang datang jauh dari cairo untuk sampaikan ilmu kepada kami. tahun depan datang la lagi. tanya soalan? sebab segan, cerita kat blog je la. kot kot ustaz tu baca blog ni kan. dia boleh jawab. hehehe

bergambar dengan ustaz


mak oi, lari tajuk betul! sebab tajuk ada 2, kita cerita satu persatu la.


~~~~


kotex


entah macam mana buka email tadi, ada satu email dihantar oleh pihak kotex kepada aku. apa kaitan aku dengan kotex? aku pun tak tahu. haiyaa. cuba baca ni. klik untuk tumbesaran yang lebih besar



yang tak boleh blah, hi mohd faridzul. hahaha. klik kat website ni, wah, banyak benda yang menarik. cuba klik kat sini dan pergi kepada mitos, banyak mitos mitos yang menarik pasal perempuan. akak akak abang abang yang nak baca lebih, boleh la klik klik ya. selamat membaca. yang perempuan terutamanya, jangan i tahu pasal diri badan gadis lebih daru uolls sudah la ya. hehe



~~~~~

kapal terbang jatuh (apsal yang ni macam takde dalam tajuk je ni?)





pasal video

ni video amator yang diambil. rasanya fresh lagi ni. tapi kat youtube dah view 3 ribu lebih lagi. apa yang lawaknya, 'pengacara' yang mengomen di video ni. boleh dengar sendiri. semalam ingat video ni video lucu ke apa, tapi memang video benar. video ni semasa konvo di uum. ayat yang tak boleh blah langsung. 'kita masuk melodi la' walaupun lucu. takziah kepada keluarga mejar yang membawa pesawat ini


komen aku

1) ajal maut di tangan Allah. berdoalah supaya kita mati dengan iman dan taqwa

2) bawalah camcorder ke mana mana. boleh jadi glamer. video ni masuk buletin utama semalam. hehe



~~~~~


tidur selepas subuh

pukul 4.56 pagi waktu sheffield


minta maaflah gambar blur. mungkinkah masa ni tengah berlari sebab takut? hahaha. ok, apa yang nak ditunjukkan adalah walaupun baru pukul 5 pagi, tapi dah nampak sikit2 kecerahan dia. sekarang ni subuh 4.11 pagi dah masuk, syuruk pulak 5.30 pagi. awal kan?


kalau sembahyang subuh lepas tu tak tidur balik, ok ke?


sekarang ni ok lagi. nanti subuh akan masuk seawal 2stengah. haaaaa, masa ni entah macam mana baru sesuai. macam tahun lepas, apa yang aku buat. memang tidur lepas subuh. maksudnya berjaga sampai subuh masuk, lebih kurang 2 stengah gitu, subuh masuk, sembahyang, lepas tu tidur. gigih tak?


kena ubah


lepas subuh, aku tidur balik macam biasa. tapi sebab badan aku ni masih badan baby yang kena tidur 8 jam sehari, mana cukup! kali ni nak kena ubah. masuk isya, sembahyang, lepas tu terus tidur. hehe. bangun pukul 2 stengah, sembahyang apa apa, baru sambung study (ace ce ce, study tu) dan ada masa lagi, tidur kalau nak tidur pun. erkk, ok ke?


terkenangkan malaysia


best duduk di malaysia kan. takde perubahan masa yang teruk teruk macam ni. subuh maintain je pukul 6 gitu. ubah pun, sikit sikit je. mungkin sebab tu kita manja sikit? haha. tak tahu. senang senang pun masih ada yang subuh gajah. opssss. ada yang terasa?

;-)



psss : tahukah anda hari kiamat adalah hari jumaat?


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

38 comments:

chics said...

Hahah tak pepasal jadi ahli kelab kotex.Dapat keistimewaan tuuu

joegrimjow said...

mungkin boleh jadi ceo die lepas ni?
;)

YanTzYanTtiE said...

takziah
sumpah sedih tgk berita ni semalam..
btw, i klik ur nuff joe.. maxis n era

.::WaNiE::. said...

tau :D

eii video uum tu sedih laaa :( sbb meninggalkan pilot tu

milimilo said...

awalnye subuh 2.30 am..memang peluang nak terlajak tu tinggi..ish la..ku xminat kotex tp ku pn ahli gak sbb die byk info..huhu

Mr PenyuBiru said...

ko ahli kotex?? ahli kotex kena pakai bende tu kan.hik3..

green said...

takziah pd family die..

joegrimjow said...

xperlu xperlu
dapat maklumat je
haha

Hazzy Ishak said...

bagus untuk bakal bini en joe nanti
ahaks

Zumie said...

kesian tgk kapal tu jatuh:(

joegrimjow said...

yg pandu tu mejar lagi pangkatnya

+akufobia+ said...

takpe.DIA lebih sayang.

Arra JaSmY said...

haha..tu la suka buat pelik2 kan dah masuk kelab kotex dah..lpas nih join carefree lak ea.erkkk.

Yup..pndapat yg bernas.:)

zaizax said...

haha lawak la, joe dpt emel dari kotex, penah register membership kotex ka ?

al-fatehah utk arwah

+akufobia+ said...

tu ustaz suhail ke suhaib?kirim salam iqbal.lalala.

kasmin said...

ni mesti ada register kotex punya membership ni.. klo tak register, takkan la kotex punya compny buat spam dlm melbox ko joe.. hahha...

joegrimjow said...

suhail kot
hehe

kasmin, xtau r, mungkin gak dieorg spam
hehe

ciK LyndaWawa igUana said...

sejak bile kamu jadi perempuan ...jadi ahli kelab kotex?wakakaka

nursarah said...

heheheheheheheheeheheehehe,

(gelak sindiran tuk kotex, :p)

Jard The Great said...

yg ramai2 dlm gmbr tu seme tido dlm masjid ke? ehehe..

ustaz dari cairo nk perjuangkan bangsa ape ek? melayu gak ke?

PS: ahli kotex dpt bekalan kotex secara percuma tak? bak mai skit kat aku.. ehehehe

LIEZ. said...

1st : u ade bg url bl0g u x kart uztad 2?
klau ade, mayb dye akn bace dgn trsnym pjg.

2nd : hahaha.. slalu beli k0tex kew br0??

3rd : akn ku bawa camcorder lps ny utk tnjk video kpl terbang kertas jth.

FarhanaDr said...

Hang badan baby ye? Hik hik.. Ku juge kena tidur 8 jam.. Kalau tak, jadi zombie.. Huhu..


Ye betul tu.. Kita semakin manja.. Ooopsss.. Ku terase ke? Hehehe..

lizz said...

bagus btol ko joe. amik tau pasal pompuan. wahahaha

alvin takda rumah harga 8juta story.... said...

bro..gua baca entri nih dari mula sampai la abis..
cuma gua nak bagitau..
gua teringain nak tido lepas subuh..tapi mak gua tak bagi..sbb gua kena g market!!

joegrimjow said...

jard, haah, xkan bangsa lain kot. sokong perjuangan tu tp cam xkena dengan keadaan skrg

bese la amek tau pasal pompuan
erkk, salah ke? hehe

citrus pink girl said...

aku bukan badan baby le nampaknya...tidur sehari 4 jam je haha...tapi kadang3 terlebih-lebih pulak..

Azuan said...

aku tidur sat je huhuu

hans said...

ko daftar jadi ahli kotex ker?

shinawawa eyenie said...

dah bca..leh tmbhkan pengalaman+ilmu mengenai diri sendiri

cikgu isza said...

salam,
datang nak bagi award ni :)

F I T said...

wah macam cerita ada..dari kotex sampai ke cerita subuh hehe a'ah bertuah dok malaysia..masa solat pun tak byk berubah :)

eyriqazz said...

hak3..camne ble jadi member kotex ni pulak?hik3..mesti awek yg tolong registerkan ni

joegrimjow said...

benda tu yg buat ku jeles
;)

hid said...

tau, subuh gajah jgn di buat.
waw thanks for sharing.. jd ahli kotex trus jo ~

takziah kat pjuang jet yg terjatuh. sian..

enyheartsdiamond said...

kotex style best! :p

aduka said...

ko pkai kotex ke joe?
:P

-И α Ě ɨ Ľ α- said...

woh. salam..^^
first time nk komen..

erm, org yg rakam nih berlari2..
tp video x habis la..

cmner keadaan si mangsa??
saya x tgk brite pulak..

*******

makin lame subuh dah sampai kol 3pg..

lemon said...

tau tak..
i ada time kapal terbang tue jatuh.
cepat2 i lari pergi tengok
peliknya..mangsa bberapa meter jer dri kapal tue but amik masa sejam untuk jmpa..
btw..takziah untuk fmily arwah..:(((

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW