Share

update!!-Uitm machang

Skrg lat uitm machang

Ada brite menarik nak diceritakan

Nanti balik update


~~~~

ok, berita baik adalah ku gembira

sebab?

ramai student kat sana cantik-cantik woooh

indah sungguh suasana

ok, dah

terima kasih menunggu

lalala~

~~~~~~


permainan hidup



teringat lagi masa di matrx mlaka dulu, ku pernah wakili kolej untuk program anak angkat di kedah. 20 lebih kot wakil dari setiap koleh matrikulasi ditempatkan ke setiap rumah keluarga angkat


bagiku itu satu perjalanan yang baik, yang mana ku tak pernah ada keluarga angkat sebelum ini. inilah masanya diriku berpeluang mempunyai keluarga angkat. best atau tidak, kene alaminya sendiri dahulu


merancang aktiviti


5 hari di rumah keluarga angkat, ku ditempatkan di kampung parit teropong (ingat lagi nama kampung tu!) bersama rakan-rakan yang lain. sebab lama sangat di kampung, kami anak-anak angkat berbincang untuk adakan aktiviti untuk anak-anak kampung disana


pelbagai aktiviti kami rancang dan paling penting, setiap aktiviti yang kami lakukan mestilah mempunyai peraturannya yang tersendiri. dengan peraturan segala aktiviti akan berjalan dengan lancar dan tanpa gangguan


rules


setiap permainan mempunyai peraturan. kalau kita memahami peraturan setiap permainan, permainan itu akan menjadi lebih seronok sebabnya kita faham akan peraturannya. contoh?


bola keranjang


memang sukan ini kurang popular di kalangan masyarakat melayu berbanding cina. dulu ku memang tak minat, tapi disebabkan menonton 'slam dunk' ku belajar istilah, 3 second, 3 point, slam dunk, dunk, running dan macam-macam lagi. bila mahu belajar lebih, macam seronok pulak


dengan memahami peraturan permainan bola keranjang, ku mula meminati sukan ini dan menjadi hobi kepadaku. bermain di petang hari bersama rakan yang lain. memang kenangan terindah


itu sebagai contoh.


banyak permainan yang kita tak rasa seronok bermain, sebabnya kita tak tahu akan peraturan. dulu ku main hoki, hanya pukul-pukul dengan kayu hoki, keesokkannya, dah tak mahu main. sebabnya tak tahu apa yang ku main. sudah sudah, pasukan ku kalah. tak best!


cuba kita faham akan peraturan, pasti game itu akan menjadi lebih seronok!


percaturan hidup


ku hanya beranalogi sebentar tadi, sebenarnya mahu bercerita pasal permainan hidup. sedar atau tidak, hidup kita juga ibarat permainan, yang mana mempunyai peraturan atau 'rules' yang tersendiri.


yang membezakan ku dengan yang berjaya sekarang, mereka faham akan peraturan hidup, dan ku masih lagi dalam proses mahu memahami peraturan permainan kehidupan ini. jika benar-benatr faham, tak mustahil ku juga boleh berjaya


rajin itu perkara luar biasa, malas adalah perkara biasa


ini adalah salah satu rules hidup. sudah pasti yang luar biasa akan berjaya dan yang biasa, berjaya pun mengambil masa yang lama untuk berjaya. senangkan kalau kita benar-benar faham akan permainan ini, faham akan selok belok peraturan permainan ini.


banyak definisi rajin sebenarnya, itu tertakluk kepada individu masing-masing. yang perlu tahu, kalau rajin, sudah pasti kejayaan yang akan diperoleh. jadi boleh tak kita salahkan takdir kenapa aku tidak berjaya? tak boleh, nehi mehebubba!


rasanya panjang pulak menulis. entahlah, kebelakangan ini rajin pulak tanganku menaip. mungkin ada satu petanda? entah la.... harap-harap lain kali kalau diri ku membaca entry ini, ia memberi semangat kepadaku


semangat untuk terus menjadi rajin


faham akan peraturan kehidupan ini


seterusnya mengukir sebuah kejayaan


nota kaki : entry di tulis diwaktu happy, jadi panjang la pulak

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

40 comments:

Eyda Chan said...

lama x singgah cni.. pa kabar bro??? mcm byk ceta menarik laik ni kan.. bha update la.. ble gak isi2 masa lapang ku membaca d cni..

[yAN!e][pUTraJAya] said...

tgh sabar menanti citer dari mu

lalalala

kuIna LadyInRed said...

pakai topeng nanti kena virus...

uitm permatang pauh pun dah di2tup seketika dah..

Hazzy Ishak said...

kes H1N1 ke?

ZARA 札拉 said...

awat gi area2 klate je Joe..moh datang selatan le~

Krasz bAtu said...

uikkss kena tunggu la yer

nURmALa mAZLan said...

cepat balik dan update
ehehehehe

mr.syazwan said...

apa la dia tu
jgn kata uitm machang cuti seminggu sbb h1n1 sudah la...
huhuhu

+akufobia+ said...

ok.ditunggu.

sharamli said...

g mache dem0

blackskin said...

x sabar nk baca. ;p

hanim banim said...

ku di uitm machang juga td. ade ape disana?

Jard The Great said...

ooo pendeknya!

joegrimjow said...

gune yg ni je la

Nazra~ said...

jenuh la mkn buah machang ye..

p/s : hana yori dango blh didapati di www.mysoju.com

have fun ^_^

Ivy Metaga said...

wokey tgu cerita seterusnya...

atty's said...

amboi jumpa awek lawa happy ..eh .

<< s| tED| >> said...

entry kamu panjang dan aku baca. tapi aku cuma nak komen yang ini...

kamu dulu di matrix melaka ya?
tapi kenapa kamu tidak sebut matrix londang!! ha ha ha ha..

aku selalu perhatikan sesiap2 pun mesti taip matrix melaka. aku usik seorang kawan aku pasal ini, dia beritahu aku bukan tak mahu taip.. nanti org yang tak tahu akan ingat dia salah eja. Nak eja london tereja londang!! hik hik hik..

ini memang tidak lawak. harap kamu hanya tersenyum saja.

misz beauty said...

cuci mata eh... ceth!!!! ;-p

joegrimjow said...

mtrx tu memang nama mtrx mlaka

bukan nama mtrx londang

Boo™ said...

tahu ngak,boo student uitm machang.
ta nmpk pon joe dtg.
hehe~
try nais kukus di sigai.
sedaaappp woo!
hihi~

Beautiful Disaster said...

aku ingat pasal H1N1. sebab sekarang uitm pulak kena serang. ceh.

joegrimjow said...

aik
cam xjumpe pun

Boo™ said...

xjupe ke.
sblh uitm tu je.
blnje?boleh la kot..
klo dtg blh la :)

Lifesaver said...

budak uitm mmg cun...termasuk aku..lalalala~

rhapsody LiN said...

uitm??

lin nk try QUT..
:P

mamai said...

aku juga rajin masa belajar dulu
aku rajin ponteng kelas dan rajin tido tapi lahamdulillah berjaya tanpa membodek lecture

blackskin said...

Lawa di mata abng joe...cmne ye?

Tak pernah try keluarga angkat.

Peraturan kehidupan....ia berubah2 dan kita pun perlu berubah2 menyesuaikan diri untuk hidup yg lbh bagus.

ynadona said...

hohoi mane komen i kat cni ek?yang i nak lempang u tu ha?owh padam e?takpe2 cancel lempang, rasa nak tumbuk jer dush!!!dush!!!

nota kaki:padan muka bagi komen kejam sgt hohoho!

KhairiL's said...

aku setuju dgn ayat ni
rajin itu perkara luar biasa, malas adalah perkara biasa

joegrimjow said...

sowang ustaz yg gtau

dylla fadzil said...

thanx for the visit. :)

~miszirdawaty~ said...

wahaha~

A.N.E.F.F said...

bang...
kene pggl ngan PM sbb ktorg memekak..ha3

abg nk dtg uitm s.alam...
nk roger ape nye???
org kat uitm melaka...

penjenayah merah jambu. said...

semoga kau sentiasa happy supaya aku dapat baca cerita kau yg menarik walaupun berjela-jela :)

::alwaniamalini:: said...

hohoh baru pegi uitm mache aritu..nice place..haa mungkin salah satu yg cun tu my lil sis muahahaha...

[yAN!e][pUTraJAya] said...

pantang nampak awek cun2....

ish3.....hehehe

joegrimjow said...

TGOK JE,,,
HUHU

bee said...

amboi gatal betoi...beselah lelaki...tgk puan cantik..

wawa_wanie said...

wawa student uitm machang gak :D(bangga2.senyum smpai telinga)heheh

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW