Share

Wordless Wednesday : Kopok keping cicah Air Sunquick


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Wordless Wednesday : Masuk paper lagi!


Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kenapa Blogger : Kena letak iklan dalam blog

Haloya. Baru boleh menulis dengan aman 2 3 hari ni. Oh, kat putrajaya sekarang, baru balik dari Melaka bercuti yang sangat best. Cuti sambil kumpul motivasi untuk menjadi manusia yang lebih berguna. Huh. bunyi macam sangat kan? 

Okeh, kali ni aku takmo cite pasal cuti aku tu, pedulihapakorangpasalcutiaku tu kan? So kali ni kita masuk ke segmen kenapa blogger dan kali ni kita akan berbincang (tapi korang baca je lah) pasal kenapa blogger kena letak iklan dalam blog.

Iklan dalam blog ni aku sangat sarankan kepada blogger untuk letak, kalau boleh biar penuh blog tu dengan iklan, pastu soh orang ramai klik. wakakaka

Jom kita tengok!


1) Sumber pendapatan sampingan



Oh yes, blog ni memang dapat jana pendapatan okeh. Caranya mudah, korang letak iklan 'seseorang' dan orang tu bagi korang duit. Seseorang tu banyak jenis. ada yang macam syarikat pengiklanan dan ada juga melalui individu. Bagi yang malas, aku cadang korang pasang Nuffnang atau Advertlets, rajin sikit, carilah yang lain jugak.

Berapa dapat?

Bergantung pada koranglah sebenarnya sebab korang tuan empunya blog. kalau korang nak lebih, kenalah usaha lebih. OOh, jangan salah paham dengan makna usaha tu, usaha bukan spam, tapi KUALITI! ada je yang dapat bawah RM 100 sebulan melalui pengiklanan dan ada yang dapat lebih sampai beratus. Kalau korang hebat, boleh cecah beribu sebulan. Tapi jangan duk harap sangat la, beribu sebulan tu bape sangatlah yang dapat. Boleh kira!

Sebab tu ia pendapatan sampingan



2) Tidak membazir melakukan sesuatu perkara


Korang tulis sesuatu, selain ilmu yang korang kongsi, jangan lupa yang bil elektrik laptop atau komputer korang tu kena bayar dengan duit. Bil internet kalau minum kat kedai mamak pun stil kena bayar air kosong 50 sen. kos tu

Aku tak kata letak iklan dalam blog boleh cover semua tu, tapi at least kalau korang ada traffic yang elok, tak letak iklan, sesuatu yang membazir. Ni bukan soal poyo atau taknak semakkan blog, ni soal orang nak bagi duit korang xnak. haa, paham? kan tak syukur nikmat tu

Erk, kalau xnak letak pun, takpe, no problem. just nak share aje



3) Menulis dengan lebih berkualiti


Yeah, bila dah dapat pendapatan melalui blog ni, mesti korang nak jaga kualiti blog korang supaya dapat menarik banyak syarikat atau individu untuk beriklan dalam blog korang. So, dalam secara tak langsung, korang akan publish setiap entry tu dengan lebih berhati-hati. kan sangat elok tu!

Blog jugak pasti akan lebih menarik dari struktur teknikal, maksudnya lay outnya pasti akan diupgarde supaya nanti akan sentiasa orang membaca dan membaca blog korang. Ni kira memotivasikan diri sendiri la ni. senang aje



4) Menjadi insan yang lebih bertanggungjawab




Kena ingat, yang tulisan korang dalam blog, korang dapat duit melalui pengiklanan, kalau cara kotor digunakan duit tu pun kotor. Masuk dalam perut pun still kotor. beringatlah ya



pss : Rini nak tengok transformer sebab ada megan fox. eh, dia ada ke tak?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW