Share

Kenapa Blogger : Menipu di dalam blog

Hello semua! Apa khabar dan harapnya korang sihatlah. Edisi ke-5 Kenapa Blogger kali pertama aku taip sebelum entry di post. Sebenarnya aku dah siapkan 5 entry kenapa blogger ini sekaligus dan memang sudah ada dalam draft. Ya lah, sebab kekangan internet dirumah, kita kena bijak menguruskan masa. Sebab semalam ada seorang gadis sunti meluahkan perasaannya kepada aku, eh, bukan perasaan apa ok, perasaan dirinya yang kecewa disebabkan ditipu oleh seorang blogger, jadi entry ini aku buat untuk menyejukkan hatinya yang berduka lara ditipu hidup-hidup


Perghh, gilalah joegrimjow buat entry untuk perempuan!


Ok, sekali lagi ini adalah berdasarkan pengalaman aku, dan aku harap korang yang pernah merasai tertipu dalam blog, boleh kongsi di ruangan komen. blog aku ni dah jadi tempat orang mengadu nasib yang malang dah. hehe. jom kita tengok. kenapa blogger menipu di dalam blog!


1 - Saja nak buat prank/troll/gurau2


Sebab kebanyakan pembaca malaysia ni hatinya sangat halus, entry berunsur prank, troll macam ni dianggap serius pulak. Aku pernah kena sekali ceramah panjang lebar disebabkan seolah permainkan isu yang serius. Haha, rilek sudah. korang yang dah berfikiran matang ni boleh teka, mana yang gurau-gurau dan mana yang serius kan. pandai-pandailah. Untuk langkah bijak bagi blogger yang suka buat prank ni, bagitaulah di akhir entry tu ia hanyalah prank. erk, tak best pulak kan




2 - Kurangnya kasih sayang


Bagi blogger yang menulis pasal peribadi dan suka sangat menipu tentang kehidupan peribadinya, blogger jenis ini aku istilahkan sebagai kurangnya kasih sayang. Hehe, bagilah can kat die nak menipu kat dalam blog, korang yang nak caye tu buat apa, dah blog dia kan?




3 - Terpaksa dan keadaan memaksa


Ada juga blogger yang terpaksa menipu disebabkan oleh keadaan yang memaksa. Boleh diistilahkan sebagai blogger terhimpit dek blogger lain. Contohnyalah kan, blogger A ni ditipu oleh blogger B, untuk jaga statusnya, blogger A dia terpaksa menipu pembacanya. Dia bukan nak tipu, tapi keadaan yang memaksa. haa, lebih kurang macam tu lah




4 - Ada udang disebalik mee


Heh, kenapa blogger suka menipu di dalam blog ni, sudah pasti ada perancangan yang lebih besar yang mana hanya dia yang tahu. Jadi aku letak ada udang disebalik mee je lah. Nak tahu kenapa blogger tu menipu, hermm, tanya je lah dia sendiri. Kalau dia tak cakap, jangan butthurt pulak, terimalah ia sebagai satu perjalanan pahit dalam dunia blogging anda


Tak matang


Manusia ni akan melalui satu sempadan yang memisahkan antara tidak matang dengan matang. Usia bukanlah penentunya tapi aku lebih sokong pengalaman sebagai penentu bilakan manusia itu akan menjadi dari tidak matang kepada matang. Menipu dalam blog ni salah satu proses pematangan dalam diri. Bila dah sedar akan keburukan menipu, masa tulah dia akan reveal. Bila masanya tu, tunggu je lah labu....

pernah tertipu dengan blogger dah banyak kes, tapi ada 2 kes yang betul2 aku tak boleh nak lupa... maafkan je lah


pss : akan bertolak ke Putrajaya malam ni, esok malam terus balik ke KB semula. barulah bisnesman namanya! Tak sempat nak join gathering kat Times Square tu. haiyaaa! doakan perjalanan selamat ya

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kenapa Blogger : Suka update blog (2-3 entry sehari)

Gila senang tajuk ni kan. Haha, tu tandanya dah kekeringan idea dah ni. Help-help, tanyalah banyak-banyak nak buat tajuk apa lagi ni! Ok, sebab ini entry mudah, aku akan senaraikan beberapa sebab kenapa blogger suka update blog yang korang tak pernah terfikir pun sebabnya tapi memang wujud! erk, harap-harapnya lah!

Sebut pasal blogger rajin update blog ni, tahap kerajinan itu boleh diistilahkan lebih dari 1 entry sehari dipublish dan konsisten. Ada beberapa blogger yang aku baca yang memang suka update entry lebih dari sehari ni. aku pun tak terkecuali jugak sebenarnya =) 


Jom tengok kenapa blogger suka update blog


1-Tidak sedar kewujudan facebook dan twitter



Ada jenis yang suka berkongsi ni, habis semua nak cerita dalam blog dia. Pergi sini nak cerita, buat ini nak cerita. Dia tak sedar yang kalau nak cerita pasal pergi ke sunway lagoon, tak payah la nak buat 3 entry - mula2 tajuk ‘saya mahu ke sunway lagoon’ 3 jam lepas tu dia update blog lagi ‘dah sampai ke sunway lagoon!’ dan sehari kemudian ‘penat dan ia menghiburkan’ entry last tu start dengan menulis , sorry guys, tak dapat nak update cepatlah, penat sangat. baru balik dari.... bla bla bla’ orang macam ni tak sedar akan kewujudan micro blog seperti twitter yang boleh tweet je atau facebook yang tulis je kat wall tak payah buat entry. tak pe lah labu, tu blog diaa daaa

cess, sempat lagi iklan. klik je =)



2-Banyak idea - bahaya boleh meletup!




Ada juga blogger yang mencurah-curah ideanya untuk menulis. Apa lagi, bila dah ada idea nak tulis, tulislah kan. Bahaya jugak kalau tak tulis ni, nanti idea tu boleh mengembang di dalam otak dan boleh MELETUP kalau tak dikeluarkan. waha, bahaya!



3-Takde kerja tapi ada internet



Ni jenis yang gaya hidup yang tak sihat ni. Dah tahu takde kerja, cubalah pergi cari kerja. ni tak, duk update blog je kerjanya. Mentang-mentang ada connection yang laju, best la ye duk update blog. ish2. get a life dude. dont get extra wives!!




4-Ia kerja dan memang itu kerja aku



Haaa, ada juga yang menjadikan blog sebagai tempat cari rezeki, update blog banyak kali sehari. Blogger macam ni memang padanlah update blog banyak, sebab itu memang dah kerja dia. eh, korang jangan pandang remeh dengan orang yang kerja dalam bidang ni, ada yang dapat duit beribu jugak sebulan ok. hanya update blog je! kalau tak update, nanti traffic kurang, haa, siapa yang susah? periuk nasi depa jugak kan?


Tahap kepentingan update entry dalam berblog

Sangat penting untuk blogger kekalkan tahap update entry dalam blog sekerap mungkin. Maksud kerap tu, takdelah sampai berpuluh entry sehari, tapi kalau biasa sehari 1 entry, updatelah sehari 1 entry. Kalau biasa 2 hari hanya 1 entry, updatelah ikut style camtu. Bukan apa, banyak pembaca (aku sendiri pun) tak gemar yang jenis hari ni 3 entry, esok 12 entry, lusa dah takde. minggu depan tutup kejap, lepas tu tahun depannya bukak balik

hehe, macam chipsmore. kejap update, kejap tak update


pss : yang ko sibuk suruh orang update kenapa ha joe? ish3

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Kenapa Blogger : Boleh jadi begitu famous di dalam blog

Segmen ketiga kenapa blogger muncul!! Wahaa, banyak ya dapat feedback yang positif. Bagus-bagus, aku pun dah buat kat tepi ni entry lepas kot-kot korang miss kan. senang nak rujuk. Ok, kalau ada cadangan nak tanya apa-apa dalam segmen kenapa blogger ni, boleh email kepada aku di joegrimjow@gmail.com.

Ok, segmen kali ini akan membincangkan pasal Kenapa Blogger boleh jadi femes dalam blog. Beberapa ciri blogger femes perlu diperjelaskan indikator dia, kot-kot ada yang salah faham. ni femes pahaman aku je r
  • uv blog tak kurang 100k sebulan
  • memiliki pembaca yang ramai
  • dikenali blognya oleh kebanyakan orang. Contoh ‘pernah baca blog pulan pulan ni’ jawapan kebiasannya ‘pernah’ bukannya ‘siapa tu?’


Ok, jom kita tengok, kenapa blogger ni boleh menjadi femes


1-Sebab dia sememangnya dah glamer di luar sana


Maksud glamer ni adalah berpengaruh. Contohnya ahli politik ke, artis ke, atau tokoh-tokoh lain. Orang macam ni kalau buat blog pun, update 2-3 entry je seminggu, beribu jugak traffic. Sebab dia memang dah glamer! Kalau ahli politik buat blog, dah sah sah penduduk kampung/bandar dia akan baca ye tak? cuba lisa surihani buat blog, berblog pun letak gambar dia dengan baju je, type entry pun ‘yang ni lawa tak?’ ‘baju ni sesuai tak?’ ‘matching tak warna ni dengan i?’ aku rasa ada beribu komen dan sumbangan komennye tu adalah dari aku sendiri. kekeke!



2-Menimbulkan kontroversi BESAR



Ada juga blogger yang femes disebabkan kontroversi yang pernah ditimbulkan. Contoh sampai masuk penjara dan muncul dalam buletin utama sebab buat entry yang mengancam keselamatan negara. Tak pun cetus kontroversi disebabkan menghasilkan entry yang tak disenangi orang. ada jugak kontroversi mengenai pendedahan sampaikan tv dan surat khabar pun ambil dia punya blog. Blogger macam ni glamer tak lama lah, cuma masa dia buat kontroversi tu, maka glamer lah dia. masa tak buat, tak glamerlah dia.


3-Stick with one topic - menulis untuk diri sendiri


Yang ni ramai orang miss dan susah nak buat! Blogger yang femes disebabkan penulisan dia yang jujur dan kekal dengan satu topik sahaja. Blog aku ni memang out lah sebab memang blog ni takde topik khusus untuk dibincangkan, tapi cuba tengok blogger2 yang hebat lain, ada dieorang cerita campur aduk? hehe, tu sebab dieorang boleh femes walaupun hanyalah orang kebiasaan. CMG duk update pasal masakan je beribu raban jugak hits, kak jie duk cerita pasal anak2 dan suami pun beribu2 jugak, redmummy yg cerita pasal shopping dan keluarga dia pun boleh dapat rm 10 k dari blog. haa, apa lagi, tirulah mereka =)


4-Gunakan GAMBAR sebaik-baiknya



Kalau korang rasa diri lawa dan boleh buat market, tampal la muka korang banyak-banyak kat blog. konpem dalam masa yang singkat boleh jadi glamer. Tak pun kalau rasa diri tak berapa lawa, curi je gambar kat google dan kata tu gambar korang. hahaha. pastikan gambar dicuri tu korang crop-crop lah, jangan main copy link pastu terus upload pakai link gambar tu. nanti orang boleh detect dan boleh terkantoi! yang penting - kena pandai crop!

Kelahiran joana.blogspot.com

aku rasakan, kalau aku buat blog url macam kat atas tu dan guna gambar macam ni





agak-agaknya ramai tak yang datang nak ngorat. lol, bleh jadi igauan kepada lelaki tu!

erk, ada orang terasa ke? lariiiiii

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW