Share

Pak Belalang : Malang bertanding kekayaan

Salam,

Sebab dah lama tak buat kisah pak belalang ni, bagi yang baru ikuti blog ini, dulu aku selalu buat cerita pak belalang dan mak belalang. sejak zaman mereka kahwin sampailah sekarang ni dah ada 5 orang anak. Hamdi, Hamdan, Halimah dan sepasang kembang, Hartini dan Haiqal. Alah, baca je lah, lagipun dah lama tak mengarang ni, jadi best pulak nak mengarang



Hartini : qal, jom kacau abah
Haiqal : tak mahu la, nanti abah marah


Hartini : kacau ibu jom
Haiqal : takleh, nanti ibu tak masak tengahari, lapar lah kita


Hartini : ye tak ya jugak
Haiqal : kacau kak halimah jom


Hartini : hehe, dia nak upsr, tak elok. kita takpelah baru nak masuk tadika
Haiqal : dah tu nak kacau syape ni? booooosaaaaannnnnn


Pak belalang yang terdengar kisah perbualan anak mereka berdua tu terus menuju anak kembar kesayangannya itu, ada benda yang mahu diceritakan, seperti biasalah!


Pak belalang : Anak abah buat apa ni?
Hartini : takde pape bah, booosan
Haiqal : qal pun bosan la bah...


Pak belalang : meh abah ngajar baca ali ba ta
Hartini : ala.....
Haiqal : olo.....


Pak belalang : tengok tu, abah nak ajar ilmu sikit, terus taknak!
Hartini : bukan taknak bah, tapi malas
Haiqal : betul betul betul. hihi


Pak belalang : ok, abah cite satu story, lepas tu janji kita baca alif ba ta sama2 ok?
Hartini dan Haiqal : waka waka eh eh. ok!




Pak belalang : abah cite pasal pertandingan siapa yang kaya
Hartini : alah abah ni, asyik2 kaya je
Haiqal : betul betul betul


Pak belalang : hehe, nak dengar ke tak?
Hartini : ok lah, dengar


Pak belalang : pada suatu hari, ada 2 orang pemuda naik kapal terbang dari UK ke Malaysia. Baru pulang dari belajar oversea, pulang beraya katakan
Hartini : macam kisah sendiri je ni bah
Haiqal : betul betul betul


Pak belalang : ishh, mana ada. ok, 2 pemuda tadi kebetulan duduk di seat yang berdekatan. Sebab satu row ada 3 orang, ada 2 pemuda tadi dan seorang gadis yang agak comel
Hartini : mesti nak masuk jugak gadis comel abah ni!
Haiqal : betul betul betul


Pak belalang : penambah kesedapan katakan. sambung balik. Ok, sebab nak memikat hati gadis tadi, 2 pemuda tadi mulalah menunjuk-nunjuk di depan gadis tadi
Hartini : dieorang menunjuk apa bah?


Pak belalang : mula2 seorang keluarkan handpone blackbery. lepas tu seorang lagi keluarkan handhone 4g yang baru sebab tak mahu kalah
Hartini : wah wah, kaya betul dieorang ni


Pak belalang : nak menunjuk katakan. ok, yang keluar blackberry tadi tak puas hati, dia pun keluarkan slr canon dia. seorang lagi sebab tak mahu kalah, dia keluarkan slr nikon dia
Haiqal : hohoho, semakin menarik ni!


Pak belalang : sebab tak mahu kalah, seorang lagi keluarkan laptop dia. dan yang seorang lagi keluarkan ipad dia. perempuan tadi hanya senyum saja perhatikan gelagat mereka berdua
Hartini : sape yang menang bah?


Pak belalang : entah lah. 2 2 kalah kot sebab perempuan tu tak pandang pun semua tu
Hartini : habis tu perempuan tu pandang apa?
Haiqal : takkan dia pandang abah pulak?


Pak belalang : hehe. cerita tak habis lagi. Sampai sahaja di airport, selepas ambil barang semua, 2 pemuda tadi check balik barang-barang mereka, habis hilang!
Hartini : kenapa bah?
Haiqal : orang curi ke bah?


Pak belalang : haah, rupa2nya, perempuan tadi adalah pencuri! dia curi semasa 2 pemuda tu tengah ttidur sebab flight lama katakan
Hartini : hahaha
Haiqal : waka waka eh eh


Pak belalang : kenapa tini dengan qal gelak?
Hartini : ye lah, siapa suruh menunjuk-nunjuk. kan dah kena dengan pencuri
Haiqal : betol3. kalau mereka tak menunjuk, mesti perempuan tu tak tahu dan barangan pun tak dicuri


Pak belalang : hehe, tahu takpe. itulah dia pengajaran dia. lagipun, student yang pergi oversea ni, duit yang mereka beli semua tu adalah duit biasiswa. Bukan duit mereka pun. janganlah berlagak! kalau duit sendiri ok lah jugak
Hartini dan haiqal: waka waka eh eh


Habis sahaja cerita, pak belalang terus mengajar alif ba ta kepada mereka berdua. Penting untuk mengenal huruf jawi diusia awal supaya mereka fasih dalam bacaan quran nanti. tetapi, apa yang merunsingkan pak belalang, sejak bila anak dia apabila mahu gelak, terus menyebut waka waka eh eh, mungkin demam piala dunia gamaknya!


pss : awak balik saya happy

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Keputusan Weight Loss Challenge Kelantan musim pertama

Salam,



Entry lepas ada ku tulis perihal WLC Kelantan yang menawarkan hadiah cash RM 1050 kepada seiapa yang berjaya menurunkan berat badan yang paling banyak dalam masa seminggu. Sabtu lepas merupakan hari terakhir dan keputusan sungguh memeranjatkan dan mengkagumkan! Jom kita lihat siapakah pemenangnya!


Pemenang kedua (tengah) che nah!
cash rm 300
berat asal 93.8
berat sekarang 89.9
penurunan 3.9kg dalam sebulan!


pemenang pertama : Fahmi
cash rm 500
berat asal 84.7
berat sekarang 79.8
penuruan 4.9kg dalam masa sebulan!


Menarik mengenai pemenang


Che nah merupakan kawan makku. walaupun sudah berumur 63 tahun, cita cita mahu sihat tetap ada dan inilah yang membuatkan dia join sama untuk WLC ini. 2 minggu pertama dia tak ambil herbalife dan penuruan sebanyak 1.2 kg. 2 minggu berikutnya dia cuba herbalife dan penuruan sebanyak 2.7 kg =) siapa kata umur dah tua tak dapat turun berat badan? che nak dah buktikan dia mampu lakukan!



fahmi merupakan kawan blog yang join disebabkan entry aku promote dulu. Tengok, inilah kesan pengiklanan di blog =) walaupun 2 minggu sebelumnya dia mendapat tempat pertama, tetapi kira ikut belakang (0.4kg) dengan usaha gigihnya, 2 minggu berikutnya dia berada di tempat pertama dengan penurunan 4.9kg. Tahniah!!



Apa yang aku dapat?

Sebenarnya, kalau dikira dari segi duit, tiada untung yang aku dapat. Mana taknya, peserta membayar rm30 untuk masuk dan hanya ada 12 sahaja yang join, memang tak dapat cover hadiah dan juga bayaran untuk tempat di hotel. Tetapi bukan itu yang aku kejar untuk peringkat permulaan ini, tetapi pengalaman untuk mengadakan pertandingan ini begitu berharga dan aku rasakan jauh lebih bernilai dari duit yang mungkin diperoleh. Lagipun, menerima ucapan terima kasih dari para peserta kerana berjaya menurunkan berat badan, jauh lebih berharga!


WLC musim ke 2!

ya, bakal dilancarkan pada 7hb8 2010. Minggu depan! siapa yang berminat untuk masuk, atau tahu sesiapa yang mahu masuk sama, boleh hubungi aku terus di talian 0169640972. Kali ini akan lebih meriah kerana aku telah jumpa lebih ramai leader di Kota Bharu ni. kalau dulu hanya 2 orang sahaja, kini sudah ada 8 orang yang akan memeriahkan WLC Kelatan ini. WOW! jom join =)


pss : hari ini ke seremban makan steamboat. takpe, bila berat dah idea, makanlah apa-apa pun. hikhik

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

Pak Belalang : Sebab 30 sen

Salam,

baru sampai ke putrajaya. ya tahu 4 hari lepas baru balik. Nak buat macam mana, sebabnya dah ada komitmen, kenalah tunaikan. Sekarang online kat kedai mamak kembar, pejabat rasmi aku untuk online sambil menikmati roti tisu, haha, kalori kalori. Tak pe, sebab berat dah ideal gitu. Ahaksss




Halimah : Pappppaa
Pak belalang : apsal ada tashdid ni?


Halimah : hehe, excited la abah, dah lama tak masuk blog ni
Pak belalang : eleh, masuk blog pun excited


Halimah : cepat bah cepat bah, dahagakan cerita ni
Pak belalang : aisehh, nak cerita ape ni? pasal abah jumpa wonder girl ke?


Halimah : aik, abah jumpa wonder girl ke?
Pak belalang : abah jumpa wonder joegrimjow. ekeke


Halimah : aiseh, abah malawak pulak
Pak belalang : ok, abah cite pasal orang kaya yang berlagak


Halimah : hehe, ok, proceed!
Pak belalang : gini, ada seorang kaya yang sangat berlagak tinggal di sebuah bandar. Takdelah kaya sangat pun. berlagak je lebih


Halimah : ok ok
Pak belalang : pada suatu hari, dia keluar outstation ke kelantan. di kota bharu, dia pergilah beli buah jambu


Halimah : hek eleh, kaya tapi beli buah jambu
Pak belalang : ala, dia pun manusia, makan jambu jugak apa. Ok, lepas tu, harga jambu tu RM 4.70. dan dia bayar RM 5. Masa orang jual jambu tu nak pulangkan baki, dengan berlagaknya dia kata, keep the change, tak main lah duit syiling2 ni!


Halimah : mak oi, berlagaknya!
Pak belalang : hehe. lepas beli jambu, dia makan makan. tiba tiba mahu ke toilet. sebab takde toilet free, semua kena berbayar, dia kata takpelah sebab dah tak tahan ni. masa nak masuk, kena bayar 30 sen. Dia cari cari duit dalam dompetnya, tak jumpa!


Halimah : haha, sape suruh tak ambik baki tadi
Pak belalang : tau takpe. lepas tu dia tengok, duit yang paling kecik yang dia ada, rm 50. Dia fikir, kalau bagi rm 50, ada ke baki. kalau takde baki, rugi woo. Jadi dia tetap bagi duit rm 50 tu. penjaga tandas tu kata, ni skill orang nak masuk free ni bang. guna wang besar. kecik takde ke?


Halimah : hahaha
Pak belalang : malu bukan kepalang la dia. jadi dia pun dengan berlagaknya kata, keep the change. i selalu masuk tandas mahal2. apa kisah rm 50 ni!


Halimah : perghh, berlagaknya!
Pak belalang : tau takpe. tapi, dia tetap rugi la kan. 30 sen jadi rm 50. banyak tu beza


Halimah : sambung bah sambung
Pak belalang : ok, lepas tu, dia jalan2 ke pasar dan teringat yang dia belum beli lagi hadiah untuk awek dia. dia terpandang seutas rantai. menarik. dia tengok harga, rm 400. Cun, dia murah! lagipun dia ada cash 8 keping lagi duit rm 50. Lagipun dia pun ada credit card jugak


Halimah : dia beli la bah?
Pak belalang : ni yang menarik ni. Masa nak bayar, dia hulur credit card dia. tak bernasib baik untuk bayar credit card rosak. haha. lepas tu dia cuba nak bayar cash, apakan nasib, tak cukup sekeping duit rm 50.


Halimah : ooo, sebab dia dah bagi kat penjaga tandas tadi kan?
Pak belalang : yupp. maka, dia tak jadilah beli rantai tu


Halimah : tu la siapa suruh berlagak!
Pak belalang : malang lagi halimah, bila dia balik ke kuala lumpur, awek die marah sebab tak belikan apa2 untuk dia. Terus clash!


Halimah : waka waka eh eh
Pak belalang : hehe. tu lah nasib orang suka berlagak. bayangkan kalau dia ambil saja duit baki 30 sen tadi, konpem semua jadi satel


Halimah : iye iye. lagipun bah, janganlah berlagak kalau taknak terima baki pun. ish2. teruk betul
Pak belalang : iye, itulah pengajarannya


Halimah : yahuuu, dah habis ke bah?
Pak belalang : haah, dah habis, nape?


Halimah : bolehlah halimah makan roti tissue ni, dah lama dah ni
Pak belalang : hahaha, makan makan


pss : ok, makan roti tissue dulu =)

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW