Share

cik lumut yang santeeeqqqq

CONTESTTTT!!!!



~~~~~~


tahun 2050


malaysia di bawah pimpinan parti UUJ (untukmu untukku jua) yang mana menggabungkan semua parti part politik di malaysia, umno, dap, mic, mca, pas, pkr bergabung dan menubuhkan parti UUJ. hasil gabungan ini menampakkan malaysia lebih maju dan awal tahun 2050, pelancaran roket penumpang pertama ke pluto akan dilancarkan oleh PM masa itu (dirahsiakan namanya)



seorang lelaki kacak



lelaki itu merupakan penumpang lain untuk bersama ke planet pluto. macam biasa, pelepasan julung2 kalinya itu melibatkan banyak media yang terlibat. tinggal 5 minit lagi untuk berlepas, kapten roket itu bersuara




'ehem ehem, saya kapten anda, joegrimjow. perjalanan kita ke pluto akan mengambil masa 10 jam. anda bolehla melawati blog saya, joegrimjow.com atau blog isteri saya, dia ketua pramugari, jangan kacau ye, nanti saya marah, puan LUMUT. sekian.'




lelaki itu terus membuka laptopnya dan terus membaca. kemudahan internet 10g memang membolehkan dia online dimana-mana sahaja. selepas kapal berlepas, perasaan rindu akan kampungnya bermula. teringat akan bendang sawah, itik, ayam.. ooh rindunya. dia baca lagi entry puan lumut. wah wah, best best, rindu pada ayam itik terubat. rasa jeles sebab joegrimjow berjaya mencuri hatinya dulu!



setelah 5 jam



lelaki itu masih lagi gelak gelak membaca entry puan lumut. wahh, begitu menarik sampaikan begitu cepat masa berlalu. dia tak sentuh pon blog joegrimjow. hampes punya laki! tiba tiba, ada pengumuman dari pilot roket mengenai keadaan yang tak berapa stabil




'sila ketatkan tali pinggan anda, kita akan memasuki zon awan kulilongkas. setakat ni keadaan masih terkawal, diminta anda semua duduk di tempat tinggal masing masing'




maklumlah, ini kali pertama roket dari malaysia dilancarkan, keadaan ini memang telah diduga. lelaki itu mula cuak, tapi takpe, asalkan dia sampai ke planet pluto sudah. dia mula tutup laptopnya dan memasang tali pinggan dengan ketat. 10 minit selepas itu, pengumuman lagi dari pilot




'nampaknya awan ini semakin mengganas, makanan tidak dapat disediakan pada waktu ini. harap anda semua tabah menunggu makanan yang akan kita sediakan sebaik sahaja keadaan mula terkawal'



gegaran mula terasa, roket itu yang tadinya ok, tiba-tiba bergegar gegar, bergoyang goyang, bagai pinggul inul yang berjoget dangdut. keadaan mula panik. ada perempuan tua yang berada dah mula menyuarakan kebimbangannya dengan bertempik. pramugari pun sudah mula cuak, tak berapa yakin dengan bolehkah dia sampai ke destinasinya. pengumuman dilakukan sekali lagi



'err, err.. sorry ya, keadaan memang merbahaya, saya akan matikan talian ini. harap anda semua tabah menghadapinya, ayang lumut, datang kat abang cepat ek'




sebaik sahaja pengumuman itu dihabiskan, penutup oksigen mula keluar dari simpanannya. keadaan ketika itu sememangnya betul betul panik. lelaki itu melihat berbagai-bagai kerenah di dalam roket itu




seorang perempuan muda menulis sesuatu, mungkin wasiatnya

sepasang lelaki dan perempuan bercumbuan, mungkin ini buat kali terakhir

seorang lelaki tu hanya memegang tasbih dan terus berzikir

seorang lelaki muda tak habis-habis menangis kerana takut

dan

seorang budak perempuan yang tidak ada apa-apa perasaan, hanya sibuk dengan laptopnya





lelaki itu mula pelik, dengan keadaan yang begitu teruk, budak kecil itu masih sibuk dengan laptopnya. gila ke apa? atau budak itu tidak tahu akan ajal yang bakal menjemput? mungkin juga. dia juga dan separuh mati, dilihat di luar tingkap, ada awan yang cukup garang menelang roket mereka. ketika ini, hanya berserah kepada yang maha esa sahaja



selamat



disebabkan roket itu membuat pendaratan kecemasan di planat utarid, keadaan terkawal. semua penumpang cepat cepat turun dan bersyukur kerana selamat. lelaki itu terus berjumpa dengan budak perempuan itu dan terus bertanya


'eh, kenapa dalam roket tadi adik rilek je? semua panik termasuk abang sendiri, kenapa adik tak rasa apa2 ke?'


'pilot tadi ayah saya, dan dia dah janji akan bawa saya jalan-jalan ke planet pluto, saya tahu dia takkan mungkir janji, mak saya pon ada, mesti dia bawak sampai ke destinasi la'




~~~~~


cik lumut, bila kamo percaya dengan diri kamo, keyakinan akan terbina dengan sendirinya dan percayalah, kamo pasti mampu hadapi segala cabaran di depan dengan tenang dan berjayanya. selamat berjaya dalam hidup, kenang daku dalam tidurmu~~~


~~~~~


hak hak hak,
entry ini dibuat untuk contest cik lumut. hehe, ok ya? satel? huhu, hope u enjoy it (lalala~)




blog esoksemalam best kerana tuan empunya merupakan perempuan sebaya denganku dan kemungkinan besar mendapatkan hatinya adalah lebih besar berbanding dengan lelaki-lelaki tua yang tak sedar diri ni!



blog esoksemalam tak best kerana background berwarna hitam. walaupun hitam menandakan macho dan bergaya, bagi perempuan lebih elok pink atau putih. pink tanda gedik2 dan putih tanda suci. hitam juga menandakan hatinya diselubungi kegelapan dan membuat lelaki TERAMAT kacak akan takut mendekatinya



~~~~~


how i know him/her


tanggal 15hb 8 2009
dia komen di entry ini pasal aku berada di klcc sorang2.
komen die di bawah





mula-mula aku tak layan
ni mesti laki kan?
sebab kalau perempuan
dia tak guna aku
dia akan gunakan saya
kalau perempuan pon
sebab dia gunakan aku
mesti kasar dan tak cantik!
mesti macam beruang kutub




19hb 8 2009
komen kedua dia di blog ku di entry ini
komen dia di bawah




tengok
dah berubah menjadi saya
dan komennya seolah dia frust dengan sesuatu
ku terus ke blognya
ahaaa
usha punya usha


gambar takde??
wa lu wa lu


ni mesti laki!
tak jadi nak ngorat!!




ingat lagi entry ini?
ahaa, teka teki mengenai pukul brapa yang ku lahir
kalau jodoh tak kemana
hakhakhak
dia menang dengan jawpan hampir tepat
jawapan plg tepat pukul 4.03 pagi
dia jawab

-guna aku balik, mmg konpius la!-


sebab dia menang
kena la berhubung nak hantar hadiah
ku mintak no
tapi no yang panjang dibagi
baru ku tahu dia belajar di negara orang
jadi
tak dapat la nak bagi hadiah lagi
(nanti ku balik ku bagi ye ;-) )






okes
satel
walaupun peluang nak menang agak sipi-sipi
tapi takpe
yang penting ku memeriahkan contest dia!



nota kaki : awak, saya dengan lumut takde apa2. nak join contest je. awak jangan jeles ye. sorry sangat, kalau awak tak puas hati, nanti saya suruh lumut bg email kat awak. ok?

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

thank you KAMO semua!!

entry ni di publish pada 9hb11 pukul 9.11 pm (waktu uk)


credit : pak cik G





tengahari tadi
selepas habiskan masa mengemas bilik
on desktop
bukan blog
terkejut tengok follower
dah
.
.
.
.




punya lah happy
angka tu memang menarik
999
;-)




dan petang tadi
on balik blog
dah 1000
wahhh
wahhh
terharu sangat sangat
tercatat lembaran sejarah hidup
9hb 11
follower dah cecah ribuan ;-)



thank you so much ;-)




credit : pakcik G-string, oppssssss




pss : orang lain dah beribu tak sebuk pon, aku ni yang sebuk2. takpe la, aku budak kecik lagi , so boleh dimaafkan dan layan je laaa;-)




projek joegrimjow.com baru


setelah diberi kesempatan untuk berguru, nampaknya sudah mula untukku melancarkan projek joegrimjow.com versi baru. ecececeee, tengok je la nanti macam mana rupanya. hehe, jangan korang dah tak datang jenguk sudah la ye, ku akan cuba untuk hasilkan entry-entry yang lebih mesra pembaca dan mengurangkan lamunan ku yang mengarut ni kadang2 (ke selalu ek??hehe)




sifuku


sementara ini sifuku kena dirahsiakan. motif? supaya korang rak ganggu dia dan dia boleh fokuskan masa untuk mengajar aku dengan riangnya. hehe, kejam kan? susah ok nak cari dia ni, dah la aku dah buat offer kat beberapa blogger, semua di tolak. nasib baik la ada dia ni, nyaman sentosa hidup




live blogging


aku akan manfaatkan iphone dengan sepenuhnya dengan melncarkan live blogku. huhu, sebab dah ambik package line telephone yang unlimited wifi, ku akan buat manfaatkan untuk berlive blogging. ahaa, macam mana la rupanya ya. tutorial kat blog khai ku tak guna la sebab ku punya jenis baru n free, khai punya kena bayo. kekeke! tapi kredit to him perkenalkan live blogging ni




website herbalife


ooh, website herbalifeku dah lama tak berupdate. bukan apa, sebuk dengan benda lain. dengan pelancaran joegrimjow.com baru ni, website ku ni juga akan diupdate dengan secomel-comelnya. haha, macam mana rupanya? nantikannnn. siap ada WLC lagi. opsss, apakah WLC?? nantikannn




contest sempena joegrimjow.com yang baru


nantikan..... ;-) skrang duk pk entry apa sesuai untuk contest lumut ni. haishh, ku masuk bukan untuk kalah, tapi untuk menang!!! yang contestku ni dah takkan berbelit belit macam contest kedua ku dulu. huhu, memang sambutan agak sedikit. nanti pelajar u malaysia dah habes semua dah exam, boleh la buat blog untuk join contest ku ni. haha, jom jom berblog!!



last but not least


sekali lagi, ku ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada kawan-kawan blog yang menyokong joegrimjow.com dengan seadanya. banyak kenangan yang best best semasa berblog ni dan umur berblog yang tak cukup setahun lagi ni perlukan sokongan anda semua. teruskan membaca sehingga mata lebam. hehe.



ThAnK YOu GuuUUyYSS
MUAAHHH
~gaya gediks~




nota kaki : sampai skrg masih terharu... hukhuk...thank u thank u

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

LOVE after marriage

credit : pakcik g



masa menaip ni pukul 1.49 pagi. tapi mungkin nak publish cite ni esok pagi kot. nak suroh korang layan dulu cite entry sebelum ni. aku bukan sapa-sapa, cuma kalau dapat kata-kata semangat (yang tidak hipokrit) sapa yang tak nak kan? time kaseh yg sudi drop kat blog dia dan aku rasa kata-kata itu memang akan jadi pemangkin untuk dia terus tabah hidup.


ok ok


balik dari satu program pukul 9, lepas tu terus tido. tu pasal sekarang bangun balik dan cuba nak lelapkan mata tapi tak boleh. update cite la sikit ek. cite ni cite betol ok. dan masih fresh fresh lagi. enjoyy!



~~~~~


5 jejaka hensem menaiki toyota corolla ke sebuah destinasi hebat. pelbagai bangsa tidak menjadikan mereka janggal, tapi semakin hebat untuk berkongsi cerita. yang ada di dalam kereta itu adalah seorang dari yaman, 2 dari saudi arabia, satu dari pakistan dan sorang dari kota bharu kelantan (kalah pon bangga ok!!!)



dari bab mahathir sampai lah ke politik dunia termasuk penggunaan gprs dan juga gps, habis dibualkan. tak sangka orang arab saudi begitu bangga dengan mahathir dan 'quote' sorang tu cakap, if mahathir mohamad become our leader, saudi will become richer. hurmm, sayang mahathir ;-)


persamaann kew??


setelah berbual panjang, tiba tiba orang dari yaman mendapat panggilan. si kalantani tadi mendengar dengan penuh khusyuk, ya, ada sore mendayu dayu disitu. ni mesti awek dia ni, getus hatinya. seorang saudi menegur, ya salim, enough enough. wait your wife until we going back to sheffield. wife? ooh, rupa-rupanya dah beristeri. saudi tadi mengusik lagi, orang yang baru kawen ni macam ni la, angau tak sudah!


baru kawen?


didorong perkataan kawen itu, si kalantani tadi mahu mendengar dengan lebih terperinci. si pakistan pon bgtau yang die pon baru berkahwin tahun lepas. ya allah, 2 orang saudi tadi pon mengaku yang dah kawen. ya allah, rupa-rupanya semua dah kawen ni. si kalanani tadi? hanya sengeh bagai kerang busuk dan cakap coming soon....coming soon...



perbualan mengenai kahwin



si yaman tadi meletakkan hpnya dan minta maaf sebab isterinya call, rindu la kot. hehe, memang la, kan baru kawen, sudah pasti berpisah sejam pun sibuk nak melepaskan rindu. ku tanya, opsss, si kalantani tadi tanya bagaimana perasaan berkahwin? sudah pasti si yaman tadi mengatakan ianya satu maricle, magis!



'where do u 1st met your wife?'



'at nikah'



'what?? so u dont ever met her before nikah?'



'no no. its our tradition like that'



'ooh, ok....'


tambahnya lagi, kali pertama dia jumpa adalah semasa majlis nikah, jumpa tapi tidak pandang wajah. memang bunyinya pelik, tambhnya lagi, dia bgtau yang dia sudah buat solat sunat istiharah dan sepenuhnya menyerahkan keputusan bakal isterinya kepada allah. dan ternyata setelah istiharah, keinginan dia untuk menatap wajah isterinya semasa majlis nikah dia tidak mahu.



'at our first night, i open her hijab, and that was the very 1st time i saw her face. masyallah, i fall in love in blinking of eyes'



perbualan kami terputus setelah isterinya call lagi. sabar je la, tadi baru call, nak call lagi! haha, mana taknya kan, baru 2 minggu berkahwin aka bercinta, mestilah perasaan itu cukup indah. perbualan itu ditambah oleh si pakistan tadi. cuba menambah dengan pengalaman dia pula dan seraya berkata,



' i also didnt met my wife until at the nikah. my tradition didnt allow me to see her face and only can see her face at the 1st night. i told my mom that i want to see my future wife, but my mom didnt allow me to do so. i could just seek for allah hidayah, and im very happy to married my wife as now'



kejam juga tradisi dieorang ni. yang aku tahu, ada sahabat yang nak kawen dengan perempuan ansar, nabi tanya sudahkan jumpa dengan perempuan itu, sahabat cakap belum dan nabi menegaskan supaya jumpa dan tengok bakal isteri macam mana. maksud jumpa adalah dengan kehadiran orang lain. itu cara sunnah yang memang ramai di malaysia dah tak follow...



'how about your country? have they follow the sunnah?'



opss, si kalantani tadi hanya cakap, biasanya sebelum kahwin, ada proses jumpa-jumpa dan kalau setuju, mungkin perlu bertunang dulu dan lepas tu baru kahwin. mereka berkerut dahi. bersangka baik, mungkin mereka berkerut dahi disebabkan tak paham dengan english si kalantani tadi ko0t... ;-)



kagum


memang kagum dengan orang yang bercinta selepas kahwin. memang ada, ku pernah dengar cerita ni dulu dulu, tapi hanya cerita orang yang belum berkahwin menceritakan pengalman kawan. maknanya bukan pengalaman sendiri. tapi sekarang, saudara dari yaman tadi yang bercerita sendiri mengenai pengalamannya. memang cukup kagum!




-ku kucup bibirmu di malam pertama-





tambah si yaman lagi, dia memang begitu teruja dengan wajah isterinya. dia ada jelaskan yang kecantikan itu datang dari hati seseorang. cuba lihat seorang perempuan, mungkin si a kata cantik, mungkin si b, cakap ni kata cantiK, biasan je, mungkin si c cakap aku dah jatuh cinta dengan dia... memang wajah ni mainkan peranan dalam mencari pilihan tapi perkara asas kena lihat, kata hati cantik siapa yang buka kalau bukan dari DIA. tu sebab dia istiharah minta pertolongan... comel je kan? thats the beauty of our deen!



aku?



im too young to be a husband of one wife
;-)



nota kaki :
1-tak semestinya perigi cari timba, timba pun boleh cari perigi. (mungkin ada maksud lain??)
2-terlihat video di blog ni, haha, pagi-pagi buta ni sengeh kerang busuk sorang2! (tgok saat ke 22 ;-) )

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW