Share

bisnes game boy ku

alhamdulillah, dah selamat sampai. pukul 1 lebih semalam sampai! sambungan semalam tak jadi sebab ketiadaan gambar


bisnes dan belajar


ramai yang anggap 2 benda ni merupakan dua entiti yang berbeza. bagiku memang berbeza dan memerlukan komitmen yang berlainan. memrlukan pembahagian masa yang mantap! dan bukan calang orang yang berjaya dalam bisnes ketika dia masih lagi seorang pelajar.


matter of time


semua kita dapat 24 jam sehari. 7 hari seminggu. semua sama. tapi kita tengok, ada dikalangan kita yang sudah mampu miliki phd diusia belasan tahun. mampu menjadi terkenal di usia umur setahun jagung. mampu memiliki gaji 5 angka diusia 22 tahun. kenapa??


sebab nasib?
memang allah takdirkan begitu?
terima jugak apa yang dah tersurat


what the fish!


ini memang persepsi golongan tak mahu berjaya. tak mahu buat, tapi nak tunggu dulu orang lain buat, lepas tu baru aku buat.


kalau negara kita macam tu macam mana?


pm kita bgtau,

tak pe la, tunggu dulu negara guna perbankan cara islam, lepas tu baru kita buat
tak pe la, biar dulu jepun buat hantar angkasawan, baru kita hantar rakyat kita
tak pe la, biar negara asean lain buat f1, baru kita buat, mana tau f1 tu bazir je



nasib baik bukan
kalau tak macam mana agak2nya?



pioneer gameboy!



pernah dulu ku buat bisnes game boy disekolah. sebab abangku beli game boy colour di jepun, dan waktu tu belum lagi masuk ke pasaran malaysia game boy colour ni. ku guna kesempatan itu untuk meniaga


1jam = 1 ringgit (guna bateri sendiri)
1jam = 1 ringgit setengah (guna bateriku)
bawak balik rumah = 5 ringgit


kalau kira dengan duit budak sekolah rendah, ayahku hanya bagi rm1.50. tapi dengan bisnes gameboy, ku dapat bawak balik rm 10 setiap hari ke rumah!


rasanya mahu je ke zaman dulu buat bisnes ni balik


hehe


masa di uitm, ku buat bisnes top up. mymode. hampes punya syarikat, kalau orang top up rm 10, ku hanya dapat 20 sen. maknanya nak dapat 10 ringgit sehari, ku kene jual top up rm500 top up sehari.


susah woo!


satu sebab, bisnes ni dah tepu, walaupun banyak demand, suppliernya pun banyak. macam mana bisnes top up ku mahu berjaya? dah la asyik kene tipu je kat mymode tu! dapat lah rm7 seminggu. mana cukup woo


game boy dengan top up


kalau kita halusi, 2 bisnes yang pernah ku buat ni macam mana satu boleh untung, satu boleh tak berapa nak untung


1- gameboy colour tak masuk lagi di malaysia, hanya ku yang pengguna

2- budak2 seusia denganku ketika itu, suka main permainan ini, kira macam dah satu gaya hidup bagi mereka, satu keperluan

3- bila dah suka main, permintaan banyak! demand pon tinggi la



antara sempat kulistkan. sebab tak keluarkan modal, abgku yang hadiahkan, jadi keuntungan ku memang banyak! tahun 2000 (darjah 6) dapat rm 50 ringgit seminggu, ku rasa banyak bagi budak seusia denganku!



kenapa cerita semua ini?


yang makan gaji, setakat mana gaji anda mampu hadiahkan duit pada mak bapak kat rumah??
yang kerja bagai nak rak, hujung minggu pon kene kerja, berbaloi ke gaji anda dapat kalau anak bini kene tinggal dirumah?



konklusi?

haha. takde konklusi. hanya bagi hint. nak duit, kene buat bisnes part time. jual la apa2 pon untuk tambah duit. yang lagi bagus produk yang memenuhi kriteria kat bawah


-demand tinggi, orang nak je, asyik mintak
-satu keperluan bagi orang, setiap hari org guna, macam nasi, meniaga beras ok jugak, hehe
-supplier tak ramai lagi, tak tepu lagi


mungkin gameboy sesuai? entah la. tapi alhamdulillah bisnesku maju sebab ketiga-tiga ciri diatas syarikatku penuhi. hehe


nota kaki : tak jadi nak buat post entry pasal eksperimen blog 2 sebab gambar takde. entah kat mana ku letak pun tak tahu

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

eksperimen blog 1

pukul 4.02 petang. balik ke kelantan pukul 5


nampaknya banyak pemenang contestku yang berlangsung tempoh hari dah terima hadiah. hurmm, minta maaf kepada eazy dan juga farah sebab hanya beri baju kepada kamu berdua. yang lain ku pos semuanya baju dan buah tangan lain. hehe, lain kali kita jumpa ku bg kat kamu berdua ya.


jarang online


hujung minggu sememangnya ku sibuk. hari biasa boleh ku online lama-lama sebab free, tapi kalau hujung minggu, sememangnya susah nak online. terutama nya kalau kat rumah orang lain, lagi la susah.


minggu lepas ku cuba buat eksperimen tentang blog. hasilnya telah ku dapat dalam minggu ni dan hipotesis awal telah ku jangkakan! pendedahan eksperimen akan ku tuliskan sekarang


tajuk - eksperimen blog 1

tujuan - mengenal pasti jumlah komen di blog sendiri

hipotesis - semakin banyak meninggalkan jejak, semakin banyak dapat komen balik

bahan - laptop, internet

kaedah -

1) setiap blog ku lawat pada jangkamasa 20/7 hingga 27/7 telah ku tinggalkan jejak. maksud tinggalkan jejak adalah memberi komen kepada setiap entry dibaca, tinggalkan komen di shout box

2) kebanyakan blog ku lawat pada jangkamasa bulan ini, 1/8 hingga sekarang, ku hanya tinggal jejak di blog yg ku suka saja. yang lain hanya baca dan senyum sorang2

3)komen kat entry blogku diambil

keputusan

1) banyak komen di entry blog tarikh ini (40-50 per entry)
2) tak sebanyak mana pun (ley tengok sendiri)
3) hipotesis betul!!



ku jumpa seseorang yang pernah beritahu yang dia kenal seorang blogger yang amat banyak bilangan followernya, tapi dia tak pernah pun baca blog orang

aik

macam mana tu?


dia klik kat entry blog, scroll down, dan hanya komen di bahagian tajuk. nak tahu contoh macam mana? lebih kurang la ni


tajuk entry - banyak lauk di rumah


dia komen - waaaa, banyaknya makan!


hehe
ada yang terkena?


seriously, cara ku baca blog orang adalah bukan ku klik di bahagian yang telah komen. ku baca blog orang melalui google reader, atau pun kat facebook. maknanya kalau orang ini komen di blog ku pun, ku takkan klik balik di blog dia.


agak kurang ajarkah?


haha, masing-masing ada cara masing-masing untuk berblog ini. lain padang lain belalang. berblog lah dan kalau nak komen, biarlah komen itu ikhlas. baca dulu entry, baru komen. kan wujud suasana memahami penulisan orang kalau macam tu. kann?


ku suka baca baca komen di blog ku. tu pasal ku buat comment moderation. maknanya sebelum komen itu terpapar di blog, ku akan baca dulu. baru ku approve. bukan takut akan komen2 mengarut. ku memang approve semua pon, cuma mahu baca dulu. kadang-kadang dah buat entry baru, entry lama yang dikomen. jadi cari ini lebih mudah bagiku. kan???


blog bukan myspace


kan menyampah kalau kat myspace orang copy paste komen kat ruangan komen. "hai, apa khabar? dah mamam?" di copy dan di paste kan ke ruangan komen orang. tak lupa juga yang agak menyampah "hit my picture. komen banyak2 ek. nanti i hit u back" dulu memang menyampah, tapi sekarang ni agak lucu. hehe, entah apa tujuannya pun ku tak tahu


takut kalau orang copy paste benda2 macam ni kat ruangan komen ku nanti. mintak2 la tak ek. contoh orang buat camtu?


tajuk entry ku - orang yang tak percayakan tuhan


komen dia - saja jalan-jalan. salam singgah


kan agak menyampah dan annoying.
ade yang terkena lagi!!



ada satu cara bagaimana mahu jadikan blog anda mendapat hit dalam satu hari. tak perlu menjadi artis macam blog paknil, atau orang tv macam mazidul. hanya jadi diri anda sahaja! tunggu di entry seterusnya, bila ku dah pulang ke kampung. lalala.


nota kaki ; ku suka baca komen orang. dah macam ketagih plak. komen jangan tak komen ya.

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

kena sebijik atas muka!

ini kali pertama ku buat entry yang berkenaan tajuk hanya 2 baris. hehe, tapi sebabkan nak panjangkan entry, ku mahu membebek sikit. sikit ke? rasanya banyak kot.


berkenaan tajuk ada kat bawah
tak mahu baca ku bebel, bley terus scroll down ke bawah


minggu ni memang pack. nasib baik ada kereta abangku yang boleh dipinjam. sebab kerja ku banyak di kl, jadi kene berulang alik dari seremban ke kl hari-hari. minyak dan tol mengalir bagai air di sungai yang jernih.


highway dari kl ke seremban dan macam rumah kedua. hari-hari mesti lalu. banyak kejadian yang pelik berlaku dan ku tonton sendiri. mana taknya, dh balik pukul 12 malam, mesti banyak kejadian yang meremang bulu roma berlaku


mak cik senyum


masa ku bawak kereta, dengan lajunya sebab ketakutan, ternampak seorang mak cik. tudung putih baju hijau. senyum padaku. ku assume mak cik itu adalah makcik. sebab dia senyum padaku


tapi pelik jugak, sebab celah mana makcik tu bleh muncul di malam-malam, senyum kat orang lalu lalang. untuk sedapkan hati, yee, makcik tu manusia, bukan makhluk apa-apa. baru lah boleh drive dengan tenang


hurm... takut jugak sebenarnya


sekarng ku masih di seremban. balik ke kelantan petang ni dengan fmly abangku. yahuu, dah boleh balik kg. tapi 7 hb dtg cni balik. ade orang nak blaje makan, kena la datang.


------

lahir dalam keadaan miskin dan dayus takpe, bukan salah kita
tapi mati dalam keadaan miskin dan dayus, tu salah kita!!


-----
nota kaki ; jangan terkena sudah

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW