Share

update!!-Uitm machang

Skrg lat uitm machang

Ada brite menarik nak diceritakan

Nanti balik update


~~~~

ok, berita baik adalah ku gembira

sebab?

ramai student kat sana cantik-cantik woooh

indah sungguh suasana

ok, dah

terima kasih menunggu

lalala~

~~~~~~


permainan hidup



teringat lagi masa di matrx mlaka dulu, ku pernah wakili kolej untuk program anak angkat di kedah. 20 lebih kot wakil dari setiap koleh matrikulasi ditempatkan ke setiap rumah keluarga angkat


bagiku itu satu perjalanan yang baik, yang mana ku tak pernah ada keluarga angkat sebelum ini. inilah masanya diriku berpeluang mempunyai keluarga angkat. best atau tidak, kene alaminya sendiri dahulu


merancang aktiviti


5 hari di rumah keluarga angkat, ku ditempatkan di kampung parit teropong (ingat lagi nama kampung tu!) bersama rakan-rakan yang lain. sebab lama sangat di kampung, kami anak-anak angkat berbincang untuk adakan aktiviti untuk anak-anak kampung disana


pelbagai aktiviti kami rancang dan paling penting, setiap aktiviti yang kami lakukan mestilah mempunyai peraturannya yang tersendiri. dengan peraturan segala aktiviti akan berjalan dengan lancar dan tanpa gangguan


rules


setiap permainan mempunyai peraturan. kalau kita memahami peraturan setiap permainan, permainan itu akan menjadi lebih seronok sebabnya kita faham akan peraturannya. contoh?


bola keranjang


memang sukan ini kurang popular di kalangan masyarakat melayu berbanding cina. dulu ku memang tak minat, tapi disebabkan menonton 'slam dunk' ku belajar istilah, 3 second, 3 point, slam dunk, dunk, running dan macam-macam lagi. bila mahu belajar lebih, macam seronok pulak


dengan memahami peraturan permainan bola keranjang, ku mula meminati sukan ini dan menjadi hobi kepadaku. bermain di petang hari bersama rakan yang lain. memang kenangan terindah


itu sebagai contoh.


banyak permainan yang kita tak rasa seronok bermain, sebabnya kita tak tahu akan peraturan. dulu ku main hoki, hanya pukul-pukul dengan kayu hoki, keesokkannya, dah tak mahu main. sebabnya tak tahu apa yang ku main. sudah sudah, pasukan ku kalah. tak best!


cuba kita faham akan peraturan, pasti game itu akan menjadi lebih seronok!


percaturan hidup


ku hanya beranalogi sebentar tadi, sebenarnya mahu bercerita pasal permainan hidup. sedar atau tidak, hidup kita juga ibarat permainan, yang mana mempunyai peraturan atau 'rules' yang tersendiri.


yang membezakan ku dengan yang berjaya sekarang, mereka faham akan peraturan hidup, dan ku masih lagi dalam proses mahu memahami peraturan permainan kehidupan ini. jika benar-benatr faham, tak mustahil ku juga boleh berjaya


rajin itu perkara luar biasa, malas adalah perkara biasa


ini adalah salah satu rules hidup. sudah pasti yang luar biasa akan berjaya dan yang biasa, berjaya pun mengambil masa yang lama untuk berjaya. senangkan kalau kita benar-benar faham akan permainan ini, faham akan selok belok peraturan permainan ini.


banyak definisi rajin sebenarnya, itu tertakluk kepada individu masing-masing. yang perlu tahu, kalau rajin, sudah pasti kejayaan yang akan diperoleh. jadi boleh tak kita salahkan takdir kenapa aku tidak berjaya? tak boleh, nehi mehebubba!


rasanya panjang pulak menulis. entahlah, kebelakangan ini rajin pulak tanganku menaip. mungkin ada satu petanda? entah la.... harap-harap lain kali kalau diri ku membaca entry ini, ia memberi semangat kepadaku


semangat untuk terus menjadi rajin


faham akan peraturan kehidupan ini


seterusnya mengukir sebuah kejayaan


nota kaki : entry di tulis diwaktu happy, jadi panjang la pulak

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

orang yang tak percayakan tuhan

entry dulu ku ada menyebut pasal gerhana matahari. dapatkah anda melihatnya? jangan tanyaku, yang penting ku telag mencuba untuk melihat. dapat atau tidak, itu perkara lain.


probabiliti


manusia hanya boleh meneka fenomena ini boleh berlaku atau tidak. tapi ada satu kuasa lagi yang menentukan sama ada fenomena ini boleh berlaku atau tidak. dan kuasa ini sudah pasti datangnya dari kuasa pencipta


atas fahaman masing-masing, kepercayaan masing-masing, agama masing-masing, sudah pasti kita percaya yang fenomena ini adalah dari kuasa-nya. tiada kuasa manusia yang boleh memastikan ia berlaku. tidak sama sekali!


golongan atheist


golongan ini tidak percayakan agama. sedar atau tidak, sebenarnya fahaman ini sudah semakin menular di kalangan kita. agama kristian misalnya sedang berperang dengan penganutnya yang semakin ramai untuk mempercayai fahaman ini


orang ni ku tak kenal


mungkin di malaysia tidak keterlaluan, tapi tak mustahil akan berlaku. kalau di universitiku, agak terkejut dengan sifat keterbukaan pihak universiti yang membenarkan kelab ini ditubuhkan, atas naungan universiti


masa ku mendaftar SMSA (persatuan malaysia disana) nama mereka sudah tertera di data universiti. walhal masa ku mendaftar adalah antara persatuan yang awal mendaftar. maknanya sudah lama persatuan ini didaftarkan


kerja gila


jangan terkejut sebabnya ahli kelab ini bertambah dari semasa ke semasa. ahli persatuan ini bergerak aktif dan membuat kerja gila untuk mengembangkan kelab mereka. meletakkan jiwa meraka di dalam persatuan. satu etika yang kita tidak praktikkan


research dieorang mantap


pernah ku berbual dengan seorang chinese malaysian yang 'bersetuju' akan fahaman ini. katanya, ayahnya kristian, maknya budha, atuknya takde agama, jadi dia memilih untuk percaya akan fahaman ini. baginya, walaupun agama campur-campur, dia masih lagi hidup dan tiada kuasa yang mencabut nyawanya pun.


panjang lebar dia bagi penerangan, sebab tak cukup ilmu, ku hanya balas dengan senyuman. harap dia gembira akan fahaman yang dia pegang


kenapa?


di malaysia, memang ada yang keluar islam dan memeluk agama khayalan. agama dari langit lain. yang pelik, penganut-penganut agama ini bukannya dari berpendidikan rendah, ada yang doktor, ada yang peguam, usahawan berjaya pun ada. tapi masih terjerat dengan 'nabi' atau 'wali' palsu ini


inilah kepentingan ilmu. bukan sahaja ilmu duniawi, tapi juga ilmu akhirat. ku akui yang diriku tak banyak lagi, dan ku memang akan kalah kalau berbahas dengan golongan-golongan ini. sebab apa? tiada ilmu yang cukup


kalau lah


ayah pin datang kepadaku dan promote tentang apa yang dia buat

apa yang boleh ku lakukan?

dengar?
lihat?

dan

percaya?

nauzubillah. jangan cakap sedap mulut saja ayah pin tu gila, kalau anda berada di tempat yang pernah di ajarnya, terpikat mesti ada!


jadi apa perlu dibuat?


belajar tentang agama. selalu kaitkan fenomena alam dengan kebesaran-Nya. ku bukan mahu menjadi ustaz ke apa, ini cuma untuk kuatkan imam kita. percaya akan kekuasaan-Nya, nescaya perkara-perkara mengarut takkan berlaku keatas diri kita


ramai yang rasa agama ini tidak best. perkara kuno. yang membelakangkan nilai agama pun ada. apakah kesannya? allahuallam...


nota kaki : banyak blog yang memaparkan tentang agama, selalu menziarahi blog pun, ziarah la blog ustaz-ustaz ni sekali sekala.

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

gerhanakah matahari

kalau ikutkan jangkaan, gerhana matahari paling lama boleh dilihat adalah hari ini. fenomena alam ini cukup unik dan amat rugi kalau-kalu kita tak melihatnya dengan mata kita sendiri.


ku bangun awal


bangun sahaja pagi ini, ku cuba untuk melihat di dada langit. kot-kot boleh melihat fenomena ini di awal pagi. sebab hujan di pagi ini, awan menutup permukaan langit, matahari sukar dilihat


mungkin tengahari nanti akan dapat ku melihat. sapalah yang tahu kan. kene terus mencuba, mencuba dan terus mencuba. barulah perasaan tatkala melihat gerhana matahari itu akan menjadi suatu kenikmatan


bulan lindung matahari


bulan kecik. tapi dalam satu ketika, ia dapat melindungi matahari yang besar. menutup cahaya matahari untuk seketika. walaupun sekejap, tapi memang dapat dan memang berlaku. hebat kan?


kat manusia pun boleh berlaku. akan ada satu ketika, yang kecik boleh mengatasi yang besar. tak kira dari segi saiz, ataupun dari segi pangkat. sama-sama beringat ya




oleh sebab hari ini tekun akan mahu melihat gerhana matahari, hanya video sempat ku postkan. layan je la apa yang boleh dilayan!




nota kaki : tak dapat tengok live, yang ni pun jadi la

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW