Share

family gathering

2hb julai 2009

bergerak dari kelantan ke putrajaya pukul 5 pagi. 2 buah kereta ke sana. malam nanti bermalam di putrajaya di rumah akak sulongku. malam ni takde plan, macam nak tengok transformer. kat kelantan mana ada wayang, jadi kene tengok kat sana juga! sapa nak teman, bagitau la ek. hehe



3 hb julai 2009

bergerak ke genting highland. kali ni semua sudah ada kott! ku dan 6 beradik lagi tambah lagi 3 akak ipar dan sorang abang ipar bersama anak2 sdareku yang lain (8 orang semuanya) campo kak moh dan ibuku akan bergerak ke apartmen yang abang ku sewa di genting highland. malam tu akan keluar makan, tak tau lagi tempat kat mana. mintak-mintak tempat tu tak menaikkan nafsu makan ku



4hb julai 2009

paginya semua akan ke taman tema. mesti best. dulu ku pernah ke genting bersama dengan kawan matrx ku, sekarang dengan family pulak. anak sdare semua jangan ganggu papa joe, pergi cari mak ayah masing2. papa joe nak main puas2! petang tu akan terus balik. ku akan stay di putrajaya untuk uruskan banyak perkara lagi sampai la 10 hb nanti





dah balik nanti, sudah pasti ku akan upload banyak gambar! dan yang pasti, gambarku paling kurang sebab ku yang akan menangkap gambar!





~~~~~~




pasar malam di peringat!


memang best. ku boleh simpulkan tak banyak yang berubah. kedai seperti dulu lagi, jenis makanan pun masih sama, orang yang menjual pon masih sama, memangh semua sama la
di kampungku, pasar malam adalah hari rabu


di depan tapak pasar malam adalah sekolah kebangsaan peringat, sekolah ku dulu. 6 tahun ku disana. tak banyak kenangan sebab zaman kanak2 adalah zaman enjoy, tak sempat nak ingat, semuanya hanya untuk berseronok!


semasa di darjah 6, kelas tuisyen, hari rabu merupakan hari yang kami tunggu. bessssst. matapelajaran pun math, cikgu pulak sempoi. sapa yang dapat jawab dengan betul, adalah hadiahnya. jadi kami semua memang menunggu hari tersebut


hadiah??
kaki ayam




terima kasih kepada cikgu tu, sampai sekarang ku masih ingat akan kisah kaki ayam!
dulu seposen satu
sekarang 6 seringgit!


nota kaki : doakan perjalanan selamat

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

mak su dah

ku ada seorang mak sedara (yang agak jauh pertalian darah) masuk icu. ku panggilnya mak su dah. dia masuk icu 2 hari lepas dan keadaan sangat tenat. semalam pergi melawatnya



memang keadaannya teruk


mak su dah tak sedarkan diri. lidahnya terjelir keluar. akakku yang doktor disana bagitau ada pendarahan di dalam perut. memang cukup sakit. tak sangka, malam sebelum dia call, ok lagi, siap minta pendapat nak masuk hospital mana, tapi sekarang, dah tak sedarkan diri


obesiti


bermula dari epidemik ini, maka akan lahirlah penyakit lain-lainnya. kencing manis, darah tinggi, buah pinggan, dan lain-lain. harap mak su dah tabah menghadapi ujian allah itu!


melawatnya memberi pengajaran kepadaku. pentingnya menjaga kesihatan diusia muda. ku yang sudah ada genetik kencing manis, lagi tinggi la risikonya untuk terjebak sama. harap ku diberi kesihatan unggul sentiasa!!



~~~~~~



selepas melawat mak su dah, kami makan di luar. tempatnye di satay malaysia. makan sate ramai-ramai.


ku bersama dengan mak ku,kak moh, akak sulongku, akak ke 3 dan juga afiq ismail ke satey malaysia. sungguh meriah suasana disana


tahun lepas rasaya satay malaysia di sini masih dalam keadaan gerai. tapi kini dah buat bangunan sendiri. respek kat peniaga melayu disini. teruskan usaha anda!!


akak sulongku yang order makanan. ku terpaksa tunggu di dalam kereta untuk cari parking. dah jumpa, terkejut dengan menu yang dipesan.


banyak!!

oleh sebab hanya ku yang lelaki dewasa, memang ku sorang la makan dengan banyak. memang bertambah-tambah la lemak di perut nanti.












kak moh ku



makku dengan afiq ismail



akak sulong n akak ke3


macam biasa, gambar ku tiada. ku yang mengambil gambar. semua tak pandai tangkap guna dslr ku. nasib badan....


nota kaki : esok pukul 5 pagi bertolak ke putrajaya

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

membalut nangka

selamat datang july!!!



pak belalang mengajak hamdi ke kebun belakang rumah mereka. ada sedikit kerja yang perlu menggunakan tenaga 2 orang lelaki di kebunnya. dia meminta pertolongan dari anaknya yang sulong itu



hamdi: keje ape bah kita nak buat ni?
pak belalang: ada la. kamu buat je apa abah suruh


hamdi: abah, dah lama kita tak masuk blog kan?
pak belalang: nak wat macam mana, "dia" tu sebuk, tak tulis entry pasal kita pon



hamdi: bese la tu bah, nanti2 kita akan d lupakan la...
pak belalang: ishh, klu kita d lupakan, abah buat blog sendiri. hehe


hamdi: mana boley bah, kita kan watak maya je
pak belalang: dunia sudah maju hamdi, apa2 pon tak mustahil


hamdi: ye ye, haa, dah sampai da pon
pak belalang: eh, tak perasan plak abah


sesampai disana, pak belalang menyuruh anak sulongnya itu mengambil siga (tangga) untuk anaknya memanjat pokok nangka


hamdi: waaaah, lebatnya pokok kita ni bah. tak pasan plak
pak belalang: haaa, tau takpe


hamdi: hamdi nak buat ape je ni?
pak belalang: balut semua nangka-nangka tu


hamdi: ok ok. jadi, abah nak buat apa je?
pak belalang: abah tengok-tengok je la. penat semalam


hamdi: ye la... penat buat apa la tuu
pak belalang: ada la. mana boley bagitau



setelah semua nangka di balut, ambil masa sejam juga, mereka berdua berhenti berehat



hamdi: dah siap pun. penat juga tak exercise ni
pak belalang: bagus2. banyak kalori dibakar tu. bagus untuk orang muda


hamdi: ye la. bapa bulan la lagi ni, boley la kita makan tanaman kita ni ek
pak belalang: betol. ni banyak ni, boleh kita bagi kat orang lain ni


hamdi: haah, tak termakan kita ni
pak belalang: cam ni la kita hamdi


hamdi: macam mana?
pak belalang: ye la. kehidupan kita ni la.


hamdi: kehidupan apa plak?
pak belalang: analogi kehidupan dengan tanaman kita


hamdi: apa?? tak paham
pak belalang: ishh kamu ni. tanaman kita sekarang ni, setelah ditanam, kene siram, kene baja, kene jaga, barulah hasil akan menjadi.



hamdi: setuju
pak belalang: kehidupan kita pun sama. kalau nak dapatkan hasil di hari tua, masa muda-muda ni la kene buat betul2. kene tambah ilmu, cari rezeki, buat baik pada orang. baru lah hari tua nanti kita akan hidup senang


hamdi: oooh
pak belalang: dah la. abah dah penat dah ni. kita balik dlu


hamdi: iye, kita balik. 2 bulan lagi kita datangm tengok hasilnya macam mana
pak belalang: iyee




pagi tadi membalut nangka. fuuuh, banyak betul nangka! tak sangka plak sebegitu banyak. nangka madu! entah bila boleh di makan hasilnya. mintak-mintak la sempat sebelum ku pergi






















gambar setelah dibalut tak diambil, penat sangat katakan. dah lama tak exercise ni. nak kene pergi daftar gym jugak ni!





Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW