Share

Hari Pertama PKP 2.0 : Routines yang berubah

 WHATT, KEMBALI BERBLOG???

Haha, akhirnya ku gagahi jugak menulis blog setelah sekian lama. Layout blogger ni pun mak aih dah berubah benar ni take time jugak nak cari butang create post ni. Nampak tak lama sangat tak menulis blog jadi macam ni lah

So, day one PKP 2.0 today

PKP 2.0

Semalam aku tidur awal, rasa badan tak sihat. Balik rumah around 7 malam, dinner semua then terus tidur. Tidur awal ni, of course terjaga jam 2 pagi. Bangun bangun dah PKP dah. (ok lawak hambar)

Check HP

Tengok team update sale, alhamdulillah 99 pax. 

Nantilah aku cerita sesi lain pasal bisnes baru aku ni di entry lain. Memang jangan risau akan berblog dengan jayanya lepas ni. Banyak waktu terluang ye tak

Sad news, baca kat group peniaga MPKJ tak benarkan kiteorang beroperasi. Sedih jugaklah tempat lubuk buat duit dah takde dan selepas PKP balik ni entah berapa lama nak pulih kan

BERSEDIH ATAU BANGKIT PLAN

Actually masa PKP ni akan banyak ubah routine kita. Macam aku pun memang ubah terus. Biasanya hari hari biasa

+ 9 pagi pergi office

+ 5 petang pergi stall

+ 11 malam balik rumah

Haaa, itu routines biasa. Dah PKP hari ni, memang office pun tak masuk, stall pun tak bukak. Boleh nampak tak betapa terjejasnya routine harian. Bukan aku sorang je, aku rasa korang pun macam tu kan. Yang aku risaukan adalah crew aku ajelah, nak kekalkan nak cari duit kat mana kan, nak unpaid kesian pulak kat dioerang tempat stall kiteorang je dieorang cari rezeki

So, dah terbangun jam 2 pagi tu, terus planlah apa yang patut dibuat. 

Hinggalah sekarang dah almost Subuh dah pun, ada masa sikit kita berblog kembalilah :)

HIKMAH PKP

So nak kongsi sikit routine baru aku. Korang pun plan lah supaya lebih produktif.

+ 4 pagi, start 5 pagi routines (Solat, Writing, Exercise, Affirmation and reading

+ 6 pagi, exercise extra sebab nak kurus. haha

+ 8 pagi, breakfast, buat kerja office

+ 12 tengahari, pergi stall

+ 4 petang, balik rumah n aktiviti random

+ 8 malam, pitching zoom

+ 10 malam, tidur!

Kelab 5 Pagi


Harap masa PKP ni boleh tidur awal dan start routines positive balik. Korang yang nak join jadikan masa PKP ni lebih produktif, boleh join Kelab 5 Pagi, satu group yang encourage each other untuk bangun awal dan buat routines SWEAR

Alright guys, till we meet again tomorrow

Keep positve okeyy!

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)

5 ulasan:

Kakmim berkata...

welcome back!! hikmah pkp 2.0 kot

joegrimjow berkata...

Btol..klu xpkp xberblog haha

joegrimjow berkata...

Btol..klu xpkp xberblog haha

Iliana berkata...

Saya pun dah kembali berblog dan sesat haha

Afif Zainuddin berkata...

Salam Bro, aku pernah join contest ko dan menang baju MU 10 tahun lepas.. last year, dlm group BBB bila tgk profile pic rasa mcm pernah tgk.. haha..

Dan hari ni saje nak tgk blog ko, eh wujud lagi rupanya.. 🤣🤣

 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW