Beli tiket bas online kini jadi lebih mudah dan senang. Saya memang pengguna setia catch that bus pada dahulunya kerana setiap pembelian ada rebat. Setelah install boost dan ada kemudahan red bus, saya kerap gunakan aplikasi ini pula dan terbaru ada satu platform yang mesra pengguna terutama yang menggunakan desktop iaitu eticketing
Eticketing adalah satu platform jualan tiket bas secara online. Anda cuma perlu pilih tarikh, destinasi dan tempat duduk dan anda boleh membelinya secara terus. Tiket anda boleh terima melalui email dan semasa nak naik bas, kadang kadang hanya perlu sebutkan no seat kepada pemandu. Sangat hustle free
Kenapa naik bas?
Saya selalu berulang alik dari Putrajaya - Sungai petani dan juga Putrajaya - Kota Bharu. Sebab utama selain daripada faktor lebih murah adalah sebab mudah. Ya memang agak lama sebenarnya perjalanan seperti contoh jika saya ke Sungai Petani dari Putrajaya mengambil masa lebih kurang 6 jam perjalanan tapi disebabkan saya boleh sampai ke rumah lebih dekat, itu yang menjadi sebab utama memilih perkhidmatan bas
Lagipun kalau ada barang yang banyak, tiada extra charge dikenakan
Berbanding kereta api, ya memang agak cepat juga cuma masa pemilihan perjalanan agak terhad. Kalau kapal terbang pula, tiada airport di SP saya perlu naik grab pula untuk ke rumah. Sebab itu saya suka memilih perkhidmatan bas. Beli tiket bas online kini lebih mudah
Contest SEO tiket bas online
Berita baik untuk blogger di luar sana, ada contest SEO yang sedang berjalan sekarang. Keyword pula agak mencabar untuk rank tapi hey no harm to try kan? Lagipun dah jarang dengar contest untuk blogger ni, so perlulah kita support contest ini kan?
Contest ini selain menyediakan hadiah menarik iaitu RM500 untuk top SEO, 15 blogger juga akan berpeluang dapat tiket Gambang Waterpark secara percuma. Aha, Maya memang hantu mandi air, bolehlah spend time dengan dia nanti. Kalau menanglah. haha
Okey, kalau anda nak join, boleh klik ke pautan ini dan saya seru terutama blogger pencen pencen tu, jomlah kita sertainya. haha
Semoga berjumpa lagi