Share

Kisah nyawa melayang kerana roadtax

Sedih juga pagi Jumaat macam ni baca kat timeline berita tentang kematian. Pertama ibu kawan se-matrik dulu (KMM 06/07) meninggal dunia jam 3 pagi tadi. Kedua terbaca tragedi seorang juruteknik yang meninggal dilanggar kerana cuba lari daripada sekatan jalan raya oleh polis. Road Tax tamat tempoh katanya...



Nyawa yang murah

Arwah ayah aku pernah kata - nyawa manusia ni boleh jadi semurah RM5! Kenapa, sebab dia cukup pantang dengan penunggang motosikal yang membawa kenderaan pada waktu malam tidak mempunyai lampu belakang. Lampu belakang, tukar kat kedai RM5 aje, sebab tak tukar tu orang tak nampak kita boleh terbang begitu sahaja nyawa kita. Sebab tu nyawa manusia boleh jadi serendah RM5!


Kisah roadtax

Berbalik kepada kisah nyawa melayang kerana road tax ni, perlu kita ingat kematian tu. ajal itu sudah ditetapkan. Tak perlu kita nak salahkan sesiapa, salahkan tak bayar roadtax ke, salahkan polis yang buat sekatan ke, atau apa-apalah, sebab benda dah jadi, dia jadi jugak. Cumanya, pengajaran yang kita boleh ambil supaya kita lebih berhati-hati di kemudian hari

Aku tak tahulah kisah sebenar kenapa lari sampai memudaratkan diri (lintas pembahagi jalan) tapi kalau kita baca rentetan peristiwa, kejadian berlaku lewat malam, kerjanya pula sebagai juruteknik. Mungkin baru balik OT atau nak cari rezeki lebih. Kita tak tahu tahap kewangan dia tapi kalau orang yang pernah terdesak, tahulah macam mana.

Komen

Aku tertarik dengan komen kat facebook tu,
Cari, buru, tgkap skalipun, kalau org tu xde duit mcm mne?? Nk penjarakan dia?? Mcm mne pulak dgn ahli keluarga dia?? Spe nk tanggung??
ada betulnya rintihan rakyat ini. Sekarang ni PDRM jalankan ops besar-besaran untuk menangkap kesalahan trafik, yang mempunyai saman, yang mempunyai kesalahan jalanraya. Kejadian sampai meragut nyawa ni kalau ada pihak yang berwajib fikir, kenapalah sanggup lari sampai begitu sekali -jawapannya ada satu : tiada duit nak bayar!

Rakyat dah terdesak, kos semakin meningkat, barang semakin mahal. gaji masih sama. Tak terdesak macam mana. Aku yakin kalau sesiapa yang ada duit lebih, semua tu mereka bayar. Sekarang ni keperluan semasa pun tak sempat nak bayar, ni tambah pula saman yang kena bayar

Mesti ada yang kata ' dah takde duit, kenapa langgar peraturan' komen macam ni aku reserve pak menteri la jawab, sebab bukan level aku nak jawab ni. huhu

Cumanya

Sebagai rakyat, kesalahan tu kita yang kena tanggung... bebanan tu kita yang kena tanggung.... pandai-pandailah cari wang lebih, cari sumber lebih untuk menampung hari-hari yang semakin tinggi kosnya ini. Harap sangat kejadian ni bagi tamparan sikit kepada pihak berwajib supaya TAHU yang ada rakyat begitu terdesak dengan tahap kewangan, jalankanlah tanggungjawab tu supaya kesejahteraan rakyat dapat nikmati

Jangan lupa Like dan Tweet ya =)
 
©2009 Joe | by JOEGRIMJOW