Beberapa hari lepas aku cuba search nak beli phone. Search punya search, terjumpa dengan satu laman facebook ni yang menawarkan harga yang tak masuk akal. Ambil nombor phone sebab katanya harga tak masuk akal tu sebab hasil rampasan kastam. Hurmmm. Ok trylah kan cuba tengok harga yang dia tawarkan
Gila punya harga!
Aku memang excited nak beli dah, siap dalam perancangan – eh ni kalau buat bisnes jual phone ni untik besar ni! Haaa, memang otak bisnes gitu
Jangan mudah ditipu
Tapi, bila otak mula kembali berfikir cara waras, macam tak logik je harga tu. Rampasan kastam ke apa, memang tak boleh dapat harga tu. Tak tahulah korang pernah dapat ke tak tapi – aku tak caya. So, aku bagi cara yang korang boleh kesan dia tipu ke tak
1) Berminat nak beli
Masa sms/whatsapps tu, buat macam kita nak beli. Berminat la maksud akunya. Sometimes ada yang tak suka di call, pakai msg je. Ni dah 90% akan menipu ni. Tapi takpe, kita layan aje
2) Mintak bukti
Yang paling penting, mintak bukti dia pernah hantar barang. Dalam kes aku ni, dia memang dah hantar bukti prnt scrn customer dia dengan dia. Tapi pelik jugak sebab ada yang berbahasa akak, abang. Haaa, walaupun suami isteri yang buat kerja pakai no sama, cukup curigakan?
3) Akaun bank dan search di google
Korang mintak no akaunnya untuk korang transfer duit. Macam aku mintak no akaun tu kata nak bank in malam tu, dia bagi then bila dah dapat no akaun, seach aja di google nama pemilik akaun tu. Aku search, keluar kot nama dia. Haha. Nasib baik tak kena tipu
Tapi kena berhati-hati jugak, kadang2 dieorang ni lagi bijak dari kita. No akaunnya pun mungkin selalu ditukar ye tak
4) Harga tak masuk akal – jangan terpedaya
Last sekali nak bagi duit korang selamat, jangan percaya pada harga yang tak masuk akal ni. Murah sangat ni bahaya. Harga tu dia tawarkan, tak payah jual online jual kat pasar tani pun laku macam pisang goreng ye tak?
*******
ZALORA OH ZALORA
Sekarang ni memang dah jadi satu fenomena dah pembelian online ni. Masa aku belajar kat UK dulu, memang semuanya kalau boleh nak online je beli barang. Kebanyakan kedai mereka tawarkan shopping online. Kat Malaysia ni, kita dah mula dah nak start. Rasanya korang tahukan pasal ZALORA ni, personally aku belum try beli lagi dengan dieorang. Nanti aku beli kat website dieorang aku buat review. Hehe
Korang yang pernah ada kes kena tipu – share2lah ya
pss : dia kata boleh COD, tapi area kudat. kot2 ada orang kudat sini boleh bgtau aku ya.
8 ulasan:
Kdg2 iphone tu yg harga murah2 cenggitu mmg "iphone" pun. Luar je la sebijik mcm iphone, software dalaman android je kdg2... So far la baca review2 or pengakuan seller tu sendiri... Tapi tak best laa kan??? Kalo samsung plak, appearance mmg mcm original, tapi android version lower ataupun chipset dalam not up to standard. Jadinye boleh gune skejap2 atau buat phone pakai buang je. So hati2 la ngan barang2 murah ni...
Murah2 pun, ada certain yg betul2 bukak kedai pun adaaaa jugak yg buat keje camni... Jadi solution dia, lagi senang pegi kat authorized dealer je. Mmg mahal tahap dewa, tapi dorg ada agreement yg meyakinkan dan kita boleh bawak pegi tribunal kalo rasa ditipu. Plus ada warranty lagi :)
baru je yesterday tgk seller instagram. dia beli iphone 5s sebijik2... but from korea
so kalau mcm harga yg Joe up tu, rasanya version sana tu :p
rupa ada,
fungsi lebih kurang sama
kualiti jauh beza :p
anyway, rasanya dah bertahun2 dgr kes org jual hp 'rampasan kastam' ni, even close friend, tapi rasanya semuanya tipu belaka. bila dah kumpul2 duit, bayar kat org yg konon2nye pegang stock tu, lepas tu senyap dan sunyi. once, a friend share pasal ni, pastu ramai2 beli, siap order 8bijik sbb amik order dgn sedara mara.. pastu rupanya tipu ..bayanglah macam mana nak menjawab kat 8 org yg kite dah amik duit tu. naya !
Biar abis duit beli yg ori takpe dari abis duit sikit, tapi kene tipu langsung xdpt ape
@.::WaNiE::.
Yang ini saya setuju. Biar belanja lebih sikit sebab nak dapatkan yang original, daripada kena belanja lagi banyak sebab nak cover kos akibat beli yang tak ori.
Tapi depends jugak, sebab ada yang beli sekadar nak main FB, Twitter, Wassap, Wechat, aka instant messaging dgn social networking..so kira ok la tu samseng tak ori pun.
From: Bila Karipap Boleh Bercakap
@aslina majid
yes, itu yg terbaik!
@.::WaNiE::.
mmg nak buat bisnes dah klu harga camni tapi... nasib baik tak sempat buat! huhu
@Zinedine Zaiddin
samseng pun boleh! tapi nak pakai untuk masa yg lama, so mmg xsuggest beli camni.
Azizol Bin Zakaria @ Azizolzakaria.blogspot.com
Menipu duit cstmr saya sebanyak RM18K
Konon jual barang kastam.
Okay let say iphone tu boleh daftar warranty and kita yg daftar sendiri . Mcm mana ? Musykil
Catat Ulasan